bab 9

Drama Series 9417

*RUMAH KELUARGA DATO HISHAM

"Morning zaf, meh sarapan dulu mama buat french toast favourite zaf." pelawa puan Aima kepada anak sulungnya.

"Morning ma, zahir, zarah dah bangun ke ma?" soal zafril sambil melabuhkan punggungnya di kerusi untuk bersarapan bersama mamanya.

"Zahir dah pergi kelas dah harini pukul 8 kelasnya start. Zarah kan sekolah harini. Semua tak sempat nak sarapan tadi papa pergi rumah kawan dia ada orang meninggal subuh tadi." jawab puan aima sambil menikmati sarapannya.

"Ohhh. Mak zah masuk balik bila ma?" Mak zah ialah pembantu dirumah keluarga ini tapi diberikan cuti seminggu kerana anaknya sakit.

"Jumaat kot mama pun taktahu sebab papa yang uruskan. Zaf okay tak ni?" soal puan Aima yang jelas kerisauan diwajah anaknya.

"Zaf okay je penat sikit semalam tak boleh tidur." beritahu zafril ringkas.

"Zaf fikir apa sampai tak boleh tidur ni?"

"Fikir masa depan." ringkas saja jawapan yang diberikan tapi mudah difahami mamanya.

"Zaf tak sukakan dhia ke?" pertanyaan puan aima agak mengejutkan zafril.

"Apa pulak tak suka ma... Zaf okay je tapi kalau dia yang tak boleh terima zaf...." perlahan sahaja bicara zafril tapi mampu didengari puan Aima.

"Kalau macam tu zaf pergi sendiri melamar dhia." cadang puan aima.

"Ma... Kalau zaf sorang je yang taruh perasaan tak boleh juga ma. Takpelah kalau zaf dengan dhia takde jodoh zaf redha." mengeluh zafril perlahan.

"Kenapa zaf nak redha kalau zaf takde usaha? Kenapa zaf cepat mengalah ni? Mana pergi zaf yang kuat cuba dapatkan apa yang dia nak? Mana pergi zaf yang sentiasa ada semangat capai impian dia?" soal puan aima dengan nada tegas.

"Bagi zaf masa dulu nanti zaf usaha sendiri. Zaf minta maaf buat mama marah pagi ni. Zaf kena pergi office dulu ada meeting pagi ni zaf pergi dulu, Assalamualaikum ma." beritahu zaf sambil menyalami tangan mamanya.

Puan Aima hanya memandang pemergian anaknya dengan perasaan serba salah. Dia mula merasakan yang dia terlalu mendesak anaknya dan tidak memahami anaknya.

*RUMAH MAK LEHA

"Okay aufa, kau pun jaga diri ye bye." sejurus dhia menamatkan panggilannya dengan aufa, dia terus keluar daripada biliknya menuju ke dapur.

Kelihatan mak leha sedang menyediakan sarapan pagi didapur. Tanpa disedari mak leha, dhia memeluk maknya dengan beribu perasaan serba salah.

"Dhia, mak tengah pegang pisau ni dah pergi sana duduk diam diam." halau mak leha yang jelas masih marah akan kisah malam tadi.

Dhia yang terkejut dengan tindakan mak leha mula rasa geram akan dirinya dan mengambil keputusan untuk duduk sambil memerhati maknya.

"Mak, petang ni nia kena pergi KL, SPM dah nak start so nia kena jadi pengawas jaga peperiksaan nanti." beritahu kak nia yang baru tiba didapur sambil mencuci tangannya.

Mak leha hanya menganggukkan kepalanya tanpa bersuara sambil kembali fokus menyediakan lempeng dan sambal ikan bilis.

Ketiga beranak tersebut menikmati sarapan dengan suasana yang senyap. Dhia yang merasakan semuanya adalah berpunca darinya akhirnya bersuara.

"Mak, dhia dah buat keputusan untuk setuju kahwin dengan zafril." beritahu dhia sambil memandang wajah maknya.

Mak leha dan kak nia jelas terkejut dengan keputusan dhia mula menghalakan pandangan kewajah dhia.

"Kalau itu je cara untuk mak maafkan dhia, dhia ikut mungkin jodoh dhia dengan zafril." terang dhia lagi sambil menghirup coklat panasnya.

"Dhia, mak sentiasa maafkan dhia." ucap mak leha sambil mengusap lengan anak bongsunya.

"Kalau dah kenapa mak diam je tadi taknak bercakap pun dengan dhia." balas dhia sambil menahan air matanya daripada tumpah.

"Mak saja nak uji dhia ni sayang mak ke tak." terus mak leha bangun memeluk anak bongsunya.

"Hahahahah mak uji budak cengeng ni memang nangis je lah ni." usik kak nia untuk menceriakan suasana malahan mendapat jelingan tajam daripada adiknya.

"Mak.. Dhia serius tau memang dhia setuju nak kahwin dengan zafril." beritahu dhia sambil memandang redup wajah maknya.

"Alhamdulillah syukur Ya Allah nanti mak bagitahu keluarga belah sana." ucap mak leha sambil mencium puncak kepala anaknya.

*PEJABAT ZAFRIL

Zafril hanya termenung memikirkan permintaan mama dan papanya. Adakah perlu dia menamatkan zaman bujangnya sekarang? Apa pula keputusan dhia? Boleh ke dia selamat dengan aku?....

Ketukan pintu pejabat mengejutkan zafril daripada lamunannya.

"Boss, Dato Kamal dah sampai."

"Okay thank you."

Dia menarik nafas lalu menghembusnya dengan tenang lalu berangkat ke bilik mesyuarat dengan penuh berkarisma sebagai CEO di Hisham's Holding.

*MALAM DI RUMAH KELUARGA DATO HISHAM

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, lambat balik zaf busy sangat ke tu.." tegur dato hisham yang berada di ruang tamu sambil membaca al-quran.

"Haah dhia kan takde so zaf kena alert siapkan projek dengan tender baru." beritahu zafril yang sudah duduk di sofa dengan wajah yang sungguh kepenatan.

"Zaf, mama ada good news!" terjah puan aima yang baru sahaja selesai mencuci cawan di dapur.

"Good news? Zaf nak dapat adik ke?" gurau zafril lalu mendapat cubitan daripada mamanya.

"Kalau tu papa pun tak sabar." sambung dato hisham menyokong gurauan anaknya.

"Haaa zahir nak dapat adik?!" terjah zahir yang baru tiba di ruang tamu bersama zarah dengan riak tidak percaya.

"Semua tidur luar ni kang! Mama tak bagitahu lagi kan!" tegas teguran puan aima kepada anak-anaknya sejurus memberikan jelingan maut kepada si suami.

"Tadi mak leha call mama, bagitahu yang dhia setuju kahwin dengan zaf." terang puan aima.

"Serius lah ma?! Ni tak tipu kan?" jelas terkejut dan kurang yakin terpancar diwajah zafril.

"Iye.. Tak percaya pergi call sendiri banyak songeh." jawab puan aima.

"Ohhhh kak dhia.. OMG KAK DHIA KAHWIN NGAN ABANG?! WOWWWWWW BESTNYAAA! Rindunya kak dhia..." beritahu zarah.

"Dahla zaf pergi naik atas mandi nanti call dhia." arah dato hisham.

Zafril bangun daripada duduknya lalu bergerak menuju ke biliknya dengan pelbagai sangsi. Betul ke dhia terima aku? Dia dah suka aku ke?....

Selesai mandi dan solat isyak zafril berfikir berulang kali untuk menghubungi dhia tapi separuh hatinya menghalang. Dia menarik dan menghembus nafasnya lalu membuat keputusan untuk menghubungi dhia.

"Assalamualaikum, dhia." sapa zafril yang jelas sedang gugup.

"Waalaikumussalam asy." balas dhia yang juga gugup apabila mendapat panggilan daripada zafril.

"Awak dah tidur ke? Sorry saya kacau ni.."

"Ehhh takde lah saya belum rasa nak tidur lagi."

"Esok boleh kita jumpa tak?" dengan berhati-hati zafril bertanyakan kepada dhia.

"Esok... Insyaallah tapi saya tak boleh janji lagipun mak sorang je ni saya risau." jawab dhia dengan debaran yang melanda.

"Kalau macam tu saya datang sana esok boleh ke?"

"Errr... Boleh..." ragu-ragu sahaja balasan dhia.

"Okay lah kalau macam tu saya letak dulu lah. Awak jangan tidur lambat pulak Assalamualaikum." ucap zafril lalu segera mematikan panggilannya dengan dhia akibat debaran yang dirasai.

*RUMAH MAK LEHA

"Assalamualaikum." sapa zafril yang sudah tiba dirumah mak leha.

"Waalaikumussalam. Zaf mari masuk sini panas tu dekat luar." pelawa mak leha yang berada dipintu utama rumahnya.

"Takpe mak leha... Zaf nak jumpa dhia je ni." beritahu zafril seraya menyalami tangan tua mak leha.

"Haihhh masuk je takkan nak jumpa tengah panas ni." arah mak leha sambil menepuk lengan zafril.

Akhirnya zafril akur melangkah masuk kedalam rumah mak leha lalu melabuhkan duduknya diatas sofa. Mak leha pula bergerak menuju kedapur untuk menyediakan minuman selepas memberitahu dhia tentang kehadiran zafril.

"Mak, dia datang sorang je ke?" soal dhia kepada maknya yang sedang membancuh air.

"Haah pergi lah sana layan tetamu tu." arah mak leha sambil mencuit lengan anak gadisnya.

'Aduhh nervousnya aku.... Takpe dhia kau bual cam biasa je... Jangan tunjuk awkward tu...' bisik hati dhia seraya menarik nafas lalu menghembus lembut.

"Sorry buat awak tunggu... Harini awak tak kerja ke?" soal dhia sebaik tiba diruang tamu dimana zafril berada.

"It's okay dhia. Saya masuk lambat sikit harini." balas zafril tenang.

Mak leha yang tiba dengan sedulang air teh sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada dhia.
"Ni minum teh ni hati-hati panas tau zaf. Korang borak lah berdua mak nak pergi belakang kejap."

Sebaik bayangan mak leha hilang dari pandangan dua anak muda itu suasana canggung memenuhi rumah itu. Zafril berdehem sedikit selepas menghirup air teh yang dihidangkan.

"Awak macam mana, dah okay ke?" soal zafril prihatin memandang wajah dhia dihadapannya.

"Alhamdulillah dah okay dah." jawab dhia.

"Errr.... Pasal permintaan our parents tu.... Are you sure dhia?" akhirnya zafril mengatakan niatnya kepada dhia.

"Saya sebenarnya taktahu nak kata apa dengan keputusan saya ni sebab mungkin saya ni terburu - buru... Tapi saya yakin pilihan mak tepat insyaallah.." jawab dhia cuba menenangkan hatinya sambil memandang tepat ke wajah zafril.

Zafril mengukirkan senyuman dibibirnya sebaik mendengar ucapan dhia. "Insyaallah semuanya berjalan lancar."

Suasana kembali sepi dengan hanya kedengaran bunyi cawan.

"Err... Boleh tak kalau saya nak masuk kerja esok? Lagipun saya dah rasa okay sikit ni." soal dhia bagi menghilangkan suasana sunyi. Dia juga ingin bekerja sebab perlu mencari duit untuk diberikan kepada mak leha.

"Boleh je tapi awak serius ke nak masuk ni? Mak leha okay ke?" soal zafril semula kerana risau jikalau mak leha tinggal seorang nanti.

"Mak okay je kalau dhia nak masuk kerja semula. Mak bukan budak kecik tau takpe mak pandai jaga diri kat sini insyaallah takde pape." beritahu mak leha sebaik selesai menunaikan solat sunat dhuha seraya melabuhkan duduknya diatas sofa bersebelahan dhia.

Zafril hanya tersenyum manis melihat hubungan erat antara dua perempuan dihadapannya.
"Kalau macam tu esok saya ambil awak pergi office ye." beritahu zafril mendapat anggukan daripada dhia.

"Mak leha, dhia saya minta diri dulu ye." dengan sopan zafril menyalami tangan mak leha.

"Bawak kereta elok elok zaf." pesan mak leha sebelum kereta zafril meluncur hilang dari pandangan mereka.

Mak leha dan dhia melangkah masuk semula kedalam rumah selepas memastikan zafril hilang dengan pemanduannya.

"Dhia, mak dengan auntie aima dah bincang nak nikahkan korang dalam masa 3 bulan lagi. Dhia okay tak?" soal mak leha seraya melabuhkan duduknya diatas sofa.

"3 bulan?!? Awalnya mak... Dhia tak ready lagi..." keluh dhia sambil bermain dengan jarinya. Dia sememangnya masih belum bersedia untuk menukar statusnya kepada isteri tapi apa yang boleh dibuat dia hanya ikut saja permintaan maknya.

"Dhia kami bukan saja-saja letak 3 bulan tu tau tapi dengan situasi sekarang ni macam-macam boleh jadi. Nanti zafril ada dengan dhia boleh jaga dhia sebab mak dengan kak nia tak selalu ada dengan dhia." terang mak leha yang jelas faham akan situasi dan perasaan anaknya.

"Okay mak kalau itu permintaan mak dhia ikut je." pasrah saja balasan dhia.

Mak leha hanya melemparkan senyuman kepada anak gadisnya itu dia yakin bahawa zafril mampu melindungi dhia. Sebenarnya semalam mak leha ada menerima sepucuk surat yang memberinya ugutan. Sebab itu dia meminta perkahwinan zafril dan dhia dicepatkan. Andai suatu hari nanti dia sudah tiada, zafril dan nia masih ada untuk melindungi anak bongsunya itu.

sorry for late

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience