Senyuman manis Emir sememangnya sangat manis. Tersangat manis sehingga lutut aku tercabut skrunya. Malah, benda di tangannya menyebabkan aku terasa mahu gali kubur sekarang. Bukan, silap.
Gali kubur untuk Emir.
"I never thought that I will find this on your room. Did you plan to seduce me? With this black sexy Victoria Secret?"
Sepantas kilat aku berlari ke arah Emir yang sedang menayangkan Victoria Secret aku sambil bersandar di muka pintu. Reaksi Amira? Aku rasa dia sudah merah padam di situ, menahan malu.
Aku? Rasa macam roh melayang-layang dari jasadnya. Sudahlah selamba sahaja dia menggawangkan pakaian privasiku tinggi-tinggi, bagaikan seorang penjual tudung menarik perhatian pelanggannya.
"Bagi balik!"
Emir pandang aku. Keningnya diangkat sebelah.
"Bagi balik! Mbak sini pakaian saya tu!" Sambil terlompat- lompat aku ingin menggapai Victoria Secret yang diangkat tinggi oleh Emir.
Dasar naga jantan. Boleh pulak dia bermain-main dengan Victoria Secret aku. Ingat layang-layang ke?
"Bagi balik pakaian saya tu Emir!"
"Janji dengan aku kau pakai ni malam ni boleh?"
Permintaan yang diringi senyuman manis. Matanya pun ikut tersenyum. Bagaikan ingin menggoda aku.
Terbeliak biji mataku. Mulutku terlopong luas. Hampir nak terkeluar anak tekakku ingin meraung.
"Gila!"
Serentak itu kakinya aku pijak kuat. Mukaku merah padam menahan perasaan malu akibat permintaan merapunya. Tak terjangkau dek akal permintaannya.
"Aduh! Sekecik-kecik kau ni, ganas gila rupanya."
Sempat Emir membebel sambil mengaduh kesakitan. Dia terduduk lalu mengurut anak jari kakinya yang dipijak oleh aku. Kesempatan yang ada, aku terus mengambil pakaian yang berada di tangannya, terdampar di atas lantai.
Laju kakiku melangkah masuk ke dalam bilikku. Belumpun sempat aku menutup pintu bilik, Emir lebih cekap meloloskan diri ke dalam bilikku. Tindakan pantasnya membuatkan aku terpana sekejap. Tidak keruan dibuatnya. Bayangkan aku dan Emir dalam bilik berdua.
Seram.
"Apa yang awak buat dalam bilik saya ni. Keluar! Keluar!"
Emir pincing matanya ke arahku. Tajam matanya.
"That was not very nice, dear." Suara Emir yang berbaur amaran menyebabkan bulu romaku tiba-tiba berdiri.
Aduh! Kenapa lain macam aje aura Emir sekarang? Seolah-olah menunjukkan kuasanya sebagai seorang suami? Habis tu, lepas kahwin terus hilang, tak pedulikan aku. Sekarang tiba-tiba muncul, tunjuk lagak kuasa sebagai seorang suami?
"Keluarlah Emir!"
Aku mendesak Emir untuk keluar. Tidak betah berdua dengan Emir. Sudahlah dengan peristiwa tadi, sekarang pulak di dalam bilik. Anything can be happened. Ohh, my! Buatnya dia makan aku?
"Kenapa nak keluar? This is my wife's room, right?"
Mulutku terlopong. Sejak bila term ' my wife' begitu lancar keluar dari mulutnya?
Arghh! Stress dengan Emir.
"Bilik saya, bukan bilik awak. So, keluar!" Jari telunjukku tepat ke arah pintu. Sebelah tanganku erat memegang 'kakak' dan 'adik' yang berwarna hitam.
Perasaan geram sudah mencanak naik. Berdepan dengan makhluk bernama Emir Hafiz, menyebabkan perasaanku kadang-kadang boleh berubah-ubah sekelip mata. Sekejap marah. Sekejap nak menangis. Sekejap rasa takut. Emir ni ada ilmu ke apa?
Desakan aku bagaikan mencurah air di daun keladi. Emir hanya selamba sahaja duduk bersila di atas katil aku. Sambil menongkat dagu, dia memandang aku. keningnya diangkat sebelah sambil senyum sinis.
"Bilik kau, bilik aku jugak. Kaukah wife aku."
Akibat perasaan geram aku membaling 'kakak' dan 'adik' di tanganku tanpa berfikir panjang. Geram dengan kenyataan maut Emir. Suka suki sahaja mengehakmilikkan bilik aku atas alasan aku adalah isterinya, maka bilik ini pun berpindah jadi hak milik bersamanya.
Banyak cantik! Ingat dia tu suami mithali yang boleh membuatkan aku rasa nak menurut arahannya?Ingat dia tu suami yang aku cinta maut sampai hartaku hartamu duitku duitmu jua?
Memang taklah.
"Wow, you have a small cup, I see."
Aku angkat muka. Rasanya, logik tak aku nak gali kubur sekarang. Tak! aku rasa macam nak suruh lantai ni telan aku sekarang. Pemandangan yang disajikan di hadapanku menyebabkan aku sukar untuk memberikan reaksi. Hanya terkaku dengan mata terbeliak. Mulutku terbuka dan tertutup. Ayat yang ingin dituturkan bagaikan tersekat di anak tekak. Tidak dapat keluar. Hendak berkata apa, aku sendiri tidak tahu.
Bak kata orang putih, ' no word can describe how embarrassed I am'. Mungkin itu adalah penyataan yang betul berdasarkan situasi aku sekarang.
"Memandangkan kau ni kecik molek orangnya kan, I bet kau...."
Pantas aku berlari ke arah Emir untuk menekup mulutnya daripada menuturkan ayat-ayat yang boleh menggugurkan jantungku. Patah diksi-diksi Emir yang semakin menyeramkan dan menaikkan bulu roma boleh membuatkan jantung aku jatuh dari tangkainya. Telinga pun boleh berdarah agaknya.
Boleh pula dia selamba sahaja membandingkan saiz tangannya dengan 'kakak' aku. Siapa yang tak pengsan masa tu jugak? Kau rasa?
Cheesecake sungguh. Ini satu kegilaan.
Emir pandang aku dengan riak terkejut. Bulat matanya. Aku ketap gigi sambil menahan perasaan. Mukaku sudah merah sepenuhnya seperti udang dibakar. Sesaat, Emir mendekatkan mukanya ke tangan yang sedang menekup mulutnya.
"Emir. Hafiz!!"
Terjerit sekejap aku apabila terasa seperti ada sesuatu yang kasar sedang menjilat tapak tanganku. Sejuk. Aku tarik tanganku daripada mulut Emir. Gara-gara marah dan geram. aku tidak sedar akan tindakanku. Refleks pantas apabila ingin mendiamkan seseorang. Contohnya tekup mulut manusia tersebut.
"You lick my hand? Ceridak!!"
Aku terus lap tanganku di baju. pandangan tajam dilemparkan ke arah Emir. Emir buat muka tak bersalah. Keningnya diangkat berkali-kali. Dia senyum. Smirk.
"Kenapa? Tak cukup? Kau nak aku lick kat mana lagi?"
Soalan mengundang maut sungguh. Tanganku terasa ringan ingin menampar muka Emir.
"Emir Hafiz!! Ayat tu boleh tak tapis sikit?"
Aku cekak pinggang. Lama-lama boleh disahkan menghidap penyakit darah tinggi aku ni. asyik marah dengan Emir.
Tenang Althea. Tenang. Cool! Calm down.
"Awak nak apa ni Emir? Kenapa nak susahkan hidup saya? Boleh tak dalam sehari jangan kacau hidup saya? Boleh tak dalam sehari awak jangan menyebabkan darah saya naik?"
Emir pandang muka aku. Lama. Lama sehingga aku segan dibuatnya. Kenapa pulak ni? Luar biasa sangat ke permintaan aku?
"Apa?"
Bergetar sedikit suaraku apabila lama dipandang oleh seorang makhluk Allah bernama Emir Hafiz ini. Lama dipandang makin seram sejuk aku.
Emir tarik hujung bibir. Langkahnya mendekati aku. Jantungku mula berirama gendang. Silap! Drum.
Aku undur setapak ke belakang, ingin melarikan diri. Sayangnya apabila belakangku menyentuh dinding di belakang, aku sumpah Emir bagaiakn sedang tersenyum kemenangan . Wolfish smile orang kata.
Aku ingin melarikan diri di sebelah kanan namun ditahan oleh kanan Emir yang melekap di dinding. Berpaling ke sebelah kiri, juga tangan Emir melekap di dinding.
Arhhh! Sudah. Drama apa pulak yang Emir nak mainkan ini? Aku ketap bibir, menahan perasaan. Menahan rasa debar yang kian kuat berbunyi.
Emir dekatkan wajahnya tepi aku. terasa hembusan nafasnya menampar pipiku. Aku tarik air liur. Sukar untuk membayangkan apa yang bakal terjadi selepas ini.
"Apa ni Emir. Lepaslah!"
Aku tolak dadanya yang semakin dekat. malah jarak kami berdua hanya tinggal beberapa ichi sahaja lagi. Buatnya Emir tuntut hak dia malam ni, dah bersedia ke?
Erk! Thea, otak kau jangan kuning sangat.
"Why I should leave you alone, my wife?"
Desah nafasnya yang menampar pipiku membuatkan aku ingin pengsan ketika ini. Seumur hidup, tidak pernah lagi aku serapat begini dengan makhluk bernama lelaki.
"Kau dah masuk dalam kehidupan aku, so bagitahu aku kenapa aku tak perlu kacau kehidupan kau?"
Aku terpempan. Soalan mengundang seribu perasaan. Aku masuk dalam kehidupannya? Sejujurnya jika difikirkan semula aku tidak akan masuk campur dalam kehidupannya jika dia bukanlah pelajar bermasalah yang keluar masuk bilik PK HEM dan balai polis serta aku bukanlah guru kelas tingkatan Enam pluto.
Kalau masa boleh diputar semula, aku tidak akan masuk campur urusan kehidupan seketul Emir Hafiz. Sejuta kali aku takkan aku mahu terlibat dengannya jika beginilah yang bakal terjadi.
"Cat got your tongue, hmm?"
"Takde maknanya cat got your tongue! Dah, lepaskan saya."
Namun, kedudukan Emir semakin mendekat. Bulat mataku. Perasaanku semakin galau akibata tindakan beraninya.
Aduh, jembalang apa yang merasuk Emir ni. Aku ingin keluar dari kepungan Emir yang semakin menyesakkan nafas ini. Jantungku pulak berdegup lebih laju daripada laju. Boleh strok jantung kalau macam ni.
"Alah... Aku baru aje nak....."
"Thea, makanan dah siap. Ajak laki kau sekali." Laungan kuat Amira di balik pintu menyebabkan ayat Emir bergantung. Emir mendengus sekejap lalu menarik tangannya dari dinding.
Aku tarik nafas lega. Ketika ini udara seseolah sangat segar untuk dihirup. Sangat segar. Jantungku mula berdegup normal. Sesungguhnya panggillan daripada Amira benar-benar jadi penyelamat aku ketika ini. Thank you Amira. I love you.
Perlahan-lahan aku mula melangkah menjauhi Emir yang sedang menutup matanya sambil menarik nafas kasar. Entah apa yang hendak dituturkan oleh Emir tadi. Aku tidak ambil pusing. Yang penting adalah keluar dari bilik ini sekarang juga.
"Nak ke mana tu?"
Kejung semua urat sarafku. Langkahku terkaku. Lambat-lambat aku berpaling dengan muka ayam berak kapur. Sungguh aku tak sedap hati dan berdebar-debar. Dia nak apalagi?
Tiba-tiba Emir tergelak. "Kau ni cute betullah."
Eh?
Eh?
Emir puji aku cute?
"See, I told you are just too cute." Dia ketawa lagi.
Sah, ini bukan Emir yang aku kenal. Tak, ini orang lain. Bukan Emir. Emir takkan puji aku. Emir adalah naga jantan.
"Kau siapa?"
Entah macam mana ayat tersebut terpacul dari mulutku. Emir yang sedang ketawa kecil memandang aku. Dia senyum sahaja.
"Aku rasa macam nak gigit-gigit kau aje."
Langkah Emir yang mendekati aku membuatkan aku waspada untuk kali kedua. Malah, aku perlu mengingatkan diriku agar sentiasa berwaspada terhadap makhluk bernama Emir Hafiz.
"Gila ke nak gigit orang?"
"Tak gila, tapi geram."
"Gila!"
Aku terus melangkah ke arah pintu. Namun, Emir lebih pantas untuk menutup kembali pintu berkenaan. Buntang mataku.
"Apa Emir?"
Emir senyum penuh misteri.
"Because you show me the sexy black Victoria Secret, I shall give you a kiss."
Tanpa sempat berkata apa-apa, cepat saja bibir Emir mencium pipiku. Aku tergamam. Bulat mataku.
Aku pegang pipi aku yang dicium Emir.
Emir cium pipi aku?
Ehh? Ehhh??
"Lambat sangat reaksi kau tu. Aku keluar dulu."
Emir pulas timbol pintu lalu keluar sambil bersiul. Sesaat, dia berpaling sambil tersenyum. Namun, sumpah ayat yang aku dengar dengan jelas keluar dari mulut Emir cukup membuatkan aku tersedar.
"Emir Hafiz. Awakkkkkkk......"
************************************************************************
*Ceridak= pengotor
Sorry.. Lama dah tak update. Part kali ini saya jujur sy cakap sy writer block.
Hahahahahahhaaha.
Dan minta maaf dr hujung rambut sambut hujung kaki..sbb lambatt update.
Enjoys~~~~~
Share this novel