Hazel termenung jauh memandang ke luar kereta.Kepalanya tersandar di dada kerusi tetapi matanya memandang langit yang kebiruan.Bila terasa sebak menjentik hatinya,dia segera menutup rapat matanya menyembunyikan airmata dan menelan tangisannya.
Suara tengkingan suaminya terngiang-ngiang di telinganya.Hatinya yang sedikit sensitif sejak
kebelakangan ini terusik dengan kejadian tadi sehingga hatinya terhiris luka.Dadanya sesak dan sempit menahan tangisan.Dia ingin menangis tetapi dia perlu keraskan hati.Dia tak nak Tengku Que Iskandar menganggapnya lemah.Dia hanya perlu menjalani hidup seperti sebelum ini dirumah agam daddy.Hidup berjauhan mungkin lebih baik untuk memberi ruang untuk menilai hati budi masing-masing.
Sentuhan hangat ditangannya tidak diendahkan.Terasa tangannya digengam kemas oleh tangan sasa Tengku Que Iskandar yang sedang memandu di sebelahnya.Saat terasa ada kucupan di punggung tangannya,Hazel tersentak dan segera menarik kuat tangannya namun Que enggan melepaskan tangannya jadi dia hanya membiarkan saja.Beberapa ketika Tengku Que Iskandar mengucup kembali tangannya menyebabkan Hazel mula nak memberontak.
"Awak lepas lah saya rimaslah".
Tengku Que Iskandar semakin mengetatkan genggaman bila dia menyedari Hazel mula menukar nama gantian mereka.
"Abang tak suka Hazel bersaya awak bila bercakap dengan abang!"
"Kenapa,nak hukum saya lagi?" Hazel mula memprovok Tengku Que Iskandar.
"Buat lah apa yang awak suka,saya dah tak kisah!"
"Awak nak ceraikan saya?..Nak bunuh saya?"...silakan!!!"......tempik Hazel kuat melawan.
Tengku Que Iskandar menekan brek dengan tiba-tiba menyebabkan beberapa buah kereta dibelakang di landa huru-hara kerana kelam kabut menekan brek untuk mengelak daripada terlanggar kereta tuannya sehingga mengeluarkan bunyi seretan berapi.
"Get out of the car!"....Tengku Que Iskandar bersuara lantang,matanya menyorot tajam ke wajah tegang isterinya.Badannya terasa membara,hatinya berapi dengan kemarahan mendengar kata-kata Hazel.Dadanya turun-naik melawan nafas yang melaju.
"Fine...!"sambut Hazel penuh berani walaupun laluan yang mereka lalui dikelilingi hutan tebal dan sunyi.Namun disebabkan sakit hati yang lebih menguasai,Hazel melangkah keluar dari perut kereta.
Tengku Que Iskandar segera menekan pedal minyak dengan laju meninggalkan Hazel sendirian.Pengikut Que teragak-agak untuk mengikut kereta tuannya yang sudah jauh di depan.Hazel tersenyum sambil melambaikan tangannya supaya mereka segera menyusuli Tengku Que Iskandar.Dia tak mahu disebabkan dia pengikut-pengikut Que yang setia mendapat susah.Cukup la dengan kedegilannya semalam menyebabkan beberapa orang pengikutnya hilang nyawa dan cedera parah dikerjakan oleh suaminya.
Hazel membuka langkahnya menyusuri jalan perlahan-lahan.Rasa sendat di dadanya yang terbuku dengan kesedihan dilepaskan perlahan-lahan dan semakin kasar tangisannya untuk melepaskan rasa sakit di hatinya.Bila sedikit tenang,Hazel menyapu airmatanya dan mulakan langkahnya kembali.Dia perlu menjadi seorang Hazel Haufa yang kuat dan degil seperti dulu.
Hampir setengah jam berjalan,Hazel berhenti rehat seketika menghilangkan lenguh dikakinya.Jari kakinya sedikit melecet tetapi dia masih lagi boleh bertahan.Bila hilang sedikit kepenatan,dia menyambung kembali langkahnya.Perkara ini berterusan sehingga dia juga tidak sedar seberapa jauh dia sudah berjalan.
Hazel sudah kelelehan dan kakinya sudah melecet teruk malah sekarang dia sudah berjalan dengan berkaki ayam.Dia masih meneruskan perjalanan kerana hari semakin lama semakin gelap.Mukanya sudah memerah kerana kepanasan.Pakaiannya juga basah dengan peluh.Mungkin dia kelihatan sangat comot sekarang.Matanya juga sedikit berpinar-pinar mungkin kerana cuaca panas dan kekurangan air.Sepanjang perjalanannya langsung tiada bayang sebuah kenderaan pun yang berselisih atau melintasinya.
Dari kejauhan Hazel melihat seperti hentian bas di tepi jalan tidak jauh dari kedudukannya.Dia melajukan langkahnya kerana dia sudah tidak sabar untuk berehat.Hazel melabuhkan punggungnya untuk berehat seketika.Lututnya dipeluk dan kepalanya dijatuhkan kepangkuannya.Akhirnya kerana keletihan Hazel terus terlena ke alam mimpi.
***************
Langkah kaki di hentikan didepan susuk tubuh wanita yang sangat lena dibuai mimpi walaupun duduknya tidak sempurna.Raut wajah yang tampak kelelehan di renung dengan penuh kerinduan.
"Sleeping head!"...bisiknya perlahan.
Bibirnya tersenyum bila dengkuran kecil menyapa telinganya.Dari berdiri,dia duduk mencangkung mengadap tubuh kecil Hazel.Matanya merayap nakal menilik wajah Hazel..Tangannya naik menyentuh hidung kecil milik Hazel.Kornea matanya melekat di bibir kemerahan Hazel yang sedikit terbuka menyebabkan dia menelan kasar air liur.Jarinya perlahan mengelus dua ulas bibir ranum wanita itu,tiba-tiba jarinya terhenti seketika dibelahan bibir Hazel.
"Hmmmmm......"Hazel mengumam bila lenanya diganggu.
Bibirnya diketap kuat,matanya tertutup menahan gelora rasa bila mendengar bunyi yang meniti dibibir Hazel.Wajahnya segera dialihkan ke hujung kaki Hazel yang luka melecet.Matanya berkaca melihat keadaan wanitanya.
"Maafkan abang,sayang."
"Let's go home!"
Tubuh Hazel diangkat perlahan-lahan tanpa mengganggu lenanya.Tubuh kecil Hazel dibaringkan dengan selesa di tempat duduk penumpang sebelum kereta laju membelah hari yang semakin menggelap.
Keretanya diberhentikan di depan pagar rumah agam Tengku Benjamin Adame.Setelah yakin tiada sesiapa menyedari kedatangannya dan keadaan selamat,dia memakai mask serta topi sebelum mengangkat keluar Hazel.Wanita itu benar-benar tertidur mati langsung tidak sedar dengan keadaannya.Kepalanya tergeleng-geleng sambil tersenyum.Tubuh Hazel perlahan-lahan diletakkan menyandar di gate rumah agam Tengku Benjamin Adame.Wajah Hazel ditatap sayang sebelum dia menekan loceng beberapa kali.
"Selamat tinggal sayang,see you soon!"..
Share this novel