Bab 38

Drama Completed 5973

Maklang, Maksu, Paksu, Mila, Sufrina dan Haris tersedar apabila sebaldi air disiram tepat ke muka mereka. Mila terbatuk-batuk kecil apabila air tersebut masuk dalam hidungnya. Sufrina melihat tiga orang lelaki berbadan sasa yang menyorokkan wajah mereka di sebalik topeng muka di hadapan mereka.

"Ko..korang ni siapa?" tanyanya ketakutan.

"Penjaga," jawab salah seorang daripada mereka sambil ketawa.

"Apa sebab korang buat macam ni kat kami, hah?!" tanya Paksu pula dengan berang.

"Sebab nak dapat upahlah, sebab apa lagi? Takkan kami saja-saja nak culik korang kot?" jawab yang seorang lagi dengan sinis.

"Si...siapa upah korang?" ujar Haris berani. Dia bagai dapat menebak siapakah dalang di sebalik penculikan ini.

"Aku," jawab Saraa yang tiba-tiba muncul di sebalik dinding di ruangan itu.

"Saraa?!!" Maklang terkejut melihat anak buahnya yang seorang itu.

Maksu, Paksu, Mila, Sufrina hampir pengsan sekali lagi apabila melihatnya. Hanya Haris yang tidak memberikan sebarang reaksi kerana di sudah dapat mengagak bahawa Saraa yang merancang segalanya.

"Hai Maklang! Selesa tak tidur malam tadi?" terserlah keceriaan di suaranya.

"Saraa! Apa kamu buat ni?!" marah Maksu.

"Takde buat apa-apa. Cuma nak kotakan janji yang Saraa buat pada lima tahun yang lalu," jawabnya selamba sambil mencangkung menggadap Maksunya itu.

Maksu memandang wajahnya yang selamba itu dengan rasa tidak percaya.

"Apa yang dah merasuk kamu ni, Saraa?" ujarnya perlahan.

"Kebencian terhadap korang!" jerit Saraa tepat di wajahnya. Wajahnya yang selamba tadi serta-merta merona merah, matanya bersinar yang menyerlahkan kebencian yang teramat.

"Saraa! Kita kan dah bukak buku baru!" Mila bersuara.

Saraa mendekati Mila dengan wajah bak binatang buas. Dia menatap tepat di mata Mila. Mila yang agak gerun dengan pandangannya itu terus menunduk.

"Kau percaya ke?" senyuman sinis kini terukir.

Saraa berdiri lalu ketawa.

"Bijak kan, aku? Aku kembali semula dalam hidup korang, aku sakitkan hati korang, aku timbulkan sedikit konflik, lepastu aku buat baik dengan korang dengan 'memaafkan' segala perbuatan korang....," dia berpeluk tubuh dengan senyuman lebar.

"....dan sekarang ni, korang semua dah ada dalam genggaman aku," dia mengusap kepalanya sendiri tanda bangga dengan dirinya sendiri.

"I'm proud of you, Saraa," katanya kepada diri sendiri.

"Apa yang kamu buat ni salah, Saraa," tegur Paksu.

Senyuman Saraa terus mati mendengarnya. Dia mendekati Paksu lalu menarik rambutnya kasar.

"Salah? Habis apa yang korang buat kat aku selama ni BETUL KE?!!" tengkingnya.

Paksu hanya memdiamkan diri kerana tidak mampu menjawab persoalannya itu. Wajahnya merah menahan sakit kerana rambutnya yang ditarik.

"Kenapa diam? Kau tahu kau salah kan sebab tu kau tak tahu nak jawab soalan aku," dia melepaskan rambut Paksu lalu kembali berpeluk tubuh.

Suasana senyap seketika.

"Eh, jap...," ujar Saraa tiba-tiba lalu mengetuk dagunya sendiri seperti sedang berfikir. Dia kemudian berpaling ke arah tiga orang lelaki sasa yang berada di belakangnya.

"Kenapa korang ikat diorang macam ni???" suaranya dilenggok manja.

"Nanti kalau diorang dapat larikan diri, macam mana? Siapa nak tanggung? Korang tak tengok ke drama dalam TV selalu?"

"Dah sekarang aku nak korang pergi ambik rantai besi kat belakang, lilit diorang dengan rantai besi kat tiang tu. Lepastu, lelaki ni..," dia menunjuk ke arah Haris.

"... Kau ikat dia kat tiang yang lagi satu. Aku tak nak dia duduk tau. Aku nak korang ikat dia berdiri. Tapi sebelum tu, aku nak korang bungkus tangan dia dengan kain supaya nanti dia tak dapat nak capai apa-apa untuk bukak ikatan dia tu," arahnya.

Mereka bertiga mengangguk faham lalu dua orang daripadanya menghampiri Haris dan yang seorang lagi berlalu ke ruangan belakang untuk mengambil rantai besi.

"Woi! Kau gila ke Saraa?!" Haris cemas.

"Gila? Mana ada," Saraa ketawa geli hati.

"Kenapa kau nak libatkan aku pulak ni hah?!"

"Ada beberapa sebab kenapa aku libatkan kau tapi... aku tak nak bagitahu sekarang," jawabnya selamba.

"Eh, tunggu jap,"

Tindakan dua orang lelaki itu untuk membuka tali ikatan serta-merta terhenti. Dia terus mendekati salah seorang daripadanya.

"Bak sini pistol kau," pintanya selamba.

Tanpa banyak tanya, lelaki itu terus memgeluarkan pistol dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Saraa.

Semua yang berada di situ mula panik apabila pistol itu diacukan ke arah mereka.

"Aku takde niat nak membunuh tapi kalau korang berani berganjak selepas tali tu dibuka, aku tak akan teragak-agak untuk tembak kepala korang satu persatu," ugutnya lalu memberikan arahan kepada dua orang lelaki tersebut untuk meneruskan kerja mereka untuk membuka tali ikatan mereka.

Setelah ikatan dibuka, tiada sesiapa pun yang berani berganjak mahupun bersuara. Haris terus ditarik dan dipaksa berdiri oleh mereka berdua untuk mengikatnya di tiang.

Lelaki yang bertanggungjawab mengambil rantai besi tadi terus melaksanakan tugasnya untuk melilit rantai besi di pinggang mereka lalu menguncinya dengan kunci mangga.

"Kunci tu bagi aku. Aku nak buang," Saraa menghulurkan tangannya untuk mengambil kunci di tangan lelaki tersebut.

"Bu..buang?" dia seperti teragak-agak untuk memberikan kunci itu kepada Saraa.

Saraa menjelingnya tajam.

"Kenapa? Kau nak simpan kunci ni? Nak lepaskan diorang masa aku tak sedar? Kesian kat diorang ke?!" serangnya bertubi-tubi.

"T..takde...,"

"Utba, kau kena ingat ya. Bini kau tu kawan aku. Kau nak ke aku bongkar semua perbuatan kau kat Sofia? Kau jangan lupa yang kau tu bukan hanya penculik upahan je, kau pembunuh upahan jugak tau," ugutnya.

Lelaki yang bernama Utba itu menelan air liurnya. Takut. Dulu, dia memang seorang pembunuh upahan namun sejak sudah bernikah dengan isterinya, Sofiya, dia telah menghentikan perbuatan kejinya itu. Akan tetapi, Saraa yang mengetahui kisah silamnya itu telah mengugutnya untuk melaporkan perbuatan silamnya kepada Sofia dan pihak polis jika dia tidak mahu menolong Saraa menjalankan rancangannya.

"Ni kau nak bagi aku ke tak kunci tu?" ujar Saraa mendatar.

"Nah kau ambillah. Ni keluarga kau jadi takde kena mengena dengan aku. Suka hati kau nak buat apa kat diorang," akhirnya dia mengalah.

"Ha macam ni lah aku suka," Saraa tersenyum meleret.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience