BAB 13

Humor Completed 26855

Tujuh tahun kemudian….

“Nama aku Muhammad Khalish Rifqi, aku pengidap penyakit HIV. Aku dapat penyakit ini sewaktu aku sepuluh tahun melalui transfusi darah yang dijalankan ke atas aku selepas aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ketika aku berumur dua belas tahun tahun, badan aku sudah menunjukkan simpton-simpton penyakit ini. Badan aku semakin lemah aku aku mudah diserang penyakit. Penyakit ini belum ditemui penawarnya, dan antibodi aku semakin lemah.Ketika aku berumur 17 tahun, doktor beritahu aku sudah tiada harapan untuk hidup lagi…”

Qisha menghentikan video yang sedang ditayangkan pada semua pelajar di dalam dewan itu.

“Pelajar ini meninggal dunia tujuh tahun lepas. Tahap HIV yang dihidapinya sudah mencapai tahap AIDS. Penyakit HIV dan AIDS telah mengorbankan ramai orang. HIV ini merupakan sejenis virus yang disebarkan melalui gejala seks bebas, perkongsian jarum dan juga melalui ibu yang mengidap HIV kepada anak yang dikandung dan disusuinya.HIV iaitu Human Immunodeficienvy Virus menyerangkan immune system manusia dan melemahkan kemampuan kita untuk melawan penyakit.

There is no cure for HIV but there are treatments to enable most people with the virus to live a long and healthy life. AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV ini, iaitu apabila badan kita sudah tidak berdaya untuk melawan infection” Qisha berhenti dihadapan komputernya, dia memandang pada video Khalish yang masih lagi ditayangkan pada skrin layar.

Dia melihat akan reaksi pelajar-pelajar yang menonton video itu. Kebanyakkannya melemparkan simpati pada lelaki sedang ditayangkan di skrin layar.

Aku tahu tiada penawar untuk penyakit kau, aku tahu setiap masa tubuh kau makin lemah, aku tahu semangat kau juga sudah luntur….

“Jangan sesekali putus asa” Khalish memberi nasihat kepada semua pengidap penyakit HIV sepertinya.Dan dengan itu video itu berakhir.

Ya, jangan sesekali berputus asa. Aku juga tidak akan berputus asa untuk mengubati semua pesakit HIV.Selepas tamat sekolah, aku sambung belajar hingga ke peringkat PhD.Apabila sudah bergelar doktor, bersama dengan beberapa orang kawan, kami buka sebuah pusat untuk pesakit-pesakit HIV. Aku nak tolong mereka semua, aku tahu sudah tiada harapan untuk mereka sembuh tapi aku nak tolong mereka hadapi ketakutan mereka. Aku nak berada disamping mereka dan bisik pada mereka ‘tak mengapa, kau tak sendirian’.

Semua aku lakukan demi cinta aku pada Khalish. Lelaki yang telah mengubah perspesi aku terhadap pengidap penyakit HIV ini.

Qisha keluar dari dewan sekolah, sesi ceramahnya sudah tamat beberapa jam lalu. Dia duduk di tepi padang, lama dia memerhatikan kawasan sekolah itu. Sengaja hendak mengimbas kenangan lamanya di sekolah itu.

Kita berkenalan tak lama Khalish tapi waktu yang sekejap itulah yang telah menyebabkan aku rindu pada kau sepanjang hidup aku, hanya mampu mengimbas nostalgia yang kita bina bersama.

“I miss you” tanpa sedar air mata jatuh ke pipi, mengalir dan membasahi lantai. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa setiap hari dia merintih agar Khalish kembali mewarnai hidupnya. Waktu yang hanya sekejap bersama Khalish menjadi penawar tatkala hatinya rawan namun hanya seketika Qisha mampu menahan dirinya daripada merintih namun akhirnya dia dikala malam dia menangis teresak-esak di atas katilnya dengan dikelilingi gambarnya bersama Khalish.Hingga kini, dia tidak mampu menerima kepergian lelaki yang dicintainya…

I can live without you but without you I’ll be miserable at the best- Mayday Parade

…..

Hidup mesti diterus biarkan aku masih belum menerima kepergianmu. Demi cinta aku pada Khalish, aku terus meneruskan perjuangannya. Aku sedar, aku perlu kuat untuk berhadapan dengan realiti.

Semuanya terlalu kejam tapi aku tahu, pasti akan ada sesuatu yang membuatkan aku tersenyum pada akhirnya. Aku tahu, aku tak hanya bermimpi kerana mimpi tak selalunya mimpi tak selalunya indah dan selalu juga ada mimpi ngeri tapi hanya dalam mimpi aku dapat bertemu dengannya. Terlalu banyak perubahan yang dia bawa dalam hidup aku Aku harap, suatu hari nanti aku dapat bertemu dengannya semula….- Qisha.

Qisha tersadung apa tubuhnya ditolak oleh seorang budak kecil. Budak kecil itu langsung tidak menoleh ataupun meminta maaf padanya tapi sebaliknya dia berlari lintang pukang memasuki kawasan hospital itu. Qisha mengangkat kening tatkala matanya terpaku pada wajah budak lelaki itu. Dahinya berkerut-kerut berfikir.

Aku kenal budak ni, Muhammad Farel bin Muhammad Fatah.Ibunya, Karina bin Mukriz pengidap AIDS dan kini sedang mengandung anak luar nikah.. Ya, budak inilah yang aku temui di hospital tempat aku bekerja….. Qisha mengangguk pasti, dia ingin menegur Farel tapi langkahnya terhenti dihadapan pintu utama apabila dia melihat Farel sedang dipukul oleh seorang lelaki. Di tangannya pula terdapat sebungkus pisang goreng.

“Excuse me sir” Qisha menggenggam lengan lelaki yang ingin menampar muka Farel. Lelaki itu berpaling ke arah Qisha, mukanya bengis yang amat.

“Apa masalahnya ni? Kenapa encik pukul budak ni?”

“Budak ni curi goreng pisang aku. Aku berniaga cik, kalau wujud orang macam dia ni, lingkup la perniagaan aku”

Entah tatabahasapun salah, pisang gorenglah, bukannya goreng pisang. Apalah spesies orang tua ni, dengan budak lima tahunpun nak berkira… Qisha mengeluarkan dompetnya, dia mengambil sehelai not lima puluh dan dihulurkan pada lelaki yang masih tidak berpuas hati dengan Farel, diacah-acah untuk memukul Farel.

“Ambil duit ni, keep the chain..”

Lelaki itu tersenyum lebar pada Qisha dan mengucapkan terima kasih sebelum pergi meninggalkan Qisha dan Farel.

“Farel” Qisha menyentuh lengan Farel. Farel masih lagi menyembunyikan wajahnya di dalam tangannya, fikirnya Qisha akan menghukumnya seperti lelaki itu tapi selepas beberapa saat tiada apa-apa yang berlaku barulah Farel memberanikan diri untuk membuka sebelah matanya. Dia mendongak dan mendapati Qisha duduk dihadapannya sambil membelai rambutnya.

“Aunty tak marahkan Farel”

“Aunty siapa?” tanya Farel.

“Aunty kawan papa dan mama Farel. Farel buat apa kat sini sorang-sorang? Papa dengan mama mana?”

“Mama sakit, papa temankan mama. Farel lapar, jadi Farel curi pisang goreng ni sebab Farel tak ada duit”

“Mencuri tu berdosa tau”

Farel sudah diam, dia hanyalah budak kecil. Mungkin dia tahu, mungkin juga dia tak tahu…

“Aunty bawa Farel pergi makan nak? Kita makan pizza”

Farel tersenyum lebar tapi senyumannya pudar tiba-tiba, dia merenung hujung jarinya yang kecil itu. Wajahnya terkandung kekecewaan.

“Kenapa Farel?”

“Boleh tak kalau aunty belikan sesuatu untuk papa juga. Papa dah seminggu tak makan, dia cuma risaukan mama dan baby.. Farel takut kalau jadi apa-apa pada papa, Farel tak mahu papa sakit macam mama…”

“Mama Farel dah bersalin? Macammana dengan baby?”

Farel mengangkat bahu tapi wajahnya sudah keruh. Qisha mengangguk faham, dia membawa Farel pergi ke kafeteria untuk membeli makanan. Dia hanya tersenyum simpul apabila melihat bertapa riangnya budak kecil itu memilih makanan untuk ayahnya.

“Papa suka makan mi goreng yang mama buat buat. Mama dah tak larat nak masak, terpaksalah papa makan mi goreng yang mak cik ni buat” Farel bermonolog sendiri. Qisha hanya ketawa kecil.

“Farel” suara cemas seorang lelaki tiba-tiba bergema di kafeteria itu. Qisha mendongak, begitu juga dengan Farel.

“Papa” Farel melambai ke arah ayahnya. Fatah berlari pantas ke arah anaknya dan terus memeluk Farel erat.

“Farel pergi mana sayang? Papa risaukan Farel, nurse tu bagitau papa yang Farel hilang. Papa cari Farel..”

“Farel lapar, Farel pergi cari makanan”

“Kenapa tak beritahu papa? Papa bawa Farel pergi makan”

“Papa tidur tadi. Pertama kalinya untuk sepanjang minggu ni, Farel tak mahu kejutkan papa” tegas Farel. Fatah kembali memeluk Farel, dia mencium dahi anak lelakinya itu. Ketika itu dia melihat Qisha yang berdiri di belakang Farel.Dia mengenali gadis itu, Doktor Qalisha Aleeya. Gadis yang pernah merawat isteri sebelum ini.

“Fatah, saya ternampak Farel di luar dan saya bawa dia masuk ke sini. Nasib baik saya ada tau, kalau tidak tak dapatlah awak jumpa dengan dia lagi” gurau Qisha tapi Fatah terasa hati dengan sindiran Qisha.

“Terima kasih cik Qisha sebab jaga anak saya. Saya tak berniat untuk biarkan Farel tapi saya penat kena berulang-alik dari hospital untuk tengok-tengokkan isteri dan baby kami. Isteri saya juga dah tenat, semuanya kelam-kabut tambahan pula apabila baby kami disahkan mengidap HIV….”

“Encik Fatah, sabar.. Bawa bertenang”

Fatah menarik nafas dalam tapi tidak lama kemudian matanya sudah bergenang dengan cecair jernih. Dia cuba menahan air matanya kerana tidak mahu menangis seperti budak kecil dihadapan Qisha tapi saat ini dia tidak mampu.

“Papa” Farel memeluk lengan ayahnya. Qisha menyentuh bahu Fatah, terkejutnya dia apabila mellihat bertapa kurusnya lelaki itu.

“Boleh saya jumpa dengan Karina?” pinta Qisha dengan suara yang lembut. Fatah memandang pada wajah Qisha sebelum dia mengangguk perlahan. Mereka bertiga berjalan ke wad yang menempatkan Karina.

Sebaik saja pintu dibuka, Qisha hanya mampu beristifar dalam hati tatkala melihat keadaan Karina yang sudah teruk.Qisha berjalan ke tepi katil, perlahan-lahan dia menggoncang bahu Karina. Karina membuka mata, senyuman cuba dicalitkan di atas bibirnya yang kering itu tatkala bertentangan mata dengan Qisha.

“Kak Rina, ni Qisha ni” ujar Qisha dengan lembut.

“Akak nampak lagi Sha, akak tak butapun lagi” jawan Karina, masih pandai bergurau. Qisha tersenyum nipis, dia berbual dengan Karina tentang keadaannya dan Qisha hanya mengangguk. Mereka bersembang hinggalah Karina tiba-tiba diam dan memandang pada suaminya yang sedang merenung pada wajah anak lelaki mereka yang sedang menikmati pizza. Dia melihat bungkusan mi goreng suaminya yang belum bersentuh.

“Abang, makanlah sedikit…”

Fatah menggeleng, dia hanya duduk dihujung katil dan tanpa berganjak. Qisha hanya menyepi, dia mengerling ke arah Karina dan Fatah. Berselang-seli.

“Abang tak kesiankan Rina ke? Rina tak mahu kalau abang jatuh sakit, cukuplah apa yang Rina lakukan pada abang, abang sudah cukup menderita. Jangan seksa diri abang untuk Rina lagi, Rina tak layak untuk terima semua pengorbanan abang tu”

“Rina isteri abang. Kepada siapa lagi abang hendak korbankan diri kalau bukan pada Rina” ucap Fatah lemah.

“Tapi Rina isteri yang derhaka bang, Rina curang pada abang….”

Fatah mengesot ke sebelah isterinya, dia menggenggam tangan Karina dan wajahnya disembamkan pada tangan isterinya itu.

“Abang maafkan Rina, abang tak pernah bencikan Rina. Abang cuma nak Rina dan baby selamat. Tolong ya Rina, Rina kena kuatkan semangat” Fatah mencium dahi Karina. Ketika ini, Karina hanya mampu mengalirkan air mata. Tulus sungguh hati suaminya, walaupun sudah bergunung-gunung kesalahan dilakukan pada suaminya tapi dengan hati yang ikhlas suaminya memaafkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience