BAB 8

Drama Completed 5869

“ Sebab Datuk cakap dia tak pernah ada anak bernama Laila Issabella dan dia tak nak dengar panggilan bapa dari mulut akak,”

Fezrol mengucap panjang mendengar cerita Laila. Bertapa singkatnya pemiIssabella n keluarga mereka sehingga sanggup membuang anak yang dilahirkan dengan sesuka hati. Ketika itu muncul Datuk Badlyshah dan Datin Mariam.

“ Tak sangka,anak yang dibuang dulu dah berani mengadu domba dengan lelaki,” kata Datuk Badlyshah sinis. Datin Mariam hanya menjeling kepada Laila dan Fezrol

Fezrol yang panas hati terus bangun dan berhadapan dengan kedua orang tuanya yang telah terpisah selama dua belas tahun tahun itu. Dia tersenyum sinis melihat cara mereka berdua memandang Laila.

“ Tak sangka dua belas tahun tahun Fezrol hilang,begini cara bapa dengan ibu layan Kak Issabella. Menyesal Fezrol cari bapa dengan ibu selama nie. Kalau macam nie caranya baik Fezrol lupakan je yang Fezrol ada ibu dan bapa dan hanya ingat yang Fezrol cuma ada kakak dalam dunia nie,” kata Fezrol dengan panjang lebar.

Kenyataan Fezrol membuatkan Datuk Badlyshah dan Datin Mariam tergamam. Datin Mariam cuba untuk memeluk Fezrol apabila naluri keibuannya menyatakan yang ini adalah anaknya yang hilang dua belas tahun tahun lalu. Tetapi Fezrol menjauh dan berdiri disamping Laila.

“Fezrol,kenapa buat ibu macam nie sayang. Fezrol tak rindu ibu ke,” rayu Datin Mariam. Luluh hatinya apabila anak yang dirindui menjauh.

“Rindu..huh..apa maknanya rindu kalau ibu dan bapa sanggup buat kakak macam anak buangan,” kata Fezrol sinis.

“Sebab memang kerana dia Fezrol hilang,” Datuk Badlyshah menyampuk apabila mendengar kata-kata Fezrol sebentar tadi.

“Siapa kata Fezrol hilang. Fezrol tak hilang,cuma Fezrol nak tengok sejauh mana kasih sayang ibu dan bapa pada Kak Issabella. Fezrol yang suruh orang tu culik Fezrol,” bohong Fezrol

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience