BAB 10

Romance Completed 19426

“haih, mana Nazeem ni…”

“kau tunggu siapa tu, Nas?” soal Encik Othman kepada Anas.

Anas berpaling memandang ayahnya. “oh, orang tunggu Nazeem, yah… kata nak datang pukul..!”

“Assalamualaikum..!”

“eh! Panjang umur! Okay la, ayah! Orang pergi dulu eh? Salam, yah!”

Sebaik sahaja Encik Othman menyuakan tangan kanannya, pantas Anas menyambut lalu berlari ke arahh Nazeem. “hoi! Kau tu tak sakan sangat berlari! Nanti sakit balik lutut kau tu, ayah taknak tanggung!” pesan Encik Othman kepada Anas.

Anas tersengih terhadap ayahnya lalu dia melambaikan. Begitu juga dengan Nazeem.

“saya pergi dulu, uncle! Assalamualaikum..!”

“Waalaikumussalam.. elok-elok, Nazeem bawak motor tu..” Pesan Encik Othman kepada Nazeem.

Nazeem tersenyum lalu dia mengangguk. “baik, uncle Othman!”

***

Sebaik sahaja Nazeem memarkirkan motornya di tempat yang disediakan oleh pihak sekolah, pantas Anas melompat daripada motor lalu menanggalkan topi keledarnya. Tanpa membuang masa, Anas terus menarik lengan Nazeem yang ingin menanggalkan topi keledarnya itu.

“ehh, kot ye pun nak tarik ala-ala movie Hindustan, tunggu la lepas aku bukak topi keledar ni dulu!” lenting Nazeem kepada Anas yang sudah tersenyum menyeringai dan membuatkan bulu roma Nazeem meremang. “asal kau.. senyum camtu….?” Soal Nazeem yang sudah pun mula mengundur satu langkah ke belakang.

“aku ada plan..!”

Nazeem tersentak.

“plan..? plan apa..?”

Lagi sekali Anas tersenyum seram.

“alahai, Nas… jangan la senyum camtu..! seram laa pondan..!”

“kau pondankan aku?! Jilake kau..!”

“hahahahahahahahahahaha alaa chill ah aku gurau manja je ni..”

“lantak la! Ni aku ada plan…”

“engkau dari tadi cakap ada plan, ada plan… tapi tak jugak cakap-cakap apa plannya… plan apa?!”

Anas tersenyum. “untuk flashmob nanti, masa permulaan dia kita buat scene gaduh… Adam dengan Ayai… pastu nanti time tengah persembahan… aku mintak tolong cikgu Azura campakkan pingat untuk Olahragawan dekat aku pastu si Aileen dah memang awal-awal lagi cikgu Azura dah kasi dia pegang, so time cikgu campak tu, kau kena sambut tau walau hakikatnya aku yang kena sambut, tapi aku nak kau yang sambut. Okay boleh go ak? Hah! Pastu nanti MC pok pek pok pek tau, time tu Aileen bangun jalan kat kau pastu kau dengan Aileen serentak pergi kat budak Olahragawan dengan Olahragawati pastu sarung pingat kat leher diorang,” cadang Anas kepada Nazeem yang sudah pun ternganga itu.

“jap..! apasal aku?! Iwal boleh kan?!”

“budak tu takleh pakai! Kau je yang boleh!”

“tapi, Nas..!”

“ahh shhh! Shh! Talk to the hand!”

“Nas…. Serius la….”

Anas tersenyum. “aku serius.”

“tapi kenapa aku?”

Anas tergelak kemudian dia memukul bahu Nazeem. “kau ingat aku tak perasan? Cara kau layan si Leen tu lain dengan perempuan lain kot…” Anas tersenyum menyeringai manakala Nazeem menelan air liur kelat.

“kau.. kau perasan apa..? kau jangan nak merepek..!”

“weh, aku tak kata pape pun kot..!”

Nazeem memejamkan matanya lalu dia menggaru kepala. Melihat kelakuan Nazeem, rakan baiknya sejak Tingkatan 1 itu, Anas ketawa besar.

“takyah la gelak pondan..”

“cemana aku tak gelak weh, kau ni obvious sangat la!”

“obvious sangat ke..?”

“bagi aku, obvious.. kalau bagi si Aileen tak… sebab dia dungu… dah la kau kena jugak setuju… nak jadi adik ipar aku tak? Nak tak? Tak nak sudah, aku boleh je suruh Ayish yang ganti..!”

“yelah! Yelah! Aku buat!”

Anas ketawa lagi. Seronok betul mengenakan Nazeem ni. “cantik! Jom gerak pergi kelas!”

“aku bukan sekelas dengan kau pun…”

“nak jadi adik ipar aku tak?!”

“pondan la…. Yelah! Jom gerak!”

Lagi sekali gelak Anas terhambur.

***

Iwal berlari seperti ninja untuk membeli air kegemarannya iaitu air Tinge berperisa anggur. “RM1.80….” pantas Iwal mengeluarkan duitnya dari dompet lalu memasukkan dua ringgit ke dalam mesin kedegang tersebut lalu dia menekan butang yang mempamerkan air yang dimahukannya.

Dang!

Iwal tersengih lalu dia menunduk untuk mengambil duit baki seraya mengambil air yang dibeli. Usai mengambil air yang dibelinya, kening Iwal terangkat sebelah.

“ni apahal air lemon pulak yang keluar?! Bapak stress pepagi dah buat hal!! Hoi, mesin! Kau cari gaduh ke dengan aku..! cibai betul!!” cemuh Iwal terhadap mesin tersebut. “peh panas betul aku!”

“dah boleh stop kot..!”

Iwal tersentak.

“Ayai…”

“blah la kau..! kalau aku tak check phone Ayiq… memang sampai sekarang lah aku taktahu yang kau ni main kayu tiga dengan aku… dah la.. blah la.. aku sakit mata tengok muka kau ni..”

Iwal terdiam. “rupanya, Zaida ada whatsapp dengan Ayiq… eh, tapi Ayiq tahu kan Zaida dengan Ayai.. bapak la.. main sailang awek kawan baik sendiri sia…” omel Iwal sendirian lalu dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ.

***

“Yie.. kau pergi beli makanan ke?”

Ayie mengangguk.

“belikan untuk aku gak…”

Ayie menghulurkan tangan. “duit?”

“oh!” Ameer menepuk dahi. “lupa pulak… hah nah!” Ameer memberikan RM2 kepada Ayie.

“alright.. duit baki aku simpan tau. Okay, thanks..”

“hoi! Selamba badak je si Ayie ni..”

“upah aku ah!”

“hah amik ah amik!”

“bahahaha thanks!!!”

“korangggggg!!!!”

“bodo terkejut aku sia..!” pantas Acoi memandang Iwal yang wajah putihnya telah bertukar merah itu. “uih, kau ni kena kejar babi hutan ke apa? Lain macam merah ni..”

“iye doh! Asal, Wal?” soal Anas kepada Iwal, sepupunya itu.

“tadi time aku beli air ni..!” Iwal menunjukkan air Tinge berperisa lemon kepada rakan-rakannya.

“sejak bila pulak kau suka air lemon ni, Wal?” soal Acap kepada Iwal.

Iwal menjeling Acap. “jangan menyampuk masa aku tengah cakap boleh ak?”

Pantas Acap mengangkat tangan tanda menyerah kalah. “okay.. okay..”

“geng..! aku dah tahu punca kenapa Ayai dengan Zaida break up…” ujar Iwal seraya matanya memandang Ayiq. “mesti kau pun tahu jugak kan, Yiq?”

Pantas kesemua mata budak hot Sekolah Menengah Kebangsaan Aman 1 memandang Ayiq yang sedang terdiam itu.

“Ayiq, kau tahu ke..?”

Anas memandang Ayiq lama. “kau tahu ke, Yiq?”

Ayiq menghela nafas lemah. “tahu…”

“mesti kau tahu sebab kau punca Ayai dengan Zaida break up.”

Membulat mata mereka semua kecuali Anas apabila Iwal bersuara. Anas sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi. Sudah semestinya Zaida bukan seorang perempuan yang setia. Tengok muka pun tahu. Nasi sudah menjadi bubur. Dah terlambat mahu menyesal.

“Ayiq… apa sia..? kau sendiri tahukan diorang tu dah setahun couple..”

“tak..!”

“bukan salah, Ayiq…”

Pantas mereka semua memandang Ayai yang jelas wajahnya kelihatan murung.

“Ayai..”

Ayai memandang mereka semua lalu dia tersenyum tawar. “Ayiq, tak salah pun… yang salah Zaida… biarlah.. benda dah jadi takyah la dikenang…” luah Ayai kepada rakan-rakannya itu.

“kau okay tak, Yai?”

Pantas Ayai mengangkat wajah memandang Anas. Ayai tersenyum tawar. “okay la jugak.. weh, aku lapar…”

Anas tersenyum. “jom, aku belanja.”

Ayai mula tersengih. “thorbaek ah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience