CHAPTER 15 DKM

Action Series 21397

Menjelang tengahari , Luth Hanief dan Hana Dahlia meminta untuk pulang ke kampung halaman Luth Hanief.Mereka hendak berehat dan tenangkan fikiran di sana.Serta Luth Hanief hendak membuat urutan badan untuk menghilangkan rasa sengal di badannya.Hana Dahlia hanya akur saja arahan suaminya Luth Hanief.Mereka selamat tiba di kampung halaman.Mereka disambut oleh nenek dan datuk Luth Hanief.

"Assalammualaikum !" ucap Tuan Muhammad Isa kepada cucu dan cucu menantunya.Dia terlalu gembira mendengar khabar bahawa dua anak muda itu akan menjengukknya dan isteri di kampung.

"Waalaikummusalam , atok sihat ?." soal Luth Hanief ramah.Dia mencium tangan tua Tuan Muhammad Isa dan memeluk tubuh itu dengan erat.Dia melepas rindu.

"Atok dan nenek sihat saja Luth.Kamu apa khabar ?." soal Tuan Muhammad Isa mesra kepada cucunya.Luth Hanief mengucup tangan tua Puan Kamariah pula.Tubuh sasa Luth Hanief ditarik ke dalam dakapan.

"Luth sihat nek , tok." jelas Luth Hanief.Isterinya yang berada di belakang ditarik ke dalam pelukannya.

"Tok , nek.Ini Hana Dahlia.Isteri Luth." Luth Hanief memperkenalkan.

"Assalammualaikum tok , nek." ucap Hana Dahlia sambil tangannya dihulurkan untuk bersalaman.Puan Kamariah tersenyum riang melihat cucu menantunya.

"Sihat alhamdulillah.Dahlia umur berapa ?." soal Puan Kamariah mesra.

"30 tahun ni nek." ujar Hana Dahlia.

"Kamu Luth ?." soal Tuan Muhammad Isa pula.

"Dah tua tok , tahun ni dah masuk 36." ujar Luth Hanief melawak.Hana Dahlia mencuit perut suaminya.Ada saja dia hendak menyakat.

"Tua-tua pun jadi perhatian ramai." ujar Tuan Muhammad Isa selamba.Tertawa Luth Hanief.

"Takpa tok , Luth setia dengan Dahlia saja." ujar Luth Hanief.

"Sudah , jom kita naik atas." ajak Puan Kamariah yang menghentikan usikan cucunyanya.Mereka menapak ke anak tangga rumah.

Sebaik tiba di tangga terakhir.Luth Hanief memandang satu sosok tubuh yang sedang berdiri dari jauh dan tersenyum kepadanya.Senyuman itu terlalu menggoda semua lelaki.Ya , sepupunya Athirah tinggal bersama datuk dan neneknya.Gadis itu tidak begitu baik.Dia hebat dalam menggoda lelaki.Dan dia juga kawan baik kepada Mikayla.

"Abang apa khabar ?." soal Athirah gedik.Dia sengaja melenggokan nadanya.

"Baik." jawab Luth Hanief mendatar.Hana Dahlia hanya menyepi.Dia sudah rasa tidak seronok melihat gaya Athirah itu.

"Dahlia , kenalkan ini cucu nenek.Athirah." ujar Puan Kamariah.

"Apa khabar kak Dahlia." sapa Athirah lagak mesra.Hana Dahlia tersenyum nipis.Mereka bersalaman.

"Jom sayang." ajak Luth Hanief.Dia mahu beredar dari situ.Sakit matanya memandang pakaian Athirah yang ketat.Gadis itu mengenakan T shirt dan kain batik yang ketat sehingga membentuk tubuh badannya.

"Luth , bawa isteri kamu ke bilik.Berehat lah dulu.Nanti petang kejap lagi keluar minum petang dekat pangkin ya." ujar Puan Kamariah mesra.

"Baik nek." akur Luth Hanief.Dia membawa isterinya Hana Dahlia ke bilik.

Mereka tiba di bilik tetamu yang sudah di kemas.Luth Hanief meletakkan bagasinya di satu sudut.Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.Terdampar.Hana Dahlia baring di atas suaminya pula.Luth Hanief memeluk tubuh kecil isterinya itu.

"Bunga penat ? Nak tidur ?." soal Luth Hanief lembut kepada isterinya.

"Dahlia nak abang." ucap Hana Dahlia menggoda.Terkedu Luth Hanief.Dia memandang sipi wajah isterinya yang tenggelam di dalam pelukannya.

"Maksud bunga ?." soal Luth Hanief yang blur.

"Dahlia nak abang." ujar Hana Dahlia lagi dengan jawapan yang sama serta tindakan.Dia membuka butang paling atas kemeja suaminya Luth Hanief.Lelaki itu hanya membiarkan saja kegiatan Hana Dahlia.Mereka lebur di dalam asrama yang sedang bergelora.

............

Pada petang yang indah itu , Luth Hanief dan Hana Dahlia menyertai minum petang bersama ahli keluarganya itu.Athirah turut ada di situ.Riak wajah Luth Hanief memaparkan tidak suka.Raut wajah isterinya dipandang sekilas.Hana Dahlia hanya menundukkan pandangan tetapi disebalik wajahnya terpacar wajah muram.Dia tidak mahu isterinya terasa hati dengan sikap Athirah itu.

"Abang , Thira ada buat pisang goreng untuk abang.Abang kan suka pisang goreng." ujar Athirah mengada.Dia sengaja mendekati Luth Hanief dengan dirinya.Luth Hanief hampir tersentuh bahagian hadapan Athirah.Menyirap saja daranya.

"Ambil lah satu Luth.Orang dah buatkan." ujar Tuan Muhammad Isa selamba.Dia sudah tahu akan perangai cucunya itu.Tidak akan berubah.

"Orang dah buatkan perlu ambil juga ke ?." soal Luth Hanief bersahaja.

"Takpalah kalau abang taknak , Thira cuma ingatkan abang suka goreng pisang saja." ujar Athirah mengada.Dia cuba membuat rajuk dengan Luth Hanief.

"Tak perlu ingat , aku ada bini nak ingat semua tu !" keras nada Luth Hanief.Dia tidak endah siapa yang berdekatan dengannya.

"Tak baik abang , ambil lah satu." pujuk Hana Dahlia.Keluh dilepaskan.Kalah dia dengan isteri tercinta.Dengan lemah dia mengambil juga goreng pisang itu.

"Dah , jom makan.Penat nenek masak ni." ujar Puan Kamariah yang meredakan kemelut itu.

"Abang nak tu bunga." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Bunga !." seru Puan Kamariah dan Tuan Muhammad Isa.Mereka terkejut dengan panggilan yang Luth Hanief panggilkan.

"Ya , inilah bunga milik Luth." ucap Luth Hanief kepada nenek dan datuknya.

"Hana Dahlia anak Hassan dengan Layka ke ?." soal Puan Kamariah yang masih dalam nada terkejut.Hana Dahlia tertawa kecil.Dia terhibur melihat gelagat atuk dan neneknya itu.

"Ya nek , Dahlia anak mereka." ujar Hana Dahlia lembut.Dia menoleh ke Luth Hanief.Suaminya mencuit hidungnya manja.

"Ya allah ! Kamu kahwin juga dengan bunga kamu ni Luth ?." soal Tuan Muhammad Isa.

"Ya , dia tetap akan jadi milik Luth sampai bila-bila." ujar Luth Hanief megah.Dia sengaja mengunakan ayat itu untuk menyakiti hati Athirah.

"Alhamdulillah !." ucap Puan Kamariah dengan takungan airmata.

"Doakan kami ya nek , tok." ucap Hana Dahlia kepada kedua orang tua itu.

"Kami sentiasa doakan untuk cucu menantu kami semua.Semoga cucu dan cucu menantu nenek ni bahagia sampai bila-bila." ucap Puan Kamariah mesra dan sebak.

Dia tahu , betapa sayang dan cintanya Luth Hanief kepada Hana Dahlia.Tiada sempadan.Apa sahaja dia sanggup lakukan.Cinta mereka terhalang kerana Puan Suraya Hani suatu ketika dahulu.

"Athirah , masuk.Nanti sambung makan dekat dalam saja.Bagi Luth dan Dahlia lepak di sini." ujar Tuan Muhammad Isa tegas.

"Eh , kenapa pula Thira kena pergi dalam ? Dorang yang nak berborak..."

"Aku kata masuk !" ujar Tuan Muhammad Isa tegas.Mata dibesarkan.Athirah tidak lagi membantah dia akur.

"Kau jangan degil boleh ? Masuk sana !" marah Luth Hanief pula.Gadis itu terus beredar dengan hentakan kaki.

"Abang , kenapa halau dia.Biarlah dia nak duduk sini." ujar Hana Dahlia kepada Luth Hanief.

"Atok kan dah halau dia tadi ? Dia taknak dengar.Abang halau lah dia." ujar Luth Hanief.

"Kenapa dia tinggal dengan atok ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Sebab dia broken family , mak ayah dia tak ambil berat pasal dia.Dia macam ketagih kasih sayang." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Ohh , kesian dia kan." ujar Hana Dahlia.


............

Tuan Muhammad Isa memanggil cucu dan cucu menantunya itu untuk menunaikan fardhu Isya' berjemaah.Luth Hanief dan Hana Dahlia hanya akurkan sahaja.Luth Hanief mengimamkan solat jemaah tersebut.Selepas , selesai sahaja mereka berjemaah.Sesi bersalaman dan tazkirah ringkas bermula.Lebih kurang 30 minit kemudian , mereka mengakhiri acara tersebut.Luth Hanief membantu isterinya mengemas sajadah semula dan disimpan.

"Abang nak air ?." soal Hana Dahlia mesra terhadap suaminya.

"Boleh.Sayang buatkan abang kopi." ujar Luth Hanief.

"Lah , nanti abang tak boleh tidur pula ?." soal Hana Dahlia.Dia takut jika suaminya akan berjaga sepanjang malam.

"Alaa , biasa dah abang minum kopi malam.Masa sayang takda , kopi lah peneman abang." ujar Luth Hanief.

"Sayang seronok duduk kampung ?." soal Luth Hanief tiba-tiba membuka bicara.Dia melabuhkan duduknya di sofa.Diikuti Hana Dahlia di sebelahnya.

"Seronok sangat ! Kenapa ?." soal Hana Dahlia pelik.

"Abang ada beli rumah dekat hujung kampung sana.Esok kita pergi untuk letak atas nama sayang okay.Abang hadiahkan rumah tu untuk sayang." ujar Luth Hanief kepada isterinya.

"Ab...abang belikan Dahlia rumah ?." soal Hana Dahlia seolah tidak percaya.

"Ya bunga.Untuk bunga abang ni." ujar Luth Hanief romantis.Memerah wajah Hana Dahlia.

"Sayang seronok tak ?." soal Luth Hanief lagi.

"Tapi birthday Dahlia dah lepas." ujar Hana Dahlia selamba.

"Nak bagi hadiah tak perlu kan harijadi.Bila-bila pun boleh sayang." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Wanita itu tersipu.

"Terima kasih abang , hadiahkan rumah untuk Dahlia.Sayang abang." ucap Hana Dahlia manja.Dia memeluk tubuh Luth Hanief dari sisi.

"Sama-sama bunga , abang.Tapi sayang kena balas balik lah hadiah abang tu." ujar Luth Hanief kepada isterinya dengan riak wajah yang mengancam.

"A...apa ?." soal Hana Dahlia takut.Risau dia melihat perangai suaminya itu.

"Bagi abang anak." ujar Luth Hanief meminta dari isterinya.Terkedu Hana Dahlia seketika.

"A...anak ?." soal Hana Dahlia terketar-ketar.

"Berat ke permintaan abang tu ?." soal Luth Hanief kepada isterinya dengan senyuman.

"Tak , tapi mampu ke sayang ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Kenapa ? Ada masalah ke ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Wanita itu memandang wajah suaminya dengan satu pandangan yang lelaki itu tidak perlu bertanyakan lagi tentang jawapan yang sudah dia tahu sejak azali.

"Sebab sakit ? Darah sayang ? Kita usaha.Allah tentukan.Jangan layankan sakit tu.Kalau fikir , memang takkan jadi.Sayang cuma tekanan darah rendah saja.Takdalah teruk pun sakitnya.Abang tahu bunga abang ni kuat." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Tapi andai kata Dahlia tak kuat dan tak mampu ? Abang akan tinggalkan Dahlia dan cari perempuan lain ?." soal Hana Dahlia.Tidak terduga Luth Hanief dengan soalan isterinya itu.

"No !" ujar Luth Hanief tegas.Nadanya sedikit tinggi.Dia rasa tercabar dengan soalan isterinya itu.

"Macam mana abang nak gantikan tempat isteri abang dengan perempuan lain ? Mudah betul cara hidup seorang suami yang boleh gantikan tempat cinta hatinya dengan perempuan lain ? Tak bertanggungjawab lansung jadi suami." ujar Luth Hanief dengan nada sedikit keras.Dia marah.Dia terbayang nasib isteri di luar sana.

"Lelaki murah mungkin boleh buat macamtu tapi abang tak murah !" ujar Luth Hanief dalam ketegasan.

"Maaf , Dahlia..."

"Shh , sayang tak salah.Abang minta maaf sebab tiba-tiba emosi.Abang akan tetap setia pada sayang sebab abang cintakan sayang.Biarlah kalau takda rezeki untuk anak.Tapi sayang kena sentiasa ada untuk abang." ucap Luth Hanief romantis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience