BAB 14

Horror & Thriller Completed 9981

-4 petang-

"Bos, saya pulang dulu," kata Tsukiko.

"Ok," kata bos.

Tsukiko berjalan pulang seperti biasa hari ini. Kali ini lebih awal. Dia sudah memohon cuti selama 5 hari. Gajinya sudah masuk hari ini. Dia pergi ke masin ATM bagi mengeluarkan semua duitnya.

"RM10,000. Lamanya aku tak keluarkan duit," bisik Tsukiko.

Seorang lelaki yang ternampak Tsukiko mengeluarkan duit yang banyak cepat-cepat mengekori Tsukiko dari belakang. Tsukiko masih tidak perasan semua itu.

Tsukiko berada di kawasan yang sunyi. Lorong yang sunyi. Kebanyakan jiran di situ sudah berpindah. Tsukiko perasan ada seseorang yang mengekorinya. Dia cepat-cepat berjalan.

Tsukiko kemudiannya berlari. Lelaki tersebut juga berlari. Tsukiko lincah berlari. Lelaki tersebut tercungap-cungap berlari. Dalam sekelip mata Tsukiko hilang dari pandangan lelaki tersebut. Laju sungguh.

Apabila lelaki tersebut menoleh, Tsukiko sudah berada di belakangnya. Lelaki tersebut terduduk kerana terlalu terkejut. Macam hantu!

"Kenapa kau ikut aku?" tanya Tsukiko sedikit tegas.

Lelaki tersebut bangun semula tetapi tidak menjawab.

"Nama aku Suix. Aku cuma nak belajar cara melontar pisau dari kau," kata Suix.

"Oh, yang kalah dengan aku tahun lepas tu. Maaf, aku bukan cikgu. Sila minta orang lain ajarkan," Tsukiko berlalu pergi.

"Tolonglah, aku nak belajar," rayu Suix.

"Pergi tikam diri sendiri dulu baru aku ajar," ujar Tsukiko.

Suix terkejut mendengarnya. Tak sangka Tsukiko akan menyuruh dia berbuat demikian. Tsukiko sudah jauh berbeza dari tahun lepas!

Suix tetap mengekori Tsukiko secara senyap-senyap dari belakang.

*****

"Kerja Yukiko habis pukul berapa?" tanya Hazaki.

"Mereka beroperasi sampai pukul 11 sahaja." kata Carrol.

"Macam mana Joan? Boleh buka pintu rumahnya tak?" jerit Hazaki.

"I'm trying you suck. Fikir senang ke?" Joan merungut. Kerja Hazaki tahu nak mengarah saja.

Hazaki bermundar-mandir di hadapan rumah Yukiko serta 5 orang anggota polis yang lain.

"Cukup ke 7 orang je Hazaki?" tanya Joan.

"Cukup. Selebihnya dalam kereta. Kalau dia terlepas, mereka boleh kejar," ujar Hazaki.

"Kemudian, rumah kakaknya. Malam ni juga kita kasi setel," sambung Hazaki.

Joan masih mencuba membuka kunci rumah Yukiko.

Kreek. Kreek. Kreek. Kreek.

Hazaki berasa jengkel mendengarnya.

"Bagi aku pecahkan pintu ni jela. Kau ni lambat sangat," Hazaki hilang sabar.

"Oi jangan. Dahlah masuk rumah orang tanpa izin. Nak pecahkan pintu pula." marah Joan.

"Panggil jela orang yang reti buka pintu ni,"

"Tak payah. Aku boleh," kata Joan.

Kepala batu punya Joan. Terpaksa mereka tunggu di luar rumah untuk tempoh yang sedikit lama.

Rumah banglo Yukiko boleh dikatakan agak mewah dan terletak sedikit berjauhan dengan kawasan perjiranan. Ini menguatkan lagi dakwaannya bahawa Yukiko merupakan salah seorang pembunuh yang mereka cari.

Pintu berjaya dibuka selepas sejam mencubanya. Hazaki terus menyerbu masuk. Joan dan anggota polis yang lain juga masuk.

"Check apa-apa barang yang curiga," arah Hazaki.

"Baik, tuan!" kata anggota polis.

Mereka memeriksa dari bawah hingga atas namun tidak menjumpai apa-apa. Hanya menjumpai beberapa bilah pisau di dapur yang digunakan untuk memasak. Kesemua pisau tajam. Pastinya Yukiko mengasahnya setiap hari. Hazaki mengambil pisau tersebut dan melihatnya dari dekat.

"Takkanlah pisau dapur tu bukti? Darah pun tak ada." perli Joan.

Hazaki mengambil pisau tersebut. Kut-kut ada DNA atau cap jari mangsa.

"Ya ampun, dia nak ambil juga," kata Joan. Hazaki ni tak faham bahasa.

15 minit yang diperlukan untuk memeriksa keseluruhan rumah Yukiko.

"Topeng apa ni?" tanya Joan.

"Oh ni topeng macam cerita Tokyo Ghoul tu. Kaneki-kun. Roar," Hazaki cuba mendalami watak Kaneki dalam anime Tokyo Ghoul.

Joan blur. Nampaknya dia tidak layan anime.

"Rugilah kau ni, Tokyo Ghoul best apa," ujar Hazaki.

"Kita datang sini nak cari evidence. Bukan layan anime," balas Joan.

Nampaknya Hazaki dah jadi perangainya semula.

"Malam nanti kita datang lagi," kata Hazaki.

"Hadoooiiii. Kau ni memeningkan oranglah. Sekejap malam, sekejap pagi. Sekejap dua-dua," rungut Joan.

"Mestilah. Nanti malam kita masuk senyap-senyap bila dia keluar." kata Hazaki.

"Cilake punya perangai. Huh," Joan memberontak.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience