Chapter 37

Romance Completed 35261

“Is, saya tahu. Awak tak akan sesekali pun akan ambil kesempatan ke atas diri saya. Jawab saya macam mana awak tahu saya dengan Adam? How do you know where I am?” Sofia Amelia menyoal kepada Iskandar Faiz. Ahli keluarga dan kawan-kawannya hanya memerhatikan mereka berdua.

Iskandar Faiz yang berdiri tenang memandang kedua-dua anak mata Sofia Amelia. Perempuan yang baru sahaja digelar sebagai isterinya. Sejam lepas Iskandar Faiz dan Sofia Amelia nikah di pejabat agama dengan sekali lafaz.

“I am asking you Is! Why are you just standing? Can you answer me?” desak Sofia Amelia.

Hatinya berasa sedih. Sedih kerana Iskandar Faiz terpaksa kahwin dengan dia walaupun apa yang berlaku di bilik rehat universiti bukan salah Iskandar Faiz.

“Aku yang jumpa Is tadi, Sofi.” Christina bersuara.

“Kau?”

“Ye. Aku minta maaf dengan kau dulu. Sumpah aku tak tahu Adam jahat. Adam yang belikan air untuk kau dan aku di kafe. Lepas aku bagi air dekat kau, aku kan pergi untuk jumpa dengan Anita, masa itulah Khairil datang jumpa aku. Sebenarnya dia nak jumpa kau. Adam tumbuk di perut dia. He was struggling at that time. With that terrible pain, he was looking for you. Luckily he saw me. Dia yang beritahu aku yang Adam campurkan ubat tidur dalam air kau. Lepas dia cerita, terus pengsan. Aku buntu masa tu. Tak tahu sama ada aku kena tolong dia, atau cari kau. Masa itulah aku nampak Is lalu situ. Aku bagitahu kat dia. Dia cari kau, aku urus Khairil.” cerita lebar Christina.

Sofia Amelia yang mendengar cerita dari Christina terkedu. Sanggup Iskandar Faiz ambil risiko untuk selamatkan dirinya.

“Tapi, how do you know where was Sofi, Is?” tanya Dato’Johari. Selepas dengar cerita Christina, Christina sendiri pun tidak tahu mana keberadaan Sofia Amelia masa itu. Bagaimana Iskandar Faiz jumpa Sofia Amelia?

Sofia Amelia dan lain-lain mengalihkan matanya ke arah Iskandar Faiz. Menunggu penjelasan dari Iskandar Faiz.

“Saya minta tolong dengan kawan saya, Tharshan, uncle. He knows how to hack CCTV. Kalau dekat universiti, management tak akan benarkan students untuk dapatkan footage. Hanya orang yang berkuasa boleh dapatkan footage. Disebabkan saya tak ada pilihan dan masanya terhad, saya suruh Tarshan untuk hack CCTV. Di campus, semua area ada CCTV. Bila Tarshan check, dalam CCTV di area ke bilik rehat, jelas muka Adam yang sedang mencempung Sofi dan masuk ke dalam bilik rehat. Dari Tarshan, saya tahu Sofi dekat mana masa itu. Saya dapat selamatkan Sofi.” jelas Iskandar Faiz. Kalaulah Tarshan tidak tolong masa itu, tidak tahu bagaimana keadaan Sofia Amelia.

“Is, terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan Sofi.” Dato’Johari meraihkan tangan Iskandar Faiz. Tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik Iskandar Faiz.


************************

“Dato’” panggil Ismail menghampiri Dato’Johari.

“Tak perlu panggil Dato’ abang. Panggil Johari je.” balas Dato’Johari.

“Belum tidur lagi? Dah 11 malam.” Ismail memulakan bicara sambil duduk di hadapan Dato’Johari.

“Belum. Tak mengantuk lagi. Abang belum tidur?”

“Kejap lagi.” kata Ismail. Perhatikan seluruh bilik mini pejabat Dato’Johari. Menatap gambar arwah digantung di dinding biliknya. Muka Sofia Amelia sama seperti muka arwah Datin Aliza.

“Johari, nak tanya. Sejak dari kecil ke Sofi tak ada ibu?” Ismail bertanya dengan serba salah. Risau persoalannya mengecewakan hati besannya.

“Ye. Dari kecil lagi ibu Sofi dah meninggal. Lepas arwah meninggal, saya lah besarkan Sofi. Saya nak pesan awal, Sofi masih mentah lagi. Saya memang manjakan dia. Kalau Sofi buat salah, tolong maafkan dia. Tegur dia cara elok.” tutur Dato’Johari dengan sayu.

“Jangan risau. Mulai hari ini, Sofi anak saya. Saya ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.” kata Ismail. Walaupun Sofia Amelia baru digelar sebagai menantu, bagi Ismail Sofia Amelia adalah seorang anak.

“Terima kasih.” Hati Dato’Johari berasa lega apabila mendengar besannya menganggap anaknya sebagai anak sendiri.

“Saya ingatkan nak buat majlis persandingan untuk Is dan Sofi.” beritahu Dato’Johari.

“Bila majlisnya?”

“Minggu depan. Bukan apa, saya nak perkenalkan menantu saya kepada semua ahli perniagaan dan pekerja. Saudara mara juga kena kenal siapa menantu saya. Abang juga jemput semua kenalan abang.” cadang Dato’Johari.

“Saya ingatkan nak buat majlis di kampung.”

“Boleh. Lepas majlis sanding berlangsung di sini, kita buat majlis di kampung.”

“Saya setuju. Esok kita bincang dengan anak-anak kita.”

"Baik lah." kata Dato'Johari dengan satu perasaan yang lega.


**********************

“Sofi.”

“Is? Duduklah.” ajak Sofia Amelia. Matanya menatap bintang-bintang di awan.

“Buat apa tu?” soal Iskandar Faiz. Punggungnya dilabuh di sebelah isterinya.

Bahu mereka bersentuh. Ia menunjukkan mereka duduk rapat. Sofia Amelia rasa bahunya bersentuh dengan badan Iskandar Faiz. Sofia Amelia menjarakkan dirinya dari bersentuhan dengan Iskandar Faiz.

“Why are you distancing yourself?”

“Err… sebab…”

“Sebab?” tanya Iskandar Faiz sambil menaikkan keningnya.

“Handsomenya.” puji Sofia Amelia dalam hati. Apabila muka suaminya dekat dengan mukanya, Sofia Amelia gelabah.

“Tak ada sebab lah.”

Iskandar Faiz ketawa apabila memandang muka merah isterinya.

“Why are you laughing?”

“You are blushing when I am near to you, sayang.” balas Iskandar Faiz dalam nada romantis.

“Sayang? Dia panggil aku sayang?” bisik Sofia Amelia. Terkedu mendengar suara Iskandar Faiz.

“Ma...mana...a...da…” gugup Sofia Amelia.

“Awak buat apa tadi?” soal Iskandar Faiz.

“Tengok bintang.”

“Banyak kan bintang.” komen Iskandar Faiz.

“Ye. Daddy selalu cakap kalau orang yang kita sayang sudah meninggal, they will show up in star form.” jelas nada sedih dalam suara Sofia Amelia.

“Sofi” panggil lembut Iskandar Faiz.

Sofia Amelia mengalihkan mata ke arah suaminya. Mata mereka bertembung. Mereka diam sejenak. Masing-masing layan perasaan saat itu.

“Awak rindu arwah mak?”

Sofia Amelia yang mendengar soalan Iskandar Faiz menekur lantai. Hati berasa sangat sedih masa itu. Kalaulah Datin Aliza masih hidup sekarang, sudah pasti ibunya memberi sokongan kepada Sofia Amelia.

“Yes. I am missing her.” akhirnya Sofia Amelia mengaku bahawa dia rindui ibunya.

“Sofi, dengar sini. Lepas ni, saya selalu ada bersama awak. No matter what.” tutur Iskandar Faiz lembut. Dia faham akan perasaan isterinya saat itu.

“Is, I am sorry. Sebab saya awak terpaksa kahwin dengan saya. Sebab saya juga awak putus tunang.”

“Sofi, ini takdir. Allah sudah tulis semua ini. Kita mampu merancang. Segala-galanya di tangan Allah. This is our fate. Awak jangan salahkan diri awak sebab apa yang telah berlaku.” memujuk Iskandar Faiz.

“I am sorry once again.” Sofia Amelia meminta maaf. Air matanya gugur membasahi mukanya.

“Shhh!!! Dah. Jangan nangis lagi.” Iskandar Faiz menarik isterinya ke dalam dakapannya. Sofia Amelia melepaskan segala tangisannya di dada suaminya.


***************************

Bunyi alarm mengejutkan Iskandar Faiz yang sedang dibuai mimpi. Jam digital yang terletak di atas meja menunjukkan 5pagi. Matanya fokuskan tubuh isterinya di atas katil yang dibalut oleh comforter. Perbualan malam semalam diimbas kembali.

“Is, awak nak tidur mana?” Sofia Amelia tanya kepada Iskandar Faiz apabila mereka berdua masuk ke dalam bilik.

“Atas katil lah.” jawab Iskandar Faiz.

“Atas katil?” terkejut Sofia Amelia.

“Kenapa?” menyoal Iskandar Faiz pelik. Bukan dosa pun mereka berdua tidur di atas katil. Dah halal kan!

“Aduh! Nak jawab apa ni?” bebel Sofia Amelia dalam hati. Sofia Amelia risau kalau perkara lain yang terjadi.

“Sayang?” bisik Iskandar Faiz di telinga Sofia Amelia.

“Is? Awak dah kenapa?”

“Awak tahu tak malam ini sangat penting untuk kita?” tanya Iskandar Faiz dalam nada serious.

Gulp!

“Hari ini malam pertama kita.” Iskandar Faiz usik Sofia Amelia.

“Ma...lam…”

“Saya nak makan awak.” kata Iskandar Faiz. Pipi Sofia Amelia dicium. Muka Sofia Amelia merona merah. Tak sanggup tahan malu.

“Jangan risau. Saya nak usik je tadi. Saya tidur atas sofa je. Awak pergi lah tidur.” Iskandar Faiz sedar Sofia Amelia belum bersedia untuk menyerahkan dirinya.

“Thank you Is. I hope you understand my feelings. Give me time. Slowly I will learn to accept everything.” dengan perlahan Sofia Amelia meluahkan perasaannya. Dia tidak mahu suaminya kecil hati pada dirinya.

“I understand Sofi. Don’t worry. Saya tak akan paksakan awak. Cuma saya nak awak tahu dan sedar kita dah kahwin. I am your husband and you are my wife. Sehinggalah akhir nafas saya.”

“Apa pulak cakap macam tu Is!” tegur Sofia Amelia.

“Sayang juga awak dengan saya kan.”

“Go and sleep.”

“Saya ada satu permintaan Sofi.” Iskandar Faiz menyambar tangan Sofia Amelia.

“What’s that?”

“Tak apa lah. Nanti dah tiba masa, saya beritahu awak. Now go and sleep. Good night and assalamualaikum isteriku.” dahi isterinya dicium hangat. Sofia Amelia berasa tenang apabila suaminya kucup dahi yang licin tanpa sebarang jerawat.

Tanpa sedar senyuman diukir di bibir Iskandar Faiz. Muka isteri yang polos itu menenangkan hatinya. Dulu wanita itu tidak disukai oleh dirinya. Tetapi sekarang, wanita itu telah menjadi isterinya.

“Sofi, bangun.” kejut Iskandar Faiz lembut. Namun tiada respon dari isterinya. Tidur mati agaknya.

“Sayang, bangun. Solat subuh.”

Kali ini Sofia Amelia menggerakkan badannya. Badannya rasa sangat penat mungkin sebab nangis semalaman.

“Ada apa ni?” tanya Sofia Amelia dalam suara serak.

“Bangun, solat subuh.” kata Iskandar Faiz. Tangannya menyisir rambut isterinya.

“Awak solat Is. Saya tak boleh solat.”

“Uzur ye?”

“Yes. Awak je lah solat.” kata Sofia Amelia. Matanya langsung tidak dibuka.

“Okay sayang.” tanpa menunggu Iskandar Faiz mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.


***************************

Tok! Tok! Tok!

Ketukkan pada pintu bilik menyedarkan Sofia Amelia. Telefon bimbitnya dilihat. Jam menunjukkan 8pagi.

“Masuk.” arah Sofia Amelia.

“Sofi.” Mak Ziah menghampiri anak majikannya.

“Mak Ziah.”

“Pergi mandi. Turun sarapan. Lepas ni Sofi kena makan bersama dengan suami tau. Sofi kena urus suami.” nasihat Mak Ziah.

“Mak Ziah, Sofi masih muda lah.”

“Muda ke dah tua ke, lepas dah kahwin kena pandai urus suami. Itu tanggungjawab seorang isteri. Pergi mandi sekarang. Suami Sofi keluar jogging. Kejap lagi dia balik kot. Sebelum dia balik, pastikan Sofi dah ready.” kata Mak Ziah dan keluar dari bilik Sofia Amelia.

Air shower membasahi rambut Sofia Amelia. Sehingga sekarang tidak mampu percaya Sofia Amelia sudah berkahwin.

“Nasib baik Is selamatkan aku. Kalau tak, sekarang Adam jadi suami aku. Jantan tak guna! Tapi sebab aku, Is putus tunang dengan kekasihnya. Kasihan Is. Mampukah aku jadi isteri yang terbaik untuk dia?” Sofia Amelia berfikir sambil mandi.

“Dia dah bangun ke?” Iskandar Faiz mencari kelibat isterinya. Sebelum pergi berjogging, isterinya tidur lena.

Terdengar pintu bilik air dibuka. Matanya menatap isterinya. Air liurnya ditelan. Sofia Amelia keluar dengan hanya berkemban.

“Alamak! Macam mana aku boleh lupa? Aku kan dah kahwin. Ingatkan dia balik lambat. Tak pasal-pasal dia dapat tengok freeshow.” gumam Sofia Amelia.

“Awak… awak…”

“Ye?”

“Tengok apa ni?” tanya Sofia Amelia. Jelingan hadiahkan kepada suaminya. Dah tahu apa yang bermain dalam otak suaminya.

“Tak ada apa lah. Awak cepatlah pakai baju.” dengan laju Iskandar Faiz masuk ke dalam bilik air.

“Kalau setiap hari aku tengok dia berkemban, aku tak sanggup tahan nafsu aku ni.”

* Hi readers :). Jangan lupa untuk rate and comment lepas baca ;) Enjoy reading ! Follow my ig miz.kikki_novelplus :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience