BAB 3

Humor Completed 734

“RUMAH kita dah kemas. Awak tu ha yang asyik nak berkemas je. Masak pula, saya manalah pernah pergi jejakkan kaki saya kat dapur? Mama kata dapur adalah kawasan larangan untuk lelaki,” jawab Nazeem panjang lebar. Setiap kali Farhana merungut, itulah jawapan Nazeem Farhana muncung.

“Itu je alasan awak setiap kali saya minta tolong. Berapa ramai Cef dalam dunia ni jantinanya lelaki. Boleh je pergi dapur?”

“Itu Cef. Lainlah. Saya ni memang dah ditakdirkan tak boleh pergi dapur. Nanti boleh terbakar dapur tu,” jawab Nazeem lagi. Nazeem jika memberi alasan memang nombor satu. Farhana mengeluh. Entah kenapa hari itu dia berasa teramat letih. Tekaknya juga mual semacam.

“Sudahlah. Malas nak berdebat dengan awak,” gumam Farhana lalu bangun untuk melangkah ke dapur. Belum lagi kakinya mencecah lantai dapur, Farhana merasakan kepalanya berpusing. Pandangannya gelap lalu badannya yang lemah rebah di hadapan dapur.

“Awak!” jerit Nazeem cemas.

NAZEEM memandang wajah Farhana. Dia mengukir senyum kepada isterinya yang baru sahaja tersedar. Farhana mengenggam lembut tangan Nazeem.

“Awak. Kenapa dengan saya?” tanya Farhana. Nazeem senyum.

“Misae. Awak,” ucap Nazeem mengusik isterinya itu. Farhana jeling. Dia serius, suaminya itu mempermainkannya pula.

“Siapa Misae? Ish,” rungut Farhana . Bibirnya muncung. Nazeem sengih.

“Hehe. Saya gurau jelah. Awak nak tahu tak, awak bakal jadi ibu tau?” ujar Nazeem lembut. Besar mata Farhana .

“Jadi ibu? Hah? Betul ke ni?” tanya Farhana tidak percaya. Nazeem senyum lalu angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience