TH-2

Romance Completed 994023

Sebaik saja panggilan dimatikan, Stella masuk semula ke dalam kedai mamak yang menjadi tempat untuk mereka bertiga melantak di waktu makan tengah hari harini. Malas nak pergi jauh-jauh. Pergi jauh-jauh nanti, lambat masuk office. Bila lambat masuk office, si tuan besar kat dalam tu mulalah mengamuk. Tak pandai uruskan masa lah apalah.

Dekat 2 hari juga Stella masih panas hati dengan tuannya itu. Yang buat dia jadi panas hati tu bukan apa, sikap tuannya itu. Tak mahu dengar sebarang penjelasan langsung. Lepastu tak ada adab pula tu. Main campak-campak je fail macam tu. Kalau kertas yang ada dalam fail tu terkoyak, siapa yang salah ? Dia juga.

Nak Tuan dia mengaku ? Eh mati hidup balik memang taklah. Lagi satu yang paling dia rasa nak mengamuk sekali, mata tuannya itu. Gatal ! Rasa nak cungkil-cungkil je.

"Ha siapa call tu ? Boyfriend ke~ ?" usik Suri menyibuk. Stella menjelingnya sekilas kemudian menggeleng.

"Mak akulah. Aku mana boyfriend." balasnya acuh tak acuh. Nasinya kembali disuap ke dalam mulut. Maisarah menyenggol lengan Suri. Suka sangat usik kawannya itu. Mentang-mentanglah bujang lagi.

"Kau ni kalau aku lastik mulut kau kang haa taulah dah nak bertunang kejap lagi." terketap-ketap giginya memandang Suri yang tersengih itu. Memang Suri ni mulut main lepas sikit. Lagi satu, suka kupas bawang. Ikut perangai siapa pun entah.

"Alah aku saja je teka. Maklumlah, kau macam tak kenal Stella ni kan pendiam sikit. Ha diam-diam dia tahu-tahu dah berpunya. Ye dak ?" usiknya dan kalini memang betul dia dapat selastik dari Maisarah.

Tak adalah tipu je. Maisarah cubit pipi dia je. Stella tersengih lalu menggeleng perlahan.

"Tak adalah. Aku memang tak nak fikir pasal boyfriend ke husbandfriend ke tak ada. Aku nak fikir pasal aku dengan family aku je dulu." ujarnya.

"Pergh anak solehah bhai."

"Ha okaylah tu dia anak solehah. Dari kau, anak derhaka."

"HOI !"

Waktu makan tengah hari itu diakhiri dengan gelak tawa dari mereka. Sedikit sebanyak, Stella dapat menghilangkan rasa keresahannya tadi.

Mereka bertiga masuk ke dalam pejabat semula biarpun masih berbaki lebih kurang 5 minit. Bak kata Stella tadi, nanti lambat si singa tu mengamuk.

"Eh korang, aku still tak boleh brain lah dengan Tuan Harraz tu." seperti biasa, kalau tak Suri yang memulakan sesi kupas bawangnya, memang tak sahlah. Stella dan Maisarah memandang sesama sendiri kemudian memandang Suri hairan.

"Kenapa pula dengan tuan kita tu ?" soal Maisarah. Suri berhenti melangkah.

"Aku tak boleh brain kenapa dia dipanggil tuan eh ? Muda lagikan. Belum kahwin lagi dah dipanggil tuan." luahnya rasa musykil. Maisarah mengeluh.

"Dah dia yang gelarkan diri dia tuan. Apa yang kau nak hairan sangat ? Lainlah kalau dia gelarkan diri dia pakcik. Pakcik Harraz hahahaha !"

Stella menoleh ke kiri dan ke kanan. Rakan-rakannya itu masih seronok bergurau kasar tentang majikan mereka. Habislah, kalau didengar dek orang tu, naya je kena buang kerja oi. Dia dahlah tengah ada masalah kewangan.

"Dari aku layan korang lebih baik aku selamatkan diri aku dulu." ujarnya dan terus berlari anaj meninggalkan dua ekor beruk tak sedar diri itu. Dia melangkah masuk ke dalam lif bangunan tersebut dan menekan tingkat 4. Baru saja pintu lif itu mahu tertutup, satu tangan kekar menahan pintu itu dari tertutup. Stella terkedu apabila melihat gerangan yang menahan pintu lif tersebut.

'Tak boleh klise lagi ke ? Kenapa dalam banyak-banyak manusia, dia juga yang nak muncul ?!' desis hatinya apabila Harraz dengan lagak sombongnya melangkah masuk ke dalam lif dan berdiri disebelahnya. Mahu tercabut tulang otot Stella apabila mendapati hanya dia dan tuannya saja di dalam lif ketika ini.

Menjerit-jerit hatinya tanda tidak percaya. Rasa mahu hantuk kepala ni pun ada. Yang tuan dia ni pun satu, hidung tu tak boleh tinggi lagi ke ? Apa kau ingat kau handsome sangatlah ? Stella menjeling sekilas sisi wajah tuannya. Okay, Stella mengaku memang handsome. Padanlah kalau menjadi kegilaan ramai tapi,

Muka handsome tapi adab tak ada tak guna juga. Out of list katanya nyah !

Sepanjang di dalam lif, hanya suasana sunyi sepi yang menemani mereka berdua. Nak tegur, Stella mati kutu nak tegur apa. Nanti jadi macam haritu pula. Tapi kalau diam macam ni, rasa kekoklah pula. Akhirnya, Stella matikan niat untuk menegur dan diam saja.

Ting !

Pintu lif terbuka. Stella memandang sekilas tuannya. Nampak gaya macam tak nak keluar, Stella dengan senang hatinya menapak keluar namun, tiba-tiba bahunya dilanggar dari belakang sehingga hampir menyebabkan dia mahu tersungkur ke lantai.

Harraz dengan selamba melangkah meninggalkannya yang masih terkejut dan terpinga-pinga seorang diri di hadapan pintu lif. Terdapat tanda 4 urat merah terpamer di dahi.

"Aku bagi kau jalan, kau tak nak jalan ! Dah aku jalan kau tiba-tiba jalan siap langgar bahu aku lagi ?! Bodoh !!!" bentaknya geram. Siapa je tak geram kena macam tu ?

Mentang-mentanglah dia bos dekat sini. Stella mendengus kasar. Malas nak fikir pasal 'Tuan' kepala lintah tu. Ada lebih baik dia sambung kerjanya yang masih tertangguh.

***

Stella masuk ke dalam rumah apartment yang disewa bersama kawannya. Hidup di bandar, nak tak nak kenalah berjauhan dengan ibu bapa yang berada di kampung. Dia meletakkan kasut tumit tingginya ke dalam rak kasut lalu melangkah menuju ke ruang tamu. Sofa panjang menjadi tempatnya berehat disitu.

"Hui~ lambat balik. Ot ke ?" baru saja mahu melelapkan mata, dirinya sudah ditegur dengan kawan serumahnya. Stella menggeleng perlahan. Dia menguap seketika.

"Tak ot tapi terbanyak kerja pula tadi, Rin. Tu yang lambat tu." jawabnya sambil mengenang kerja yang bertimbun di pejabat. Kisah sebenarnya, kerja dia semua dah siap dah pun. Siap awal dari waktu balik lagi. Tapi, dengki apatah si Tuan Harraz kononnya tu bagi sedebuk fail atas meja dia. Demand pula tu minta nak sebelum pukul 6.30 petang.

Pukul 5 orang dah kat atas jalan raya nak balik kau pulun siapkan kerja. Memang dia rasa nak koyak-koyakkan je muka bosnya tu.

"Boleh pula terbanyak kerja. Haa tak apalah kau pergilah mandi dulu. Hidung aku ni tahan je bau kepam kau tu tau ?" kata kawannya yang bernama Rin itu sambil mengepit hidungnya. Stella mengetap bibir lalu bantal sofa yang ada disitu dicampaknya pada gadis itu.

"Aku bau wangi okey. Kau agak sikit nak cakap aku bau kepam. Ni makan dia nanti.", kata Stella sambil menunjuk penumbuk yang bagi Rin, langsung tak terasa takut untuknya. Stella terus berjalan menuju ke bilik sebentar sebelum membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, dia berlalu ke ruang makan untuk mengisi perut.

Rin yang dari tadi duduk di ruang tamu juga turut ke dapur menemani Stella yang sudahpun menyantap makanannya. Baru tiga suap, Stella berhenti mengunyah. Serta merta ayat ibunya terngiang-ngiang di telinga. Dia memandang ke arah Rin yang sedang mengunyah biskut coklat Chipsmore itu.

"Rin," panggilnya. Rin mendongak lalu sambil menjawab 'hm' kepadanya. Stella berdiam diri untuk seketika.

"Kau rasa dekat mana eh nak cari rm100k ?" soalnya secara tak langsung menyebabkan Rin tersedak biskut yang dikunyahnya. Dia menghulurkan cawan berisi air kosong sejuk kepada gadis itu. Dia sudah agak jikalau dia beritahu pasti reaksi kawannya itu sebegitu.

"Uhuk ! Rm100k ???! Bapak banyak. Kau nak buat apa cari rm100k ni ?!" soalnya bertubi-tubi dengan nada tidak percaya. Stella kembali menyuap nasinya sebelum menjawab soalan Rin. Berat hati rasanya mahu cerita sekarang. Lagipun, dia tak nak susahkan sesiapa.

"Tak adalah. Aku saja tanya mana cari. Kot-kotlah kau tahu kan ?" tipunya sambil tersengih. Rin berkerut dahi lalu mendekatkan dirinya ke meja.

"Kau ada masalah ke Stella ?" menanya. Stella memandangnya lama kemudian menggeleng laju. Rin mengeluh. Tangan kiri Stella dicapai.

"Kalau kau ada masalah, bagitahu. Mana tahu aku boleh tolong ?" tawarnya. Stella tersenyum nipis.

"Tak apalah. Aku okay je. Kau janganlah risau. Eh sedaplah sambal kau buat ni. Share resipi weyh." dia terus menukar topik dari mengelakkan Rin terus persoalkan macam-macam. Rin pula, pantang dipuji, terus lupa apa yang baru mereka sembangkan tadi.

To Be Continue...

Share this novel

Ina Su
2021-05-23 00:55:42 

.

Ina Su
2021-05-23 00:55:41 

.

Ina Su
2021-05-23 00:55:03 


NovelPlus Premium

The best ads free experience