PROLOG

Family Completed 39439

Hamparan lautan biru yang tenang direnung tanpa bosan. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Hamparan biru berlatarkan langit cerah kebiruan, dikelilingi permadani dari tenunan butiran pasir putih berkilauan. Pasti menenangkan jiwa yang tengah kacau.

Satu keluhan halus terbit dari bibir yang tercalit gincu nipis warna natural. Apakah pengakhiran kisahnya? Soalan itu semakin kerap menyesakkan fikiran sejak akhir-akhir ini.

“Aku sayangkan kau Zea Kilara! Hentikan semua ini..Semakin lama, kau semakin hancur, sedarlah.. Dendam ini cuma akan memusnahkan kau Zea..”

kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kotak minda, seperti kaset dalam player rosak.. Diputar berulang-ulang. Persoalannya, mampukah dia hentikan bila jalan menuju titik penamat masih samar? Yang dicari sekian lama masih belum ditemui, bahkan tiada sedikit petunjuk pun ditemui sehingga kini...Argh!

Bila dendam sudah bersatu dengan darah daging, manakan bisa dipisahkan lagi! Penderitaan bersulamkan air mata darah, hanya manusia hebat mampu bangun dan meneruskan hidup. Mengalah dan melupakan semuanya? Tak mungkin! Mereka yang bertanggungjawab menyakiti dia, akan dia pastikan untuk membayar dengan jumlah yang sama rata, tiada lebih tiada kurang!

“Perempuan seperti kau sedari awal memang tidak layak walau berdiri bersebelahan dengan aku! Umpama anjing kurap mengemis sisa makanan, hanya layak hidup membusuk di lorong gelap!! Pergiii!!! Jangan berani kau sentuh aku dengan tangan jijik tu, baik kau mampus bersama benih jantan entah dari mana dalam rahim busuk kau tu!!”

Dada dielus perlahan…Tanpa sedar, air mata menitik.

“Aku cintakan kau…Tolong..Hidup bahagia walau tanpa aku di sisi.. Doaku akan sentiasa bersamamu sayang..”

Air mata semakin deras mengalir hingga esakan kecil mulai kedengaran tanpa mampu ditahan lagi…Wajah dipenuhi darah merah likat itu kembali memenuhi layar kotak minda.. Semua masih segar, seolah peristiwa itu baru sahaja berlaku.

“Berani kau muncul di sini dengan wajah hodoh kau tu?!! Pergiii!!! Aku tak nak kaki kotor kau tu pijak walau sehelai rumput di halaman rumah ini sekalipun!!”

“Mana?!! Anak aku manaa?!!”

“Ada ku kisah?!! Kau dengar sini wahai perempuan hodoh!! Kau tak layak jadi ibu pun!! Baik bagi mampus je bayi tu dari menderita dibesarkan oleh kau!!”

Pedih menusuk-nusuk di dada. Tangisan perlahan meletus, dada terusan dielus berharap kesakitan dapat diredakan. Nyata, setelah bertahun-tahun berlalu, semua peristiwa perit yang dilalui, bukan saja tidak mampu dilupakan malah saban waktu semakin mekar di kotak memori, semakin kerap dimainkan di layar fikiran.

Apakah itu petanda sesuatu mungkin berlalu? Baikkah? Atau mungkin petanda kepada sebuah kemusnahan? Gelakan kecil yang teramat sinis terletus dari bibir..Biar!! Itu yang diharapkan selama ini, biar satu keluarga itu musnah berkecai, biar menjadi serpihan-serpihan halus yang tak mungkin akan mampu dicantumkan kembali.

“Zea Kilara!!”

Sayup-sayup kedengaran satu suara melaung namanya. Mengeluh perlahan sambil bola mata masih tidak berganjak pada hamparan lautan biru yang tenang. Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri, semakin lama semakin mendekat.

“Zea..”

Perlahan, kepala dipusing ke arah pemilik suara tersebut. Seorang jejaka tinggi bertubuh sasa dan punya wajah terukir begitu sempurna melangkah laju menghampiri.

“Rumah Anak Yatim Sri Kejora. We missed that place!”

Pantas tubuh mencanak tegak. Bola mata terkuak luas.

“Where is it?”

“Ianya terletak jauh di pedalaman, sudah wujud berpuluh tahun lamanya, namun sangat low profile dan tiada dalam google map..That’s why we missed that place..”

Dua pasang bola mata bertaut.

“Let’s go there..”

“It’s a very long journey Zea. Kita pergi awal pagi esok, hari dah petang ni.”

Mulut mahu membantah, tapi akal mengiyakan. Hanya keluhan kecil yang terbit dari bibir akhirnya. Bola mata berkalih ke depan semula, cuba mencari damai melalui permandangan indah yang penuh ketenangan.

“I know it’s hard…But we almost there Zea..” Belakang bahunya dielus perlahan. Lelaki itu sudah berdiri rapat di sebelah.

“I hope she’s there..”

Holaa.. Since DILWM hampir melabuhkan tirai, MandakZ perkenalkan cerita terbaru MandakZ yg asalnya bertajuk Mimpi Yang Pulang hihi..Peringatan mesra ya, cerita kali ini sangat berat tau berbanding dgn karya MandakZ sebelum ni. Harap dpt sokongan dri semua, cheers!! Btw, dnt worry..promise DILWM dan CIBPMP tdak akan terbiar berhabuk ekeke..muaahhh!

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-10-08 22:26:27 

oooo

Che Da(Ayunifalin)
2022-10-08 15:13:46 

semoga Zea jumpa anak dia..kesian terpisah,


NovelPlus Premium

The best ads free experience