Bang! Bang!
Dua das tembakan yang dilepaskan menarik perhatian Anis Raihanna. Bahunya terhenjut sedikit akibat terlalu terkejut. Kedua-dua belah kakinya yang lemah hampir tersungkur ke atas tanah. Tubuhnya sempat disambut oleh Fakhrul.
"Anis, kau okay tak?" soal Fakhrul prihatin.
Riak mukanya jelas terpancar kerisauan yang melanda dirinya apabila melihat keadaan Anis Raihanna yang tidak bermaya itu.
"Fakhrul, aku nak Afiq..." balas Anis Raihanna lemah.
Entah mengapa, hatinya berasa tidak tenteram selepas terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan. Berkali-kali dia cuba berfikiran positif namun tak berjaya sama sekali. Dia perlukan kepastian bahawa Afiq Raihan berada dalam keadaan yang selamat.
Fakhrul melepaskan keluhan kecil. Rasa simpati mula menguasai dirinya. Permintaan Anis Raihanna kali ini amat berat untuk dia tunaikan. Dalam pada masa yang sama, dia telah berjanji untuk memastikan keselamatan Anis Raihanna kepada Afiq Raihan.
"Anis, kita pergi dapatkan rawatan untuk kau dulu boleh? Lepas tu, kita jumpa Afiq." pujuk Fakhrul lembut.
"Tapi... aku nak jumpa Afiq dulu. Aku nak pastikan dia selamat. Tolonglah aku, Fakhrul. Aku risaukan dia. Aku rindu dia. Aku takut aku hilang dia untuk selamanya. Aku rasa tak sedap hati, Fakhrul. Aku tak nak ada apa-apa perkara buruk jadi dekat dia." rayu Anis Raihanna lemah.
Kolam air matanya yang bertakung dari tadi akhirnya tumpah. Kedua-dua belah pipi milik Anis Raihanna yang dulu gebu dan memerah kini cengkung. Dia sendiri takut dengan kata-kata yang dilontarkan olehnya tadi menjadi kenyataan. Dia tak sanggup untuk kehilangan Afiq Raihan.
Fakhrul terdiam selepas mendengar rayuan daripada Anis Raihanna. Hatinya disuntik rasa hiba buat seketika. Tipulah kalau dia tak rasa tidak sedap hati selepas mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan.
Walau bagaimanapun, dia tak boleh tunjukkan perasaan tersebut dihadapan Anis Raihanna. Dia perlu yakinkan Anis Raihanna bahawa Afiq Raihan dalam keadaan yang selamat. Walaupun, jauh di sudut hatinya dia sendiri tak pasti bagaimana keadaaan Afiq Raihan sekarang.
"Anis, aku nak kau dengar cakap aku elok-elok. Aku yakin Afiq dalam keadaan yang selamat. Jadi aku nak kau buat benda yang sama. Aku nak kau yakin yang Afiq selamat, boleh?" pujuk Fakhrul dengan nada yang tenang.
Anis Raihanna mengangguk lemah. Air matanya yang tadi mengalir diseka dengan jari runcing miliknya. Dia cuba menyakinkan dirinya bahawa Afiq Raihan selamat. Perasaan resah yang melanda dirinya dibuang jauh-jauh.
"Bagus. Jom kita dapatkan rawatan untuk kau dulu. Lepas tu kita jumpa Afiq. Afiq mesti nak kau sihat bila jumpa dia. Aku pun rasa yang dia mesti nak kau fikir yang dia dalam keadaan yang selamat jugak." kata Fakhrul cuba meyakinkan lagi Anis Raihanna.
Anis Raihanna berasa lega sedikit selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Fakhrul. Serta-merta, bibirnya mengukir senyuman. Fakhrul menghela nafas lega. Seri muka Anis Raihanna bagai kembali semula.
Akhirnya, mereka berdua berjalan ke arah bantuan perubatan yang telah sampai. Tubuh Anis Raihanna dipapah oleh Fakhrul. Masing-masing berharap pada harapan yang sama pada ketika itu.
Harapan bahawa Afiq Raihan dalam keadaan yang selamat.
"Sayang nak abang selamat." Bisik hati kecil milik Anis Raihanna.
??????
"Jangan bergerak!" arah seorang pegawai polis yang telah sampai ke tempat kejadian.
Aria meringis kesakitan selepas sebiji peluru menembusi abdomennya akibat daripada tembakan yang dilepaskan oleh Haiqal Iskandar. Pandangannya diliarkan ke sekeliling.
Pernafasan yang kian tidak teratur menyebabkan dia kehilangan banyak darah. Namun keadaan itu langsung tak menghalang dirinya dari cuba melepaskan diri daripada pihak polis.
Tangan kanannya diletakkan dengan tekanan yang kuat di bahagian luka tersebut untuk mengelakkan lebih banyak lagi
darah yang keluar. Manakala, tangan kiri gadis itu masih memegang erat sepucuk pistol yang kini berbaki beberapa biji peluru.
"Cik Aria, sila letakkan senjata anda." arah pegawai polis yang berbaur amaran itu.
Kini semua senjata dihalakan ke arah Aria. Mereka semua menganggap Aria sebagai ancaman kerana dia mempunyai senjata bersamanya. Aria pula tersenyum sinis selepas mendengar amaran tersebut.
"Aria, serahkan diri kau. Tak ada apa yang kau boleh buat sekarang selain serahkan diri." celah Afiq Raihan.
Haiqal Iskandar pula cuba untuk menggerakkan kakinya yang cedera akibat daripada tembakan yang dilepaskan oleh Aria. Tak lama kemudian, dia berjaya berdiri dengan bantuan daripada Afiq Raihan. Mujurlah mereka berdua berada dalam keadaan yang selamat kerana pihak polis sampai dalam kadar yang cepat.
"Is, kau okay tak ni?" tegur Afiq Raihan.
Haiqal Iskandar mengangguk lemah sebagai balasan. Dia sedaya upaya cuba untuk kelihatan kuat. Afiq Raihan mengusap lembut belakang tubuh sahabatnya itu. Seolah-olah cuba memberitahu bahawa mereka berdua berjaya menghadapi tragedi tersebut.
Baru beberapa langkah mereka menuju ke tempat bantuan perubatan, Afiq Raihan memberhentikan langkahnya. Dia segera memanggil salah seorang paramedik di situ untuk membantu Haiqal Iskandar yang tercedera. Haiqal Iskandar mempamerkan riak muka keliru dengan tindakan Afiq Raihan.
"Afiq, kau nak pergi mana?" soal Haiqal Iskandar.
"Aku nak pastikan pihak polis betul-betul tangkap Aria. Aku dapat rasakan yang dia akan larikan diri lagi kali ni. Aku pulak sememangnya takkan biarkan benda tu terjadi, Is. Aku takkan tenang selagi Aria tak kena tangkap." luah Afiq Raihan dengan sekali nafas.
Haiqal Iskandar kehilangan kata untuk membalas. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Afiq Raihan. Aria sememangnya seorang yang licik. Satu keluhan kecil dilepaskan buat sekian kalinya.
"Kalau macam tu, aku ikut kau." pelawa Haiqal Iskandar yakin.
Afiq Raihan pantas menolak pelawaan tersebut. Dia tak mahu Haiqal Iskandar membebankan dirinya sendiri. Lagipun dengan keadaan kaki yang tercedera itu, berkemungkinan keselamatan mereka akan lebih terancam.
"Tak boleh, Is. Sekarang ni aku nak kau pergi dapatkan rawatan dan serahkan semua ni dekat aku. Jangan risau keselamatan aku. Aku nak kau jaga diri kau sendiri dengan Hana untuk aku, boleh?" pinta Afiq Raihan tiba-tiba.
"Jangan halang aku, Afiq. Aku tetap akan ikut kau. Aku tahu nak jaga keselamatan aku sendiri. Lagipun, Fakhrul ada untuk jaga Anis buat masa sekarang. Yang paling penting sekarang ni keselamatan kau. Aku akan pastikan kita berdua selamat. Akhir sekali, aku nak lepas semua benda ni habis aku nak kau sendiri yang jaga Anis bukan aku atau orang lain dalam dunia ni, boleh?" pinta Haiqal Iskandar pula.
Afiq Raihan tersentak dengan permintaan Haiqal Iskandar. Terharu pada masa yang sama. Sungguh kuat ikatan persahabatan mereka kini tanpa dia sedari. Wajah Anis Raihanna berlayar di fikiran. Serta-merta bibirnya mengukir senyuman.
"Baik Is, aku cuba. Selagi aku hidup, selama tu jugak lah aku akan jaga Hana. Terima kasih untuk segalanya. " balas Afiq Raihan tenang.
Mereka berdua kembali ke tempat kejadian. Kelihatan Aria masih tidak mahu menyerahkan diri. Luka pada bahagian perut gadis itu semakin parah. Darah merah berada di merata-rata tempat di sekitar gadis itu berdiri. Wajahnya pula makin pucat atas faktor kehilangan darah yang banyak.
"Aria, serahkan diri. Tak ada guna kau seksa diri kau macam ni." kata Afiq Raihan cuba memujuk gadis itu.
Aria menghalakan pandangan ke arah Afiq Raihan. Dia pantas mengacukan pistol ke arah lelaki itu. Kini, hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan. Tindakan Aria membuatkan pihak polis tersentak.
"Bukan kau suka tengok aku seksa diri aku macam ni ke, Afiq Raihan? Itu yang kau nak kan? Tengok aku menderita sebelum mati. Nak bunuh aku? Bunuh cepat! " laung Aria dengan kuat.
"Aria, sudahlah. Aku dah penat dengan permainan kau. Aku nak kau serahkan diri bukan seksa diri kau." ucap Afiq Raihan buat sekian kalinya.
Haiqal Iskandar sekadar menjadi pemerhati. Dia cuba mengenal pasti apa sebenarnya motif Afiq Raihan disebalik semua ni. Kenapa lelaki itu terlalu baik dengan perempuan yang hampir hancurkan hidup dia?
Tanpa berfikir panjang, Haiqal Iskandar melepaskan tembakan pada bahagian tepi kaki Aria. Perasaan amarahnya tak dapat dibendungnya lagi.
"Serah diri kau atau aku sendiri yang akan bunuh kau, Aria!" laung Haiqal Iskandar pula.
Afiq Raihan yang terkejut dengan tindakan Haiqal Iskandar segera mendapatkan sahabatnya. Dia cuba menenangkan Haiqal Iskandar yang sudah hilang sabar. Aria hanya tersenyum mengejek. Dia langsung tak terkesan dengan tembakan itu tadi.
"Is, bawa bersabar. Jangan buat benda bodoh. Aku tak nak Aria mati macam tu je Is. Aku nak dia dihurung perasaan bersalah seumur hidup dia sebab buat aku dengan Hana terpisah macam ni. Tolong, Is demi aku dengan Hana." jelas Afiq Raihan.
Kini, persoalan yang bermain di benak fikiran Haiqal Iskandar terjawab dengan penjelasan yang diberikan oleh Afiq Raihan. Dia melepaskan nafas yang panjang untuk menenangkan diri.
"Aku akan serahkan diri..." ucap Aria tiba-tiba.
Kata-kata yang dilontarkan oleh Aria menarik perhatian Afiq Raihan dan Haiqal Iskandar. Namun, jauh di sudut hati Haiqal Iskandar dia tahu Aria mempunyai niat yang tersembunyi. Licik.
"Tapi sebelum tu, aku..."
Aria menghentikan kata-katanya sebelum cuba menyambung semula. Dia sedang nazak. Harapan untuk dia hidup semakin tipis. Mungkin buat pertama kali dalam hidup dia, dia akan benda yang dia rasa betul atau...
Tak.
"...aku"
"...akan bunuh kau, Afiq Raihan!"
Bang!
Sekelip mata, satu das tembakan dilepaskan oleh Aria. Manakala, beberapa das tembakan pula dilepaskan pada masa yang sama kepada dirinya. Semuanya tepat mengenai tubuh lemah Aria. Akhirnya, gadis itu tersungkur lemah dan tidak bernyawa.
"Uhuk...uhuk..." Afiq Raihan memuntahkan darah dari mulutnya.
Tangan kanannya diletakkan pada bahagian jantungnya yang ditembusi peluru yang dilepaskan oleh Aria sebentar tadi. Sakit yang teramat kini mula mencucuk dadanya. Dia perlahan-lahan jatuh melutut. Namun tubuhnya sempat disambut oleh Haiqal Iskandar.
"Doktor! Doktor!" laung Haiqal Iskandar dari jauh cuba meminta pertolongan.
"Afiq, tolong kuat. Aku tahu kau kuat kan? Kau dah janji nak jaga Hana. Tolong. Kotakan janji kau." rayu Haiqal Iskandar.
Dia tak sanggup nak kehilangan Afiq Raihan yang merupakan rakan baiknya. Dia membaringkan tubuh Afiq Raihan sebelum mengampu kepala lelaki itu. Darah merah yang membuak-buak keluar dari tempat luka membuatkan dia bertambah panik.
"Aku okaylah Is. Kenapa kau takut sangat ni hmm? Sayang jugak kau dekat aku eh?" Afiq Raihan cuba berseloroh apabila melihat kepanikan yang mula menguasai Haiqal Iskandar.
Afiq Raihan memejamkan mata menahan kesakitan yang teramat pada dadanya. Haiqal Iskandar menahan hiba apabila melihat keadaan Afiq Raihan.
"Kalau kau nak tahu aku sayang kau ke tak, baik kau bertahan Afiq. Aku janji kalau kau bertahan aku akan tunjuk betapa sayangnya aku dekat kau. Jadi sebelum tu, aku nak kau bertahan hingga ke akhirnya. Aku tahu kau kuat." ucap Haiqal Iskandar menahan sebak.
Afiq Raihan menghamburkan tawa halus. Walaupun dia tahu dia tak boleh bertahan lebih lama lagi dengan luka seteruk itu. Anis Raihanna sekali lagi berlayar di fikiran. Haiqal Iskandar cuba meminta bantuan buat sekian kalinya.
"Is...aku nak minta tolong kau,boleh?" panggil Afiq Raihan.
Haiqal Iskandar segera menoleh ke arah Afiq Raihan. Bibir milik lelaki itu semakin pucat. Suhu tubuh badan miliknya juga menurun dengan mendadak. Kelihatan peluh merenik di dahi Afiq Raihan.
"Kau nak aku tolong apa, Afiq? Jangan guna tenaga kau sangat." kata Haiqal Iskandar lembut.
"Tolong...jagakan Hana untuk aku. Aku takut aku tak dapat bertahan untuk dia. Aku percayakan kau, Is. Tolong bahagiakan dia selama aku tak ada. Jangan bagi nangis setiap hari sebab aku. Aku tak nak dia sedih terutamanya sebab aku. Aku nak dia gembira bila teringat memori aku dengan dia. Boleh?" pinta Afiq Raihan separuh merayu.
Haiqal Iskandar terpempam seketika. Berat sungguh permintaan Afiq Raihan kali ni. Nampaknya mungkin ini permintaan terakhir daripada lelaki dihadapannya kini. Tanpa membuang masa, tubuh Afiq Raihan ditarik ke dalam dakapan Haiqal Iskandar. Seolah-olah cuba menyalurkan kekuatan kepada Afiq Raihan yang sedang terkulai lemah itu.
"A...ku cuba Afiq. A-ku cuba." balas Haiqal Iskandar tersekat-sekat kerana menahan sebak di dada. Serta-merta, pelukan tersebut makin dieratkan.
Afiq Raihan sedaya upaya cuba untuk membalas pelukan tersebut. Air mata mula mengalir tanpa dia sedari. Sakit yang mencengkam kembali menyerang Afiq Raihan semula. Tak sangka secepat ini dia akan meninggalkan Anis Raihanna. Tapi dia yakin isterinya akan bahagia dengan Haiqal Iskandar. Akhirnya, bibir pucat milik Afiq Raihan mengukir segaris senyuman.
"Terima kasih, Is." balas Afiq Raihan lemah.
Pelukan tersebut dileraikan serta merta apabila bantuan perubatan telah sampai. Haiqal Iskandar lantas mengangkat tubuh Afiq Raihan lalu diletakkan ke atas stretcher yang disediakan.
Tak lama kemudian, tubuh rakan baiknya itu dibawa pergi oleh paramedik yang tiba. Haiqal Iskandar hanya mampu melihat Afiq Raihan dari ekor matanya sahaja sehingga rakannya hilang dari pandangan. Akhirnya, dia jatuh terduduk sebelum menghamburkan tangisan yang ditahan dari tadi.
"Aku takut tak dapat kotakan janji aku, Afiq..."
??????
"Fakhrul, bila kita nak jumpa Afiq?" soal Anis Raihanna penuh pengharapan.
Fakhrul hanya mampu membalas persoalan tersebut dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia sendiri tak ada jawapan untuk soalan tersebut. Terbit rasa simpati terhadap keadaaan Anis Raihanna pada ketika ini.
Namun apa yang hanya dia mampu buat sekarang adalah dengan memastikan keselamatan gadis itu terjamin dan selamat. Itulah yang dia janjikan kepada Afiq Raihan sebelum ini.
"Fakhrul..." panggil Anis Raihanna lagi.
Dia tak berpuas hati apabila Fakhrul bertindak untuk menghiraukan soalannya tadi. Belum sempat Fakhrul membalas, Anis Raihanna bergegas lalu memuntahkan segala isi perutnya di longkang yang berdekatan. Entah mengapa, dia berasa mual yang teramat.
"Anis, kau okay tak ni?" tegur Fakhrul prihatin.
Beberapa orang paramedik perempuan datang mengambil alih tugas mereka dari situ. Fakhrul hanya membiarkan Anis dibantu oleh mereka. Salah seorang dari mereka memapah Anis Raihanna ke tempat yang selesa untuk diperiksa.
Sebaik sahaja tiba, Anis Raihanna diperiksa dengan teliti bagi memastikan gadis itu tak mempunyai sebarang kecederaan fizikal yang teruk. Mujurlah dia tidak apa-apa.
"Puan Anis kan?" soal seorang pegawai perubatan kepada Anis Raihanna.
Anis Raihanna mengangguk sebagai balasan. Sebuah senyuman nipis dihadiahkan kepada pegawai perubatan tersebut.
"Boleh saya tahu Puan ada rasa mual dan pening ni sejak bila?" soal pegawai perubatan itu lagi dengan ramah.
"Dalam seminggu ni kalau tak silap saya." balas Anis Raihanna lembut.
Kelihatan pegawai perubatan tersebut menulis sesuatu di kertas. Itu membuatkan Anis Raihanna semakin tertanya-tanya.
"Macam mana dengan kitaran haid, Puan? Yang paling penting, bila kali terakhir Puan datang haid?" soal pegawai perubatan itu lagi dengan lebih lanjut.
Anis Raihanna mengambil masa untuk berfikir seketika. Dia cuba mengingat kembali kitaran haid dirinya sebelum ini. Beberapa lama kemudian, baru dia membalas pertanyaan tersebut.
"Kitaran haid saya sebelum ni normal. Last, saya datang haid awal bulan lepas. Kalau ikut kitaran saya sekarang ni, dah lewat dua minggu haid saya tak datang." Jelas Anis Raihanna kepada pegawai perubatan itu.
Tak lama kemudian, pegawai perubatan itu menghadiahkan sebuah senyuman penuh makna kepada Anis Raihanna. Terpancar sinar kebahagiaan pada riak wajahnya.
"Tahniah, Puan Anis. Puan disahkan hamil." ucap pegawai perubatan itu ramah.
Anis Raihanna terpempan. Tangan kirinya bertindak mengusap perutnya yang kini mengandungi zuriat di antara dia dan Afiq Raihan. Bibirnya lantas mengukir senyuman. Hatinya pula melonjak kegembiraan. Kolam air matanya mula bertakung. Rasa tidak percaya dengan berita gembira yang disampaikan sebentar tadi.
"Harap Puan dapat menghadirkan diri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Diharapkan juga Puan tidak terlalu stres atau melakukan kerja berat kerana mungkin akan membahayakan kandungan terutamanya pada trimester awal." nasihat pegawai perubatan itu lagi.
"Baik Puan. Terima kasih sangat-sangat. Saya minta diri dulu." ucap Anis Raihanna penuh sopan.
Sebaik saja meninggalkan tempat tersebut, Anis Raihanna melangkah menuju ke arah Fakhrul. Bibirnya tidak lekang dari senyuman sejak dari tadi. Fakhrul terasa tenang sebaik melihat senyuman gadis itu. Dia serta merta membalas senyuman itu.
"Fakhrul, aku nak jumpa Afiq Raihan sekarang jugak! Aku nak bagitau dia berita gembira." ucap Anis Raihanna penuh teruja.
Mati terus senyuman Fakhrul sebaik mendengar kata-kata Anis Raihanna. Hatinya terasa sebak. Dia tak tahu bagaimana untuk menerangkan keadaan Afiq Raihan pada ketika ini kepada gadis itu.
"Berita gembira apa? Nanti aku tolong sampaikan dekat Afiq. Dia sibuk sekarang." tipu Fakhrul serba salah.
"Aku mengand-"
Belum sempat Anis Raihanna menghabiskan kata-katanya, kedengaran seorang lelaki memanggilnya dari belakang. Tanpa menunggu masa, dia segera menoleh ke belakang. Kini, seorang lelaki yang lengkap berpakaian putih seperti seorang paramedik berada dihadapannya.
Entah mengapa, hatinya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun perasaan resah mula menguasai diri, dia memberanikan diri untuk bertanyakan kepada lelaki itu.
"Boleh saya tahu ini Puan Anis Raihanna ke?" celah lelaki itu terlebih dahulu.
Anis Raihanna mengangguk sebagai balasan. Jantungnya makin berdetak laju. Perasaan ingin tahu makin melonjak di dalam dirinya.
"Maafkan saya, tapi boleh Puan ikut saya?" soal lelaki itu lagi.
Anis Raihanna mengangguk tanda setuju. Dia mengekori langkah lelaki itu dari belakang. Akhirnya, mereka sampai di hadapan sebuah ambulans.
Pandangannya dihalakan ke arah sekujur tubuh yang terbaring lemah diatas sebuah katil. Perlahan-lahan, dia melangkah masuk ke dalam kenderaan itu lalu mengambil tempat disebelah figura yang amat dikenalinya.
Afiq Raihan.
"A-abang..." panggil Anis Raihanna penuh sebak.
Bagai luruh jantungnya pada ketika ini apabila melihat keadaan Afiq Raihan yang berlumuran darah itu. Tangannya lantas mengusap peluh yang mengalir pada dahi suaminya. Kolam air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah.
"Hei...abang dekat sinilah sayang. Jangan nangis. Nanti tak cantik." ucap Afiq Raihan separuh berbisik.
Tangan kekar miliknya lantas mengesat air mata yang mengalir di pipi Anis Raihanna. Bibirnya cuba mengoyak senyuman. Tanpa dia sedari, dia turut mengalirkan air mata buat sekian kalinya. Akhirnya, dapat juga dia menatap wajah milik Anis Raihanna buat kali terakhir.
"A-bang jangan tinggalkan sayang. Sayang takut. Sayang tak nak hilang abang. Jangan tinggalkan anak kita." rayu Anis Raihanna tanpa henti.
Air mata laju mengalir menuruni pipi gadis itu.
Afiq Raihan lantas menarik isterinya ke dalam dakapan. Dia mendakap erat tubuh kecil milik Anis Raihanna dengan sepenuh tenaga yang ada. Seolah-olah cuba menyalurkan kekuatan kepada isterinya.
"Shhh...jangan nangis, please. Abang tak nak isteri abang lemah macam ni. Abang tahu isteri abang kuat dan abang nak Hana kuat untuk abang mulai hari ni. Abang nak sayang gembira demi abang. Please?" pinta Afiq Raihan sayu.
Dadanya kini bagai dihimpit batu yang besar hingga menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Dia tahu dia tak mempunyai banyak masa yang tinggal lagi. Walau bagaimanapun, dia cuba gunakan masa yang berbaki ini untuk bersama Anis Raihanna. Sekurangnya dia dapat pergi dengan tenang.
"A-bang tak boleh tinggalkan sayang. S-ayang tak kuat. Abang yang kena kuat untuk sayang. Demi anak kita. Demi keluarga kita. Tsk...tsk..." ucap Anis Raihanna tersekat-sekat diselangi tangisan.
Anis Raihanna memegang erat tangan Afiq Raihan. Dia takut untuk kehilangan orang yang paling dia sayangi. Dia juga tak sanggup untuk menanggung perasaan tersebut sendirian. Dia tak kuat.
"Hana, abang sentiasa kuat untuk sayang. Untuk keluarga kita. Cuma sekarang, giliran sayang yang kena kuat untuk abang. Untuk keluarga kita. Anggap ni permintaan terakhir dari abang untuk sayang. Boleh?" pinta Afiq Raihan lemah.
Anis Raihanna menghamburkan tangisannya pada dada bidang Afiq Raihan. Afiq Raihan menggosok lembut belakang badan isterinya yang terhenjut sedikit akibat menangis sehingga tenang. Sekali sekali dia batuk mengeluarkan darah merah.
"H-ana cuba tapi... Hana tak nak abang tinggalkan sayang." ucap Anis Raihanna sambil cuba menahan tangis.
Afiq Raihan mengangkat wajah isterinya lalu dihadapkan ke arah dirinya. Satu ciuman hangat dihadiahkan pada dahi Anis Raihanna. Lama mereka sebegitu.
"Abang sentiasa ada dengan sayang selagi sayang kuat." bisik Afiq Raihan kepada telinga isterinya.
Tangan kasar Afiq Raihan lantas mengesat air mata yang mengalir pada pipi isterinya. Lalu, dibawa Anis Raihanna ke dalam pelukan. Tenang dan selamat Anis Raihanna rasakan saat berada dalam pelukan itu.
"Anis Raihanna binti Zahid...
I love you..." bisik Afiq Raihan lagi pada telinga isterinya.
Anis Raihanna mengeratkan pelukan sebagai balasan. Dia cuba menikmati detik-detik terakhir ini sebelum menjadi memori yang terindah dalam hidupnya. Belum sempat dia membalas kata-kata Afiq Raihan, pelukan tersebut dileraikan oleh suaminya.
Waktu bagai terhenti buat seketika. Tiada lagi hembusan nafas dari Afiq Raihan. Tiada lagi degupan jantung yang dapat didengari pada dada bidang milik lelaki itu. Malah, kini tiada lagi nyawa yang berada di dalam jasad tersebut.
Anis Raihanna menghamburkan tangisan semahu-mahunya buat kali terakhir. Kini ketakutan untuk dia kehilangan seseorang yang paling dia sayangi terutamanya Afiq Raihan menjadi kenyataan. Terasa seperti baru semalam mereka melayari bahtera kebahagiaan namun kini semua hancur.
Hanya satu yang dia harapkan pada ketika ini. Dia mengharapkan bahawa semua ini hanyalah mimpi ngeri yang akan berlalu pergi pada esok hari. Perlahan-lahan, dia mendekati tubuh yang tidak bernyawa itu.
Lalu, dibisikkan sesuatu di telinga Afiq Raihan walaupun dia tahu suaminya takkan hidup kembali. Itu jugalah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Anis Raihanna sebelum pandangan matanya menjadi gelap.
"I love you too, Afiq Raihan."
To be continued..
Thanks kepada yang sudi menunggu, vote, comment, add dalam reading list dan membaca!??
Tanpa korang, siapalah author??
Sorry buat readers tertunggu lama giler!??
Please stay tune!??
Share this novel