Bab 12

Romance Series 9630

BAB 12

Segala yang Allah tetapkan setiap kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya. Sebab itu lah kita kena sentiasa yakin bahawa takdir yang Allah tetapkan untuk kita adalah anugerah terbaik. Dihadirkannya ujian bukan sahaja untuk menduga tetapi juga untuk memberikan bahagia. Setiap ujian yang hadir itu adalah tanda Allah masih mengingati kita sebagai hamba. Melalui ujian yang Allah berikan itu, manusia belajar dari kesilapan dan insaf. Perbaiki segala kesialpan yang telah dilakukan itulah yang sebaiknya. Tiada apa yang lebih baik dari perancangan Allah untuk hambanya.

Setelah lamaran itu Maisarah terima, dia dan Fakhri ditunangkan secepat mungkin oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Majlis berlangsung ringkas di kediaman keluarga Maisarah. Dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan-rakan.

Kisah pertunangan Fakhri dan Maisarah mendapat skongan kawan-kawan lama. Malah ia menjadi jambatan yang menghubungkan Maisarah dengan teman -teman baiknya satu ketika dulu.

Yana dan Isma yang sudah lam atidak bertemunya sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menyaksikan penyatuan mereka berdua dalam majlis pertunangan itu.

"Tak sangka aku. Kau pilih Fakhri juga akhirnya," kata Yana, sahabat lama mereka ketika di kolej Matrikulasi.

"Aah kan. Dah lah kau hilang begitu e dulu. Tup tup aku dengar kau dah nak bertunang dengan Fakhri. Aku tumpang gembira. memang jodoh kau orang berdua la ni," kata Isma pula pula mengusik Maisarah ketika menunggu cincin untuk disarungkan oleh mak Fakhri ke jarinya.

"Betul tu. Kalau kau nak tahu, lepas kau hilang macam tu je dulu, Fakhri dah tak lagi gembira. Boleh nampak dia bersedih. Tapi dia tak pernah bagi tahu kami pula yang dia sukakan kau Mia," sambung Yana kembali.

"Ye ke? Macam tak percaya aku dengar. Tapi Alhamdulillah. Allah pertemukan kami semula. Dan aku yakin dialah yang ditentukan untuk aku selama ini. Biar terpisah dulu, kami tetap bersatu kembali," kata Maisarah bersyukur. Yana dan Isma sama-sama mengaminkan.

"Kalau tak kerana kau berdua ni mengaku nak kahwin, aku rasam sampai bila-bila agaknya, kita tak akan bertemu kembali. Itu pun satu hikmah juga buat kita semua kan. Aku rindu kau semua," Kata Yana lagi.

"Betul-betul," sambung Isma membuat seperti lagak Upin dan Ipin .Berderaian ketawa ketiga-tiganya.

Tak disangkanya, sampai begitu sekali angau si Fakhri a.k.a Erry yang dikenalinya. Dia syukur kini, cinta mereka bersatu kembali.

Mak Fakhri tiba di bilknya untuk menyarung cincin. Terus terdiam mereka semua. Masing-masing terkedu. Harap-harap mak Fakhri dan rombongan tak mendengar perbualan mereka tadi.

"Cantiknya bakal menantu mak ni, Fakhri," kata Puan Jamilah tersenyum. Selepas cincin disarungkan Maisarah terus mencium tangan bakal ibu mertuanya.

"Alhamdulillah, akhirnya Fakhri nak juga kahwin. Mak ingat dia tak mahu kahwin sampai bila-bila... Rupanya dalam diam-diam dia dah ada kekasih hati. Patutlah bil amak bising nak carikan dia jodoh, semua ditolaknya. Rupanya dah ada Maisarah dalam hati," kata Puan Jamilah kepada Maisarah. Dialah orang paing gembira apabila Fakhri memberitahu dia mahu berkahwin.

Tersipu malu Maisarah mendengarnya. Dia hanya mampu tersenyum dan tak terluah dengan kata-kata. Sebenarnya da juga berdsukur, selain Fakhri, keluarga mertuanya jug aboleh menerima status jandanya. Selama ini dia bimbang jika statusnya itu akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Tapi sangkaannya meleset. Fakhri dan kelurganya memang benar-benar baik budi dan bertimbang rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience