Empat

Other Completed 44787

Hilal yang duduk disisi Thariq memegang pipinya yang sakit.

"Jangan pegang. Nah letak dekat lebam tu." Kata Qarl apabila melihat Hilal.

Qarl menyerahkan towel yang membaluti ais kiub pada Hilal. Hilal mencapainya.

"Terima kasih." Kata Hilal.

"Kenapa Ayah pukul kamu berdua?" Akhirnya terlepas juga pertanyaan itu pada Hilal.

"Hilal tak tahu. Masa Ayah datang Hilal tak ada dalam kedai. Hanya Kak Cinta yang ada dalam kedai." Kata Hilal berterus terang.

Rasa bersalah Hilal pada Abangnya menggunung kerana tak mampu nak menjaga Satu-satunya kakak dalam keluarga mereka.

"Hilal mintak maaf Bang. Hilal gagal jaga Kak Cinta." Kata Hilal dengan airmata mengalir dipipi.

"Abang tak salahkan Hilal. Tapi abang salahkan diri abang tak mampu nak jaga hilal dengan Cinta." Kata Thariq.

"Takde siapa yang salah kat sini." Kata HyQarl.

"Apa maksud kau Qarl?" Tanya Thariq.

"Ni adalah takdir. Takdir yang telah tertulis." Kata HyQarl lagi.

"Takde siapa nak jadi macam ni Thariq. Jangan salahkan diri kau." Kata Zaril pula.

Doktor keluar dari ruangan kecemasan.

"Keluarga pesakit kat dalam?" Tanya Doktor.

"Ye saya Abangnya." Kata Thariq.

"Syukur pada Allah, Adkk awak selamat. Luka dibelakang kepalanya sangat parah. Dia menerima 17 jahitan." Kata Doktor itu.

"Syukur Ya Allah." Kata Thariq.

"Cuma kita akan pantau dari semasa kesemasa keadaannya takut pesakit akan mengalami gegaran otak akibat pukulan yang diterima." Kata Doktor.

Lemah rasa kakinya mendengarkan adik perempuannya mengalami gegaran otak atas perbuatan ayahnya.

"Akak." Panggil Hilal lemah.

Melihat keadaan Thariq dan Hilal, Qarl mengambil alih bertanya pada Diktor didepannya agar mereka mengetahui lebih lanjut tentang adik Thariq.

"Keadaan dia stabil Doktor?" Tanya HyQarl.

"Buat masa ni kami tak boleh katakan dia stabil. Degupan jantungnya lemah. Sebab tu saya cakap kami harus memantau pesakit." Kata Doktor itu lagi.

"Boleh kami masuk melihat keadaannya?" Tanya Zaril pula.

"Boleh tapi jangan lama." Kata Doktor itu lalu berlalu meninggalkan mereka.

Mereka masuk bersama melihat keadaan Cinta yang oenuh denga wayar dibadannya dan ditangannya. Oksigen dipasangkan dihidungnya.

Melihat keadaan itu, Hilal hampir pengsan. Disambut oleh Zaril.

"Cinta. Cinta Jasmin. Abang Thariq datang Sayang. Abang Thariq datang nak bawak Cinta tinggal dengan Abang." Pertama kali Thariq mengalirkan airmatanya buat adik tercinta.

"Cinta kena kuat. Cinta kena buka mata semula. Cinta tak boleh tinggalkan Abang dan Hilal." Thariq mengucup dahi Cinta yajg terbalut rapi.

"Akak. Please buka mata. Akak janji nak tengok Hilal berjaya. Akak buka mata akak." Hilal menggoncang tubuh kaku terbaring diatas katil.

"Stop Hilal. Akak kau akan sakit melihat keadaan kamu berdua macam ni." Kata Zaril.

HyQarl kaku, Terpana melihat wajah pucat didepannya. Dia mengingat, Dimana dia melihat gadis ni. Dia oernah bertemu dengan gadis didepannya.

"Abang nak Cinta kuat. Abang tetap ada disisi Cinta." Kata Thariq mengusap pipi adiknya.

"Maaf Encik. Dah sampai waktu. Silakan." Kata Jururawat.

"Esok Abang datang lagi. Abang harap esok Cinta dah membuka mata Cinta." Kata Thariq.

Dia mengucup sekali lagi dahi Cinta. Begitu juga Hilal.

"Akak kena tunaikan janji akak pada Hilal." Bisik Hilal ditelinganya.

Mereka berlalu dari ruangan dan menuju kekereta milik Thariq.

"Hilal akan tinggal dengan Abang." Kata Thariq.

Tiada jawapan yang diberikan Hilal. Seketika dia bersuara.

"Hilal nak tunggu Akak Cinta disini." Kata Hilal.

Thariq tahu dia tak dapat memisahkan keakraban dua adiknya. Namun apakan daya dia terpaksa.

"Esok kita datang kesini lagi." Kata Thariq.

"Abang janji?" Tanya Hilal.

Walaupun Hilal muda setahun dari Cinta, Mereka umpama kembar yang tak dapat dipisahkan.

"Abang Janji." Kata Thariq.

Sampai dipangkalan, Thariq membawa Hilal menuju ke ruangannya sebelum membawanya ke kauters tempat tinggalnya.

"Hilal duduk dulu. Abang nak selesaikan kerja Abang sebelum memohon cuti panjang esok." Kata Thariq.

"Hmm." Hanya itu yang Hilal katakan.

Thariq menyelesaikan pekerjaannya diruangannya. Manakala HyQarl yang duduk termenung diruangannya berfikir.

"Aku macam pernah nampak dia?" Kata HyQarl.

Degupan jantungnya laju membuatkan dia susah bernafas. Dia memegang kesan tusukan pisau didadanya.

"Tak mungkin dia?" Tanya HyQarl.

2 Tahun lepas kejadian berlaku disalah satu pameran yang dilakukan oleh beberapa buah agensi.

HyQarl bersama beberapa temannya termasuk Thariq melawat pameran tersebut.

Apabila dia sedang leka melihat satu lukisan bunga yang terpamer indah dipameran, Seseorang yang tak dikenali berdiri dibelakangnya dan apabila dia berpaling, tusukan tepat mengenai dadanya membuatkan dia tersungkur jatuh.

Seorang gadis membantunya masa tu dan membawanya keluar dari pameran.

Masih terngiang jelas ditelinganya suara ayu gadis itu.

"Abang tahan sikit." Katanya pada HyQarl.

Wangian bunga semerbak menerpa hidungnya. Penglihatannya mula Kabur. Dan apabila dia tersedar, Thariq dan Zaril serta Ketua Pangkalan ada didalam ruangan Vip Hospital.

Sehingga sekarang dia mencari Gadis itu. Namun tak berhasil menemuinya. Dokto yang merawatnya memberitahu bahawa gadis itu telah menyelamatkan nyawanya dengan mendermakan darahnya pada HyQarl.

HyQarl membuka laci disisinya mengeluarkan sapu tangan sulam bunga yang ditinggalkan gadis itu.

HyQarl memerhatikan sulaman bunga diatas sapu tangan satin putih. Cukup halus dan ada sesuatu yang tersembunyi diatara kelopak bunga. Namun dia tidak tahu.

"Aku akan menemui mj satu hari nanti. Jika kau masih belum berpunya aku akan sedia menjadikanmu suri dalam hatiku." Kata Hyqarl lalu mencium saputangan tadi.

Dia melipat semula saputangan dan msmasukkan semula kedalam kotak baldu yang ada dalam lacinya.

Namun kening Jasmin masih berputar dalam fikirannya.

"Mungkin kebetulan belahan kening tu." HyQarl berkata pada dirinya.

Dia cuba melupakan. Namun makin dia nak melupakan makin dia diasak untu memikirkan keadaan gadis itu.

"Haaihh sebaiknya aku balik. Tak boleh macam ni. Lain yang aku fikir, Lain pulak yang aku buat nanti." HyQarl memutuskan untuk balik semula ke kauters tempat tinggalnya.

HyQarl melihat ruangan Thariq masih terang. Dia kula menapak menuju kesana.

"Thariq? Belum balikke dah lewat sangat ni. Hilal pun dah tidur kat sofa." Tanya HyQarl.

"Kau balik dululah. Aku nak siapkan sikit lagi." Kata Thariq.

"Sambung esoklah buat laporan tu." Kata HyQarl mula duduk didepan meja kerja Thariq.

"Aku nak mintak cuti. Mungkin lama. Aku nak jaga Cinta kat Hospital. Tambahan lagi, Hilal akan mula bersekolah minggu depan." Kata Thariq.

"Kau nak oindahkan dia sekolah kat bandar ke?" Tanya HyQarl.

"Nampak gayanya. Macam tu. Tapi sebelum tu aku kena cari rumah kat luar. Aku taknak bawak Cinta tinggal kat sini." Kata Thariq.

"Kenapa pulak?" Tanya HyQarl.

"Kauters tu semua yang tinggal bujang. Aku taknak blok aku jadk tumpuan mereka." Kata Thariq..

"Hmm betul juga. takpe nanti aku tolong kau cari rumah." Kata HyQarl.

"Thanks Qarl. Kau banyak bantu aku hari ni." Kata Thariq.

"No hallah. Apa guna kita kawan kalau tak boleh nak bantu." Kata HyQarl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience