BAB 16

Horror & Thriller Completed 9981

-10.30 malam-

Tok Tok Tok.

Pintu rumah Tsukiko diketuk. Pintu dikuak. Alangkah terkejutnya Yukiko apabila mendapati seorang lelaki di dalam rumah kakaknya.

"Dah balik dah? Dengan siapa sebelah kau tu?" tanya Suix.

"Errr, perkenalkan ni Yohan," kata Yukiko.

"Saya Suix," kata Suix sambil bersalaman dengan Yohan.

Yukiko pelik dimana kakaknya menghilang.

3 minit kemudian barulah Tsukiko pulang. Tetapi rumahnya kini mempunyai 4 orang termasuk dirinya.

"Suix?" terkejut Tsukiko apabila Suix berada di dalam rumahnya.

"Eh aku ingatkan Tsukiko, rupanya Tsukiko baru balik," kata Suix pening apabila Tsukiko dan Yukiko mempunyai wajah yang hampir sama.

"Mana Yohan?" tanya Tsukiko.

"Dalam bilik," kata Yukiko.

"Kak, kita nak buat apa dengan lelaki ni?" tanya Yukiko penuh makna.

"Ikat dia," jawab Tsukiko ringkas.

Suix terkejut mendengarnya. Cepat-cepat dia bangun daripada kerusi. Tsukiko dan Yukiko bersikap pelik hari ini.

"Korang ni siapa eh?" tanya Suix.

"Aku dah kata jangan ikut aku kan...Kau yang paksa aku," jawab Tsukiko sebelum mengeluarkan pisaunya.

"Ikat atau mati sekarang?" tanya Tsukiko memberikan pilihan.

Suix berpeluh. Nampaknya kedegilannya mengundang padah! Suix tidak berkata.

Yukiko dengan pantas terus mengikat Suix di atas kerusi. Yukiko mengambil pisau kakaknya di dapur sebelum duduk berhadapan dengan Suix.

"Nampaknya kau dah tau identiti kitorang," ujar Yukiko perlahan.

Yukiko melihat pisau kakaknya yang tajam itu dengan lebih dekat. Saja berbuat demikian agar menggerunkan Suix.

"Tolong...Lepaskan," rayu Suix.

Tsukiko tidak sampai hati untuk membunuh Suix yang tidak melakukan kesalahan itu. Tetapi, kesalahannya adalah mencuri-curi masuk rumahnya. Ya, dia bersalah! Tsukiko berkata dalam mindanya.

"Orang yang bersalah sama dengan pembunuh. Ya dua-dua bersalah," bisik Tsukiko pada diri sendiri.

"Maaf, aku cuma--" Yukiko menunjukkan isyarat senyap pada Suix.

"Hari ni hari paling gembira kami, kau duduk sini senyap-senyap," kata Yukiko lalu menutup mulut Suix dengan kain meja.

"Jom ke atas,"

Tsukiko dan Yukiko menaiki ke tingkat atas. Yohan sedang menunggu di dalam bilik. Tersenyumnya seorang diri.

"Kakak tunggu kat luar kejap, biar adik masuk,"

Tsukiko mendengar kata adiknya. Dia tunggu di luar. Setelah 5 minit, barulah dia dibenarkan masuk.

"Kenapa pakaikan dia plastik hitam kat muka?" tanya Tsukiko pelik.

Yukiko mengikat Yohan di atas katil sambil memakaikannya plastik hitam di muka.

"Tak perlu tanya, mari selesaikan tugas kita," kata Yukiko.

"Kenapa kau culik Chenta?" tanya Yukiko sedikit berang.

"A...Aku tak tau apa-apa...Jangan apa-apakan aku,"

Yukiko mencucuk kaki Yohan dengan pisaunya. Yohan menjerit. Darah di kakinya mula keluar dengan banyak.

"Menipu lagi ye. Rupanya kaulah dalang selama ni. Kenapa kau tergamak bunuh dia?!" Yukiko mengherdik Yohan.

Yohan tersedu-sedan menangis.

Tiba-tiba Tsukiko perasan ada lampu warna merah dan biru di luar rumahnya. Tsukiko menyelak tingkap. Kereta polis!

"Polis?" tanya Tsukiko pelik.

Yukiko juga terkejut. Nampaknya pembunuhan Yohan tidak boleh ditangguh lagi. Yukiko cepat-cepat menanggalkan plastik hitam di mukanya. Yukiko bersiap sedia untuk menikam Yohan di muka dan badannya.

"Nanti dulu Yukiko!" arah Tsukiko.

"Kenapa?" marah Yukiko kerana tugasnya diganggu.

"Dia bukan orangnya,"

"Maksud akak?"

"Orang tu berkulit gelap sedikit. Hidungnya tidak mancung. Ni bukan yang terlepas hukuman mahkamah tu," terang Tsukiko.

"Tapi nama dia Yohan kan?" tanya Yukiko pelik.

"Ya, tapi bukan dia. Langsung tak sama!" kata Tsukiko lagi.

Yukiko buntu. Nampaknya sudah ada 2 orang saksi di rumah mereka. Dengan ketibaan pihak polis, mereka perlu menyelesaikan segala masalah dengan segera!

*****

Hazaki dan Joan dalam perjalanan ke rumah Tsukiko. Hazaki yang memandu kereta ketika ini. Joan menyelak dompet Hazaki.

"Kau jangan nak ambil duit pula," pesan Hazaki.

Joan tergelak kecil. Tak ada maknanya nak ambil duit kau. Banyak duit berwarna biru je. Akhirnya Joan terjumpa IC Hazaki lalu membeleknya.

"Hahaha, bapa buruk muka," ejek Joan sambil tergelak.

Hazaki buat-buat tak dengar.

"Hmmm, Hazaki Yohan, rare sungguh nama," kata Joan.

"Kita dah nak sampai, simpan dompet aku tu. Ceh, macamlah muka dia tak buruk juga," kata Hazaki.

Joan menyimpan dompet Hazaki semula. Joan tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada Hazaki.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience