Bab : 42

Action Completed 53513

Selepas melewati sesi pemeriksaan dan check up,  akhirnya Eden di benarkan keluar dari hospital. Oleh kerana Davina masih nekad hendak menjaga Eden,  dia telah mempelawa Eden untuk pulang bersama dengannya.

Namun begitu Eden bertgas yang dia perlu pulang semula ke pangkalan untuk menyelesaikan tugasnya.

Davina menjadi Davina,  bertegas pada Eden supaya berehat untuk beberapa hari saja lagi sebelum pergi.

Mahu tak mahu Eden terpaksa menurut. Dia ikutkan saja permintaan Davina tanpa berbalah. 

Setelah itu Davina bawa Eden bertemu dengan Bernard seperti yang dikehendaki oleh orang tua itu yang sudah sekian lama mahu bertemu dengan Eden.

Pemanduan selama tiga jam itu berakhir setelah Davina berhenti di sebuah rumah banglo tiga tingkat dengan halaman rumah yang luas dan berkolam renang.

Bersama buah tangan,  mereka berdua berjalan masuk ke kediaman tersebut.

Bila Eden berdiri di depan pintu tersebut. Kakinya melekat di lantai. Teragak-agak hendak masuk. Dia termenung memandang ke kakinya.

Hal itu disedari Davina apabila dia perasan Eden tidak berganjak dari situ. Dengan hairan dia pun berpaling dan menegur Eden.

"Ada apa ni? "tanya Davina.

Eden palingkan muka, dia pandang Davina dengan kening berkerut. "Kau masih berhubung dengan keluarga ni walaupun kau dah putus tunang dengan anak mereka? "tanya dia dengan perlahan.

Davina pandang tak berkedip ke Eden.

"Aku segan nak jumpa. Lagipun aku dah cakap awal-awal yang aku tak nak ada kaitan dengan dia orang lepas kau cakap tak nak jumpa aku lagi? " ujar Eden serba salah.

Lengan Eden di pegang Davina. "Bernard tak kisah. Lagipun dia tu dah seperti ayah kita sendiri. Banyak perkara yang dia dah lakukan untuk kita... "beritahunya.

Eden pandang tak pasti ke Davina. Keningnya mencerlung. Dia tahu Davina sebenarnya terhutang budi dengan keluarga Kaden. Sebab itu la Davina masih setia bersama dengan mereka dan terima lamaran Kaden. Mungkin kalau dia bawa Davina pergi dan sara hidup mereka sendiri, mungkin mereka berdua takkan rasa terbeban dengan perasaan berhutang budi ni.
"Hei... "panggil Eden dengan perlahan.

"Hm? "Davina jungkit kening sebelah.
Eden tunduk memandang Davina buat seketika tanpa berkedip. Wajah bersih tanpa solekan tebal milik Davina menggamit hatinya untuk di tenung lama.

"Kenapa?" tanya Davina lagi lepas Eden diam membisu menatapnya.

Tangan Eden naik memegang tangan Davina yang ada di lengannya itu.

"Apa kata kau ikut aku, biar aku jaga kau. Kemudian tak ada la kau terbeban dengan perasaan terhutang budi dengan dia orang ni? "aju Eden.

Hampir hendak tersenyum mendengarnya, Davina mengangguk kepala. "Sure..."balasnya dengan pendek.

"Sure? Kau setuju? "tanya Eden yang agak terkejut mendengarnya.

"Kenapa? kau tak nak aku setuju ke? " tanya Davina sambil betulkan kolar sweater turtle neck yang dipakai oleh Eden. Tak nak nampakkan parut jahitan di leher tu.

Eden menggeleng kepala. "Tak... Kalau kau setuju, aku okay je." jawabnya hampir nak tersengih macam budak kolej jumpa crush saja gayanya.

"Kalau macam tu mari kita masuk. " ajak Davina.

Eden tarik nafas lalu dihembus panjang sebelum gerak sama dengan Davina sewaktu pintu rumah itu ditolak ke dalam.

Seorang maid menyambut ke datangan mereka. Lantas dua orang itu diiring ke ruang tamu dimana Bernard dan isteri lelaki itu berada.

Nampak saja Eden berdiri di situ, Bernard, yang sedang tunduk membaca buku terus bangun dari situ dan menyambut Eden bersama tangan berdepa hendak memberi pelukan.

Tersentuh dengan gesture itu, Eden yang sudahpun menganggap Bernard seperti ayahnya sendiri balas pelukan itu dengan erat. Berasa lega kerana dapat lihat Bernard sihat belaka.

Sementara itu Davina peluk akan isteri Bernard yang agak tersentuh kerana isteri Bernard yang sudah anggap Davina seperti anak perempuannya sendiri bertemu dengannya selepas sekian lama berjarak.

"Kamu apa khabar? "tanya Isteri Bernard sambil pegabg tepi pipi Davina.

"Baik puan."angguk Davina.

"Gembira saya dapat lihat kamu berdua semula. Kaden.. Anak bertuah tu dah beritahu saya apa yang berlaku. Kamu dah sembuh sepenuhnya ke?" tanya Bernard kepada Eden denfan kening berkerut kerisauan.

Eden beri senyuman nipis di bibir.
"Sudah tuan. Semuanya atas penjagaan Davina."jawabnya semasa memandang dalam wajah tua Bernard. Sekejap saja dia pergi dah makin tua Bernard. Harapnya Bernard sentiasa sihat dan di panjangkan usia supaya dapat lihat Kaden bina kehidupan dan melihat cucu membesar sama satu hari nanti.

"Bagus la kalau begitu. Lega saya mendengarnya. Usia kamu masih muda. Dan banyak perkara yang boleh dilakukan... "ujar Bernard sambil tepuk perlahan bahu Eden memberi semangat

"Alang-alang kamu berdua di sini.. Mari la makan tengah hari bersama kami. Kalau ada Kaden sekali mesti meriah.. "ujar isteri Bernard sambil memeluk belakang pinggang Davina.

Davina pandang terima kasih kepada isteri Bernard bila mendengar pelawaan itu. Suka bila dengar suara ibu di depannya. Dia kerling ke Eden sebab tergerak nak pandang.

Sekali tu Eden pun turut gerak memalingkan kepala untuk memandang Davina.

Dan bila mereka bertentang mata, Davina hanya beri senyuman nipis di bibir. Sementara Eden hanya balas renungan itu untuk seketika. Berkongsi maksud renungan yang sama.

Renungan yang membawa maksud, kalau ibu bapa mereka masih hidup, mungkin ini la perasaan yang sama mereka rasai sekiranya mereka sambut kepulangan mereka dan pelawa mereka untuk makan sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience