Enam

Other Completed 44787

Petang itu, Selesai Thariq bekerja dia keluar dari Pangkalan dan pergi kehospital menemui Cinta.

Panglima Ghaffar yang telah menerima berita tentang Adik Thariq telah sedar ingin menemuinya pada jam empat petang.

Thariq melihat jam dipergelangan tangannya.

"Masih da dua jam." Kata Thariq. Dia menanti Hilal diluar sekolah.

Melihat kelibat Hilal dia memandu keretanya dan berhenti tepat didepan Hilal.

"Assalammualakkum." Sapa Hilal.

"Waalaikumsalam." Balas Thariq lalu memandu keretanya pergi le Hospital.

Itulah rutin seharian dia dengan Hilal. Pagi dia pergi kerja Hilal pula sekolah. Petang balik dari bertugas dia akan mengambil Hilal didepan sekolahnya dan akan pergi kehospital.

"Cinta dah sedar." Kata Thariq pada Hilal.

"Hah Bila Bang?" Tanya Hilal.

"Pagi tadi." Kata Thariq.

"Syukur Ya Allah." Hilal mengucap syukur pada Allah.

"Nak singgahacam selalu kat Seven E?" Tanya Thariq.

"Tak Hilal tak lapar." Kata Hilal.

"Ok." Kata Thariq.

Dia memecut menuju kehospital.

Thariq yang masih duduk disisi Cinta bermain Phone. Melihat berita dari news.

Cinta yang masih lena taknak diganggu. Lalu dia berdiri da. membetulkan selimut Cinta.

"Qarl balik dulu. Kejap lagi Thariq akan datang." Kata Qarl memegang kepala Cinta yang tertutup tudung.

HyQarl keluar meninggalkan Cinta dan pulang semula ke kautersnya. Dia taknak Panglima Ghaffar dan Zaril mnemuinya disana.

Selang beberapa minit selepas HyAarl meninggalkan Cinta, Zaril datang dengan membawakan sebakul buah tanda perkenalan.

Dia berjalan kekaunter dan bertanya ruangan Cinta. Sama seperti HyQarl jururawat itu memberitahu ruangan VIP yang menempatkan Cinta.

Zaril menapak menuju ruangan yang diberitahu jururawat tadi. Sebelum masuk dia membetulkan pakaiannya agar terlihat kemas.

Muncul dibalik pintu, dia melihat Cinta yang sedang tidur dengan wajah menghadap kesisi kanan. Dia masuk perlahan dan meletakkan buah disisi meja katil Cinta.

"Hmm masa tidur pun boleh buat debaran kat hati aku ni nak mendapatkan awak secara mutlak." Kata Zaril.

Zaril telah terpesona dengan raut wajah yang pucat dalam keadaan lena itu.

Namun dia tahu siapalah dia lelaki yang diberi gelaran mulut madu, Kaki perempuan dan banyak lagi oleh teman sekerjanya.

Dia juga teringat akan amaran dari Thariq agar menjauhi adiknya dan buang apa saja perasaan yang menerpa dihatinya terhadap gadis itu.

"Jahat sangat ke aku ni?" Tanyanya.

Sambil membetulkan bunga didalam pasu diatas meja disisi katil ward.

"Andai aku tangkai, sudikah kau menjadi bunganya." Kata Zaril.

"Awak cakap apa?" Tanya Cinta yang merasa lapar membuatkan tidurnya terganggu.

Dia memerhatikan lelaki disisinya sedangembetulkan bunga didalam pasu yang berisi air.

"Eh awak dah bangun ke?" Tanya Zaril.

'Emm." Cinta memegang perutnya yang berkeroncong.

"Awak lapar ke?" Tanya Zaril.

"Haah." Cinta melemparkan senyum.

Tertegun Zaril melihat senyum Cinta, dengan dua lesung pipi yang menambahkan lagi manis senyumannya.

"Abang?" Cinta melambaikan tangannya pada Zaril.

"Hah?? Ohh kejap saya potongkan awak buah." Kata Zaril sambil mengambil beberapa biji buah berbagai jenis lalu dibawanya ke sinki untuk dibersihkan.

"Assalammualaikum Kak Cinta." Hilal muncul dibalik pintu ward yang didiami oleh Cinta.

Dia berlari meluru kearah katil lalu memeluk erat kakaknya.

"I Miss You Love." Kata Hilal.

"I Miss You More little Bro." Kata Cinta pula.

"Miss your little Bro only. And Me?" Tanya Thariq yang berdiri didepan pintu Ward Cinta.

"I Miss You More and Moreee Bro." sKata Cinta perlahan.

Thariq berjalan kearah Cinta dan Hilal.

"here hug me." Kata Thariq.

Hilal melepaskan pelukan Kakaknya agar Abangnya Thariq dapat melepaskan rindunya seperti dia melepaskan rindunya tadi.

"How are you Love?" Tanya Thariq sambil mencium kedua pipi Cinta.

Cinta ketawa geli dengan gelagat Abangnya yang sedari dulu suka mencium pipinya hinggalah dia dewasa kini.

"Abang ni, suka sangat kiss pipi Cinta. Macam manalah kalau Abang kahwin nanti. Tak lama duda lah abang." Kata Cinta bergurau.

"Abang akan cari perempuan yang boleh terima Abang dan adik-adik Abang ni. Yang boleh terima kecanduan Abang pada pipi adiknya ni." Thariq mencubit pipi Cinta lalu menciumnya lagi.

"Hmm hmm hmm." Zaril berdehem dibelakangnya.

"Eh Ril, bila kau sampai?" Tanya Thariq.

"Dari tadi aku dah kat sini." Sambil memberikan Cinta semangkuk buah yang telah dihirisnya.

"Terima kasih." Kata Cinta pada Zaril.

Thariq melihat muka Zaril yang tak lepas memandang dan merenung Cinta.

"Dah dah. Jatuh saham adik aku." Gurau Thariq.

"Selamat Petang." Sapa Panglima Ghaffar yang datang bersama 4 orang pegawai bawahannya yang membawa buah tangan.

"Petang Tuan." Zaril dan Thariq berdiri tegak dan tabik hormat padanya.

"Macam mana keadaan adik awak?" Tanya Panglima Ghaffar.

"Alhamdulillah. Menunjukkan kebaikan." Kata Thariq.

"Boleh saya nak becakap dengannya berdua?" Tanya Panglima Ghaffar.

"Boleh Tuan."Thariq memberi kebenaran lalu menemui Cinta.

"Ketua Abang nak jumpa Cinta. Abang keluar dulu belikan Cinta makan malam." Kata Thariq yang memberi isyarat pada Zaril dan Hilal.

Mereka berlalu meninggalkan Cinta yang dalam posisi duduk bersandar diatas katil.

"Assalammualaikum." Sapa Panglima Ghaffar.

"Waalaikumsalam. Silakan duduk err Tuan." Dengan suara seperti takut.

"Jangan takut. Saya tak makan orang pun." Kata Panglima Ghaffar.

Cinta tersipu malu atas kesilapannya.

"Macam ni lah. Saya jenis terus terang." Kata Panglima Ghaffar.

Cinta menunggu dengan debaran apa yang akan dikatakan oleh lelaki yang duduk dikerusi disisi katilnya.

"Berapa umur awak?" Tanyanya.

"19." Kata Cinta.

"Saya nak tawarkan awak kursus jangka pendek." Kata Panglima Ghaffar.

"Kursus apa?" Tanya Cinta.

"Kursus pegawai risikan dibawah ketenteraan." Kata Panglima Ghaffar.

"Hah??" Cinta tak menjawab namun terkejut.

Seorang gadis penjual bunga sepertinya dijadikan pegawai risikan.
Sangat tak masuk akal bagi Cinta.

"Sapalah saya Tuan. Seorang gadis lemah. Kepala pun dah berjahit berapa belas ntah." Kata Cinta.

"Saya tak minta jawapan awak sekarang. Saya dah lihat semua rakaman tentang awak yang cuba melindungi diri dan adik awak." Kata Panglima Ghaffar.

Betul seorang pegawainya telah menyerahkan video rakaman yang diterima dari seseorang kepadanya tentang Cinta sedangpertahanlan dirinya bersama adiknya.

"Saya harap awak akan bagi jawapan cepat dan tak menghampakan saya." Kata Panglima Ghaffar lagi.

"Tapi Abang Thariq mesti tidak membenarkan." Kata Cinta terus terang.

"Saya takkan bagitahu kesemua Identiti ahli risikan kami. Kesemuanya perempuan." Kata Panglima Ghaffar.

Dia mengeluarkan sekeping kertas yang tertera nombor phonenya.

"Kalau dah bexubah hati dan dah ada jawapan hubungi saya pada nombor tu." Kata Panglima Ghaffar.

"Jika saya bersetuju?" Tanya Cinta.

"Kami akan hantar awak kursus selama 6 bulan dibawah kawalan kami di Lahad Datu Sabah." Kata Panglima Ghaffar.

"Saya akan bagi kata putus setelah saya keluar dari hospital." Kata Cinta.

"Kami takkan ganggu jika awak masih nak buka kedai bunga. Seorang ahli risikan kerjanya seperti orang biasa. Bekerja, buka kedai. Kecuali kalau kami memerlukan mereka." Kata Panglima Ghaffar.

Beberapa minit kemudian, Panglima Ghaffar keluar dari Ward Cinta lalu pergi meninggalkan hospital.

Thariq masuk semula bersama Zaril dan Hilal.

"Panglima kata apa?" Tanya Thariq.

"Kes kat depan kedai bunga tu." Tipu Cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience