“Ingat jangan lupa” pesan mak sebelum tolak aku pagar. Amboi siap halau aku lagi. Abang PJ tunggu aku. Jerit hati aku sebaik sahaja keluar dari rumah.
“Hidup ini macam bayang-bayang” terkaku aku dengan Chitah bermadah di tengah hari. Mood apa pulak minah ini.
“Apa pendapat kau pasal hidup ini Ad?” Chitah dah pun menongkat dagu. Mata dia tajam memandang kau.
“Kau ini buat tabiat apa tengah hari ini?”
“Bukan la aku cuma nak dengan perspective kehidupan dalam teori kau”
“Dah la aku banyak kerja nak buat ini.” cepat-cepat aku mengadap kertas-kertas yang berada diatas meja. Chitah ini silap pilih kerjaya. Dia patut jadi seorang penulis. Sibuk nak bermain kata-kata.
“Hidup ini buat aku terfikir sesuatu. Kebahagiaan seseorang itu terletak kepada hati yang ditiup dengan restu Allah” okay aku dah mengalah.
Memang budak ini dalam situasi perlukan perhatian.
“Apa yang aku ada sekarang membuatkan aku lupa untuk bersyukur. Terasa aku ini tak guna” aku rasa kena batang hidup aku kejap.
“Pernah tak sekali dalam hidup kau rasa macam kosong-kosong?” muka Chitah aku tengok dah serabut. Apa la yang tak kena dengan budak sorang ini. Merapu-rapu.
“Hidup ini adalah tengok wayang. Pentas lakonan kita. Macam-macam emosi yang kita lalui sewaktu menonton wayang. Tanpa sedar kita melihat image kita dalam layar tersebut. Kita sahaja yang tak sedar. Bergantung pada kita la untuk mentafsir kehidupan. Kadang-kadang apa yang kita kejar itu lari dari lantasan yang kita patut laluan. Itu sebabnya kita kena update semua amalan kita dari sehari ke sehari. Bukan update status FB je. Kita ini mudah lupa itu. Norma kehidupan penuh dengan nafsu. Make it simple sudah. Buat apa kau nak huraikan kehidupan sekarang ia memang tak terurai. Kalau kau pertikaikan bermakna kau mempertikaian kekuasaan-Nya”
Aku mencapai pen. Mengaris-garis buku harian. Mencatatkan segala aktiviti kehidupan.
“Tak sangka kau boleh cakap macam itu” luah chitah. Berkerut aku. Asal pulak?
“Make it simple erk? Terlalu ringkas rupanya pemikiran kau” aku rasa macam terhina kenapa ya?
“Aku tak suka merumitkan pemikiran” tegas aku. Ish budak chitah ini banyak pulak cekadak.
“Ad! Mana projek bawah berita harian?” jeritan Encik Daod buat membuatkan kau menarik nafas. Terkejuz den. Apa punya olang ma. Main jerit-jerit. Cepat –cepat aku bangun. Selamat Encik Daod panggil kalau tak terpaksa melayan si Chitah ini meroyan. Aku pun tak tahu apa yang nak dia bahaskan. Aku ini bukan apa nak bagi taskirah agama memang aku tak pandai la. Aku bukan bukan la alim sangat.
Dalam bilik Encik Daod aku hanya diam sewaktu dia membelek hasil kerja aku.
“Cik Siti Wan Minah ada cakap apa-apa tak?” Encik Daod masih melihat kertas-kertas. Sedikit pun dia tak mendongak.
“Ada”
“Malam ini jumpa kat rumah”
“Mmm” Encik Doad menghulurkan fail yang mengandungi hasil kerja aku.
Aku masih baru lagi. Tak boleh nak siapkan kerja menggunakan technology yang canggih lagi. Berbeza dengan Chitah dan senior lain. Mereka telah upgrade. Aku je masih terkial-kial guna kertas lagi. Huhuhuhu. Lagi pun selesa melakar guna kertas dari computer. Hehehe.
Teringat aku dekat Osaka. Osaka ini Bandar anime dekat Jepun. Kira pusat Anime la. Aku bila bosan-bosan memang lepas sana la. Mana tahu untung nasib ada orang buat konsert. Memang masyuk. Kegilaan orang Jepun pasal manga memang terbaik. Tahap obsess tak ingat. Sama macam aku obses dekat abang PJ. Hahaha. Itu belum lagi show kereta bertemakan anime. Pergh memang meletup gua cakap sama lu. Pernah jugak la aku join sekali. Waktu itu cuti sem. Aku buat part time dekat salah satu syarikat dekat sana. Saja nak kutip pengalaman. Aku bawak image Bleach dan tak sangka menang dapat tempat no dua. Bangga aku. Pasal kos untuk semua itu pasti la aku dapat dari Encik Doad. Walaupun tak seteru tapi bab duit tak boleh tak seteru. Hahaha.
“Pass ini kat editor.” Aku hanya mengangguk.
Ah rindunya masa dekat Jepun. Kalau kat Jepun sekarang pasti aku tengah berseronok dengan team aku bincang pasal manga terbaru. Banyak beza menjadi pelukis komik di Malaysia dan Jepun. Kalau dekat Jepun obsess dia memang melampau. Dekat Malaysia ia dipisahkan dengan hobi.
Berdesup aku berlari. Gara-gara lewat balik dari tempat kerja. Tertinggal bas. Waaaa... sedih gila. Kalau la aku ada pintu ke mana saja kan syok. Doremon pinjam pintu! Tak perlu aku nak bukan banyak pintu. Pintu pejabat, pintu lif, pintu bangunan, pintu teksi, pintu hati… erk pintu hati? Hah pintu hati Abang PJ la. Tapi pintu hati dia mana boleh buka macam kupas buah rambutan. Dia macam nak bukak buah durian. Susah wo. Banyak halangan. Dikelilingi duri. Ish apa yang aku merepek ini sampai masuk rambutan durian bagai ini. Confirm pengaruh musim buah-buahan ini.
“Kak hari ini pakwe akak tak ada” belum pun sempat aku skodeng Abang PJ postboy aku dah mai.
Share this novel