BAB 5

Mystery & Detective Completed 36681

Lisa kagum dengan segala kelengkapan teknologi CCTV yang ada di kedai ini dari CCTV, system alarm, access control system semuanya serba lengkap. Sementara menunggu pemilik kedai itu melayan pelanggan lain, dia meninjau-ninjau pelbagai jenis CCTV yang terdapat di kedai itu.

Matanya tertarik melihat patung teddy bear yang diletakkan di ruang pameran berdekatan dengan pemilik kedai. Pemilik kedai tadi memanggil lisa usai saja pelanggan tadi selesai berurusniaga.

‘Hi Encik, saya Lisa yang emel awak semalam tentang mini and spy cam, ingat tak,’ tanya Lisa tersipu-sipu malu, dia takut pemilik kedai ini salah faham akan niatnya.

‘Oh okay okay saya dah ingat, Hi my name Sam Chia, you can call me uncle Sam or you can call me abang Sam also can,’ ujar Sam berseloroh.

Lisa yang tadinya berkira-kira untuk teruskan niatnya beli pasang spy cam dek malu dan janggal mula rasa selesa, melihatkan uncle Sam yang dari pandangannya sebaya usia mendiang bapanya seperti seorang yang peramah dan mudah didekati, Lisa mula memberanikan diri.

‘Mau pasang yang besar atau yang kecil? Ada suara atau tiada suara punya?’ tanya Sam seraya keluarkan spy cam berbentuk pen kepada Lisa.

‘Kalau yang ini boleh bagi pada suami, tapi leceh tiap kali suami pergi meeting you kena make sure dia bawalah but this one I tell you good quality, cadang Sam lagi.

‘Eh, uncle salah faham ni, I cari spy cam bukan untuk my husband tapi untuk my maid, my husband very the loving guy uncle! Touchwood janganlah dia curang dengan I,’ jelas Lisa.

‘Actually I berminat nak tahu tentang patung teddy bear tu, yang tu spy cam juga kah uncle?’ tanya Lisa sambil menunjuk ke arah patung beruang di belakang Sam.

‘Oh yang ini one of the best seller spy cam, selalu parents akan beli letak dalam bilik tidur anak, yang ini siap ada voice record and sound quality pun very good, this one RM2,800, I can give you a good price if you want,’jelas Sam.

Lisa membelek patung beruang itu sambil fikirannya menerawang mengingat semula perbualan dia dan anak-anaknya mencari idea lokasi sesuai untuk meletakkan patung tersebut tapi seingatnya, kebanyakan masa mereka dihabiskan di ruang tamu dan halaman rumah.

‘Tapi yang ini sesuai kalau you ada anak kecil, atau you boleh cuba yang ini,’suara Sam memecah kebuntuan, dikeluarkannya kamera jenis jam radi dan Lisa segera mencapai jam tersebut.

Sam menerangkan kekurangan kamera tersembunyi yang tidak mempunyai rakaman suara namun ia antara best seller sesuai digunakan di ruang yang besar lantaran kesan paparan wide angle selain rekaannya yang tidak ketara kerana ia dilihat sebagai dekorasi rumah. Sungguhpun Lisa berkenan dengaan kamera jenis patung beruang tadi tapi bila difikirkan balik, penggunaan patung beruang agak terhad lokasinya.

Setelah puas berfikir, akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk membeli kamera jenis jam radio tadi.

Malam itu Lisa dan Benjy setup kamera tersebut dan selaraskannnya pada komputer di rumah dan di ipad serta telefon bimbit agar mudah Lisa mengawasi kedua orang anaknya dari pejabat.

Setelah puas mencuba meletakkan kamera tersebut di beberapa sudut, Lisa mengambil keputusan untuk meletakkan kamera tersebut pada rak buku bersebelahan kabinet tv, kerana sudut tersebut dapat menunjukkan keseluruhan ruang tamu hingga ke ruang makan.

Lisa teruja dan kegembiraannya itu turut buat Benjy gembira, sudah lama dia tidak melihat isterinya gembira sebegitu. Semenjak Bella lahir, isterinya menghadapi kemurungan selepas bersalin, dia mengambil masa yang lama untuk memulihkan isterinya sekaligus menyelamatkan hubungan mereka, tekanan di tempat kerja juga buat hubungan mereka renggang tak cukup dengan itu, insiden mak Som yang lalai hingga buat tangan Bella berparut telah menukar karekter isterinya.

Lisa bermain-main dengan kamera tersebut, Benjy cuma memerhatikan saja teletah Lisa saat Lisa bergurau acukan kamera tersebut ke lubang hidung Benjy dan ketawa sebaik melihat imej Benjy di skrin ipad. Benjy memeluk Lisa erat, dirampasnya kamera terebut dari tangan Lisa dan dikucupnya lembut leher Lisa.

Tidak seperti hari-hari sebelumnya, Lisa akan menepis kemahuan Benjy, Lisa mengusap dahi Benjy lembut lalu membalas kucupan Benjy, tangan Benjy laju menjalar mencapai cangkuk baju dalam Lisa, turun naik nafas Lisa menahan gelora nafsu, benar malam itu Lisa lain macam, baik Lisa dan Benjy, kedua-duanya melayari salah satu nikmat rumahtangga dengan puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience