Rate

Bab 54 Sambutan Hari Guru

Romance Completed 278123

"Alhamdulillah Adib, akhirnya kamu tak lama lagi akan jadi ayah." Ucap Imani Najwa dengan bersemangat setelah mereka sudah berada di rumah Imani Najwa.

"Iya kak, syukur alhamdulillah.... tak sabar rasanya nak beritahu kat ayah, ibu , abah dan umie."Ucap Adib Umair yang setia merangkul bahu Anis Umairah.

"Anis kena jaga kesihatan ya, jangan kerja yang berat-berat tau. Jangan makan yang tajam-tajam macam nanas muda dan makan durian, jangan makan pedas-pedas, ingat tu Anis." Nasihat Imani Najwa bertubi-tubi.

"Insya Allah kak, Anis ingat." Sahut Anis tersenyum mendengar celoteh Imani Najwa yang tak henti-henti.

"Kalau macam tu, kami balik dulu kak, takut terlalu lewat sampai rumah." Kata Adib sambil berdiri dari duduknya.

"Terima kasih ya kak, hantar Anis mengurut tadi." Ucapnya sambil memeluk erat Imani Najwa.

"Sama-sama Anis, kerap-keraplah datang sini ya."

"Iya kak, insya Allah. Akak pun datanglah rumah jalan-jalan ya."

"Ya lah kirim salam dengan umie, abah dan mertua Anis ya."

"Baik kak, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam Anis, Adib... hati-hati bawa kereta tu."

Adib Umair dan Anis Umairah pun segera pulang untuk menyampaikan berita gembira tentang kehamilan Anis Umairah.

"Honey ada nak apa-apa ke?" Tanya Adib Umair sambil mengelus pipi Anis Umairah. Adib mengemudi keretanya dalam kelajuan sedang, apa lagi hujan renyai-renyai keadaan jalan sedikit licin di highway.

"Takde juga abang." Ucapnya sambil tersenyum.

"Terima kasih sudah mengandungkan anak abang."

"Terima kasih juga abang, sudah beri Anis kasih sayang dan perhatian." Ucap Anis lagi.

Adib Umair cuma menggangguk perlahan mendengar ucapan isterinya. Hatinya betul-betul bahagia dengan berita gembira tersebut. Dia sudah tak sabar untuk memberitahu pada keluarganya tentang kehamilan Anis.

*************************

"Assalamualaikum!" Ucap Adib dan Anis hampir bersamaan.

"Waalaikumussalam!" Sahut Encik Amri, Puan Saleha, Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha hampir bersamaan yang tengah duduk di ruang tamu.

"Haa... Adib dan Anis dah datang, apa berita yang korang nak sampaikan?" Ucap Encik Amri seperti tidak sabar setelah melihat Adib dan Anis yang menghampiri mereka.

"Abang bagi duduk dulu budak 2 tu, baru juga sampai rumah." Sahut Puan Saleha sambil tersenyum manis.

Setelah Adib Umair dan Anis Umairah duduk di sofa double, Adib Umair pun memberitahu tentang kehamilan Anis Umairah kepada mereka semua sambil memeluk erat bahu Anis Umairah.

"Alhamdulillah, Anis dah hamil...tadi Adib ke rumah kak Imani, dia yang hantar Anis mengurut tadi." Kata Adib tersekat-sekat, hatinya sebak kerana terlalu gembira. Dia tak menyangka secepat itu Anis Umairah berbadan dua.

"Alhamdulillah!!" Ucap mereka semua serentak.

"Alhamdulillah, syukurlah Adib Anis...! Tak sangka secepat ini?" Ucap Encik Muhaimin, suaranya tersedat tak menyangka berita yang baru sahaja dia dengar.

"Ibu mengandung takde alahan ke?" Tanya Puan Zulaikha pada Anis Umairah sambil mengesat airmatanya kerana bahagia.

"Alhamdulillah takde umie, Anis langsung takde rasa apa-apa seperti pening dan mual-mual."

"Baguslah kalau macam tu, sekurang-kurangnya tidak menganggu Anis SPM nanti." Sahut Encik Muhaimin gembira.

"Ha'ah, minggu depan dah SPM percubaan... ada study juga ke ni?" Tanya Puan Zulaikha melihat anaknya yang tengah duduk ditepi Adib.

"Ada umie, Anis start study jam9 pm setelah solat isyak."

"Oh, baguslah... jangan lalai pada pelajaran."

"Insya Allah umie."

"Kalau macam tu, mari kita makan...saya dah masak banyak tadi sebab Adib ada call tadi suruh kumpul kat rumah." Ajak Puan Saleha pada keluarganya.

"Sila min." Encik Amri mempersilakan Encik Muhaimin untuk ke meja makan.

"Terima kasih Amri." Sahutnya dengan senyuman.

****************************

Ujian Percubaan SPM.

Akhirnya Ujian percubaan SPM pun telah menjelang, semua pelajar tingkatan 5 telah membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi kertas peperiksaan hari itu. Tidak terkecuali Anis Umairah merupakan kelas tingkatan 5 Sains, syukur baginya kerana dia tak mengalami mual wanita hamil, dan tidak ada pantang pada makanan dan juga bau-bauan. Dalam seminggu mereka menjalani Ujian percubaan SPM tersebut.

Setelah berakhir percubaan SPM, Sekolah Menengah Uthman telah mengadakan Sambutan Hari Guru dan telah di rasmikan oleh pengetua Sekolah Menengah Uthman iaitu cikgu Burhan.

Adib dan para guru telah duduk di bahagian kerusi guru yang telah di sediakan, manakala semua pelajar telah di himpunkan sambil mendengar ucapan pengetua.

Dari kejauhan Adib Umair melihat Anis kerana risau dengan keadaan isterinya yang hamil muda.

"Anis, tengok Cikgu Adib, dia perhati Anis dari tadi." Aina Natasha mengejutkan Anis yang khusyuk mengikuti sambutan hari guru.

"Ehhh...takdelah Aina, perasaanmu saja tu." Dalih Anis. Dia tahu suaminya dari tadi tak lepas melihat dirinya.

Aina Natasha tersengih mendengar setiap dalih yang Anis berikan. Dia berjongket bahu, lalu melihat pengetua yang berdiri bahagian rostrum untuk menyampaikan ucapan.

Ucapan pengetua Sekolah Menengah Uthman iaitu Encik Burhan sempena sambutan hari guru.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah  dan  syabas  saya ucapkan  kepada semua   guru-guru  yang terlibat kerana berjaya mendidik murid-murid dengan cemerlang dan jayanya dalam satu iktikad yang jitu bagi merealisasikan kecemerlangan pelajar.

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan  keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Guru turut akur dengan tuntutan perubahan nilai masa, justeru  menyatukan semua elemen seperti tanggungjawab terhadap pelajar,  tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab  terhadap masyarakat dan negara sebagai keperluan  untuk mewujudkan sebuah negara bangsa  yang  berjaya.

Guru Cemerlang adalah suatu pengiktirafan pihak kerajaan untuk menghargai  peranan yang telah dilaksanakan oleh golongan guru dalam menentukan hala tuju negara mengikut acuan yang kita perlukan. Kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan yang bertungkus lumus menyediakan modal insan  bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dalam  semua sektor.

Akhir kata, saya berharap agar guru-guru akan menjadi cerminan kepada semua pelajar di Sekolah Menengah Uthman bagi menterjemahkan hasrat dan harapan negara terhadap peranan mereka dalam dunia pendidikan. Saya juga yakin, rasa kasih sayang para pendidik kepada murid-murid boleh menghasilkan kesungguhan untuk mendidik dan membimbing mereka tanpa rasa jemu dan putus asa. Para pelajar yang ceria biasanya dihasilkan melalui kesungguhan, iltizam dan kreativiti para guru yang telah mendidik mereka. Saya ucapkan Selamat hari guru, maaf kerana sekolah kita lambat menyambut hari guru. Terima kasih."

Setelah berakhirnya ucapan tersebut, semua guru dan murid telah di jamu dengan hidangan yang istimewa. Adib banyak menerima hadiah dari pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan guru-guru yang lain.

"Anis, balik nanti ikut abang ya ...tak payah ikut grab." Adib Umair datang mendekati Anis, setelah melihat murid-murid sibuk dengan hal masing-masing.

"Eh, tak nak abang...risau orang tengok!" Sahut Anis Umairah kedengaran manja.

"Abang tak peduli, balik ni Anis balik dengan abang, Honey ambil kuih ni, sedap amat." Suara Adib Umair kedengaran tegas. Adib menghulurkan sepiring kuih kepada Anis, dia sebenarnya risau membiarkan Anis Umairah menaiki grab atau teksi sejak Anis hamil muda.

minta maaf ya, line hp akk beberapa hari ni teramat-amat teruk, tak dapat buka tempat akak menulis novel. semoga terhibur ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience