BAB 10

Romance Completed 2488

Elliza kini tidak lagi kehujanan. Payung lelaki asing itu kini melindungi mereka berdua dari titis hujan ganas. Dalam ruang payung yang sangat sempit itu, Elliza cuba menambahkan jarak mereka, sejauh mungkin.

“Elliza ?! Awak buat apa basah kuyup tengah jalan ni?”

Elliza sekali lagi hairan. Lelaki asing ni siapa? Macam mana dia tahu nama aku? Wajah lelaki asing itu ditilik. Rambut hitam pendek kemas. Mata bujur hidung mancung. Dagu runcing tanpa kumis. Rahang bersegi kulit cerah. Yang paling Elliza kenal, kening lebat dan kerut tiga garis di dahi tiap kali lelaki asing itu hendak marah.

“Encik Kamal?”

Elliza terketar-ketar menyebut nama bos tempat dia bekerja itu. Majikannya memang jarang berada di pejabat. Kalau muncul pun mesti atas urusan penting sahaja. Elliza tak perasan pulak Encik Kamal masuk pejabat hari itu. Melihatkan wajah majikannya yang tak murah senyuman itu memandang Elliza penuh tanda tanya buat dia semakin kecut perut.

“Ya saya. Sekarang boleh tak awak ke tepi sebab saya tak nak langgar pekerja saya sendiri, walau segila mana pun dia?” Sinis Encik Kamal berkata berbaur arahan, atau ugutan mungkin. Melihat Elliza masih tidak berganjak, Encik Kamal menarik tangan kiri Elliza. Elliza menjerit menahan sakit. Encik Kamal kaget.

“Kenapa pulak dengan tangan awak ni?” Tanya Encik Kamal ingin tahu. Kat pejabat tadi elok je minah ni angkat fail-fail bertimbun. Takkanlah pasal tu tangan dia ni boleh sakit?

“Ada orang ragut beg saya, Encik Kamal. Saya tengha kejar peragut tu,” kata Elliza. Dia masih menunduk. Tidak berani Elliza memandang majikan yang pentingkan kesempurnaan itu.

“So, tangan awak sakit sebab beg tangan awak kena tarik dengan peragut?” Tanya Encik Kamal bertukar nada. Elliza hanya mengangguk. Orang dah bercerita pasal peragut, obviously-lah peragut tu yang buat. Hati Elliza menggumam rasa tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience