AFSHIN 38

Fantasy Completed 7268

"Maafkan hamba Tengku! Ada perkara penting hamba mahu sampaikan."


Kehadiran Nek Galyn secara tiba-tiba di hadapan Tengku Rayyan menimbulkan tanda tanya. "Lakukan apa yang saya beritahu tadi." Tengku Rayyan memberi arahan kepada Azzan sebelum kembali mengfokuskan pandangan ke arah Nek Galyn.


"Baik, Tengku!" Azzan menunduk hormat sebelum mengundurkan diri dari ruangan itu.


"Ada apa Nek Galyn? Kenapa saya melihat keadaan Nek seperti terpijak bara hangat sahaja?" Wajah gelisah Nek Galyn direnung risau.


"Aduhhh.. Hamba pun tidak tahu mahu mulakan dari mana... Tengku tahukan hamba dapat menebak apa yang terjadi pada masa hadapan?" Nek Galyn membuka bicara. Dia tahu sekarang Tengku Rayyan sedang kusut mencari Rycca yang hilang sejak semalam. Tetapi apa yang ingin disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu Tengku Rayyan untuk menemui gadis itu.


"Nek Galyn nampak sesuatu?" Soalan dibalas soalan. Mata Tengku Rayyan kelihatan bersinar berharap apa yang disampaikan wanita tua itu adalah berkaitan Rycca.


"Katakan sahaja Nek Galyn! Katakan sahaja semua yang Nek nampak!" Tangan Tengku Rayyan sudah naik memegang kedua-dua belah bahu Nek Galyn. Sungguh dia sangat terdesak sekarang. Hatinya tidak tenang selagi Rycca tidak ditemui.


"Hamba bermimpi akan berlaku peperangan di kerajaan ini dan hamba dapat melihat Rycca berdiri di barisan hadapan... " Nek Galyn menceritakan mimpinya kepada Tengku Rayyan.


"A.. Apa..?" Hampir tidak terkeluar suara Tengku Rayyan bertanya. Dia bagai tertampar dengan berita itu.


"Hamba tidak pasti sama ada mimpi ini salah satu daripada ramalan hamba, tetapi hamba melihat berlakunya peperangan dengan golongan Dahak. Kali ini bukan pembesar Essam yang menjadi ketua untuk menentang mereka tetapi Dayang Rycca sendiri." Jelas Nek Galyn dengan lebih teliti.


Tangan yang memegang bahu itu terus jatuh longlai di sisi. Tengku Rayyan tidak dapat menerima kenyataan yang didengarinya.


"Perang?! Maksudnya kita akan berperang semula seperti dahulu! Peperangan yang bakal membunuh ramai pihak! Peperangan yang membawa malapetaka kepada kita semua! Siapa bakal menang kali ini? Dan Rycca... Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti pembesar Essam?! Apa yang sudah terjadi kepada kerajaan ini!!" Tengku Rayyan mencengkam rambutnya erat. Dia takut, cemas dan penat dengan semua ini. Cukuplah dahulu sewaktu dirinya masih budak, dia dihadapkan dengan suasana peperangan yang sungguh ngeri. Kejadian yang membawa trauma kepada dirinya selama bertahun-tahun. Dia tidak kuat untuk menghadapinya lagi!


"Arghhhhhhh!!!" Tengku Rayyan menjerit seperti orang gila. Dia menampar-nampar pipinya untuk menceritakan betapa sakit hatinya sekarang. Nek Galyn sungguh terkejut melihat keadaan Tengku Rayyan begitu.


"Kakanda?! Kakanda?! Apa yang berlaku di sini?!" Tengku Rafan muncul tergesa-gesa mendapatkan abangnya. Dia memegang erat pergelangan tangan Tengku Rayyan untuk mengelakkan abangnya memukul diri sendiri.


"Kakanda?!! Bawa bertenang! Bawa bertenang!" Kedua-dua belah pipi Tengku Rayyan dipegang. Dia cuba menyedarkan abangnya.


"Apa yang berlaku Nek Galyn?! Mengapa Tengku Rayyan boleh jadi begini?!" Tengku Rafan memandang tajam ke arah Nek Galyn.


Nek Galyn serba salah. Dia tidak menyangka khabar yang diberitahu tadi memberi impak besar buat Tengku Rayyan.


"Hamba cuma memberitahu kepada Tengku bahawa kerajaan ini bakal berdepan dengan peperangan dan... "


"Perang?" Kata-kata Nek Galyn dipotong laju oleh Tengku Rafan.


Anggukan Nek Galyn membuatkan Tengku Rafan faham. Faham kenapa abangnya boleh jadi tidak betul. Dia kembali memandang Tengku Rayyan semula.


"Kakanda jangan risau! Adinda ada di sini. Adinda ada bersama kakanda. Kakanda jangan risau..." Tengku Rafan memujuk Tengku Rayyan seperti budak kecil.


"Ibunda.. Ibunda.. Kita kena tolong ibunda.. Kita kena tolong ibunda, adinda..." Setitis air mata Tengku Rayyan mula menuruni lekuk pipi. Badannya tiba-tiba menjadi lemah sebelum dia mula rebah perlahan-lahan dalam dakapan Tengku Rafan.


"Shhh... Adinda ada di sini. Kakanda jangan risau.. Semuanya baik-baik sahaja." Berkali-kali Tengku Rafan membelai rambut abangnya. Lama, sehingga tiada lagi esak tangis yang kedengaran. Tengku Rafan mengintip sedikit wajah abangnya di pangkuan. Dapat dilihat dengan jelas Tengku Rayyan sudah tenggelam dalam tidurnya.


"Macam mana Nek Galyn tahu semua itu?" Tengku Rafan mula masuk mood serius.


Belum lagi Nek Galyn buang rasa terkejut melihat apa yang berlaku depan mata, dia sudah dihadapkan dengan sisi dingin Tengku Rafan yang belum pernah ditunjuk sebelum ini.


Akhirnya terpaksa tidak, Nek Galyn menceritakan apa yang disampaikan kepada Tengku Rayyan tadi sehingga lelaki itu boleh jadi begitu.


Tengku Rafan mengeluh. Dia tahu wanita itu bukan sengaja menjadikan Tengku Rayyan hilang arah. Dia tahu Nek Galyn tidak mengetahui keadaan Tengku Rayyan yang sebenar.


"Hamba minta ampun Tengku! Tidak menyangka Tengku Rayyan jadi begini disebabkan hamba!" Nek Galyn menunduk dengan rasa bersalah.


"Tak apa Nek. Saya tak salahkan Nek Galyn. Betulkah Nek boleh melihat masa hadapan?" Tengku Rafan kembali memandang abangnya penuh simpati.


"Benar Tengku.. tetapi pada waktu tertentu sahaja. Bukan niat hamba mahu menyembunyikan kelebihan ini dari Tengku Rafan, cuma apa yang hamba lihat hanya berkaitan dengan Rycca, tidak pula orang lain." Jelas Nek Galyn.


"Baiklah, Nek boleh pergi." Tengku Rafan mengusap wajah pucat abangnya. Sudah bertahun peristiwa itu berlalu tetapi dia tahu Tengku Rayyan masih tidak dapat melupakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience