JUNAIDA terpegun seketika melihat koleksi baju yang terdapat dalam Butik Pengantin Delila. Juwita hanya tersenyum melihat sikap Junaida yang seakan terpukau. Dia tahu Junaida sangat meminati dunia fesyen. Dia juga telah beberapa kali melihat lakaran Junaida kerana itu dia nekad untuk menempah baju nikahnya dari hasil tangan Junaida yang dicurinya.
"Hai Ju... dah lama sampai ke?" Delila memeluk erat Juwita.
"Baru je Del. Well macam yang kita bincang hari tu, I ada design sendiri. You boleh buatkan?" Juwita tersenyum lantas mengeluarkan sesuatu dari bag tangannya. Terpegun Delila melihat lakaran yang diberikan oleh Juwita.
"Wow... cantiknya." Junaida yang kebetulan berada berhampiri mereka segera mendekati Juwita. Buntang matanya apabila melihat lakarannya berada di tangan Delila. Kelu lidahnya saat itu melihat Juwita hanya tersenyum.
"Siapa buat ni?" Delila menyoal. Juwita tersengih.
"Ju, janganlah berahsia." Delila tak puas hati. Walaupun lakaran itu Nampak simple namun masih mengekalkan ciri-ciri elegent.
"Saya punya kak." Perlahan sekali suara Junaida menangkap pendengaran Delila. Bulat mata Delila memandang Juwita minta kepastian.
"Ye Del... Memang lakaran adik I. Dia memang dari kecil minat nak jadi pereka fesyen. Nak buat baju glamour la. So kebetulan masa I masuk bilik dia hari tu I jumpa ni. Itu yang I call you tanya you boleh buat ke kalau I nak tempah baju. You tahukan majlis I tak sampai pun sebulan lagi." Juwita tersenyum. Mujur saja Zailani dan Junaidi tidak berada di situ.
"Anything for you, Ju. Tapi serius cantik design adik you ni. So, lepas ni adik you kena tolong I la untuk pastikan baju you ni siap dengan jayanya." Delila ketawa manakala Junaida pula terkebil-kebil tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Delila.
"If you ada part-time job, you bagitahu I ye. Nak suruh adik I ni kerja. Dah habis STPM takde buat apa. Asyik layan Tik Tok je. Meluat I tengok." Junaida tersengih malu. Memang dia pernah menyatakan hasratnya untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPTM sebelum membuat keputusan untuk sambung belajar. Tapi ketika itu, Juwita buat tak layan dengan permintaannya.
"Kejap I panggil my staff ambil ukuran you ye." Delila meninggalkan Juwita dan Junaida seketika.
"Serius ni akak bagi Ida kerja? Tak tipu?" Junaida inginkan kepastian. Dia berasa sangat teruja. Juwita meletakkan tangannya di kepala Junaida lalu mengusap lembut.
"Apa je untuk adik-adik akak selagi tak mendatangkan kesan buruk." Junaida terus memeluk erat tubuh Juwita. Juwita memang kakak yang terbaik dia punya. Walaupun garang macam singa betina kehilangan anak, namun Juwita sentiasa memenuhi permintaan mereka.
Zailani berdeham beberapa kali apabila kedatangannya langsung tidak disedari oleh mereka.
"Dah selesai ke?" soal Zailani apabila Juwita memandang kearahnya,
"Eh... belum lagi. Tadi bagi design baju je. Tengah tunggu nak ambil ukuran." Juwita ukir senyum. Entah mengapa semenjak akhir-akhir ini senyuman Juwita membuatkan hatinya tidak keruan.
"Abang pergi mana tadi?" Akhirnya Juwita menyoal. Sedari tadi dia penasaran apabila meminta Juwita dan Junaida masuk dulu ke dalam butik. Zailani tersengih.
Tangannya yang berada di belakang segera dibawa ke depan. Sekuntum bunga ros merah disuakan kepada Juwita. Tersengih Junaida dan Junaidi melihat mereka.
"Abang…” Hampir saja Juwita memeluk erat tubuh Zailani. Zailani tertawa senang melihat wajah bahagia Juwita.
"Always be mine..." Lembut sekali tutur Zailani. Juwita tersipu malu.
Sungguh dia benar-benar telah jatuh cinta. Cinta pertama yang dirasakan tidak mungkin berkekalan. Tapi siapa tahu perancangan Allah. Setelah berpisah lama, akhirnya mereka bertemu semula dalam keadaan yang tidak diduga.
"Dah decide nak tema warna apa ke?" Zailani menyoal. Juwita tersengih.
"Nak pakai warna pink." Buntang mata Zailani. Juwita berasa geli hati melihat reaksi Zailani. Sengaja dia mengusik Zailani.
"Kenapa? Ada masalah ke?" soal Juwita. Sengaja mahu mendera perasaan Zailani. Berkerut-kerut dahi Zailani ketika itu.
"Tak ada warna lain ke sayang?" Zailani semakin tak keruan. Akhirnya terhambur juga ketawa Juwita yang ditahan sedari tadi. Terpegun seketika Junaidi dan Junaida melihatnya. Ketawa yang sebenarnya dari Juwita. Sangat bersahaja. Langsung tidak ditahan.
"Sayang kenakan abang ye?" Zailani mencuit lembut hidung Juwita. Juwita tersengih.
"Abang decide nak warna apa. Nikah kita pakai warna putih krim." Zailani angkat kening mendengar permintaan Juwita.
"Okey, kita tengok design mana yang okey. Then kita decide sama-sama warna apa." Juwita mengangguk setuju.
Delila tersenyum melihat Juwita dan Zailani yang sedang berbual. Dia telah bersedia untuk mengambil ukuran Juwita. Teruja apabila mendapat kepercayaan Juwita untuk menyiapkan baju nikahnya.
"So Ju, pengantin lelaki punya pun nak tempeh sekali, kan?" Delila inginkan kepastian. Juwita hanya mengangguk.
"Okey. I akan ambil ukuran you. Pembantu I akan ambil ukuran bakal husband you." Juwita mengangguk lalu mereka memberikan sepenuh kerjasama kepada Delila dan pembantunya.
Selesai saja urusan di Butik Pengantin Delila, Zailani membawa mereka makan di sebuah restoran yang menyajikan masakan kampung yang paling sedap di situ. Mujurlah Juwita bukan seorang yang sangat cerewet tentang makan.
Share this novel