"Woahh! Korang buat apa basah lencun sampai macam ni?"
Terbeliak mata Amira tatkala aku dan Emir pulang dalam keadaan basah lencun. Malah tempat duduk kereta Myvi yang dinaiki Emir sudah basah akibat kami berdua. Entah milik siapa kereta tersebut masih lagi menjadi tanda tanya persoalan aku.
"Tuala please..." Aku ketap gigil menahan kesejukan.
Emir pula hanya beriak biasa. Apa yang sedang difikirkan oleh lelaki ini aku sendiri pun tak tahu. Semenjak dua menjak ni perangai dia semakin luar biasa, aku boleh katakan. Sehingga ada guru yang menegur perubahan tersebut. Entah angin apa yang menyerangnya, aku garu kepala. Hatiku bagai dijentik ingin bertanya namun mulutku lebih berat untuk bertanya. Seperti ada bongkah batu besar yang menghalang.
Amira cepat melangkah ke dalam bilikku dan mengambil dua helai tuala. Satu diserahkan kepada aku dan satu lagi kepada Emir.
"Korang dua mandi dulu. Aku siapkan milo panas untuk korang." Amira terus hilang di balik dapur. Aku cepat-cepat melangkah ke dalam biliku. Mujurlah bilikku dilengkapi dengan bilik mandi sendiri. Senang dan mudah.
Ketika aku memulas tombol pintu ada tangan lain yang turut memulas. Aku cepat tarik tanganku. Seperti ada arus-arus elektrik tatkala tanganku bersentuh dengan tangan Emir. Adakah ini disebabkan titisan air hujan masih lagi mempunyai ion yang bercas negatif dan positif yang belum hilang lagi bila sampai ke permukaan bumi? Atau disebabkan tangan kami berdua yang kesejukan boleh menyebabkan arus berlaku?
Pelik bin ajaib.
"Saya mandi dululah." Aku kerut muka.
"Aku mandi dulu." Emir tidak mahu mengalah.
Isk! Dia ni!
"Sayalah. Gentleman la sikit. Bagi saya mandi dulu." Aku cebik bibir.
Nak buat muka puppy eye? Memang taklah. Tak jalan dengan Emir. Pernah buat? Memang takkan aku nak buat untuk Emir. Emir senyum senget. Dia tundukkan sedikit mukanya ke arah aku. Apa kena dengan dia ni? Tersampuk jembalang hujan ke?
"Kalau macam tu jumlah mandi sama. Jimat masa, jimat air dan kau pun dapat pahala."
Segera terlepas pegangan tombol tandas. Mulutku terlopong. Isk! Dia ni kalau tak sehari boleh buatkan skru jantungku tak terjatuh boleh ke?
"Memang taklah! Nah! Mandilah sana. Berendam sampai jadi badak pun tak kisah!"
Aku angkat kaki meninggalkan Emir. Tidak betah lama di situ. Buatnya dia tarik aku sekali masuk dalam tandas bersama... ohhh! Jangan imagine dulu Althea. Otak kau semakin kuning semenjak Emir tinggal bersama. Adakah aku sudah diserang virus? Jangan-jangan aku terkam Emir dulu nanti.
Ehh? Ehh? Rewind balik. Pause. Pause! Aku ke tu? Astaghfirullah. Aku cepat beristighfar. Kenapa Emir semenjak dua menjak ni lain macam aje aku tengok. Dan aku sekali terjebak dengan perangai lain macam Emir. Bahana aku tinggal serumah dengan Emir kalau macam ni jadinya nanti.
"Nak pergi mana tu? Tak nak mandi dengan aku sekali ke?" Usik Emir.
Aku pandang tajam ke arah Emir. Bantal segi empat kecil yang kebetulan berada di tepi katil, aku baling tepat mukanya. Sayangnya Emir sempat mengelak. Bibirnya senyum sinis. Aku ketap bibir menahan rasa. Sudahlah aku tengah sejuk. Tambah lagi dia usik lagi macam tu bertambahlah takat kesejukbekuan aku sekarang ni.
Memang tempah maut sungguh. Ni sekor. Nak teman si Fareid berjemaah untuk diICUkan ke dalam mulut buaya agaknya.
"Nak pergi bilik Amira."
"Rugilah macam ni."
Aku genggam erat tanganku daripada membaling benda lain ke mukanya. Emir yang berada di depanku saat ini berlainan dengan Emir yang tadi ketika berdepan dengan Cikgu Ilham. Ini nasib baik aku tak cakap bilik CIkgu Ilham. Buatnya dia mengamuk dan kunci aku dalam tandas kes naya tu. Tak payah bayangkan.
Aku cepat keluar daripada bilik. Pintu dihempas dengan kuat. Tidak sanggup lagi bertahan di dalam bilik apabila Emir ketawa mengekek. Senanglah hatinya apabila aku dipaksa mengalah menggunakan reverse physocology.
"Eh, bukan kau mandi sekali dengan Emir ke?" soal Amira tatkala aku hendak memulas tombol pintu bilik mandi yang berdekatan dengan dapur.
Ni sekor lagi yang bakal diICUkan berjemaah sekali dengan Emir ke dalam mulut buaya. Sungguh mulut insan bernama Amira Jehanna tidak mengenal jenis-jenis insurans yang ada di muka bumi ini.
Aku jeling maut level 10 ke arah Amira. Dia gulum senyuman sambil angkat kedua-dua belah tangannya. Dia hanya diam sambil menghirup segelas milo panas. Tidak lama kemudian aku dengar Amira sudah tergelak kecil. Sungguh. Sejak Emir hadir dalam hidupku, aku rasanya duniaku memang hari biru. Amira pula bagaikan senang menonton sinetron kehidupan kami berdua Emir. Seronok sambil mengunyah popcorn sementara dia adalah salah seorang pelakon pembantu tambahan yang paling berjaya.
Betapa masinnya mulut Amira Jehanna sehingga Emir Hafiz sah menjadi suamiku.
Keluar sahaja dari bilik mandi, hampir terkejut aku apabila melihat Emir sudah menanti di depan pintu tandas. Aku kerut dahi. Nak berak ke?
"Kenapa?" tanyaku sambil menggosok rambutku yang masih basah lagi.
Hujan pula semakin lebat di luar sana. Dan semakin lebat akibat peristiwa tadi. Apa khabar agaknya Cikgu Ilham sekarang? Apabila teringat peristiwa tadi, secara tidak langsung aku terasa ingin menampar mulutku sendiri. Terus mengaku sebagai isteri Emir tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku selepas itu. Namun aku yakin Cikgu Ilham baik orangnya dan aku rasakan dia tidak akan menyebarkan tentang berita perkahwinan aku dan Emir.
Aku yakin akan itu.
"Ini apa?" Emir tayang telefon aku. Aku kerut dahi.
Apa kena dengan telefon aku? Gelap sahaja.
Emir tarik muka masam. Giginya diketap geram. Rahangnya bergerak menahan marah. Aku tarik nafas. Kes Cikgu Ilham lepas dah kot, apalagi yang timbul sekarang ni? Penyamun? Perompak? Sumpah aku rasa Emir ni memang bipolar. Tak pun pengidap PMS. Kejap okey, sesaat kemudian macam putting beliung. Serupa dengan perempuan yang mengalami period. Alasannya adalah perubahan hormon. Tapi alasan Emir untuk menyebabkan perasaannya dan personalitinya berubah? Mungkin aku boleh rujuk kepada pakar psikatrik, sekali dengan aku.
Mungkin aku patut check tahap kesihatan mentalku setelah munculnya Emir Hafiz dalam hidup aku.
"Ada apa dengan telefon saya?"
Aku berlalu ke arah dapur mengambil milo panas di atas meja. Amira sudah menghilang. Mungkin bertapa di biliknya sambil menyiapkan lesson plan atau melayan drama Koreanya.
"Aku ingatkan Ilham berambus dah. Rupanya wujud lagi." Emir mendengus geram.
Aku buat rolling eye. Memang taklah CIkgu Ilham tu nak menghilangkan diri. Paling senang pun transfer sekolah tetapi transfer sekolah pun kena tunggu lama. Kalau ada rezeki bolehlah tukar. Kalau tidak memang lamalah bertapa kat sekolah tersebut sampai rezeki pindah sampai.
"Kenapa pulak?"
"Bagi password. Aku nak sound setepek kat cikgu kesayangan budak Form 3 ni. Tak malu kacau bini orang. Ni nasib baik aku tak tumbuk dia aje tadi. Tangan aku gatal dah nak tumbuk. " bebel Emir seraya tangannya lincah menekan password di atas skrin.
Aku hembus nafas dengan kasar. "Bawa sini. saya tengok."
"Nope! Bagi password."
Urat hijau mulai timbul di tangannku. Terasa ringan tanganku ingin menampar mulut Emir. Tsk! Dia ni kan! Sejak bila term 'bini aku' begitu sinonim dalam hidupnya? Sejak bila term 'bini aku' kedengaran sweet bermadu gula di telingaku? Berdebar sekejap hatiku. Dan sejak bila aku ada dua side yang berbeza ni? Dah macam werewolf. Side manusia meluat dengan Emir. Side wolf pulak merenyam gatal suka bila Ilham bahasakan aku dengan panggilan sweetheart. Auuuff!
"Memang taklah saya bagi." Aku mendengus geram.
Telefon itu harta benda peribadi, lebih kurang sama nilai seperti kad bank, kad pengenalan dan lesen. Segala benda ada dalam telefon. Zaman sekarang, bayar guna telefon pun boleh. Pendek kata, telefon ni umpama nyawa dah sekarang. Aku takut bagi password nanti habis semua diselongkarnya sehingga ke lubang cacing.
Bahaya.
"Sweetheart..." Suara Emir meleret lagi.
Aku ketap bibir. Tak guna side wolf aku. Merenyam suka Emir panggil sweetheart.
"Bagi fon saya Emir. Apa masalah awak ni?"
Emir pincing mata melihat aku. "Masalah aku? Yes! Masalah aku bila kau pergi jumpa Ilham belakang aku. And I think you still have a lot of things to tell me, do you sweetheart?"
Aku mendengus geram.
"Nak bagitahu apalagi? Saya ingatkan kes CIkgu Ilham tu selesai dah."
Aku terasa mahu hentak kaki di situ juga. Geram dengan Emir.
"Selagi Ilham tu tak berambus, selagi itulah aku benci kau dekat dengan dia."
Aku terasa nak tampar muka aku sendiri. Ingat senang ke nak suruh orang move on dengan cepat? Sesedap aji no moto sahaja dia nak suruh Ilham dihalau keluar dari hidupku.
"Yang awak jealous tahap petala langit ni kenapa?"
"Because you are mine! I told you before Althea."
Emir menapak ke arah aku. Kakiku pantas mengundur ke belakang, Mencuba untuk lari daripada Emir. Emir bagaikan seekor harimau yang sedang mengintai masanya, membilang waktu yang sesuai untuk menerkam mangsanya. Telefon aku sudah selamat dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"that..."
Semakin dekat Emir. Aku teguk air liur.
"I..."
Aku undur ke belakang namun sayangnya ada dinding yang menghalang.
"really..."
Aku terperangkap. Badanku sudah terhimpit ke dinding.
"despise..."
Emir senyum menang. Kedua-dua tangannya sudah mengepung aku. Arhh! Kenapa banyak kali situasi ini yang terjadi? Emir suka benar membuatkan keadaan aku terperangkap sebegini.
"someone..."
Emir tunduk memandang aku. Matanya tepat-tepat merenung wajahku.
"stole..."
Semakin dekat wajah Emir. Aku cepat-cepat pejam mata. Tidak sanggup memikirkan apa yang terjadi.
"what is..."
Sumpah aku rasa nafas Emir menampar lembut wajahku. Malah, aku rasakan jarak kami sanagt dekat. Masakan tidak jika hidung dan hidungnya bergesel. Bulu romaku terus berdiri 90 darjah. Aku genggan erat jariku.
"mine..." Serentak itu bibirku ditindih lembut. Terangat hangat bibir Emir menyapa bibirku. Lama di situ.
Aku tergamam. Segera mataku terbuka luas. Mata Emir kuyu. Malas desah nafasnya semakin tidak teratur. Tangan Emir mulai turun dan memeluk pinggangku. Terasa kejap pegangannya di pinggangku.
Aku terus tolak Emir badan Emir. Seumur hidupku tidak pernah lagi disentuh sebegitu di bibir, lebih-lebih lagi oleh seorang lelaki.
"Awak buat apa ni?"
Aku tahan perasaan. Rasanya tidak payah diberitahu. Darah merah sudah naik ke muka. Terasa kehangatan darah yang naik ke mukaku. arhh!
"To seal a deal with you."
Emir tarik senyum sengetnya. Seksi.
"Deal? Deal apa pulak ni Emir?"
Deal apa yang aku buat dengan Emir sampai begitu sekali cara untuk memeteraikan sebuah perjanjian. Sungguh tidak masuk akal. Emir ni semakin pelik setiap hati. Oh, perangai peliknya lebih ketara dan semakin pelik apabila kami berdua sah menjadi suami isteri.
"A deal that you are my wife and you are not allowed to talk, to contact or anything involving Ilham. I hate that guy very much."
Aku melopong. Terasa rahangku ditarik ke lantai akibat tarikan graviti yang sangat kuat. Mataku berkelip-kelip. Telingaku bagaikan ingin dikorek untuk memastikan aku tidak tersilap dengar ayat Emir. Dia ni betul ke tak betul?
Lepas perangai badboy yang menyebabkan aku darah tinggi setiap hari, hadir pulak perangai jealousnya yang memeningkan kepala aku. Dan sekarang? Muncul pulak perangai possessivenya yang boleh menyebabkan aku kemurungan level dua.
"This is insane!" Separuh hati aku menjerit. Aku geleng kepala beberapa kali.
"Insane? Kenapa pulak?"
Aku jegil mata ke arah Emir.
"Tolong mature sikit Emir. Awak siapa nak halang saya untuk bercakap dengan Emir?" Aku peluk tubuh. Hilang terus muka merah blushingku diganti dengan merah menahan perasaan geram.
Emir senyum sinis. "Easy! I am your HUSBAND, sweetheart."
Setepek den kono ea jang. Emir sabdu betul-betul dua perkataan terakhirnya. Siap dengan taranumnya sekali. Aku terasa mahu facepalm muka sendiri. Macam mana aku boleh terlupa akan hakikat yang satu itu?
"Habis tu, nak suruh saya berhenti kerja?"
Emir jongket bahu. Mukanya beriak selamba.
"Kalau boleh aku memang suruh kau berhenti kerja. Tak payah jumpa mamat tu lagi."
Aku pejam mata. Menahan perasaan daripada membaling gelas ke muka Emir. Lelaki di hadapanku sangat senang menyebabkan perasaan aku bertukar sesaat umpama menukar channel tv. Sekejap sahaja bertukar siaran.
"Lepas tu apa akan jadi? Siapa nak tanggung makan minum saya? Siapa nak bayar sewa rumah saya? Siapa nak bayar motor saya? Siapa nak bayar student loan saya? Awak?"
Aku berkata dengan sinis. Sesuka hati sahaja dia menyuruhku berhenti kerja. Ingat ekonomi Malaysia sekarang ni berada dalam zon stabil ke? Ingat senang ke nak cari kerja sekarang? Even yang pegang Masters sekalipun boleh menganggur apatah lagi yang mempunyai ijazah atau diploma.
"Yes." Simple sahaja jawapannya. Aku ketawa. Sinis sekali.
Emir pandang muka aku. Wajahnya biasa. Natural. Tiada reaksi.
"Macam mana? Awak STPM repeat 2 kali. So tell me macam mana awak nak tanggung saya?"
Emir senyum. Sinis. Mataya turut tersenyum dan senyumannya bagaikan menyembunyikan sesuatu. Misteri sangat.
"Satu lagi. Myvi tu siapa punya?"
"Me."
Aku terbeliak.
"Tipu."
"There are many things you don't know about me, sweetheart. People say, don't judge the book by it cover."
Aku diam. Ada betulnya kata Emir. Sungguh, sampai sekarang Emir sentiada ada aura misteri disebaliknya. Dan aku teringat kembali akan kata – kata Amira semasa aku melawat Emir di hospital dulu. Aku tak boleh menghukum Emir sebab aku tak pernah selidik siapa Emir sebenarnya.
Mungkin ada betulnya.
Share this novel