HANYA disebabkan hutang orang lain, Arwin Nur Qaira sah menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. Kepercayaannya hancur disebabkan oleh ibu saudaranya yang digelar makngah. Hanya ingin menyelamatkan suaminya daripada hutang, dia telah menjual Arwin kepada lelaki yang dihutang itu. Namun yang lebih mengecewakan, Makngah sendiri yang menyuruh lelaki itu berkahwin dengan Arwin disebabkan tidak mahu Arwin melarikan diri.
“Tolonglah makngah jangan buat Awin macam ni… Awin tak kenal dia siapa… tolonglah Awin nak ikut makngah…….” Arwin merayu sambil teresak. Dia benar-benar tidak mahu berada di situ.
“Kau dengar sini… mulai harini kau bukan sesiapa bagi aku. Kau berambus! Ambik perempuan ni, aku nak balik. Jangan cari laki aku lagi.” tidak berlengah, makngah terus berjalan keluar meninggalkn Arwin sudah meronta-ronta sambil memanggil nama ibu saudaranya.
“Aku minta maaf acu.” ucap makngah perlahan sambil mengelap air matanya kasar dan terus melangkah keluar.
“Bos suruh bawak dia balik.” arah seseorang. Mereka menganggu faham dan terus membawa Arwin pergi.
“Lepaslah! Lepas! Tak nak! Lepas!”
“Kau jalan sebelum aku pecahkan kepala kau.” ugutan itu membuatkan Arwin berasa takut dan hanya menangis. Dia tidak tahu bagaimana kehidupannya.
SETELAH beberapa minit mereka tiba di sebuah rumah yang besar. Rumah itu dipenuhi dengan lelaki berbadan tegap dan dijangka seperti pengawal peribadi.
“Bawak dia bilik stor belakang.”
“Stor? Kau serius lah… stor tu tak kemas.” cuak lelaki yang memegang Arwin itu. Tidak mungkin bosnya akan meletakkan isteri barunya dia stor itu.
“Mana aku tahu dah bos cakap letak perempuan ni dekat stor. Kau ikut je lah…” lelaki itu menggelengkan kepala dan terus menolak Arwin mengikut arahnya. Arwin tidak lagi meronta malah hanya menurut. Tenaganya sudah tiada untuk menangis mahupun meronta.
“Kau duduk dalam ni. Jangan berani-berani kau nak lari kalau kau tak nak mati harini.” sekali lagi lelaki itu mengugut Arwin. Arwin hanya diam dan menundukkan kepalanya. Tutup sahaja pintu, Arwin terus terduduk dan menangis semahunya. Kelilingnya dipenuhi dengan kotak yang tidak bersusun. Benar kata lelaki tadi yang stor ini tidak berkemas. Tidak cukup dengan itu, stor itu kelihatan berhabuk dan tidak sesuai sekiranya duduk berlama di dalamnya.
SUDAH hampir dua hari Arwin duduk di dalam stor itu dan tidak dibenarkan keluar selain mandi dan ingin membuang air. Makan dan minum juga hanya diberikan di dalam stor. Dan dua hari juga Arwin nangis tanpa henti sehingga tiada lagi air matanya. Makan yang dihidang hanya dijamah 2 sudu itu pun hanya mengalas perut.
“Tak ada guna kau menangis, Awin. Tak ada siapa kesah. Mungkin memang lelaki tu nak simpan kau dekat sini. Lebih baik kau kemas stor ni jadikan kotak ni alas tempat tidur kau.” Arwin bercakap seorang diri sambil memandang kotak-kotak yang berada di hadapannya. Selang beberapa minit, Arwin mula mengemas. Dimulakan dengan mengalihkan kotak dan menyapu setiap sudut dan menyusun semula kotak. Sedang leka Arwin mengemas tiba tiba ada satu serangga berwarna merah sedang bergerak-gerak. Wajah Arwin bertukar pucat dan terus lari ke arah pintu. Dengan kuat Arwin mengetuk pintu itu, tambah pula dia sudah mula menangis dan meminta tolong.
Semua mata memandang ke arah stor. Sorang pun tidak berani ingin pergi kerana bosnya berada di situ. Meraka tidak akan pergi selagi tidak mendapat arahan dari bosnya. Lelaki itu hanya membuat tidak tahu namun makin lama makin kuat tangisan dan makin kuat ketukan pintu.
“Apa lagi perempuan ni nak? Menyusahkan!” rimas mendengar suara tangisan gadis itu. Lantas dia terus bangun.
“Kunci mana?” segera salah seorang daripada mereka menyerahkan kunci. Mendengar pintu ingin dibuka semakin cemas Arwin memegang tombol pintu untuk sedia lari. Buka sahaja pintu, tanpa berfikir panjang Arwin terus melompat dan memeluk lelaki di hadapannya. Jelas riak lelaki itu terkejut, bukan sahaja lelaki itu malah mereka yang lain juga turut terkejut dengan tindakan Arwin. Selang beberapa saat lelaki itu menolak Arwin.
“Kau apa hal?” tengking lelaki itu. Ternaik bahu Arwin.
“Bu… buang….”tersedu-sedu Arwin menujuk ke arah dalam. Lelaki itu merenung Arwin tidak puas hati dan kemudian terus masuk ke dalam.Lelaki itu mencari-cari a. Selepas mengetahui punca, lelaki itu keluar kembali.
“Kau ketuk pintu macam nak mampus sebab binatang tu je?” Arwin mengangguk-anggukan kepalanya. Lelaki itu menarik nafas panjang lalu menarik rambut Arwin ke belakang. Arwin mengerang kesakitan sambil memegang rambutnya.
“Sa…sakit.”
“Sakit? Aku lagi sakit telinga dengar kau menjerit-jerit sebab lipas bodoh tu kau tahu! Kau masuk sekarang!” Arwin menggeleng laju. Dia tidak akan masuk selagi lipas itu berada dalam stor.
“Aku pantang betul orang tak dengar cakap aku ni, kau masuk!” Lelaki itu terus menolak Arwin masuk ke dalam dan mengunci pintu. Terdengar jeritan Arwin sambil mengetuk pintu kuat. Lelaki itu merengus marah mendengar Arwin menangis-menangis suruh membuka pintu. Tiba-tiba suara itu terngelam dan terdengar sesuatu seperti terjatuh.
“Bos? Cik Arwin?” tegur salah seorang daripada mereka kerana tiba-tibw suara itu hilang membuatkan mereka berasa tidak sedap hati.
“Biarkan perempuan tu.”
“Tapi… aku rasa cik Arwin pengsan.”
“Alasan bodoh. Tak akan disebabkan sekor lipas dia boleh pengsan. Dia sengaja buat macam tu.”
“Stor tu tak ada tingkap bos. Cik Arwin boleh mati.”
“Kau nampak macam aku kesah ke? Dia mampus pun tak ada kena mengena dengan aku.” lelaki itu terus beredar tanpa mempedulikan perempuan yang berada di dalam stor itu ada paling tepat isterinya.
“Kau memang tak takut kepala kau kena pancung ke cakap dengan dia macam tu. Suka hati dia la nak buat apa.” tegur salah seorang daripada mereka.
“Eh mana pegi hati kau? Kau tak nampak dia ketuk pintu tu macam mana tadi? Kalau dah mati perempuan tu macam mana?”
“Apa yang bising daripada tadi ni?” tegur seseorang.
“Encik Fizz, er tu perempuan dalam tu tadi menangis-nangis sambil ketuk pintu lepastu tiba-tiba dia diam lepastu aku dengar macam bunyi jatuh.” Serba salah lelaki itu ingin membuka cerita.
“Wife Airiel?“ perlahan -lahan mereka mengangguk. Fizz menggelengkan kepala.
“Kunci mana?”
“Kau nak buat apa? Jangan sibuk pasal perempuan tu.” tegur bosnya yang entah daripada mana tiba-tiba muncul.
“Aku nak tengok adik ipar aku. Bak kunci tu.”
“Kau jangan menyibuklah!” keras larangan Airiel itu. Namun tengkingan itu diambil tidak endar dan terus ke pintu dan terus dibuka. Airiel memandang tajam ke arah abangnya.
“Berapa lama dia diam macam ni?” tiba-tiba sahaja Fizz keluar sambil bertanyakan hal itu. Riak wajahnya juga sedikit cuak.
“3 minit.” jawab lelaki tadi.
“Bodoh… Kau angkat bini kau cepat!” arah Fizz segera namun Airiel masih lagi diposisinya.
“Kalau still kepala batu kau, biar aku yang angkat!” Malas dia ingin bercakap lama dengan lelaki keras kepala. Airiel mengetap gigi menahan amarahnya lalu terus berjalan masuk ke stor dan mengangkat Arwin. Benar Arwin pengsan tidak sedarkan diri kerana badannya lemah.
SETELAH 5 jam Arwin tidak sedarkan diri, dia terjaga. Kepalanya berasa sakit dan perlahan-lahan membuka mata. Dia memandang sekeliling. Tempat yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Arwin memandang sekeliling dan mula berasa cuak. Bagaimana dia boleh berada dalam bilik itu sedangkan tadi dia berada di dalam stor.
“Dah bangun?” tegur seseorang membuatkan Arwin terkejut dan terus mengundurkan diri.
“Jangan takut, ni abang ipar Arwin, Fizz.” Fizz memperkenalkan diri sambil tersenyum sebaris. Arwin berkerut dahi sebelum dia mengingati semula bahawa dia sudah bergelar isteri.
“Ada trauma ke sebelum ni?” soal Fizz menukar topik dan ingin berborak dengan adik iparnya. Arwin hanya menggelengkan kepala. Bukannya dia sengaja tidak mahu menjawab namun dia berasa malu.
“Abis tu kenapa sampai pengsan tadi?”
“Takut lipas.” Fizz tertawa kecil melihat wajah Arwin yang malu-malu ingin mengatakan hal itu.
“Patutlah…dah berapa lama duduk dalam stor tu?” soalan Fizz itu membuatkan Arwin tidak membuka mulut. Takut sekiranya dia akan diapa-apakan sekiranya diberitahu.
“Banyak pula soalan kau? Dia dah bangun kan, dah pergi masuk stor tu balik.” tegur seseorang yang daripada pintu. Arwin sudah menundukkan kepala, tidak berani ingin bertentang mata dengan Airiel.
“Kau ingat wife kau kucing ke, kau nak kurung dia macam tu?”
“Suka hati aku lah… bukan hal kau. Eh kau buat apa hah dekat sini?” Airiel masih lagi tidak puas hati dengan kehadiran abangnya.
“Berapa kali aku nak cakap… aku nak tengok adik ipar aku. Cantik, comel pun comel juga.” puji Fizz sambil memandang Arwin. Arwin yang memandang semula ke arah Fizz berasa sedikit tidak selesa dan menutup badannya dengan menggunakan selimut. Airiel memandang abangnya atas bawah.
“Eh bangun, pergi bawah.. masuk dalam stor.” arah Airiel sambil berdiri di sebelah Arwin. Perlahan-lahan Arwin bangun. Airiel yang melihat pergerakkan Arwin begitu lambat, terus menarik lengan Arwin untuk mengikut langkahnya.
Fizz tertawa sambil menggelengkan kepalanya. “ Baru try sikit.”
“Kau masuk…” arah Airiel sambil menolak Arwin ke dalam.
“Li…lipas?” Tidak mungkin dia akan masuk ke dalam stor itu selagi serangga berwarna merah itu ada di dalam.
“Masuk je lah! Banyak bunyi pula. Kau ingat aku nak kesian dengan kau?” bengis sahaja wajah Airiel.
“Tak nak….”
“Betul kau tak nak masuk?” Airiel merenung wajah Arwin tepat. Lambat-lambat Arwin menggelengkan kepala walaupun takut.
“Okay kalau susah sangat….Kau pergi dapur, tu pergi jadi bibik aku! Pergi!” tengkingan Airiel membuatkan Arwin terkejut sambil menjauhkan diri dengan lelaki di hadapannya.
“Aku bagi kau dua pilihan… masuk dalam atau kau jadi bibik dalam rumah ni? Kau pilih.”
Arwin bermain dengan jarinya sambil menunduk. Dia tidak tahu ingin pilih. Arwin takut jika dia memilih dia tetap ditengking lelaki dihadapannya.
“Kau pekak ke? Aku kata pilih!”
“Bi…bibik.” jawab Arwin takut-takut. Airiel yang mendengar jawapan Arwin mengerutkan dahi, tidak sangka hanya disebabkan lipas itu, perempuan itu sanggup menjadi bibik.
“Kau jangan menyesal. Sekarang kau pergi dapur pergi masak untuk makan tengah hari ni. Tak sedap mampus kau aku kerjakan.” Arwin mengangguk faham dan terus ke dapur. Takut dia ingin bertentangan mata dengan lelaki itu, manakala Airiel pula hanya memandang isterinya daripada jauh. Ketat sahaja wajahnya ketika itu.
Hai semua! new novel from niena hope korang enjoyed
Share this novel