BAB 1

Short Story Completed 93520

Arjuna membuka pintu rumahnya.Rumah yang ditinggalkan selama dia menetap di luar negara itu.Agak berhabuk ruang tamu itu gara-gara tiada yang membersihkan.

Bagasi diletakkan ditepi dan dia melabuhkan punggung di atas kerusi.Dia membuka jaket kulit hitam yang dipakai.

Keluhan berat dilepaskan.Dia memandang keadaan rumah yang sunyi seperti hatinya sekarang ini.

"Aku kenallah dengan Ratna tu.Dia bukan keluar dengan kau sorang je.Macam-macam lelaki dekat universiti tu dia ikut.Tu aku agak terkejut bila kau kahwin dengan dia"

Kata-kata Fakri itu terngiang-ngiang di cuping telinganya.Pertemuan dengan Fakri di universiti dua hari lepas itu yang membuatkan dia nekad mengambil keputusan sejauh ini.

Meninggalkan Ratna dan London secara mengejut.Dia mahu melupakan semua apa yang jadi di London dan dia mahu menganggap tiada apa yang berlaku di London.

Dia mengepal tangannya kuat.Dia bingkas bangun dari duduknya dan berjalan menaiki anak tangga ke bilik atas.

********

Ratna termenung memandang ke luar tingkap.Harinya dan semangatnya hilang sejak Arjuna tinggalkan dia.

Dira membuka pintu bilik dan melihat sahabatnya itu lebih banyak termenung."Ratna... Ratna jom makan aku dah siapkan makanan"panggil Dira tapi tiada sahutan.

Dia mendekati Ratna dengan langkah yang berat.Tangan sahabatnya itu digenggam erat.Airmata tidak henti-henti mengalir di pipi Ratna.

"Kenapa biar aku macam ni? Dia tak kesian dengan anak ni?"soal Ratna memandang wajah Dira.

"Dah...kau tak boleh macam ni.Kau kena kuat.Kesian baby dalam ni.Kalau Ibu dia asyik nangis dia pun ikut sedih.Dia pun lapar ni"ucap Dira mengesat air mata dipipi sahabatnya.

"Terima kasih Dira sebab ada dengan aku"ucap Ratna.

Dira melepaskan senyuman manis."Aku akan ada dengan kau.Kau kawan aku dunia dan akhirat.Semestinya aku kena tolong kau.Nanti dekat Malaysia kita cari Arjuna sama-sama.Aku janji"ucap Dira sambil mengangkat kelima jarinya.

Ratna tersenyum nipis.

"Okay dah jom kita makan dulu.Aku masak sedap tau"ujar Dira menarik tangan Ratna dengan laju.

*********

"Mana kawan baik kau tu? Dah buat perangai lepastu menghilang macam tu aje"marah Dira pada sahabat baik Arjuna.

Lelaki itu mengerutkan dahi dengan seribu persoalan.

"Kau cakap apa ni Dira? Datang terus serang aku macam ni?"soal Eiyad yang tidak tahu apa-apa.

"Mana Arjuna?"soal Dira.

"Arjuna...dia tak ada dekat sini.Bukan dia balik Malaysia dengan Ratna ke?"soal Eiyad.

"Ni aku geram.Kalau dia depan mata aku memang aku cucuk mata dia dengan garpu"ucap Dira yang melepaskan marah.

"Kejap...cuba kau cerita apa jadi? Apasal kau marah sangat dengan Arjuna ni?"soalnya lagi.

Dira menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia cuba menahan kesabaran.

"Okay macam ni.Arjuna tinggalkan Ratna tak..tak..Arjuna lafaz cerai pada Ratna"ucap Dira dengan jelas.

Wajah Eiyad seperti baru lepas menerima tamparan dimuka.

"What? Juna ceraikan Ratna? Tapi beberapa hari lepas aku tengok mereka berdua gembira je macam pasangan pengantin baru.Kenapa tiba-tiba dia ceraikan Ratna?"marah Eiyad dengan muka memerah.

"Itu sekarang persoalannya.Aku tanya Ratna pun jawab benda yang sama.Itu okay lagi tau.Apa yang menyedihkan Ratna sekarang ni, Dia mengandung dan Juna tak sempat tahu pasal kandungan dia"jelas Dira.

Eiyad duduk di sisi Dira."Ya Allah....kenapa sampai macam ni? Habis Ratna macamana?" soal Eiyad yang mula mempamerkan riak risau.

"Ratna asyik nangis aje.Dia nak balik Malaysia dalam hujung minggu ni.Dan dia nak cari Arjuna supaya dia dapat jawapan kenapa Arjuna tinggalkan dia sorang-sorang dekat apartment tu"

Eiyad menghela nafas berat.

"Aku mengalah lepaskan Ratna pada dia supaya dia jaga Ratna dengan baik.Tapi kenapa dia buat Ratna macam tu?"

"Saya tak tahu apa yang berlaku dekat kawan baik awak tu.Tapi saya minta tolong awak untuk cari Arjuna juga"ujar Dira.

"Aku akan cuba cari dia.Kali ni memang Arjuna cari pasal dekat aku"ujar Eiyad mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya lalu mendail nombor Arjuna.

Tiada panggilan dijawab malah nombornya turut diblok oleh Arjuna.

"Macamana dapat tak?" soal Dira memandang wajah Eiyad.

Eiyad menggelengkan kepala tanda tiada respon.

"Nampaknya Juna betul-betul cari pasal.Aku betul tak sangka apa yang dia buat pada Ratna ni"

*********

"Angah balik Malaysia tak bagitahu pun?"soal Andika yang berjalan ke arah Arjuna yang duduk di ruang tamu.

"Buat apa nak bagitahu? Benda sama je macam Angah ni tak pernah pergi luar negara"jawab Arjuna sedikit serius.

Andika memerhati adiknya itu."Along tengok berat badan kau macam naik je.Makan dekat sana sedap ke?"soal Andika sambil menghirup air kopi yang dibuatnya.

Arjuna melihat dirinya."Mana ada Along.Sama je macam selalu.Apa yang lainnya?"soalnya.

"Relakslah Along cuma tegur sebab Along tengok Angah macam orang baru lepas kahwin.Gaya tu"ujar Andika.

Arjuna sudah tidak keruan.

"Ni..mana Kak long? Anak-anak Along mana?"soal Arjuna menukar topik perbualan mereka.

Andika meletakkan cawan diatas meja."Kak long dengan anak-anak pergi rumah mentua Along"ucapnya ringkas.

"Kenapa Along tak ikut? Bukan selalu Along ikut sekali ke?"soalnya bertalu-talu.

"Along ada hal sikit petang.Along suruh Kak long dengan anak-anak pergi dulu"

Arjuna menangguk perlahan.

"Ni bila Angah nak masuk pejabat.Along dah tak menang tangan buat kerja"soal Andika.

Arjuna meletakkan tangan didagunya seakan berfikir.

"Secepat mungkin sebab bosan duduk rumah sorang-sorang"jawab Arjuna.

"Orang suruh duduk sini tak nak? Nak juga duduk dekat rumah sana tu.Lainlah ada isteri buat peneman tidur, makan dan borak macam Along ni.Baru hidup kita tak sunyi"ujar Andika.

Arjuna terdiam sejenak.Ada isteri pun kalau isteri itu menipu wajarkah dipanggil isteri? Layak ke panggilan isteri itu untuk dia?. Cinta yang diberi dikhianati dengan mudah.

"Macamana Along boleh kekalkan rumah tangga Along dengan Kak Long?"soal Arjuna tiba-tiba.

Hampir tersembur kopi dihirupnya.Andika mengesat mulutnya.

"Aik...tanya masa rumah tangga kita pulak? Asal Angah nak kahwin ke? atau Angah dah kahwin?"soal Andika mengejut.

Arjuna cuba mengawal riak mukanya.Supaya tidak seorang pun tahu tentang perkahwinannya bersama Ratna di London.

"Tak adalah Angah tengok Along dengan Kak long macam tak ada masalah pun.Saja tanya"jawab Arjuna.Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Senang je.Percaya pada hubungan kita dan percaya pada takdir Allah berikan dia sebagai peneman hidup kita.Jangan sia-siakan dia. Setiap ruang dan peluang yang Allah bagi untuk bahagiakan orang yang kita cinta.Bukanlah Along nak cakap yang kami tak pernah gaduh? Ada je kami gaduh tapi selesaikan dengan cepat.Jangan sebut perkataan cerai ketika kita marah macamana sekali pun"terang Andika pada Arjuna.

Arjuna seperti terkena panahan petir dengan nasihat Andika.Sejenak bayang wajah Ratna muncul dilayar fikirannya.Apa agaknya reaksi Ratna saat dia melepaskan cerai? .

Tapi ada betulnya dengan keputusan dirinya.Sampai bila dia nak tertipu dengan Ratna.

"Perempuan yang bertudung ni tak semestinya dia suci lagi.Itu kau kena fikir Juna.Kau nak ke satu keturunan kau busuk sebab dia"

Dia menundukkan wajahnya terasa sempit dan bahang mula menyapa jiwanya.Dia cuba bertenang supaya tiada yang syak apa yang berlaku.

Dia tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience