BAB 9

Romance Series 68161

Sofea dan danish dalam perjalanan balik , sofea di benarkan balik oleh kerana kesihatannya dalam keadaan baik...."Aku tak nak kau buat apa apa , kau duduk je rehat"
"Saya masih kuat nak buat kerja , lagipun saya tak biasa duduk diam" jawab sofea lalu memandang ke luar tingkap...

"Kau dengar je cakap aku boleh tak? tak payah la melawan la sofea"

"Aku buat semua ni sebab baby , aku tak nak terjadi apa apa dekat baby tu faham" tambah danish dan kali ni sofea mengangguk patuh...
"Humm saya"

"Kau nak apa? kau ada benda nak makan ke?" soal danish yang masih fokus memandu...Sofea mengambil nafas dalam sebelum memberitahu niatnya pada danish...

"Cakap lah apa benda?"

"Boleh tak kalau saya nak balik kampung? saya , saya rindukan keluarga saya" kata sofea , danish pula tidak menjawab..

"Dah sebulan lebih saya tak jumpa diorang , saya tak pernah pisah lama macam ni dengan diorang , awak bagi saya 2 hari dekat sana pun dah okey dah" pujuk sofea....

"Boleh kan? boleh?" tanya sofea lalu dengan spontan dia memegang tangan danish , Danish memandang tangan yang di pegang sofea dan sofea terus menarik tangannya...

"Maaf saya tak sengaja" ucap sofea , "Kalau awak tak kasi tak apa saya tak paksa"

Danish memandang sekilas pada sofea entah kenapa rasa simpati yang muncul , "Hum boleh tapi 2 hari je dekat sana , pak kasim akan teman kan kau"

"Betul? betul ni?"
"Kau tanya lagi aku ubah fikiran aku , petang ni kau gerak la sana dengan pak kasim aku tk boleh ikut sebah aku tak suka hidup macam tu dan aku ada urusan dengan irdina" jawab danish...

Sofea mengangguk dan tersenyum rasa gembira kerana dia akan berjumpa dengan keluarganya , Sampai sahaja rumah mereka melihat datin yang duduk di halaman...

"Kau terus masuk kalau mama tahan jangan berhenti" pesan danish pada sofea...

Mereka keluar kereta bersama dan danish mencapai beg baju sofea , "Biar saya bawak beg ni tak berat awak tak payah risau" minta sofea...

Sofea berjalanan dan melepasi datin tapi tidak sangka datin akan menarik beg yang di pegang sofea sehingga membuatkan tubuh sofea melayang seketika...

"Ma apa ni?" marah danish yang sempat menahan sofea dari terjatuh , "Kau mengandung anak siapa? baik kau mengaku tu bukan anak danish kan?"

"Datin ini"

"Tu mesti anak lelaki lain , yela sebab kau kan perempuan kotor yang senang senang bagi diri kau dekat jantan mana pun" kata datin...

"Ma tu anak danish ma" sampuk danish , "Danish bela dia? danish dah syangkan dia ke? eh danish buka mata tu irdina lagi better dari dia"

"Ma danish tak sayangkan dia dan tu tak akan pernah terjadi , danish buat semua ni sebabkan baby dalam perut tu je , danish nak kan yang terbaik untuk anak danish" jawab danish dan perkataan itu membuatkan sofea terasa...

"Kalau mama nak kan kepastian lepas dia bersalin kita buat ujian dna"

"Okey mama setuju , kalau itu anak danish mama akan terima baby tu tapi kalau itu anak lelaki lain mama nak danish ceraikan dia"

Danish mengangguk , "Ye danish akan ikut cakap mama kita tunggu sampai dia bersalin" setuju nya dan menyuruh sofea ke dalam....

"Sofea kau jangan berharap lebih dari dia , dia tak akan pernah terima kau dia cuma nak baby ni je" bisik sofea sendiri....

"Hi , boleh tak kalau saya nak tengok cctv malam rabu ah bertarikh 2/5 pada pukul 10.30 malam" kata danisya kepada staff hotel tersebut...

"Maaf cik tapi kami tak akan benarkan orang luar melihat cctv tersebut"

"Sekejap pun tak boleh? saya nak tahu kebenaran mengenai putera danish yang kena tangkap basah malam tu" ujar danisya tetapi staff tersebut tidak membenarkan juga...

"Boleh awak rapat sikit" arah danisya kepada staff perempuan itu , "Awak tahu tak apa yang terjadi malam tu? saya betul betul nak tahu kebenaran" bisik danisya..

"Saya tahu tapi maaf saya tak boleh memberitahu pada cik , cik ni wartawan kan?"

"Bukan , saya adik kepada putera danish saya nak cari kebenaran sebab saya nak buktikan yang abang saya tak bersalah" jawab danisya dan staff itu mengangguk

"Apa yang saya tahu malam tu , putera danish menempah bilik bersama seorang lelaki tapi saya tak tahu siapa lelaki tu sebab bilik itu di tempah atas nama putera danish , itu sahaja yang saya tahu selebihnya maaf saya tak thu"

"Perempuan bernama sofea?"

"Sofea? ouh ada sofea tu kan yang kena tangkap basah dengan putera setahu saya ada dua lelaki yang papah dia , katanya itu adik dia yang dalam keadaan mabuk"

"mabuk?" soal danisya , "Haa ye saya nampak sofea tu di papah dua lelaki berbadan agak sasa dan muka dia tak berapa jelas sebab mereka pakai mask"

Danisya teringat cerita yang di beritahu oleh sofea tentang dia culik dua lelaki , "Lagi? itu je awak tahu"
"Haah itu je yang saya tahu , pihak hotel memberi arahan kepada kami supaya menutup mulut atas kes putera danish" ucap staff itu dan dia meminta diri...

"Jadi betul la dia kena culik? tapi siapa lelaki yang tempah bilik dengan abang?" bisik danisya dan masih banyak persoalan yang bermain di fikiran danisya...

**********************************

Selesai lunch sofea terus mengemas kain bajunya di bilik dan di perhatikan oleh danish , "Saya tak selesa kalau awak tengok saya macam tu" kata sofea sambil mengemas kain bajunya...

"Banyak kau bawak baju? kau nak duduk sana berapa lama? ingat aku cuma bagi kau 2 hari je dekat sana kalau lebih aku sendiri datang sana bawak kau balik"

"Saya tahu"

"Jangan baby tu baik baik" pesan danish dan pergi ke meja solek nya lalu menyembuh minyak wangi ke baju yang di pakai olehnya...

Danish sudah berjanji pada irdina untuk dinner bersama di luar dan itu sebab danish bersiap dan berwangi , "Busuk" kata sofea dan terus berlari ke bilik air...

"Busuk? eh minyak wangi ni mahal kau tahu tak" kata danish lalu berlari ke bilik air , "Kau okey tak?" soal danish yang melihat sofea yang termuntah...

"Jangan dekat , tekak saya loya bau perfum awak tu"

"Kau bohong aku kan ? kau jangan main main sofea"

"Jauh la , uwekkk" muntah sofea dan terus danish menjauh....

Selepas selesai sofea memuntahkan segalanya dia pun keluar , "Macam ni bau lagi tak?'" soal danish dan sofea mencari suara itu terlihat danish yang berdiri di sebelah meja kerjanya..

"Jauh nya"

"Kau yang suruh tadi , aku buat sebab aku tak nak baby aku tu sakit" jawab danish , kedudukan danish sangat jauh boleh di katakan 4 meter dari bilik air...

"Saya okey baby pun okey , normal la kalau saya muntah muntah tu kan fasa kehamilan" kata sofea.....

"Dah la aku pergi dulu , ingat pesan aku jangan buat kerja berat berat tu anak aku"

Sofea mengangguk dan danish pun keluar dari bilik , "Sofea jangan nak berangan dia cuma beratkan baby ni bukan kau , tapi kenapa aku rasa dia macam ada niat lain je , dia baik semacam" kata sofea sendiri.....

Tepat jam 6.00 sofea dan pak kasim pun bergerak ke kampung sofea , dalam perjalanan mereka berbual kosong untuk hilangkan kesunyian di kereta...

"Kamu sayangkan danish?" soal pak kasim dan membuatka sofea tersenyum..

"Saya sayangkan dia pak cik , dia suami saya"

"Pakcik dengar macam macam pasal danish , danish ada pukul kamu kan? kenapa tak buat repot?"

"Saya tak nak malu kan keluarga datuk buat kali kedua , cukup la kali pertama tapi bukan untuk kali kedua" jawab sofea...

"Kamu perempuan yang baik , insha allah kesabaran kamu akan terbalas satu hari nanti , pakcik sentiasa doakan kamu" ucap pak kasim dan sofea berterima kasih padanya.....

"B , tengok tu cantik kan baju tu , jom kita masuk situ" ajak irdina lalu menarik lengan danish ke satu butik , "B lawa kan?" soal irdina..

"B you tengok i ke tak ni? you fikirkan apa ni?" marah irdina bila danish tidak memberi respon , "Ah sayang i fikirkan hal office , baju tu lawa"

"You tak fikirkan pasal perempuan tu kan? perempuan tu ada buat apa apa ke dekat you?"

"Sayang kita nak masa berdua je kan , tak payah cakap pasal dia please"

"Okey fine , you kena la bagi tumpuan pada" kata irdina , Danish mengangguk sambil tersenyum lalu memerhatikan irdina yang memilih pakaian...

"Ish asal aku teringat dekat dia pula ni , aku risau kan dia atau aku risaukan baby?" soal danish sendiri....

"Danish jangan macam macam ingat kau nak kan baby tu je bukan perempuan tu , lepas je dia bersalin kau mesti pisahkan baby tu dengan sofea" ujar nya lagi....

Itu la niat sebenar danish yang hanya mahukan baby itu tanpa sofea , selepas sofea bersalin dia akan membawak baby itu pergi dari sofea dan melepakan sofea.....

*********************************

"Assalamuailaikum mak sal" panggil sofea , "Mak sal sofea balik" jerit syamsul dan mereka semua terus berlari ke bawah untuk menyambut sofea...

"Ya allah , sofea rindu nya mak sal dengan kamu sayang" mak sal memeluk dan mencium kedua belah pipi sofea..

"Mana danish? dia mesti tak ikut kan ya la rumah papan macam ni mana dia nak"

"Syamsul apa cakap macam tu , tak baik berburuk sangka mana tahu danish ada kerja nak diuruskan" marah pakcik daus pada syamsul...

"Betul la apa yang syam cakap , dia tu tak nak datang sini sebab rumah kita ni papan dia tak selesa dan dia mesti jijik nk jejak kan kaki dekat sini"

"abang , danish ada kerja nak di uruskan jangan la macam tu bang" kata sofea yang membela suaminya..

"Abang jangan marah marah , nanti anak buah abang ikut perangai abang masak sofea"

mereka bertiga memandang satu sama lain , "Anak buah? adik mengandung ke?" tanya syamsul..

"2 minggu" jawab sofea dan mereka sama sama mengucapkan syukur ke atas nikmat yang di beri olehnya...

"Jom masuk , kita makan malam sama sama mak sal ada masak ayam masak lemak tau" ajak mak sal , manakala syamsul menolong pak kasim...

"Nanti balik pesan dengan danish , jaga adik aku baik baik kalau dia tak boleh jaga , dia boleh serahkan sofea pada kami semula" pesan syamsul kepada pak kasim....

Danisya balik ke rumah tepat jam 8.30 malam dan terus ke ruang tamu , "Macam mana dapat apa apa tak?" soal datuk secara tiba tiba..

"Pa terkejut danisya pa , hum setakat ni tak ada apa sangat"

"Papa nak tahu siapa yang perangkap danish dan betul ke sofea hampir di culik? itu sahaja papa nak tahu kalau kita jumpa orang yang perangkap danish tu papa sendiri akan hajar dia" kata datuk zul..

"danisya masih mencari bukti , tapi papa jangan risau danisya akan minta tolong beberapa orang nanti" jawab danisya dan menyimpan maklumat yang dia dapat....

"Abang baru balik ke? mana sofea?" soal danisya bila nampak danish baru pulang , "Dia balik kampung" jawab danish..

Baru danisya nak bertanya lagi danish terlebih dahulu naik ke atas , "Penat la tu"

"Tak habis habis irdina , macam la irdina tu baik sangt dia tu perempuan"

"Perempuan?" tanya datuk , Danisya mengetuk dahi nya dengan tapak tangan macam mana dia boleh lupa yang datuk ada dekat situ...

"Perempuan baik sangat untuk abang , okey pa danisya naik atas penat nak rehat" ujar danisya dan terus berlari ke atas untuk melarikan diri dari datuk....

Danish masuk ke bilik nya dan terus duduk di katil sambil mengurut lehernya , "Sunyi la pula bilik ni , biasa dengar suara dia"

Danish membuka laci di meja tepi katil dan ternampak pregnancy test di atas gambar mereka sewaktu bersanding , Danish mengambil test tersebut lalu bibirnya mengukirkan senyuman..

"Junior danish" kata danish , lama danish memerhatikan alat tu dan tersedar bila dia mendapat panggilan dari irdina...

"Time macam ni la nak call" ucap danish dan mengangkat panggilan itu , "Hello ye sayang kenapa?"

"B ada barang i tak cukup , esok teman i lagi boleh?"

"barang apa lagi? i rasa tadi you dah beli banyak dah"

"No , belum semua b teman i esok ok"

"Esok i tak boleh , esok i ada meeting dengan papa dekat office you boleh pergi sendiri kan" tolak danish dan irdina terus mematikan panggilan..

"Ah sudah , ish kenapa la aku rasa rimas bila dia dekat dengan aku tpi sofea"

"Danish jangan jaga hati kau untuk irdina" ucap danish yang memujuk hatinya....

Danish terus meletakan alat itu ke dalam laci dan menutupnya lalu pergi ke arah bilik air untuk membersihkan badannya dan berehat......

*******************************

"Kenapa duduk luar ni? angin malam tak baik untuk sofea lagi lagi tu ha baby" tegur syam dan duduk di sebelah adiknya , mereka berada di pondok kecil halaman rumah mereka..
"Abang sikap danish berubah sejak dia tahu adik mengandung , adik rasa macam sesuatu la bang"

"Berubah? berubah macam mana? selama ni dia laya adik teruk ke?"

"Eh bukan mcam tu , dia berubah maksudnya dia tak bagi adik buat kerja berat dia pesan supaya jaga baby ni baik baik" kata sofea yang masih menyimpan hal yang sebenar....

"Biasa la tu kan anak dia , mesti dia nak yang terbaik untuk adik dan baby tu , danish tu manusia biasa dia masih ada perasaan dan hati jadi abang yakin dia tak akan buat benda yang tak betul"

"Contoh?"

"Ada kes yang abang pernah dengan , pisahkan baby dengan ibu , tapi abang yakin dia tak akan buat macam tu walauapapun adik tetap ibu kepada baby tu dan dia tk boleh pisahkan anak dengan ibu kesian baby tu nanti , lagipun berbuatan tu keji bagi abang" kata syamsul..

"Adik tak rasa dia akan buat macam tu , adik yakin dia mesti boleh berubah"

"Insha allah dia akan terima adik dengan baik , adik usaha lebih dan hasilnya insha allah akan baik baik je" ucap syamsul...

Sofea tersenyum dan fikirannya masih memikirkan danish , entah kenapa perasaan rindu tu muncul sejak dia sampai di kampung.....

Danish masih tidak boleh terlena dan dia asyik menukar posisi tidurnya , "Ish kenapa tk boleh tidur pula ni? mata aku ni kenapa?"

"Ke aku tak boleh tidur tanpa sofea?" soalnya pada dirinya sendiri...

"Aku dah mula suka kan dia ke? atau aku dah sayang kan dia?" soal danish pada dirinya...

Danish mengeleng laju dan cuba menafikan perasaan nya salah terhadap sofea , dia hanya sayangkan baby yang ada di rahim sofea sahaja dan dia tidak memiliki perasaan apa apa terhadap sofea....
Danish terus meletakkan bantal sofea di sisi kanan dan danish mula melelapkan mata nya dengan perlahan dia mula terbuai mimpi dan tanpa sedar dia memeluk bantal sofea....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience