Bab 3

Horror & Thriller Completed 4404

"Kamu ingat perpustakaan ni tempat apa? kamu semua ni dah besar tapi kenapa masih berkelakuan seperti anak anak kecil?" kata Cikgu Sahana dengan nada yang agak tegas.

Atikah, Nuranis, Fathihah, Athirah, Afrina dan Soaliaha hanya tunduk dan mendiamkan diri sahaja apabila dimarahi oleh guru kesayangan mereka. Mereka tidak tahu apa yang harus dikatakan untuk membela diri mereka. Sememangnya mereka semua yang bersalah kerana main permainan itu. Cikgu Sahana memandang mereka dengan pandangan yang sangat tajam. Mereka masih menundukkan kepala. Tak mahu mereka bertentang mata dengan guru yang mereka sayangi. Tak sanggup.

Pihak sekolah bekerja sama dalam mencari Maisarah. Semua pelajar, guru dan ibu bapa Maisarah mencari Maisarah di dalam sekolah itu. Tapi malang sungguh nasib mereka, Maisarah tetap tidak dapat dijumpai. Pihak sekolah dan Ibu bapa maisarah sudah membuat keputusan untuk memberitahu pihak polis akan kehilangan Maisarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience