BAB 5

Drama Series 9442

Syaiha melangkah ke rak buku yang tersusun cantik dalam perpustakaan itu. Kepalanya tetoleh mencari buku yang harus dia ulangkaji.

Dapat saja buku yang dicari Syaiha kembali ke meja belajar. Dia menyelak buku yang berada dihadapannya dan dia membaca satu persatu maklumat yang berada disitu.

Bila hari minggu macam ni, terpaksa la Syaiha melepak di perpustakaan. Kalau di bilik bukan ada benda pun dia mahu buat, tidur saja memanjang. Lebih baik dia datang sini untuk belajar, tak ada lah terbuang masa.

Hani dan Hana awal-awal lagi sudah pulang ke rumah orang tua mereka di Kuala Lumpur. Mana nak lekat dua beradik itu disini bila hari minggu, maklum saja dua-dua anak manja !

Ada Hani dan Hana mengajak dia untuk sama-sama pulang ke Kuala Lumpur tetapi Syaiha pula rasa malas. Minggu ni memang dia rasa mahu ulangkaji saja. Peperiksaan pun sudah mahu dekat.

Lama Syaiha duduk di situ, sekali- sekala dia menguap sebab mengantuk. Matanya makin lama makin kuyu, mahu saja dia bebaring disini. Bukan ramai orang pun !

“Kalau mengantuk balik saja la." Tegur satu suara.

Syaiha yang sudah mahu terlelap tadi tiba-tiba terus terbuka luas matanya. Dia kenal suara yang menegurnya itu, siapa lagi kalau bukan musuh utama.

Kepala Syaiha dinaikkan. Dia saling membalas pandang dengan lelaki yang sedang berdiri itu.

Syaiha mengeluh dalam hati. Bala ! asyik-asyik muka ni yang selalu mucul depan muka Syaiha.

“Prof buat apa kat sini ?" soal Syaiha perlahan.

Rasa macam nak marah saja bila nampak lelaki itu. Syaiha cuba buat cool, tak nak la angin tak tentu pasal nanti tak pasal-pasal kena halau keluar dari perpustakaan ni.

“Saya datang jual ikan." Jawab Prof. Hadi sambil menarik bangku dihadapan Syaiha.

Syaiha mencebik. Cis ! layar buruk gila !

Selamba Prof.Hadi duduk disitu. Buku-buku yang diambil tadi diletak diatas meja. Dia langsung tidak peduli dengan wajah masam yang ditayang Syaiha.

“Ehh kejap ! kan banyak lagi tempat duduk, kenapa prof duduk kat sini ?" Syaiha menyoal geram.

Prof. Hadi menjongketkan kening. “Ikut suka saya la nak duduk mana. Ada nama awak ke kat sini ?"

Syaiha menarik nafas dalam-dalam. Rasa nak hempuk saja lelaki itu. Huh ! menyebalkan ! Nasib la lelaki itu pensyarahnya, kalau tak dah lama arwah.

“Prof ni kalau tak menyakitkan hati tak boleh ?"

“Bila pula saya menyakitkan hati awak ? saya cuma duduk je."

Syaiha menjuihkan bibir. “ Haa, ini la ! ini yang saya allegik ni. Saya tak boleh tengok prof depan mata saya, sakit mata !"

“Kalau sakit mata pergi jumpa doktor." ujar Prof.Hadi.

Langsung dia tak peduli Syaiha yang sudah marah. Dia lagi suka tengok muka gadis itu, nampak comel sangat.

Syaiha mengetap bibir apabila mendengar apa yang dikata Prof.Hadi, ada saja nak balas katanya. Dalam hati, Prof. Hadi sudah mahu gelak.

“Huh ! annoying !"

Malas Syaiha mahu duduk di situ lama-lama. Lihat saja muka Prof.Hadi terus hilang mood nak study. Laju Syaiha mengemas barang-barangnya. Buku yang berselerak disusun.

“Awak nak pergi mana pula ni ?" soal Prof.Hadi pelik apabila melihat gadis itu sudah bersiap mahu bangun.

“Saya nak pergi jumpa doktor la, mata saya sakit !' Syaiha menekan sedikit perkataan sakit itu.

Prof. Hadi sudah ketawa. “Tengok macam okey je mata awak."

“Apa-apa je la, malas saya nak layan prof."

Syaiha menjeling Prof.Hadi. Pantas Syaiha bangun dari tempat duduk dan terus melangkah pergi.

Kelam kabut Prof.Hadi mengemas buku-bukunya dan mengikut langkah Syaiha. Dia cuba bersaing dengan langkah gadis itu tetapi langkah Syaiha terlalu laju. Agak semput Prof. Hadi dibuatnya.

Syaiha tiba-tiba berhenti mengejut. “Prof ni kenapa ?!"

“Sorry !" Prof. Hadi pun turut berhenti. Lagi sikit dia nak terlanggar Syaiha.

Syaiha buat muka masam kepada lelaki itu. Sibuk je nak ikut-ikut orang !

“Saya bukan nak ikut tapi lebih kepada nak jaga okey. Awak ingat saya suka ke ?"

Syaiha naik rimas. “ Prof tak perlu jaga saya."

“Mana boleh ! abang ipar awak yang suruh saya tengok-tengokkan awak."

“Ouhh mentang-mentang prof ni kawan baik dia so semua nak ikut cakap abang Zam, macam tu ?" jelingan tajam diberikan Syaiha kepada Prof.Hadi.

“Saya bukan ikut cuma jalankan amanah je." Prof. Hadi sudah tersengih.

Terbuntang biji mata Syaiha melihat Prof.Hadi. Lain sungguh perwatakkan lelaki itu di luar kelas, tak macam pensyarah langsung !

Tahu la lelaki itu kawan baik kepada abang iparnya, Irzam. Tak kan apa yang Syaiha buat semua lelaki itu nak tahu.

’Yang abang Zam ni pun satu, ada ke suruh kawan baik dia tengok-tengok kan aku ? dah la Prof. Hadi tu selalu marahkan dia dalam kelas. Ishh ! geram betul.' cakap Syaiha dalam hati.

“Saya tak suka la, prof " Syaiha meneruskan langkahnya.

“Berapa kali saya cakap, kalau kat luar panggil Hadi je." ujar Prof.Hadi sambil mengikut Syaiha.

“Kenapa saya kena panggil prof macam tu ? prof tu sama baya dengan abang ipar saya je.”

“Okey, kalau tak nak panggil Hadi tak apa. Panggil abang Hadi lagi bagus."

Lagi sekali Syaiha berhenti mengejut. Prof. Hadi yang berada dibelakang juga turut berhenti. Syaiha memandang tajam lelaki itu, rasa macam nak telan hidup-hidup manusia yang berada dihadapannya.

“Abang ? "

Syaiha buat rolling eye.

“Lambat lagi !" laju Syaiha pergi dari situ.

Prof.Hadi sudah tersenyum lebar melihat Syaiha yang sudah jauh kehadapan. Rasa nak gelak pun ada lihat muka cemberut gadis itu.

“Kalau tak nak abang tak pa, abe pun boleh !" teriak Prof.Hadi kuat, saja mahu bagi Syaiha dengar.

Lagi laju Syaiha melangkah apabila Prof.Hadi sudah main jerit-jerit. Nasib baik tak ada student lain disitu kalau tidak mati dia ! pasti orang lain akan tahu hubungan rapat antara dia dan Prof.Hadi.

Hani dan Hana juga tidak tahu Prof.Hadi itu merupakan sahabat baik Irzam, abang iparnya.

Memang Syaiha sudah lama kenal dengan Prof.Hadi cuma selama ini dia saja rahsiakan daripada orang lain.

Dia tidak mahu orang lain salah sangka. Bahkan Hani dan Hana yang kepochi itu juga dia tidak beritahu. Biar jadi rahsia !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience