Kini sudah genap seminggu Saraa menawan ahli keluarganya sendiru termasuk Haris. Setiap hari Haris dibelasah dengan menggunakan knuckle weapon manakala yang lain pula ditampar, dicekik, disepak, diterajang, dipijak dan tidak diberi makan olehnya.
Afrina yang masih belum mengetahui keberadaan ahli keluarganya amat risau akan keselamatan mereka. Namun dia yakin bahawa kehilangan mereka berkait rapat dengan Saraa. Dia menumpang di rumah Adam dengan alasan takut diapa-apakan oleh Saraa. Adam yang mengetahui tentang kemungkinan rancangan Saraa tidak menceritakan perkara tersebut kepada Afrina mahupun ibu bapanya kerana tidak mahu mereka semakin susah hati.
“Akak…. Mana Kak Saraa ni? Dah seminggu dah tapi dia tak muncul-muncul lagi,” Mikail menggoncang lengan Syaza sambil memuncungkan bibirnya.
“Mika tak payahlah goncang lengan akak. Akak tengah gendong Afif ni kan,” tegur Syaza sengaja tidak mahu menjawab soalan daripada Mikail.
“Mika bosanlah, kak. Asyik terperuk aje dalam bilik ni. Mika rindu ibu ayah,” luah budak kecil itu tanpa mengetahui apa-apa.
“Ala tak lama lagi Kak Saraa jemputlah kita balik. Mika sabarlah sikit ye,” pujuk Syaza lembut.
“Kak Saraa ni kan…kata sekejap aje tapi dah seminggu dah kita kat sini dia masih belum jemput kita. Banyak sangat ke hal yang dia nak uruskan dengan ibu, ayah dan kakak Mika? Nanti kalau dia dah jemput kita, Mika tak nak cakap dengan dia. Mika tak nak kawan ngan dia!” omelnya sambil berpeluk tubuh dengan nada tidak berpuas hati.
“Ayyy Mika tak nak kawan ngan siapa ni?” Zack yang tiba-tiba memunculkan diri entah dari mana lalu mengusap rambut Mikail.
“Mika tak nak kawan ngan Kak Saraa lah,” rajuknya.
“Kenapa?” Zack melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Mika bosanlah duduk sini. Kak Saraa cakap dia nak uruskan hal sekejap aje tapi ni dah seminggu dah,” luahnya lalu berbaring di paha Zack.
“Laaa Mika bosan ke? Kenapa tak cakap dengan abang? Nanti abang bawak pergi main kat taman, ya,” Zack menunjukkan senyuman manisnya.
“Betul ke? Yeay!” Mika terus bangun dari baringnya lalu melompat-lompat di atas katil.
“Mika…. Tak payahlah melompat. Afif tak suka. Nanti dia nangis macam mana?” Syaza menahan lengan Mikail lalu menyuruhnya duduk.
“Hehe… Sorry Afif!” ujarnya lalu mengucup pipi gebu Afif.
“Zack….,” panggil Syaza perlahan.
Zack memandang wajahnya lalu mengangkat kening.
“Macam mana kalau….diorang dah tak bernyawa?”
“Kau jangan nak merepek boleh tak?” matanya tajam memandang wajah Syaza lalu memberi isyarat bahawa Mikail ada di situ dan dia tidak mahu Mikail fikir yang bukan-bukan.
“Tapi tak mustahil, kan?” Syaza tidak mengendahkan pandangan tajam Zack.
Zack terdiam seketika sebelum mengubah topik perbualan.
“Petang nanti kawan aku akan bawak Mikail keluar pergi jalan-jalan. Dia tak tahu yang korang ni tahanan aku jadi kau jaga mulut kau baik-baik masa dia datang kat sini nanti. Kalau tak, aku jahit hidup-hidup mulut kau tu,” ugutnya.
Syaza mengeluh kecil sebelum mengangguk akur dengan arahan yang diberikan.
…
“Kau nak tahu tak apa yang aku buat kalau aku sakit hati masa korang caci aku dulu?” Saraa merangkak mendekati mereka.
Tiada siapa yang memberi respon.
“Aku hantuk kepala aku kat dinding,” dia ketawa kecil.
“Korang nak rasa tak macam mana sakit dia? Meh aku tunjukkan demo,”
Dia memegang kepala Sufrina dan Mila lalu menghantuk kepala mereka dengan kuat. Mereka mengerang kesakitan. Selepas itu, dia menghantukkan kepala Paksu dan Maksu pula. Dia ketawa gembira melihat darah yang mengalir di kepala Maksu akibat hantukkan yang amat kuat.
“Giliran kau pulak…,” dia beralih ke arah Maklang. Maklang menelan liur menunggu gilirannya.
“Kau takde geng jadi…..,”
PPAP!!! Dia menghantukkan kepalanya dengan kuat ke dahi Maklang. Maklang pengsan akibat gegaran kuat yang disebabkan oleh hantukkan di dahinya.
“Laaaa takkan dah pengsan kut? Lemah betullah orang tua ni,” dia merungut sambil mengesat darah yang mengalir di dahinya.
“Saraa… sampai bila kau nak seksa kami ni? Kau dah buat mak aku pengsan kau masih tak puas hati lagi ke?” Mila menangis.
“Pengsan. Bukan mati pun,” jawabnya selamba.
“Saraa.. Dah dahlah seksa diorang. Diorang tu keluarga kau, kau tahu tak?” Haris bersuara apabila tidak sanggup mendengar esakan Mila yang semakin kuat.
Dia terus bangun lalu mendekati Haris.
“Kau tu dah buta, jangan paksa aku buat kau jadi bisu pulak,” ujarnya lalu menumbuk kuat perut Haris.
“Kak Saraa…,” panggil Sufrina lemah dengan air matanya yang sudah mula mengalir di pipi.
Saraa memandangnya bengis.
“Apa kata akak bunuh je kami. Suf sanggup dibunuh daripada diseksa dan melihat ibu ayah Suf jugak terseksa,” tuturnya bagai sudah tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan.
“Suf…,” Paksu terkejut dengan kata-kata anaknya itu.
“Ayah… kalau dia bunuh kita sekarang ni sekurang-kurangnya kita akan mati sama-sama. Suf tak nak tengok ayah dan ibu sengsara macam ni. Suf tak sanggup. Biar je lah dia nak bunuh kita,” air matanya semakin deras mengalir membasahi pipi.
“Tak baik cakap macam tu nak,” Maksu sebak mendengar kata-kata anaknya.
Saraa mengukir senyuman sinis di bibirnya.
“Aku boleh aje bunuh korang sekarang ni tapi aku tak nak. Aku tetap nak tengok korang terseksa macam ni seperti mana korang seksa jiwa seorang Saraa Airisha,” ujarnya tenang sambil berpeluk tubuh.
“Memandangkan orang tua tu masih pengsan lagi jadi tak apa. Aku biarkan korang berehat dulu. Nanti lepas dia sedar, kita sambung lagi sesi yang tertangguh ni ya,” sambungnya sebelum duduk berpeluk lutut di sudut ruang itu. Wajahnya ditundukkan. Kedengaran keluhan berat dilepaskan.
…
“Mak Minah, Af risaulah,” keluh Afrina.
“Kamu bertenanglah. Biar pihak polis yang siasat tentang mereka sekarang ni,” Mak Minah mengusap bahunya untuk menenangkan hatinya.
“Ni semua mesti angkara Saraa punya. Siapa lagi yang berdendam dengan kami sekeluarga kalau bukan dia,” hatinya masih kuat merasakan Saraa adalah dalang di sebalik semua ini.
“Ish kamu ni Afrina. Pak cik tahulah kamu risau akan mereka tapi tak perlulah nak serkap jarang macam ni,” tegur Pak Mail yang tidak berapa suka apabila Afrina sering mengaitkan perkara ini dengan Saraa.
“Pak Mail ni kan… kenapa Af tengok yang Pak Mail ni beria sangat nak pertahankan budak tu eh?” Afrina sakit hati apabila Pak Mail sekalipun tidak pernah menyebelahinya.
“Sebab dia budak baik,” jawab Pak Mail selamba.
“Entah-entah Pak Mail ada hati kat dia tak?” tuduhnya tanpa usul periksa.
Mak Minah yang terkejut mendengar tuduhan yang keluar dari mulutnya terus menggeleng kepala.
“Astaghfirullahalazim,” Pak Mail turut menggeleng kepala.
“Mak Minah… Mak Minah nasihat sikit suami Mak Minah ni,” sambungnya.
“Afrina!” jerit Adam yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.
Afrina tersentak.
“Jaga mulut Afrina tu! Af jangan fikir kalau abang tak tegur perangai Af yang semakin hari semakin menyakitkan mata ni, Af boleh tuduh ayah abang sesuka hati!” marah Adam dengan wajah yang merona merah.
“Adam… dah dahla tu… Orang yang sedang risau ni memanglah akan fikir benda yang bukan-bukan aje,” Pak Mail cuba menenangkan anak lelakinya itu.
“Betul tu, Adam. Janganlah nak panjang-panjangkan perkara remeh ni ya, nak,” Mak Minah juga menyokong.
“Abang Adam janganlah marah kat Af. Af tak sengaja. Pak Mail… Af mintak maaf ya. Af tak sengaja pun nak tuduh Pak Mail yang bukan-bukan,” tuturnya takut-takut dengan menunjukkan wajah kasihan.
Pak Mail hanya mengangguk namun Adam masih memandangnya dengan pandangan maut.
“Ayah abang pertahankan Saraa sebab dia bakal jadi menantu dalam rumah ni bukan sebab ayah abang ada hati kat dia. Ingat tu!” ujarnya kasar lalu melangkah masuk ke dalan bilik meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.
Afrina terkejut besar mendengar kata-kata Adam. Menantu? Maksudnya? Bakal isteri siapa? Takkan bakal isteri adik Adam kut? Adik Adam tu perempuan. Jadi? Dia bakal isteri Adam?
Share this novel