Teguran buat Kpopers, Belieber dan Directioner?

Spiritual Completed 1034

Bismillah. Dengan nama Allah yang maha agung saya mulakan entri yang bagi saya agak “hangat” tajuknya ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda, serta siapa sahaja yang mengikuti jejak langkah baginda. Moga kita semua tergolong di dalamnya!

Apapun, awal-awal ni, saya nak nyatakan,tulisan saya ni bukan sahaja untuk para kpoper, belieber dan directioner sahaja, tetapi untuk semua yang ada penyakit “mencari hiburan yang bertentangan dengan islam”. Erk, macam ganas ayat ni. Komfem ramai akan rasa bengang. Saya seakan-akan terdengar korang macam tak puas hati dan berkata seorang diri:

“apahal pulak dosa dengar Justin bieber dengan one direction? Jelous cakap jelah. Mentang-mentang kau tak hensem macam diorang. Balik rumah laa bro!!"

“Syadid(ekstrim) gila lu brader.. Rilex sudah. Dengar kpop dosa? LOL...”

Dan macam-macam lagi. Yelah, fenomena ni masyarakat dah anggap biasa dan tak salah, tak pasal-pasal saya kata tak boleh. Bajet gila. Memang komfem ramai bengang. Tapi, saya TETAP nak kemukakan pandangan saya tentang isu ini. Kalau boleh, saya nak semua FAHAM  benda ini, kerana bagi saya, berhibur dengan hiburan sebegini akan menghancurkan hati!

HIBURAN DI SISI ISLAM

Pertama, saya nak jelaskan bahawa, islam ni best. Dia tak larang penganutnya untuk berhibur. Boleh berhibur. Tapi, ada batas-batasnya wahai kawan. Hiburan tu apa?Hiburan adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita rasa seronok, hilang stress dan terhibur.

Ada orang bila dia memasak, dia rasa best gila, dan dia rasa nak masak selalu. Maka ketika itu, memasak juga adalah satu hiburan untuk diri dia. Ada orang, bila dia main bola, dia rasa hilang gila stress, rasa happy dan rasa amat tenang dan bahgia! Maka ketika itu, bola adalah hiburan untuknya. Ada orang, bila dengar lagu, dia rasa terhibur dan hilang stress. Dan yang sama waktu dengannya. Begitulah maksud hiburan.

So, hiburan ni, secara simplenya, ada hiburan yang wajib, ada hiburan yang sunat, ada yang harus, ada yang makruh dan ada yang HARAM. Maka, kita jangan nak memandai mengharuskan yang haram, mewajibkan yang harus dan yang sama waktu dengannya.

HIBURAN WAJIB?

Apa hiburan yang wajib? Hiburan yang wajib ialah IBADAH!

"Apa? Ibadah tu hiburan ke? Pergh. Stress kot buat ibadah. Penat gila bapak! Apahal kau kata ibadah tu hiburan??!”

Ya. Ibadah adalah hiburan untuk orang beriman. Saya ulang, ibadah adalah hiburan untuk orang beriman! Tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. Sahabat mampu menangis teresak-esak di sebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. Ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.

Bahkan, ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata:

“Nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat?Aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah!!!”

Kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata:

“Kalau solat itu 50 waktu pun, kami sanggup buat!!!”

Kerana itu, ketika Hasan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan Bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hasan Albanna mengambil quran dan membacanya. Dan apabila di Tanya:

“Wahai albanna, kau tak nak rehat ke?”

Hasan Albanna jawab:

“Sesungguhnya, membaca Alquran adalah hiburan dan kerehatan aku…”

Kerana, bagi orang beriman, hiburan mereka adalah ibadah. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka pada Allah di balas dengan Allah mencintai mereka. Mereka sanggup bersusah-payah, bermandi pelu dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah.

Persoalannya, adakah hari ni kita rasa gembira, tenang, bahagia, ceria, terhibur, manis dan nikmat ketika melakukan ibadah? Atau kita rasa terpaksa, benci, berpura-pura, malas, tertekan, gelisah serta menyampah dengan segala suruhan Allah?

HIBURAN HARUS?

Hiburan harus, adalah segala benda yang tiada tegahan dan halangan dari sudut agama, seperti bersukan. Mendengar lagu, melihat movie, main game, makan, dan yang sama waktu dengannya. Selagi ia di benarkan syarak, serta tiada unsur-unsur yang mengharamkan, maka ia menjadi harus.

Tetapi, perlu berhati-hati. Benda harus ni kalau buat lebih-lebih, boleh menghancurkan hati jugak. Kenapa?

Kerana antara punca seseorang itu FUTUR(lemah semangat untuk beramal) adalah kerana berlebih-lebih dalam perkara harus. Bahkan, antara cara iblis nak menyesatkan manusia adalah menggoda kita untuk berlebih-lebihan dalam perkara harus. Bahkan, sampai satu tahap, ia boleh jadi haram!

Terlalu semangat tengok bola sampai gaduh, sanggup bangun dua tiga pagi pastu tak qiam dan solat subuh, mencarut bila team bola kalah, dengar lagu banyak sangat sampai quran baca sikit, main game je kerja, dan yang sama waktu dengannya. Bila lalai, ia jatuh makruh, bahkan boleh jatuh haram!

So, jangan terlalu berlebih-lebih sangat. Buat ala kadar cukup untuk hilangkan bosan. Ingat saya tegaskan, hiburan yang tiada unsur haram di namakan harus. Maka, yang ada unsur haram, ia adalah hiburan yang HARAM dan perlu di tinggalkan sama sekali! Apa dia hiburan haram? Sama-sama kita teruskan pembacaan.

?

?

PERSOALAN BERKAITAN HIBURAN?

Ada orang selalu Tanya:

“Salah ke dengar lagu-lagu barat macam justin bieber, one direction, miley cyrus, katy perry, lady gaga, Austin mahon, dan seangkatan dengannya?Salah ke dengar kpop? Salah ke tengok drama korea jepun? Salah ke tengok wayang? Salah ke layan runningman? Salah ke? Salah ke??”

Jawapan saya: “SALAH dan BERDOSA”.

Dan alasan mereka untuk membenarkan perkara yang mereka buat, biasanya:

“Walaupun aku dengar lagu-lagu barat, tapi solat aku jaga! Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga. Aku tutup aurat. Aku baca quran….”

Kenapa saya kata salah dan berdosa? Baiklah, saya akan hurai secara terperinci isu ini. Harap berlapang dada, istighfar, dan baca dengan mata hati akan apa yang saya nak tulis ini:

1)Lagu yang ada unsur haram, maka haram untuk kita dengar dan jadikannya sebagai hiburan. Unsur haram contohnya ialah adanya unsur seks, mengagungkan wanita, lagu yang mengingatkan kita serta mendorong kita untuk couple dan bercinta serta ingat si dia, lagu yang ada unsur caci maki dan carutan, lagu yang ada unsur syirik dan mengutuk islam. Maka, andai ada salah satu unsur ni, maka HARAM untuk dengar.

2)Movie atau drama yang ada unsur haram, juga haram untuk di lihat. Seperti unsur seks, cium-cium,aurat dan pakaian yang seksi, ada unsur-unsur yang menjurus kepada cinta seperti drama korea jepun bagai, dan yang sama waktu dengannya, maka HARAM untuk di lihat!

“Kenapa pulak haram? Aku dengar je. Aku tengok je. Aku bukan buatpun benda-benda tak elok dalam lagu dan movie tu? Takkan dengar pun tak boleh?!!”

Mesti ada orang yang fikir macam ni kan? Takpe, saya akan jawab, KENAPA tak boleh.Saya akan hurai kenapa haram, dan kenapa berdosa, serta betapa BAHAYANYA bila kita jadikan perkara-perkara d atas sebagai hiburan. Saya akan hurai dari beberapa sudut insyallah:

****

?

SUDUT PERTAMA:

Nabi saw bersabda:

 “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu mencegah dengan tanganmu. Kalau kamu tak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika kamu tak mampu, maka cegahlah dengan HATI. Maka itu(mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”

Ulama hurai, apa maksud “mencegah dengan hati”. Antaranya:

1)Membenci maksiat tersebut, serta tak redha dengan maksiat yang berlaku.

2)Menjauhi maksiat tersebut.

3)Bertekad untuk mencegahnya bila mampu.

Apabila tiada ketiga-tiga unsur ni, bermakna kita tak di kira mencegah dengan hati. Dan bila kita tak mencegah dengan hati, bermakna, kita tiada iman! Saya ulangi:

“Bila kita tak mencegah dengan hati, bermakna, kita tiada iman!”

Maka, saya nak lontarkan beberapa perkara agar kita SEDAR:

1)Adakah apa yang artis-artis seperti bieber, kpop dan lain-lain buat seperti menari-nari, cium-cium, meraba-raba, pakai seksi-seksi, buat tattoo sini sana, menuturkan lirik-lirik yang berunsur seks dan unsur-unsur haram yang saya nyatakan tadi, adakah ini semua bukan dosa di sisi Allah? Adakah apa yang mereka buat ini Allah redha?

Sungguh jelas, bahawa apa yang mereka buat adalah satu dosa di sisi Allah!

Dan, apabila kita melihat dosa, apakah kewajipan kita? Seperti hadis di atas, bukankah kita WAJIB untuk menegur, sekurang-kurangnya menegur dengan hati iaitu dengan MEMBENCInya, tak redha akannya, menjauhinya serta berazamn untuk merubahnya bila kita mampu???

Tetapi, kita bukan sahaja tak menegur dan mencegah dengan HATI, bahkan, ada di kalangan kita yang menjadikannya sebagai HIBURAN telinga dan mata!!!!!!!!!! Di manakah iman kita wahai kawan? Kalau cegah dengan hati pun kita tak mampu sedangkan  ia adalah selemah-lemah iman, di manakah iman kita?

Redhakan kita melihat artis-artis korea, jepun barat, serta mana-mana artis melakukan perkara yang Allah murka? Sehingga kita boleh dengan TENANGNYA menjadikan  lagu-lagu mereka sebagai hiburan, serta ada yang MENANGIS dan BAHAGIA apabila berhibur dengan mendegar lagu mereka, melihat official video mereka, letak lagu-lagu itu ke dalam henset, serta kongsi dengan kawan-kawan?

Ya Allah, ya Allah, ya Allah!! Ampuni kami yang hina ini!!!

SUDUT KEDUA:

Ramai di kalangan kita yang merungut:

“Kenapa doa aku tak makbul? Aku dah doa banyak kali, kenapa Allah amcam tak pandang langsung doa aku??!!!”

Maka, dengar hadith ini. Mungkin selepas ini, kita akan tahu, doa kita tak makbul adalah lantaran perbuatan kita sendiri. Nabi bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya, Allah berfirman kepada kamu: Suruhlah manusia berbuat baik, dan cegahlah mereka daripada kemungkaran, sebelum datang satu suasana di mana kamu BERDOA kepadaku, tetapi akan tidak memberikan kepadamu, dan apabila kamu memohon bantuan daripadaku, tetapi Aku tak akan membantumu!!"

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Lihat, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah kemungkaran, Allah takkan kabulkan doa kita! Tapi hari ini, bukan sahaja kita tak cegah kemungkaran, bahkan kita jadikan dosa dan maksiat sebagai hiburan kita, tengok video lucah, dengar lagu-lagu yang ada usnur haram, tengok movie dan drama yang ada unsur haram dan lain-lain.

Bahagia ke bila kita berhibur dengan maksiat? Adakah kita rasa terhibur atau pada hakikatnya kita rasa pedih, tertekan, dan terseksa??

SUDUT KETIGA:

Sudut seterusnya yang saya nak nyatakan adalah tentang isu OBSESS ARTIS. Antara tanda-tanda kita obsess artis:

1)Kita asyik dengar lagu-lagu/tengok movie-movie artis yang kita minat.

2)Selalu bercerita kat orang pasal artis yang kita minat.

3)Profile picture/twitcon kat FB dan twitter kita letak gambar artis yang kita minat.

4)Kita simpan gambar artis yang kita minat.

5)FB, twitter dan instagram kita di penuhi dengan perkara yang berkaitan dengan artis yang kita minat.

6)Benci bila ada orang tegur kita dan kutuk artis yang kita minat.

Dan lain-lain.

Orang yang macam ni, saya nasihatkan agar, TAUBATLAH. Tahukah kita, bahawa, di akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Kalau kita cinta artis-artis ni, maka kalau artis-artis ni ke neraka, kita juga akan bersama mereka ke neraka! Nauzubillah!

Cukuplah jatuh cinta dengan artis-artis ni. Tak keterlaluan kalau saya kata, penyakit obsess artis ni biasanya terkena pada perempuan.Suka sangat laki-laki korea yang putih melepak, sedangkan terbukti 90% dari mereka buat pembedahan plastik. Bahkan ada perempuan yang semangat gila pertahankan bahawa itu adalah wajah sebenar mereka tanpa pembedahan plastik. Ada yang dah jadi macam tak betul bila ada pelakon korea seperti Lee Min Ho, Kuey Teow serta Mee Hun Sup.

“Eee…hensemnyaaa!!Kalaulah dapat peluk!”

“Nak sangat jumpa dia!! Hensem sangaaaaat!

“Sweetnya dia senyum… Meltingnya I rasa…cair sangat! Lagi-lagi time dia kenyit mata. Sweetnya!!!”

“Sedapnya suara dia. Ya Allah…gugur jantung rasanya. Time dia tarik, lembut sangat suara dia. Rasa nak menangis dengar. Tenang sangat!!”

Macam-macam lagi reaksi-reaksi pelik yang saya kira sangat ramai terjebak. Cukup-cukuplah. Taubatlah pada Allah. Kembalilah obsess pada Allah dan rasul.

SUDUT KEEMPAT:

Seperti yang saya nyatakan kat atas tadi, ada orang yang mendabik dada mengatakan:

“Walaupun aku dengar lagu-lagu barat, tapi solat aku jaga! Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga. Aku tutup aurat. Aku baca quran….”

Saya tertarik dengan ayat dia:

“Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga..:”

Wahai kawan-kawan, jangan kita ingat kewajipan kita sebagai muslim hanyalah tersekat pada ibadah-ibadah khusus seperti solat, haji, puasa, zakat, zikir, quran dan sebagainya. Tahukah kita bahawa, banyak lagi kewajipan yang perlu kita tunaikan?

Kewajipan dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, dakwah, tarbiah, menegakkan islam, meninggalkan maksiat, mencegah maksiat, dan lain-lain?

"Apa salahnya dengar lagu katy perry, Miley Cyrus, Justin Bieber, lady gaga, kpop dan lain-lain? Aku still solat!"

"Apa salahnya aku tengok drama korea jepun bagai. Aku still jaga solat dan quran aku!!"

Kalau macam tu, saya jawab:

"Apa salahnya aku berzina. Aku still solat!!"

"Apa salahnya aku tak pakai tudung? Aku still solat!"

Korang mesti balas:

"Mana boleh! Zina haram. Tutup aurat pun wajib! Allah ada sebut suruh jauhi zina dan tutup aurat!!!"

Saya balas:

"Kalau macam tu, Allah ada suruh kita JAGA PANDANGAN. Allah suruh kita guna telinga untuk benda kebaikan. Habis kau tengok drama korea jepun bagai cintan cintun pegang-pegang tangan peluk cium tak tutup aurat tu, tak dosa ke? Dengar lagu-lagu pasla cinta, sex, kiss me, love, fuck semua tak dosa ke?"

Islam bukan sahaja solat. Islam tu the way of life. Di sebabkan ramai orang ingat islam ni just ibadah solat puasa je, sebab tu wujud ramai orang yang solat puasa, tapi akhlak teruk, tak tutup aurat, zina, couple, ikhtilat, obsess artis, kurang ajar dengan mak ayah, dan lain-lain.

Kalau betul kita menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, nescaya kita takkan berhibur dengan lagu-lagu barat, kpop, dan yang sama waktu dengannya.

****

?

PENUTUP

Saya harap, 4 sudut yang saya kemukakan dapat menyedarkan kita semua. Betapa hari ini kita amat jauh dari Allah. Kita tidak lagi terhibur dengan solat,quran dan zikir. Kita mampu menangis dengar lagu Justin bieber, tapi tak mampu menangis baca quran. Kita mampu nangis melihat drama korea jepun, tapi ketika berdoa, tak mampu melinangkan air mata. Kita mampu habiskan masa baca novel cinta, tapi buku-buku agama jauh sekali.

Akhirnya, solat pun kita susah nak khusyuk, rasa berat lantaran jiwa yang sudah gelap dan hancur. Bak kata seorang ulama:

“Musik dan lagu-lagu lagho ni umpama api dalam kebun yang mampu menghanguskan dan menghancurkan kebun tersebut, Begitu juga ia akan mengancurkan hati. Musik dan lagu lagho adalah umpa PORNOGRAFI bagi telinga!!”

Saya nak nyatakan kisah-kisah lagenda, bagaimana sahabat dahulu, amat terhibur dengan ibadah. Agar kita mampu terinspirasi dengan kehebatan mereka, lantas insaf, menangis dan bertaubat!

Uthman Affan ra, setiap malam dia akan qiamullail dan bertahajjud, serta mengkhatamkan quran dalam satu rakaat solat. Seorang sahabat, Abdullah b Umar selalu nangis sehingga matanya sakit dan bengkak. Sampai ada orang Nampak dia menangis, dan orang tu Tanya:

“Kenapa kau nangis wahai Abdullah??”

Beliau menjawab:

“Kenapa kau pelik dengan tangisanku? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah!!!”

 Ingatkah kalian, kisah masyhur tentang nabi Muhammad, yang terlalu terhibur dengan solat?

Aisyah cerita, ada sekali tu, nabi balik malam dan kemudian baring di sisi dia. Tak lama kemudian, nabi kata kat aisyah:

“Aku nak beribadat pada tuhanku…”

Kemudian, nabi terus qiamullail, solat dan menangis sampai AIR MATA membasahai dada baginda. Kemudian bagina rukuk, ketika rukuk, nabi menangis lagi. Kemudian nabi sujud, juga nabi menangis teresak-esak. Sehinggalah Bilal melaungkan azan subuh.

Aisyahpun Tanya nabi:

“Ya rasululullah, kenapa kamu menangis begitu sekali, sedangkan kamu adalah maksum?”

Nabi jawab:

“Salahkan ke aku menjadi hamba yang bersyukur….??”

MAKA, wahai kawan-kawan sekalian? Tidakkah kita mahu terhibur dan merasai kenikmatan yang agung dalam beribadah kepada Allah? Caranya ialah, kita perlu berkorban untuk meninggalkan hiburan yang memurkakan Allah.

Ya Allah, ampunilah kami!

Wallahua'lam.

-Adnin Roslan-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience