BAB 5 : ASSALAMUALAIKUM!

Humor Series 106134

“ASSALAMUALAIKUM!” aku ketap bibir seraya menghembus nafas perlahan-lahan. Aku dah geram sangat dah ni. Dah berkali aku call tapi dia tak angkat langsung. Disebabkan fikiran aku terbayangkan promotion dan duit yang berterbangan jatuh dari langit, aku sabarkan hati aku. Awal pagi Mr. Millionaire dah menguji kesabaran aku. Hmph!

“Waalaikumsalam. Hah, kenapa?” suara dia macam tercungap-cungap. Dah kenapa pulak tercungap-cungap awal pagi? Dan paling aku tak dapat terima, dia tanya aku ‘kenapa’? Wah, ni dah terlebih ni. Aku dah jadi lebih dari setiausaha dia macam ni. Rasa macam mengingatkan dia untuk datang kerja ke syarikat milik dia sendiri pulak. Mengenangkan aku ni sedang buat kajian pasal diri dia, aku buat jelah double tanggungjawab aku ni.

“Aku call banyak kali kenapa tak angkat?”

“Huish, marah mengalahkan secretary sebenar aku!”

“Kau dah bagi tanggungjawab ni kat aku, wajiblah aku buat betul-betul”

“Aku tak pesan ke?”

“Pesan apa?” aku soal dia. Pelik!

“Pesanan dan peringatan yang aku takkan sambut call orang hingga pukul lapan pagi”

“Takde” hmph! Bagitahulah awal-awal wahai Mr. Millionaire. Ikut betul, paras kesabaran aku dah sampai bumbung syarikat dia ni. Tinggal meletus lagi lava-lava merah tu.

“Kenapa pulak tak boleh call?

“Aku ada morning ritual setiap pagi. Lepas solat subuh, aku akan duduk tengok sunrise dan pukul enam tepat aku akan bersenam. Pukul lapan, inshaAllah aku datang ofis kalau takde hal mustahak lain yang perlu aku selesaikan. Duit banyak mana sekalipun tak berguna kalau aku sakit, Arisa” penerangan dia dah menjelaskan kenapa dia tercungap-cungap.

Baiklah, lesson learnt. Terima kasih, Mr. Millionaire. Kiranya, aku pun perlukan morning ritual yang sihat. Teringat idea dari adik Aaron semalam. Aku dah rancang nak kaji pasal habit, kebiasaan atau morning ritual dia, kan? Lupa pulak. Aku pun kena berdisiplin macam dia. Hebat sangat disiplin Mr. Millionaire ni. Kagum aku. Aku sebagai seorang perempuan pun tak berdisiplin macam dia. Betullah kata orang, successful people achieve success because they possess self-discipline. Dan contoh paling dekat dengan aku sekarang ni ialah Encik Muhd Amril Armand Bin Zaydy.

“Tapi, macam mana pulak kalau kes emergency dan urgent?” tiba-tiba geram aku kat dia hilang macam tu aje bila dia dah jelaskan alasan mengapa dia tak sambut call aku. Lepas ni, aku takkan call dia lagi sebelum jam lapan pagi. Takkan sekali-kali kerana dah terbukti dia takkan angkat walau urgent macam mana sekalipun call tu.

“Aku ada dua number. Number private aku hanya keluarga je yang tahu. Number yang ada kat kau ni aku khaskan untuk urusan kerja dan bisnes. Dah macam tu, aku takkan campur-adukkan family matters and business. Kalau keluarga aku yang call sebelum pukul lapan pagi, aku tahulah tahap urgent dia tu macam mana. Tapi kalau kau yang call, aku takkan sambut” hurm, baiklah Mr. Millionaire. Aku dah faham. Family always comes first. Yes, sebab aku pun macam tu jugak. Kawan pun akan lari kalau kita dalam kesusahan. Keluarga je yang akan bersusah senang dengan kita. Hargailah keluarga masing-masing.

Ah, rindu kat keluargalah pulak...

“So, ada apa hal urgent call aku pagi-pagi ni, Arisa?” tenangnya cara dia soal aku, setenang hidup dia yang dah takde masalah nak fikir pasal hal kewangan. Almaklumlah, dah capai kebebasan kewangan pada umur tiga puluh tahun.

“Ada meeting dengan web designer pukul lapan ni untuk upgradekan website. Sebab tulah aku call nak ingatkan. Takut kau lupa”

“Okey, terima kasih. Aku ke ofis kejap lagi”

“Okey”

“Eh, Arisa” panggil dia laju sebelum aku matikan panggilan.

“Bawa meeting tu ke pukul sembilan. Aku kat taman ni. Nak balik rumah dan bersiap dulu”

“Okey, nanti aku maklumkan kat diorang”

“Arisa” panggil dia lagi.

“Ye?”

“Nanti esok dan hari-hari seterusnya, kau ikut aku jogging”

“Hah?” benda ni tak tersenarai dalam kerja aku sebagai setiausaha. Tak nak! Walaupun tadi aku kata aku akan contohi disiplin dia, aku taknaklah berubah secara mendadak. Lagipun, aku ni bukan jenis sukan. Aku tak pandai bersukan, berlari pun tak. Aku paling lemah dalam bersukan. Please. Anything but sport...

“You heard me, jog with me since you’re my secretary. I always long for a jog partner”

“Aku tak boleh”

“Kenapa pulak tak boleh?”

“Aku bukan jenis sukan. Setiausaha kau yang nak bersalin tu pun tak ikut jogging sama, kan? Tak adillah kiranya kalau aku sebagai setiausaha temporary buat benda macam tu” aku beri alasan sebab itulah diri aku. Aku tak mampu nak bersukan atau jogging.

“Pembetulan, dia dah bersalin malam tadi. And yeah, dia tak ikut aku jog sebab dia tu mengandung. Lagi pulak dia dah ada suami. Tak baiklah aku ajak dia jog dalam keadaan macam tu, kan? Nanti tak pasal-pasal aku dicop deceitful home-wrecker Millionaire. Malulah. Buruklah reputasi yang selama ni aku jaga” ada jelah jawapan dia.

“Sama aje dengan aku walaupun aku bujang. Tak baik berkepit dengan encik dua puluh empat jam. Nanti, orang salah anggap”

“Kau dah memang berkepit dengan aku dua puluh empat jam, kan? Kau nak research aku ke tak ni?”

“Mestilah nak”

“So, ambillah peluang yang aku offer ni” aku diam. Malasnya nak bangun awal hanya nak temankan dia bersenam. Masa tidur aku lebih berharga kot. “Tak baik tidur waktu pagi, pintu rezeki susah nak masuk” hish! Dia ni pun psikik macam Miss Zaara jugak ke?

“Lepas bersenam, boleh je kau balik rumah and get ready for work. Jangan terburu-buru. Sebulan ni kau kerja dengan aku. Tak payah masuk kerja kat tempat lain” eh, macam pelik je. Dia tahu ke aku bukannya researcher tetapi seorang jurnalis kat majalah Jutawan? “Tak. Maksud aku, tak perlu nak terkejar-kejar untuk masuk kerja sebab kita akan habiskan masa pada waktu pagi untuk bersenam beberapa minit. Don’t worry, I am your boss. Jadi, ikut je kata aku”

“Boleh, tapi tak nak mula esok”

“Nak mula bila?”

“Minggu depan”

“Lama sangat tu. Sementara kau kerja sebagai setiausaha aku, baiklah aku sihatkan tubuh badan kau tu. Esok. Six sharp, no excuses. And macam tu jugak untuk hari-hari seterusnya sampailah kontrak kau habis” aku tutup mata lama dan jauhkan phone tu dari muka aku lantas mengeluh kuat. Malasnya.

“Arisa, are you there?”

“Hurm, I’m here” jawabku malas.

“No excuses. Six sharp. Kita jumpa kat taman ni”

“Hurm, baiklah” akhirnya aku jawab jugak.

“Good! Jumpa kat ofis” dia terus matikan panggilan. Aku berdiri tegak membayangkan kehidupan sebulan aku yang akan menjadi semakin huru-hara. Oh, promotion dan gaji. Sampai tahap ni ke aku perlu berkorban hanya untuk dapatkan korang berdua, huh? Aku tak sepatutnya call dia tadi...

AKU berlari malas. Ni semua sebab aku call dia semalam. Aku tak sepatutnya call meski panggilan tu penting. Kenapalah takde seorang pun yang bagitahu dia sebenarnya ada healthy lifestyle, morning ritual awal-awal pagi? Tak pasal-pasal awal pagi dah kena bangun jumpa dia kat taman dan berlari-lari anak dengan dia sekarang. Aku mengeluh lagi. Amril yang dah semeter jaraknya di hadapan aku, menoleh.

“You are so slow, Arisa”

“Bersenam tak perlu terburu-buru. Kena ikut pace masing-masing”

“Tapi kau slow sangat. You’ll never sweat if you’re going to be like this forever”

“Takpelah. Aku temankan kau je, kan?”

“Kau nampak comel sangat” dia senyum. Erk, dia puji aku ke ni? Tertunduk malu aku dibuatnya dan aku rasa pipi aku dah panas. Mesti dah bertukar merah kot, kan? Alamak, kenapa dia perlu puji aku awal-awal pagi ni? Macam mana aku nak berhadapan dengan dia untuk jam-jam yang berikutnya.

“Jangan nak perasanlah, Arisa. Pernah dengar tak quote yang berbunyi, if you still look cute at the end of your work out, you didn’t train hard enough. Kaulah tu, sebab masih nampak comel lagi” dia sambung pulak sambil sengih sebab berjaya kenakan aku. Hmph, dia kenakan aku rupanya. Hish! Kami berlari seiringan. Kelajuan larian dia dah sama dengan aku. Nampak terpaksa aje dia ikut kelajuan larian aku.

“Hmm, ye ke? Tak pernah dengar pun. Almaklumlah, aku ni bukannya jenis sukan”

“Kau tak perlu jadi jenis sukan sangat untuk tahu benda tu. Kau hanya perlu baca quote yang berlambak kat dalam internet”

“Kau sedang sindir aku ke ni?”

“Untuk apa aku sindir kau? Eh, kau terasa ke?” dia kalih pandang aku sambil berlari-lari anak. Aku pandang dia jugak. Peluh yang merintih kat dahi dia tu membuatkan kekacakan dirinya bertambah seratus peratus! Oh my! Aku dah kenapa? Aku cepat-cepat pandang depan. Buang segala apa yang aku fikir tadi.

“Yelah, kau macam sindir aku. Macam nak katakan aku tak membaca langsung” sedangkan aku ni jurnalis, tambah aku dalam hati. Dia tak tahu aku ni jurnalis yang mana kegiatan membaca adalah suatu keperluan. Nak tak nak, aku kena membaca jugak untuk perbaiki mutu penulisan aku. Dan nak tak nak, rakyat Malaysia kenalah baca apa yang aku tulis.

“Aku bukan sindir kaulah, Arisa. Aku tahu kau suka membaca that’s why kerja kat jurna... Erk, tu sebab kau jadi researcher, kan? Researcher mestilah rajin membaca. Tak gitu?” aku terkebil-kebil pandang dia. Aku rasa aku dengar sesuatu yang pelik tadi. Jurna maksudnya jurnalism? Tapi aku tetap jugak angguk-anggukkan kepala aku sambil berusaha memikirkan apa sebenarnya dia nak cakap.

“Kau nak cakap apa sebenarnya tadi?”

“Takde”

“Kau jangan nak tipu aku”

“I’m not” dia angkat kedua tangan di udara dan tarikannya ke kiri dan kanan beberapa kali.

“You are. Kau macam nak cakap benda lain tadi”

“Kenapa? Kau fikir aku menipu?” dia kerut kening.

“Entah”

“Sebab kau pun menipu ke? Orang pandai menipu ni hebat dalam mengesan orang lain menipu. Kau sedang tipu aku ke ni, Arisa?” giliran aku pulak kerut kening. Kenapa rasa macam lain je ni? Rasa macam disindir secara halus pun iya jugak. Aku sepatutnya yang tanya benda ni kat dia, bukan dia tanya kat aku. Dah terbalik dah ni. Pandai dia manipulasi aku.

“Eh, aku yang patut tanya benda tu kat kau, bukan kau tanya aku” balasku membuatkan dia jongket bahu. Sekali. “Ah, lupakan” kataku malas.

“Kau tak dapat menipulate aku...” dia gelak.

“Lupakan...”

“Berbalik kat topik membaca tadi, aku tak sindir kau langsung ye. Jangan nak terasa” aku senyum kat dia. Dia ni baik, tau tak? Pandai jaga hati orang sekeliling. Aku buat kesimpulan sendiri yang dia ni CEO yang mempunyai empati dan simpati kat orang lain. Bagusnya ada majikan macam dia. Jealous pulak aku kat staf dia. Tapi sebenarnya, Miss Zaara pun not bad jugak. Tak reti bersyukur langsung aku ni.

“Tapi sebenarnya aku memang suka membaca”

“Genre apa?”

“Self-help and motivational” aku senyum.

“Contoh?”

“Brendon Burchard. Aku paling sukakan buku-buku dia”

“Hurm, okey. Buku berkaitan bisnes tak minat ke?”

“Contoh?” giliran aku pula gunakan soalan dia untuk soal dia semula.

“Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad series? The Art of War, Sun Tzu? Tak minat?”

“Aku lebih minat self-help and motivational genre tapi kalau kau recommendkan buku ni, aku boleh consider baca. One fine day” kami dah sama-sama berlari-lari anak sepanjang jalan taman tu. Seronok rasanya bila bercakap dalam topik yang sama. Rasa macam kawan karib aku aje dia ni.

“Minat sangatlah dengan penulis bernama Brendon tu?” aku angguk. Aku sangat sukakan gaya penulisan Brendon Burchard hinggakan aku muat turun video dia dari Youtube dan letak dalam pendrive untuk aku dengar sepanjang perjalanan ke tempat kerja.

“Kau macam pembaca tegar aje dari cara kau recommendkan buku kat aku, ye ke?”

“Nope” dia geleng.

“Aku cuma biasa dengar nama-nama orang hebat ni tapi aku malaslah nak baca buku. Tu satu kelemahan terbesar aku. Aku boleh membaca tapi aku lebih suka baca melalui gadget sebab aku boleh bawa benda tu ke mana-mana dan aku boleh je type apa yang aku nak kat search engine dan semua akan terpampang keluar macam magic”

“Kesimpulannya, kau memang suka membacalah ni...”

“Nope” dia geleng lagi.

“Aku tak consider diri aku seorang yang suka membaca. Aku tak pernah suka membaca, bosan, buatkan aku mengantuk. Baca melalui gadget pun aku hanya boleh bertahan lima ke lapan minit. Lebih dari tu, minta maaf. Sorry kalau kau terasa macam aku memburukkan hobi kau eh” dia sengih.

“Jadi, kertas mesyuarat tu semua? Dokumen-dokumen tu yang kau perlu baca setiap hari macam mana?”

“Tu boleh je aku minta tolong secretary or lawyer aku tolong bacakan. Atau aku akan spend masa yang sangat panjang untuk menelaah semua benda tu. Terpaksalah buat benda tu semua sebab syarikat aku bergantung kat aku. Mana boleh main tutup sebelah mata aje benda penting macam ni”

“Wow!” ujarku dalam ketidakpercayaan. Dia mampu buatkan aku berasa wow yang sangat, err, nak kata tak hebat? “Tak sangka” komenku akhirnya.

“Kenapa?” dia kalih pandang aku.

“Kau biar betul?”

“Betullah, buat apa nak tipu”

“Okey... tapi, setahu aku semua self-made Millionaire rajin membaca. Diorang akan luangkan masa sekurang-kurangnya beberapa jam dalam sehari untuk membaca. Samada sebelum tidur atau sewaktu sarapan pagi. Kau pulak, lain?” takut-takut aku menyoal.

“Pembetulan ye, cik Arisa. Bukan semua, kebanyakan. Kebanyakan self-made Millioniare adalah orang yang rajin membaca. Tak termasuk aku”

“Jadi, kau sampai ke tahap macam ni sebab kurang membaca. Kau nak aku tulis dalam research aku pasal, ‘nak jadi Millionaire sebenarnya tak perlu banyak membaca’?” aku membuat pembuka dan penutup kata menggunakan jari telunjuk kanan dan kiri aku. Aku masih tak boleh percaya ni. Hipotesis aku selama ni ternyata salah sama sekali.

“Bagi aku tak perlu membaca sangat, kau hanya perlukan pengalaman dan jangan jadi bodoh. Sekali dah kena, cukup. Kalau dah berkali-kali kena, tu memang bodoh namanya. Kalau aku ada masalah, aku lebih rela tanya orang yang lebih berpengalaman, yang dah lama dalam bidang ni dan minta nasihat diorang. Tapi kalau betul-betul terdesak, barulah aku buka buku, Fac! Hee” dia sengih sebelum sambung. “Banyak aje post berguna dari business people kat dalam Fac. Nama pun Fac. Book jugak, kan? Syaratnya kenalah tengok sumber tu dari mana, bukan main redah aje ikut mana satu yang kau suka” wow! Itu aje yang aku mampu katakan dalam hati. Rasa tak kahum aku dah bertukar ke rasa yang sangat-sangat kagum. Kenapalah aku selalu rasa dia sangat mengagumkan?

“Jadi kau belajar buat benda ni semua dari Fac?”

“Bukanlah semua dari Fac. Macam aku cakap, pengalaman, plus mistake, plus try and error, plus networking, plus nasihat, plus seminar, plus Fac... Hurm, that’s all I think” dia mengira-ngira menggunakan jari-jemarinya.

“Geniuslah kau ni kalau macam ni, kan?” aku puji dia. Jujur dari hati aku yang paling dalam.

“Genius ke? Kalau aku genius, aku tak buat travelling company. Aku buat codes and apps macam Mark Zuckerberg. Jadi Billionaire terus!” dia sengih lagi.

“Hurm, fine. Yelah tu...” aku terus pandang depan. Mesti dia dah mula nak masuk bakul angkat sendiri. Malas layan kalau part ni.

“Aku gurau jelah, Arisa. Kau seorang aje yang pernah gelar aku genius, pujian rare”

“Hurm, fine...”

“Aku seriuslah”

“Yelah, tahu. Kan aku dah cakap fine”

“Okey, fine” dia pun terus diam, terus pandang depan macam aku. Aku pulak yang terasa dengan perubahan mendadak dan cara sebutan ‘fine’ dia tu. Sakit pulak hati aku difinekan macam tu. Erk, begini kot perasaan dia bila aku finekan dia tadi. Erk, sorry.

“Mr. Millionaire!” aku panggil kuat. Pantas dia pandang aku dengan mata yang membulat.

“Eh, malu aku kau panggil macam tu! Jangan panggil macam tu. Not now not ever! Ini warning”

“Tapi kau memang millionaire”

“Tapi gelaran tu memalukan!”

“Apa pulak yang memalukan? Bukan calang-calang orang boleh dapat gelaran macam tu”

“Aku tak nak. I don’t think there’s going to be another meeting beetween us kalau kau panggil aku macam tu sekali lagi,” huish, amaran! Baiklah, Mr Millionaire. Takkan berlaku lagi sebab promotion dan kenaikan gaji aku bergantung pada research ni. Okey, fine!

“Erk, okey...” jawabku lambat dan perlahan. Tak sangka ada pulak millionaire macam ni kat dunia ni. Kalau aku tak buat research ni, selamanya aku takkan tahu pasal benda ni. Anyway, thanks Miss Zaara sebab suruh aku buat benda ni.

“Apasal panggil aku tadi?”

“Nak tanya sebenarnya. Kalau orang tak puji kau genius, orang puji kau apa pulak?”

“Lucky”

“Lucky?” keningku berkerut, dia mengangguk.

“Yups. Orang kata aku ada lucky trait sebab boleh capai apa yang aku nak. Pelik dan lucu, kan?” dia gelak seorang diri. Aku diam, tak tahu nak gelak apa.

“Kenapa pulak?”

“Yelah sebab bila dah berjaya barulah orang kata kau lucky. Bila baru nak mula, diorang doubted. Bila baru nak up dengan passion yang membara dan membuak-buak, diorang kata jangan teruskan, benda tu sementara aje. Bila ada halangan atau masalah, diorang kata padan muka. Siapa suruh tak dengar cakap diorang? Tapi bila dah berjaya, kata ada trait lucky. Pelik!” nadanya sepanjang menjelaskan perkara tu kedengaran geram sangat.

“Oh...” baru aku faham apa yang dia sampaikan.

“Tulah manusia” aku sambung lagi.

“Nope, they are aliens!” terus meledak ketawa aku dengar dia cakap macam tu.

“Gelak kau eh?” dia pandang aku tak berkelip. Aku pulak yang jadi malu.

“Yelah, sebab kau lucu sangat. Ada ke cakap alien?”

“Sebab diorang memang aliens, that’s why” tak semena-mena aku terpandang seorang pemuda menjual aiskrim. Sedapnya!

“Takpe, Mr. Millionaire. Maafkanlah diorang tu. Lagipun kau dah buktikan yang kau dah berjaya dan jutawan kat diorang. Diorang yang dengki dengan kau mesti masih berada dalam takuk yang sama, kan?”

“Kan aku dah cakap jangan panggil aku macam tu..”

“Aku panggil pelan je kot. Kalau kau marah sangat, aku belanja kau aiskrim. Nak tak?”

“Aku tak suka makan aiskrim” huh, ada ajelah alasan dia ni.

“Kalau tak nak, takpe. Aku nak makan”

“Takde makna kau jog kalau makan benda alah tu”

“Kira okeylah makan aiskrim sebab aku dah jog untuk hari ni. Aku sayang diri aku, jadi aku nak belanja diri aku sebiji aiskrim sebab dah bersusah payah jogging dengan kau awal pagi ni” sesampainya kat booth aiskrim tu, aku terus memesan aiskrim chocolate. Tak sangka awal pagi dah ada jualan aiskrim kat taman ni. Peduliklah Mr. Millionaire tu kalau dia tak nak makan.

“Hurm, dua” katanya kepada pemuda tersebut.

“Makan pulak?” aku sindir dia.

“Haruslah”

“Tadi kata tak nak?”

“Lapar...”

“Nanti takde makna jogging tu tau?”

“Aku sayangkan diri aku jugak. Sekali-sekala makan, tak salah” aku senyum nipis mengejek kat dia yang kelihatan pura-pura tak nak pandang aku. Ek eleh, Mr Millionaire ni, malu-malu kucing pulak! Aiskrim dan duit bertukar tangan. Kami duduk kat tepi booth tu sambil menikmati aiskrim perisa coklat.

“Tapi tak baik makan aiskrim awal pagi, Arisa. Tak baik untuk kesihatan”

“Lah, dah makan tu makan ajelah” kadang-kadang dia ni menyebalkan, tau tak? Pandai rasa menyesal tu menyelubungi dia. Mungkin sebab ni bukan rutin dia kot? Bila tengok balik disiplin dia ni, aku rasa dia macam tak enjoy life langsung. Banyak sangat disiplin! Haih!

“Berapa umur kau?” soal dia.

“Dua puluh tujuh. Kenapa?”

“Kena jaga kesihatan, Arisa. Bila dah masuk tiga puluh macam aku ni, banyak penyakit yang dah mula datang”

“Aku tak paksa pun kau makan aiskrim tadi, kan? Kalau tak nak makan tu, buang ajelah” hish, geram aku! “Malas aku nak dengar ceramah disiplin kau pagi-pagi ni. Macam mak nenek, asyik nak membebel aje. Aku yang jurnalis ni pun tak jugak kuat membebel macam kau” terkeluar jugak rasa tak puas hati aku kat dia tapi perlahan ajelah aku cakap. Aku dah rasa tak enjoy makan aiskrim ni bila asyik dengar nasihat dia. Haihlah!

“Hah, apa dia? Membebel apa?” syukurlah dia tak dengar!

“Takde. Aku kata kalau tak nak makan, boleh aje buang kat dalam tong sampah tu” aku tunjuk tong sampah yang berada beberapa meter dari kami.

“Tak naklah. Ni kali pertama kau belanja aku, kenalah habiskan...” dia sedekah senyuman kat aku.

“Tau takpe”

“Thanks, Arisa. Esok dan hari seterusnya belanjalah lagi, ye? Tapi aku tak nak aiskrim, kau bawakan Hundred Plus dari rumah yang kau dah beli lepas balik dari ofis” dia sengih lagi.

“What?!” dia ni biar betul nak bankrapkan aku? Hundred Plus? Setiap hari? Unbelievable!

“Kau nak bankrapkan aku ke?”

“Taklah. Aku kan dah kata belanja”

“Bankrapkan lah tu!”

“Hundred plus aje takkan nak kedekut?”

“Tapi setiap hari. Dan aku tak singgah mana-mana kedai lepas balik dari ofis” tekanku. Melampau betul jadi secretary dia ni!

“Mulai esok kau akan singgah kedailah nampaknya. Atau kau beli aje satu karton dan bawa balik rumah. Tak payah singgah kedai lagi waktu balik kerja. Senang, kan?”

“Urgh! Kau gunakan aku”

“Tak. Tu salah satu tugas secretary sebulan aku, merangkap researcher aku” dia sengih lagi.

“Sorry, aku tak nak”

“Terpaksa, Arisa. Kalau tak, nampaknya kenalah aku pecat kau dan hire orang lain jadi secretary sebulan aku ni” dia sengih lagi. Urgh, dia ni menguji kesabaran aku betul! Promotion dan kenaikan gaji, sampai tahap begini ke aku perlu berkorban? Uwaa, nak nangis!

“Dengan satu syarat”

“Eh, aku tahu apa kau nak cakap. Pandai kau negotiate dengan aku, kan? No, Arisa. Duit kau sendiri. Kenalah belanja aku, Arisa...” dia sengih lagi sebelum berdiri dan membersihkan seluarnya yang terkena permukaan lantai. Bersih aje aku tengok, perluke bersihkan? Aku tak patut fikir benda ni sekarang. Kenapa dia boleh tahu apa yang aku fikir?

“Aku claim kat company” kedekut nak mampus Mr. Millionaire ni!

“Terpulang tapi macam mana nak claim Hundred Plus eh?” dia pura-pura berfikir. “Jom! Dah dekat pukul lapan dah ni. Kena ke ofis”

Uwaaa, nak nangis! Kenapalah aku perlu nak makan aiskrim waktu pagi-pagi ni? Aku pandang booth aiskrim tu.

Kau tak patut ada kat sini awal pagi! Teriakku yang hanya bergema dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience