BAB 12

Family Completed 6948

Haikal melonggarkan tali lehernya sebelum menyambung pemanduannya. Panggilan yang diterimanya sebentar tadi dari mamanya merunsingkannya. Hujan renyai-renyai yang turun sejak pagi perlahan-lahan berubah rentaknya. Nampaknya mamanya kali ini benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya tempoh hari.

Dia masuk ke selekoh jalan menuju ke rumahnya. Tiba-tiba dia terlihat sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan. Seorang gadis keluar dari kereta itu dan bergegas menuju ke bahagian depan kereta itu. Tanpa berfikir panjang, dia memberhentikan keretanya dan membawa payung keluar bersamanya. Dia berjalan menuju ke kereta itu.

“Cik.” tegur Haikal lalu membuka payungnya.

Mendengar dia ditegur, dia berpaling. Dia sedikit terkejut melihat lelaki tu.

“Kenapa ni?” tanya Haikal sambil memayungi gadis itu.

“Erm, entahlah, saya tak pakar bab-bab kereta ni. Tiba-tiba je mati tadi.” jawabnya.

“Minyak masih ada?” tanya Haikal.

“Ada…” jawabnya.

“Pegang ni dulu, biar saya tengok.” ujar Haikal lalu menghulurkan payung ditangannya pada gadis itu.

Haikal memeriksa bahagian enjin kereta itu lalu menggaru-garu kepalanya. Sejujurnya, dia juga tidak pakar sangat tentang kereta. Yang pakar mengenai kereta, Adam.

“Erm, saya pun tak pasti apa masalahnya, lagipun hujan macam nak lebat dah ni. Erm, saya tahu saya ni stranger tapi kalau awak tak kisah apa kata awak naik kereta saya dulu?” pelawa Haikal.

Haikal melihat reaksi gadis itu. Biasalah jika gadis berjaga-jaga. Gadis itu memerhati wajahnya sebelum mengangguk.

“Dia nampak macam boleh percaya. Harap-harap, betullah. Lagipun, tak beranilah nak tinggal sorang sini.” ujarnya dalam hati.

Haikal tersenyum lalu mula melangkah menuju keretanya. Dia membuka pintu buat gadis itu sebelum masuk ke tempat duduknya.

Saat masuk ke dalam kereta itu, dia berasa selamat walaupun lelaki itu baru sahaja ditemuinya. Bau wangian dalam kereta itu juga menyenangkan. Dia melirik melihat lelaki itu. Handsome, pujinya dalam hati lalu tersenyum kecil.

“Cik nak pergi mana ni?” tanya Haikal sambil mengesat air hujan pada wajahnya dengan menggunakan tisu.

“Ada rumah dekat depan tu, mama saya tunggu dekat situ.” jawabnya.

“Oh, okay, nanti bagitahu je.” ujar Haikal lalu menghidupkan enjin keretanya.

Datin Dahliah sesekali meninjau ke luar. Belum kelihatan kereta Haikal. Sahabatnya, Datin Nordiah turut berasa risau kerana anaknya, Nurin masih belum tiba.

“Jangan-jangan ada masalah tak?” tanya Datin Nordiah.

“Ehh,tak. Dia dah janji nak balik, dia bukan jenis yang mungkir janji.” Jawab Datin Dahliah.

“Sabarlah, jangan nak tergesa-gesa sangat.” tegur Dato’ Daud, sua.mi Datin Nordiah.

“Ha, sampai pun!” ujar Datin Dahliah lega saat melihat kereta Haikal.

Melihat lelaki itu masuk ke perkarangan rumah itu, dia terkejut dan terkedu. Jantungnya berdebar-debar. Dia memandang lelaki itu. Dia ni ke?!

“Erm, cik, kejap ya. Saya masuk sekejap je, nanti saya hantar cik. Cik tunggu sini dulu.” ujar Haikal lalu keluar dari keretanya.

Dia menuju ke arah mamanya yang berdiri di pintu rumah lalu menyalamnya. Dia turut menyalam Datin Nordiah.

“Haikal, kenapa lambat??” tanya mamanya.

“Maaf ma, datin. Ada hal sikit tadi.” jawab Haikal.

“Ehh, Nurin!” panggil Datin Nordiah saat melihat anaknya keluar dari kereta Haikal.

Haikal terkejut lalu berpaling melihat gadis itu. Dengan menundukkan wajahnya, Nurin menghampiri mamanya lalu menyalam Datin Dahliah.

“Ini anak datin?” tanya Haikal terkejut.

“Eya, macamana pula dia boleh satu kereta dengan Haikal?” tanya Datin Nordiah.

“Kereta Nurin rosak ma kat tepi jalan sana so abang Haikal tumpangkan Nurin.” beritahu Nurin.

“Awak tahu nama saya??” tanya Haikal, terkejut buat kali kedua.

“Aihh, nama bakal suami, takkan dia tak tahu!” usik Datin Dahliah.

Haikal terkedu. Nurin merasakan wajahnya hangat. Dia malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience