Rate

Bab 31 Tetamu Tak Di Undang

Drama Completed 203285

Hari ini seperti biasa selepas Haziq pergi bekerja aku akan menolong apa yang patut di rumah mentuaku ini. Tapi bab masak-memasak ni kerja bibik. Tapi pagi ni bibik agak kurang sihat jadi mak mentua aku minta bibik rehat saja di dalam bilik.

"Zara boleh masak kan untuk tengahari ni? Sebab bibik kurang sihat jadi biarlah dia rehat dalam bilik," kata mak mentuaku.

Telan air liur aku bila dengar mak mentuaku minta aku masak untuk tengahari ni. Mampuslah aku kali ni, aku ni dah la lemah masak-memasak ni.

"Mak, Zara ni kurang cekap sikit pasal masak-memasak ni" kataku mengaku yang aku kurang pandai bab memasak.

"Zara masak je apa yang Zara tahu. Bubur nasi untuk abah tak pa mak akan masak sendiri. Nanti tengahari Haziq akan balik nak makan," kata mak mentuaku lagi.

"Kalau macam tu tak pa la,nanti Zara masak untuk abang Haziq," kataku sambil tersenyum paksa kerana di kepalaku sudah mula memikirkan akan memasak apa untuk makan tengahari ini.

Rasanya macam nak suruh mak mentuaku masak lebih je bubur nasi tu. Boleh la buat aku dan Haziq makan sekali. Senang tak perlu dah aku nak masakkan untuk suamiku. Tapi malulah la pula. Okay, tak pa lah aku akan cuba masak untuk pertama kalinya buat suami tercintaku.

Semasa mak mentuaku memasak bubur nasi untuk suaminya. Aku pun mulalah membuka peti ais untuk melihat ada isi apa di dalamnya yang boleh aku masak. Aku lihat di tempat beku ada daging ayam mentah,ikan mentah pun ada juga. Aku mengambil keputusan untuk buat ayam goreng je lah. Jadi aku keluarkan ayam tersebut dari peti ais,dan aku letakkan di singki.Kemudian aku lihat pula di bahagian tempat letak sayur di dalam peti ais tersebut. Aku lihat ada kobis dan lobak merah.

Selepas mengambil bahan yang akan aku masak. Aku pun mengambil telefon pintarku dan menaip sesuatu pada aplikasi Youtube. Yes, keluar juga tentang cara memasak ayam. Aku lebih memiih cara mengoreng ayam. Sebenarnya aku reti je setakat nak goreng ayam ni. Tapi selalunya ibu tiri aku dah siap letak bahan dekat ayam tu. Aku cuma tinggal goreng je.

Kali ni aku yang kena letak sendiri bahan-bahan sebelum nak goreng ayam ni. Dekat sinilah kelemahan aku. Sebab aku tak pandai agak nak letak garam banyak mana,lepas tu bubuh kunyit pula banyak mana. Dah la aku tengok dekat Youtube ni semuanya dia suruh agak-agak sendiri pula dah. Hentam je la banyak mana nak letak yang penting aku masak.

Selesai membersihkan ayam aku pun meletakkan bahan untuk mengoreng ayam tersebut. Ikut agak aku je la sukatan garam dia dan kunyit. Yang penting bukan satu balang aku tuang dekat ayam tu. Kalau aku tuang satu balang terus terkejut pula mak mentua aku nanti.Yalah,garam dan kunyit habis aku guna dalam sehari je.

Selesai meletakkan bahan-bahan dekat ayam aku pun panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng ayam. Lepas tu aku ambil pula sayur kobis lalu aku potong ikut hentam aku je la. Rasanya sayur kobis ni aku masak tumis je. Kelemahan ada bila nak meletak garam dan perasa lainnya. Aku tak berapa pandai nak agak banyak mana nak letak.

Aku rasa ayam tadi aku dah letak garam agak banyak juga. Jadi aku tumis sayur kobis ni aku letak sikit je garam. Aku fikir kalau ayam goreng tu masin sikit. Sayur ni biar la tawar pula barulah seimbang,ada tawar ada masin. Selesai mengoreng ayam dan menumis sayur baru teringat aku tak masak nasi lagi. Adui terlupa lah pula nak masak nasi, aku pun segera ambil periuk nasi lalu meletakkan beras dan bansuh sebelum memasaknya. Masak nasi paling senang tak perlu nak bubuh garam dan benda lainnya. Dah tentu tak masinkan.

Selesai menekan suis rice cooker untuk masak nasi.Aku pun melabuhkan pungungku di bangku meja makan. Di atas meja aku dah letak ayam dan sayur yang aku masak tadi. Aku dah tudung dengan tudung saji. Tinggal tunggu suami tercintaku balik tengahari untuk makan makanan yang aku masak ni je.

Selalunya pukul 12.30 tengahari Haziq suami aku ni akan sampai. Adui, rasa berdebar-debar la pula nak tunggu suami aku ni sampai. Yalah risau juga aku kalau masakkan aku dia tak suka. Ini kali pertama aku masak bahan-bahan perasa semua aku letak sendiri. Selama ni kalau dengan ibu tiri aku,kerja aku tolong kacau je. Bahan macam garam dan sewaktu dengannya tu ibu tiri aku yang letakkan. Sebab aku memang tak pandai nak agak kalau nak letak bahan-bahan ni.

Aku kalau masak nasi goreng suka letak kicap je tak guna garam. Nasi goreng kalau masa makan tu tawar boleh tambah kicap. Tapi kalau masin aku makan je la.

Aku lihat jam di dinding telah menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Lagi setengah jam lagi suami pujaan hati aku akan sampai. Nasi pun dah masak,panas lagi. Aku kacau sikit nasi tu dengan senduk. Okay nasi memang kejadiannya elok je. Tak lembik dan tak mentah okay je. Sukatan air dia aku letak dengan betul.

Sedang aku ralit menunggu suamiku tiba-tiba aku terdengar bunyi hon kereta.

Pin,pin,pin... Bunyi hon kereta di luar pangar. Aku pun berjalan keluar rumah untuk melihat siapa pula yang bunyikan hon tu. Rasanya bukan suami aku sebab selalunya kalau suami aku dia tak akan bunyikan hon.Kerana pangar tu guna remote control,suami aku akan guna remote control yang ada di dalam kereta dia tu je untuk buka pintu pagar tu.

Keluar dari rumah aku lihat ada sebuah kereta berwarna silver berada di luar pagar. Aku tak pasti la pula kereta tu jenama apa. Aku boleh nampak pemandunya seorang lelaki,tak ada penumpang lain.

"Hei!buka la pintu pagar ni. Tengok apa lagi" kata lelaki tersebut bila melihat aku sudah berada di depan pagar.

"Pak Cik ni siapa? Ada hal apa datang rumah ni?" soal aku pada lelaki tersebut. Aku agak umur lelaki tersebut dalam lingkungan 30 an.

"Kau ni mesti orang gaji baru dekat rumah ni kan.Aku ni sepupu Haziq,aku datang ni nak melawat ayah Haziq yang sakit tu"kata lelaki tersebut.

Terkejut juga la bila aku tahu yang ada di depan aku ni sepupu suamiku. Sepupu yang tak boleh terima bila melihat suami aku tu dah boleh move on. Kalau boleh nak suruh suami aku tu jadi bujang tua je.

"Oo,awak sepupu Haziq ya",kataku sambil membuka pintu pagar tersebut.

Bila pintu pagar sudah terbuka lelaki tersebut pun memandu keretanya masuk ke dalam pangar. Nasib baik halaman rumah mentua aku ni besar jadi muat je kereta lelaki tu nak parking kereta di dalam pagar.

Selesai memarkir keretanya lelaki yang mengaku sepupu suamiku itu keluar dari dalam kereta. Ia berjalan ke arahku sambil memadang padaku dari atas sampai ke bawah.

" Hei,apa pandang-pandang ni?"soalku agak kurang selesa.

"Tengok muka kau ni masih remaja lagi. Mana bibik,kenapa kau ada dekat rumah Haziq?"tanya sepupu suamiku.

"Aku nak jawab apa ni," bisik hatiku.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience