BAB 2

Drama Completed 320

Dudung kupanggil kerana dia dijumpai di tangga.Mungkin kedengaran
agak kelakar tapi Dudung membiarkan sahaja dirinya dinamakan
begitu.Hubunganku dengan Dudung semakin rapat.Kami bersahabat baik dan
sering berkongsi cerita tentang diri masing-masing.Setiap kali pulang
dari kuliah Dudung terlebih dahulu setia menungguku di tangga untuk
berbual panjang.Hampir hilang juga kewarasanku apabila mengetahui Dudung
mampu berkata-kata seperti manusia. Namun lama-kelamaan aku sudah boleh
menerima hakikat itu,malahan berasa gembira pula.

Aku juga berasa senang dengan Dudung kerana dia sering menemaniku
tatkala sunyi. Bagi Dudung ,aku ini sahabat baiknya. Dahulu dirinya
keseorangan dan tiada hala tuju.Tuannya telah lama meninggalkan dunia
ini dan tiada siapa lagi mempedulikan dirinya.Lantas dia berjalan
sehingga sampai ke tempat ini.Kini akulah tempat Dudung bergantung nasib.

Banyak topik yang akan kami sering bualkan, seperti tentang
negara,agama,cinta,persahabatan dan politik. Namun berbual mengenai
politik bersama Dudung bukanlah idea yang baik kerana dia akan segera
beralih ke topik yang lain atau secara tiba-tiba sahaja berlari
meninggalkanku. Kucing sepertinya pun tahu mengenai dunia politik
sekarang.Dudung berfikiran terbuka terhadapku dan suka memberi pendapat
yang bernas walaupun dia hanya seekor kucing.Bagiku, bukan senang hendak
mencari sahabat yang setia mendengar segala pendapat kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience