Bab 10

Short Story Completed 13053

Raina tersedar dari lamulan panjangnya apabila merasa dirinya bukan lagi keseorang di taman lankskap mama. Puan Khatijah duduk disebelah menantunya sambil tersenyum. Raina hanya membalas dengan senyuman kelat.

“ Ina buat apa duduk kat sini sorang-sorang? Kan dah malam ni.”

“Saja ambik angin ma..” suasana sunyi ketika. Hanya kedengaran cengkering dan disusuli dengan angin sempoi-sempoi yang menampar lembut pipi Raina. Raina memandang dada langit yang gelap tanpa kelipan bintang. Bulan pun tak kelihatan. Mungkin sebentar lagi nak hujan..

“Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Mama bukan nak masuk campur hal rumah tangga kamu dan Ash tapi mama risau tengok kamu berdua ni. Dah 3 hari berlalu sejak kamu berdua pulang dari Paris tapi mama tengok hubungan kamu dengan Ash dingin.” Terang Puan Khatijah.

Memang dia tertanya-tanya akan hubungan anak dan menantunya yang dingin sejak pulang dari bulan madu. Puan Khatijah dan Encik Malek terkejut apabila mereka pulang dari Port Dickson mendapati Raina dan Ashraff sudah pulang terdahulu. Sepatutnya keesokannya baru anak dan menantunya bertolak pulang.

Raina melepaskan keluhan berat. Tidak tahu apa yang patut dia jawab. Semuanya salah dia. Kalau dari awal dia dah tinggalkan Farhan tentu semua ni tak kan menjadi. Tentu Ashraff tak kan mengamuk. Ashraff…  sejak kejadian tu, Ashraff tak nak tengok muka dia. Malam-malam pun Ashraff akan tidur di bilik kerja. Nampak je kelibat Raina, Ashraff terus angkat kaki ke bilik kerja.

“ Semua ni salah Ina ma… Sebab Ina, Ash jadi dingin dan cepat marah. Salah Ina ma…”rintih Raina.

“ Cuba kamu cerita kat mama apa yang dah berlaku masa kamu berdua pergi bulan madu tu?” Raina menarik nafas.

 Dia menceritakan kejadian yang berlaku di Paris yang menyebabkan satu-satunya anak teruna Puan Khatijah dan Encik Malek mengaum bagai harimau yang sedang kelaparan. Puan Khatijah mengusap bahu menantunya yang sudah teresak-esak.

“Astagfirullahaladzim…Habis tu kamu tak cakap yang Farhan bertindak peluk kamu?” tanya Puan Khatijah sambil menggeleng kepala.

“ Dah. Dah banyak kali Ina cuba terang kan kat Ash. Tapi Ash tak nak dengar. Belum pun Ina buka mulut Ash dah angkat kaki.”

“ Tak apa lah.. Nanti mama cuba cakap kat Ashraff. Kamu sabar ya?” pujuk Puan Khatijah. Raina mengangkat muka.

“Ma, esok Ina nak jumpa Aina boleh?” Puan Khatijah tersenyum.

“Tanya Ashraff. Dia suami kamu.” Puan Khatijah menepuk bahu Raina beberapa kali sebelum bangun masuk ke dalam rumah.

 Raina terkebil – kebil sendirian sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kakinya mencecah anak tangga pertama, kedengaran enjen kereta. Jam dinding dipandang.

“Dah pukul sebelah empat puluh malam. Awal pulak dia balik hari ni.” Gumam Raina.

Sejak pulang ke Malaysia, Ashraff akan keluar selepas balik kerja dan akan pulang selepas jam berginjak angka satu. Tanpa menuggu Ashraff, Raina terus mengatur langkah ke bilik mereka. Belum pun Raina menutup pintu, terasa pintu ditahan dari luar. Kelihatan Ashraff berdiri tegak dengan sebelah tangan menahan pintu dari ditutup.

‘ Aik? Cepatnya dia naik? Dia nak tidur dalam bilik ni ke malam ni? ’

Ashraff menutup pintu dan berlalu ke katil. Tanpa menghiraukan si isteri yang tertanya-tanya dekat muka pintu, dia merebahkan badannya di atas katil. Terangkat kening Raina melihat Ashraff sudah berbaring di atas katil. Dengan baju kemeja dan stoking yang belum dibuka lagi.

“Awak… tak nak mandi dulu ke?” sepi.

“Awak, kalau ya pun letih sangat tukar lah baju tu dulu.” Raina menghampiri Ashraff. Dilihat Ashraff sudah memejamkan mata. Raina mendekatkan bibirnya ke telinga Ashraff.

“Abang tidur dah ke?” Ashraff membuka mata apabila suara Raina menyapa lembut dekat dengannya. Wajah Raina yang senyum menggoda itu ditenung.

“Bangun pun.” ujar Raina sambil bergerak menjauh dari Ashraff. Seram pulak pandangan suaminya itu.

“Kenapa?” tangan Raina dipegang.

“ Hah?” Raina terpinga-pinga. Ashraff bangun dari terus berbaring. Raina yang sedang berdiri ditarik rapat dengannya sampai Raina terduduk disisinya.

“Kenapa berhenti?” Raina buat muka. Tak faham apa yang dimaksudkan Ashraff.

“Bukan ke tadi Ina nak goda abang? Kenapa berhenti? Kenapa nak lari? Ina takut abang sentuh Ina? Kan Ina goda abang, jadi tak salah kan kalau abang sentuh sekali pun. Lagipun…We are married couple.” Bisik Ashraff. Raina terlopong.

“Hah? Mana ada! Bila masa pulak saya nak goda awak. Nonsense!” Raina cuba bangun dan terus berlari ke bilik mandi. Pintu bilik ditutup dan dikunci. Dia bersandar di pintu sambil tangan mencengkam dadanya.

‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa dengan jantung aku ni?’

Selepas setengah jam berlalu, Raina sudah tidak tahan berada dalam bilik mandi. Air cond dari bilik menubusi celah pintu dan hujan yang sudah yang mula membasahi bumi membuatkan udara dalam bilik mandi menjadi sejuk.

Perlahan-lahan Raina membuka pintu. Kepala dijenguk keluar dan dilihat Ashraff sudah lena di atas katil.

“Alah! Aku nak tidur mana pulak malam ni? Tak kan nak tidur atas sofa kut? Dah lah sejuk ni.” Gumam Raina perlahan.

“Tidur je kat sini.” Raina terlompat apabila disergah begitu.

“Isy, awak ni. Jangan buat saya terkejut macam tu. Kus semangat!”

“Tidurlah.” Sepatah Ashraff menjawab sebelum memejamkan mata semula. Raina ambil tempat disebelah Ashraff dan mengiring ke arah Ashraff.

‘ Mata dia… Hidung dia…Dan, bibir dia…’

“Kacak ke saya ni?”

“Hah?” Raina tersentak.

“Yalah…dah awak asyik tenung saya. Kacak sangat ke saya ni sampai tak berkelip mata awak tu tengok saya.” Ujar Ashraff dengan mata terpejam.

‘Eh? Adui, kantoi! Buat malu je. Dia ni pun, mata terpejam tapi boleh pulak dia nampak aku tenung dia. Ish!’

“Mana ada…” meleret suara Raina sebelum dia mengambil bantal yang berada di bawah kepalanya dan menutup muka dengannya.

Sesaat kemudian dia merasa tangan sasa milik Ashraff melingkar dipinggangnya. Raina mengintai dicelah bantal tapi sekejap sahaja kerana Ashraff sedang merenungnya dengan pandangan yang agak ‘seram’. Lebih tepat lagi pandangan seorang suami.

Lama mereka berkedaan macam tu sebelum Raina membuat keputusan untuk mengalihkan bantal dari terus menutupi mukanya.

‘Fuh! Sikit lagi aku nak lemas kalau terus pekup muka aku dengan bantal ni.’

“Ashraff….”

“Emm…” sahut Ashraff dengan mata masih terpejam.

“Esok saya nak jumpa Aina boleh?”

Senyap.

Raina berpaling dan cuba mengalihkan tangan Ashraff. Tetapi usahanya tidak berjaya. Apalah sangat kudrat dia berbanding Ashraff yang berbadan sasa itu.

“ Don’t you dare go out from my hug.” Ashraff bersuara sedikit tegas.

Mata yang sejak tadi terpejam dicelik. Dia menolak bahu Raina. Dari mengiring, Ashraff sudah menindih tubuh genit Raina. Mata Raina sudah membulat menunjukkan dia terkejut dengan tindakan berani Ashraff.

Berkali-kali dia menolak badan Ashraff supaya menjauh dari badannya. Namun Ashraff tidak mengalihkan badannya langsung. Malah semakin mendekatkan mukanya dengan Raina yang sememangnya hanya tinggal beberapa inci lagi. Raina memejamkan mata.

“Abang cintakan Raina Elisya.” Bisik Ashraff romantis. Raina terkedu. Tangannya yang kuat menolak dada Ashraff tadi juga terhenti.

“Hah?” Raina memandang Ashraff yang sedari tadi merenungnya.

“Sudikah Raina Elisya menjadi isteriku dalam erti kata sebenar?” bibir Raina terketar-ketar untuk bertutur.

“A..Apa Ash cakap ni? Ina tak faham..” tutur Raina perlahan namun masih mampu didengari Ashraff.

“Abang tahu, Raina faham apa yang abang maksudkan.” Balas Ashraff dengan mata semakin layu memandang Ashraff. Dia menarik nafas panjang seketika bagi mengawal nafasnya yang semakin berat.

“Sudi tak sayang jadi suri hati abang untuk seumur hidup? Jodoh itu milik kita, sayang.. Tiada yang bisah memisahkan kita melainkan maut. Sayang…” tutur Ashraff lagi apabila Raina hanya berdiam diri, terkaku pastinya.

Raina melihat ke dalam mata Ashraff yang semakin layu, mencari keikhlasan daripada sinaran matanya. Raina memejamkan mata seketika sebelum merangkul leher Ashraff dan berbisik.

“Hanya abang yang berhak ke atas diri Ina. Dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki Ina adalah hak abang. Halal untuk abang.” Bisik Raina lalu mengucup pipi suaminya. Bibir Ashraff mengukir senyuman gembira.

“Izinkan abang memilikimu, sayang.. I want you for the rest of my life, always and forever.” Balas Ashraff dalam nada romantis. Raina mengangguk sebelum Ashraff melabuhkan bibirnya di bibir Raina.

“Abang mencintaimu sayang, isteriku Raina Elisya.”

“Ina cintakan abang, suamiku Ashraff Muslim.”

Malam itu, terlakarlah satu malam bersejarah buat pasangan suami isteri itu. Bersatulah dua jasad dengan disaksikan hujan yang mula membasahi bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience