BAB 40

Other Completed 58987

Hari ini Aishah akan pulang ke Malaysia bersama anaknya setelah empat tahun berada di luar negara.Aishah mengemas pakaian dan meletakkan di dalam bagasinya tiba tiba Khalisha datang ke arah ibunya bersama membawa patung beruang yang besar dengan tubuh kecilnya.

"Mummy kita nak pergi mana"tanya si comel

"Kita akan pergi ke malaysia okayy"kata Aishah sambil mengusap kepala anaknya

"ohh kalau macam tu mesti Khalisha boleh jumpa dengan daddy kan sebab mummy kata daddy kerja kat situ kan"kata Khalisha dengan gembira

"Kita pergi situ bukan nak jumpa daddy kita nak pergi jumpa aunty Ain okay"kata Khalisha

Berubah muka Khalisha yang gembira tadi.Air matanya mengalir.

"Kenapa susah sangat Khalisha nak jumpa dengan daddy...daddy dah takde ke mummy"kata Khalisha sambil menangis,Aishah menekup mulut anaknya itu.

"Jangan cakap macam tu sayang daddy kan kerja..dah jangan lah nangis"kata Aishah

"Khalisha nak daddy..kat sekolah semua orang ada daddy..Khalisha seorang je takde daddy...nak daddy.."kata Khalisha sambil menangis

"Ok nanti kita pergi Malaysia kita jumpa dengan daddy ok.."bohong Aishah

"Betul ni mummy..janji dengan Khalisha"kata Khalisha sambil menghurkan jari kelingkingnya

"Ye betul sayang..mummy janji"kata Aishah sambil senyum

"Thank you mummy...Khalisha sayang mummy"kata Khalisha sambil memeluk ibunya.

"Maafkan mummy sayang..mummy terpakasa tipu sayang"bisik hati Aishah

Walaupun Khalisha membesar di luar negara dia mahir berbicara bahasa melayu.

Hari ini mereka sudah sampai di Malaysia tanah air Aishah.Aishah menjejakkan kaki di tapak airport bersama dengan anaknya.Sungguh dia rindu akan Malaysia setelah beberapa tahun dia meninggalkan tempat tinggalnya.Selepas beberapa minit kereta honda berhenti di hadapan Aishah seseorang keluar dari perut kereta bersama mendukung seorang budak kecil lelaki yang comel.

"Ain !!.. "jerit Aishah

"Aishah...aku rindu kau"kata Ain lalu memeluk Aishah

"Aku pun rindu juga kat kau Ain"kata Aishah sambil menyambut pelukkan kawannya itu.

"Ehh ni anak kau ke...wauu comelnya"kata Aishah sambil mencubit pipi gebu si comel itu

"Haah ye ni anak aku...so ni anak kau lah..wauu comel anak kau..muka dia macam ayah dia"kata Ain,Aishah hanya tersenyum nipis.

Mereka masuk ke dalam kereta honda milik Ain dan kereta milik Ain meluncur di atas jalan raya.

"So nama anak kau apa"tanya Ain sambil memandu kereta

"Khalisha Aryanna..nama anak kau pula"tanya Aishah pula

"Sama macam nama ayah dia..oh btw nama anak aku Ridqi Daniel"kata Ain

"Ohh nama sama macam ayah dia juga"kata Aishah

Ain dan Rifqi Danish berkahwin dua tahun yang lepas.Rifqi sudah lama mempunyai perasaan pada Ain dan akhirnya dia luahkan juga perasaannya pada Ain dan dia juga setuju.Mereka dikurniakan anak lelaki yang berumur dua tahun.

"Ain aku hantar kau kat rumah bujang kita dulu tuu ehh sebab aku kena balik rumah ni..rumah bujang kita dan rumah aku sekarang tak jauh pun kalau kau nak datang rumah aku datang lah ye..kereta kau pun masih ada lagi kat situ"kata Ain

"Serious lah kau tak jual lagi rumah bujang kita tu"kata Aishah

"Haah tu kan rumah kita..aku adalah pergi rumah tu sekali seminggu untuk kemas kemas rumah tu.."kata Ain

"Ohhh..ok lah kalau macam tu"kata Aishah

"berapa hari kau tinggal kat sini..kau janganlah balik duduk sini je lah..aku rindu kau tahu tak dan Kha.."tak sempat Ain kata Aishah sudah memotong.

"Tak payah cakap pasal orang lain boleh tak...aku tinggal kat sini lama sebab Khalisha pun cuti sekolah kan"kata Aishah

"Mm ye lah"kata Ain

Sesampainya di rumah bujang Aishah,Aishah terus merebahkan tubuhnya di katil dan Khalisha berlari ke arah ibunya dan merebahkan tubuh kecil itu di sebelah ibunya sambil memeluk.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience