"Assalamualaikum,class!"kelas yang gamat itu tiba tiba menjadi sunyi apabila teacher Aqilah melangkah masuk bersama seorang pelajar lelaki yang kelihatan asing di sekolah ini.
Semua pelajar bangun dan menjawab salam.Namun,fikiran mereka tetap memikirkan siapakah makhluk yang mengekori teacher Aqilah tadi.
"Class,teacher ada dua perkara nak bagitau awak semua.First,hari ni kita belajar setengah jam je because teacher ada hal.Second,mulai hari ni awak semua akan mendapat seorang sahabat baru.Dia ni awal awal memang pendiam sikit.Anak saudara teacher,"ujar teacher Aqilah panjang lebar.
Semua mengangguk faham.Anak saudara teacher rupanya,patutlah hensem!
"Okey pergi duduk sebelah Izzuddin tu,"ujar teacher Aqilah kepada anak saudaranya yang termangu di hadapan.
"Class,keluarkan homework yang teacher bagi last week,"arah guru muda itu kepada pelajar pelajarnya
"Teacher nak tengok sekali dengan meaning ea,"sekali lagi teacher Aqilah bersuara.
Semua pelajar mengeluarkan tugas yang diberikan dengan senang hati walaupun belum siap sepenuhnya,kerana mereka tahu teacher Aqilah bukannya
memeriksa pun buku buku mereka.Inilah sifat semulajadi student 5 Amanah.
Izzuddin mengerling pelajar baru di sebelahnya.Pelajar bar u itu perasan Izzuddin mengerling kearahnya.Terus dia memandang ke arah Izzuddin dengan mengangkat kening.Isyarat itu bermaksud 'kenapa'.Izzuddin terkejut,lantas menggeleng sambil tersengih.Malu agaknya.
Akhirnya masa yang ditunggu tunggu tiba jua.Teacher Aqilah akhirnya melangkah keluar setelah setengah jam mengajar dan meninggalkan homework yang bertimbung kepada studentnya yang sporting itu.
"Huh,lega.Nasib baik setengah jam je.Kalau tak, mampuslah aku.Dahlah meaning aku tak cari."kata Damisya Syamila lega.
"Alhamdulillah lah,bukan nasib baik.Ish awak ni,"tegur bestfriendnya Safinah Husna.
"Baiklah ustazah.."perli Syamila kepada Husna yang sememangnya bercita cita menjadi ustazah.
"Perli ea?"Husna menjeling tajam.
"Tak baik jeling jeling ustazah,nanti juling!Hahaha!"ujar Syamila sambil ketawa lepas.
"Huh,whatever lah kawan.Eee...geram pulak.Kalau awak rasa awak tu comel,baik awak diam!"ujar Husna sambil memukul Syamila menggunakan fail.
Dengan sepantas kilat Syamila berhenti ketawa.Perasan comellah tu.
"Assalamualaikum,hai.Boleh kenal?Nama enta apa?"Adha menyapa anak saudara teache aqilah.
"waalaikumussalam,ana Muhammad Aiddin Adib,panggil Adib.Enta pulak?"
"Ana Muhammad Adha Zarif.Panggil Adha,"ujar Adha pula.
"Yoo!Ana pulak Izhar dan ni Irsyad.Mesti enta dah taaruf kan dengan Izzuddin sebelah tu?"muncul pula Izhar dan Irsyad.
Belum sempat Adib menjawab,Izzuddin menyampuk.
"Confirmlah,analah yang paling first,"
Irsyad mencebik.Izzuddin pula tersenyum bangga,manakala Adib pula tersenyum manis.Fuh,cair kalau muslimin tengok ni!
"Tapi kan Dib,Izzuddin ada dua dalam kelas ni,"beritahu Adha.
"Ye ke?Mana yang sorang lagi?"Adib penasaran ingin tahu.
"Tu,yang tangan sasa tu,"tunjuk Izhar.
"Habis tu nak panggil macam mana kalau dua dua Izzuddin?"
"Senang je,yang ni Izzuddin senior,yang tu Izzuddin junior,"jelas Irsyad.
Tiba tiba,
"Ssshh,mintak perhatian semua,sir Bakhtiar suruh masuk lab,"Azri,iaitu ketua kelas membuat pengunguman.
"Sekarang ke?"tanya Aiyman.
"Sekaranglah bukan esok pulak!"balas Azri.
"Eh,eh...ketua buat lawak..."kata kata Aiyman disambut dengan gelak ketawa sahabat sahabat sehati sejiwanya.
Azri turut sama ketawa.Sudah faham dengan gelagat Aiyman.
"Ouh.Azri,bawak buku apa pergi lab?"Aiyman bertanya lagi sambil mempamerkan riak wajah blur.
"Sebelum ana jawab soalan enta ,ana nak tanya,cikgu mana yang suruh kita masuk lab?"
"Sir Bakhtiar,kenapa?"
"Sir Bakhtiar ajar kita matapelajaran apa?"
"Sains,"
"So?"
"So?So apa?"
"Bawak buku sainslah weh!Eeii,geram ana,"
"Dah tau sebenarnya,saja tanya.Nak menguji kesabaran,"
"Yei,Aiyman buat lawak,tepuk tangan,"
Semua pelajar lelaki menepuk tangan dengan pelbagai gaya sambil tertawa riang.Akhirnya mereka bergerak ke lab seperti yang diarahkan.Aiyman tetap dengan celotehnya yang gemar menyakat dan bergurau tidak kira dengan sesiapa pun.
Share this novel