BAB 2

Romance Completed 37369

Rosie hanya sugul melihat jenazah papanya di bawah oleh orang Papanya. Edward Idgryl meninggal dunia kerana diserang oleh pihak musuh yang lain. Rosie hanya menggengam tangannya sehingga kelihatan urat di mukanya turut tegang. Air matanya sudah tiada dan kering kerana semalaman menangisi kematian Papanya. Dia tidak akan berdiam, siapa yang sanggup bermain api dengan dirinya. Akan dibakar seluruh keturunan organisasi tersebut biar tidak bernama di dunia.

Puan Sharifah merenung anak daranya, dia tahu.. hati anak daranya tu sedang membara. Dia merenung lelaki di hadapannya. "Aunty, maaf kalau saya bertanya.. kenapa banyak lelaki memakai kot hitam datang di rumah ini tadi? Dan mengapa mereka yang menguruskan jenazah Master Edward?" Soal Amran, hatinya sedari tadi ingin bertanya. Namun, mulutnya terkunci rapat melihatkan orang-orang yang berpakaian sebegitu. Dengan aura yang lain dan sedikit ganas melihatkan air muka satu-persatu.

"Kalau Aunty cerita, Amran masih meneruskan perkahwinan dengan Rosie pada hujung minggu ini?" Soal Puan Sharifah. Amran dengan yakinnya menjawab, "solat istikharah saya sudah terjawab, Aunty." Kata Amran sambil merenung ke arah Rosie.

"Master Edward Idgryl. Idgryl merupakan nama bagi organisasi rahsia yang melindungi beberapa kawasan di sekitar UK. Sekarang, memang agak banyak pertumpahan darah berlaku lantaran kekuasaan dan perluasan kawasan di sekitar UK." Cerita Puan Sharifah. Amran sudah terkejut, "maksud? Maksud Aunty.. saya tidak berapa mengerti." Kata Amran. Puan Sharifah hanya tersenyum, "kadangkala.. ada benda yang kita tidak payah faham. Asal kamu tahu, penyambung legasi seterusnya ialah Rosie. Tolong bimbing dia, Amran. Dia masih muda, baru 16 tahun. Darah mudanya masih baru. Aunty letakkan kepercayaan kepada kamu, nak Amran." Kata Puan Sharifah.

Rosie mendekati orang kepercayaan Papanya. "So, tell me.. who did this?" Tegang sahaja raut wajah Rosie. Sebastian hanya menarik nafas dan menghembuskan nafasnya. Dia perlukan sebatang cerut untuk melempiaskan sisa ketakutannya. Dia yakin gadis di hadapannya ini boleh berbuat apa sahaja. She's still young.

"Harl Organisation." Kata Sebastian. Rosie terus melemparkan senyuman sinisnya. "Pastikan semua nama keturunan Harl Organisation ada di tangan aku malam. Aku akan lenyapkan keturunan mereka. Biar tidak bernama. Sediakan orang dan senjata." Kata Rosie meninggalkan Sebastian.

Mendengar sahaja kata Rosie, dia tahu gadis ini tidak main-main. Habislah semua keturunan Harl.
***
Amran baharu sahaja selesai mengimamkan solat bersama Rosie dan Puan Sharifah. Sebastian hanya menyaksikan mereka menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Dia tahu, apabila mereka berada di mansion ini, mereka tidak perlu takut. Mansion kepada Master Edward Idgryl ini sangat kebal dibandingkan dengan mansion-mansion organisasi lain.

"Rosie. Hujung minggu ini kamu bakal berkhawin, mama cuma nak pesan kepada kamu berdua. Jadilah suami isteri yang taat kepada perintah Allah. Dan, Amran. Jagalah baik-baik isterimu nanti." Kata Puan Sharifah lantas meletakkan tangannya ke kepala anaknya dan mengusap perlahan.
***

Rosie melihat tiada orang di ruang tamu, mereka semua akan bertindak tepat jam 12 malam. "Come on, let's go." Kata Rosie menaiki kereta yang akan dipandu sendiri oleh dirinya.

Amran yang ketika itu sedang menulis surat kepada ibunya di Tanah Melayu terkejut mendengar deruan enjin kereta dan melihatnya. "Rosie... Dia nak ke mana?" Soal Amran.
***

Rosie memulakan lawatannya ke rumah Harl Organisation. Dengan senang hati dia melepaskan das-das tembakan sehingga mengenai semua anak buah Harl. "Kau uruskan mereka. I don't care what method you want to use.." kata Rosie, terus menendang pintu Harl Organisation. Kelihatan Harl sedang memegang pucuk pistol sambil mengacukan ke arah Rosie.

"Hai Uncle.." senyum comel Rosie. "What do you want? Ahhh?!" Teriak Uncel Harl. "Well, you kill my father, ain't you? And you think you gonna be save.. ingat Uncle, bila saya dah datang ke rumah Uncle, maksudnya dalam beberapa saat/minit, Uncle akan mati!" Kata Rosie dalam berbahasa Melayu, dia tahu Uncle Harlnya itu mengetahui bahasa Melayu.

Uncle Harl melepaskan tembakan rambang.. namun satu butir peluru pun tidak mengenai ke badan Rosie. Rosie hanya ketawa kuat sehinga Harl menembak ke kawasan mana sahaja sehingga dia tidak menyedari bahawa dia sudah pun tertembak semua ahli keluarganya.

"Ahhhhhhhh!!!!!" Menjerit histeria Harl apabila mendapati bahawa dia sudah terbunuh semua ahli keluarganya. "Wake up.. wake up.. please.. wake up." Tangis Harl. Pistol sudah pun diacukan ke kepala Harl.

"Goodbye Uncle. Terima kasih kerana sudah memudahkan kerja saya." Kata Rosie, dan tanpa membuang masa, dia terus menembak ke arah kepala Harl sehingga berkecai. Dan terus berlalu keluar.

"Where gasoline?" Soal Rosie. Orangnya menyerahkan gasoline. "Semua keturunan Harl dah mati?" Soal Rosie. Sebastian hanya menganggukkan kepalanya. Tiada satu pun tersisa kumpulan Harl pada malam ini. Dan dia yakin, kawasan Harl akan menjadi miliknya. Sudah tertulis di perjanjian antara organisasi.

"Sekiranya pemegang waris organisasi masih ada, masih dikira kawasan kumpulan tidak akan jatuh kepada pihak musuh. Namun, jika pihak musuh berjaya menghapuskan semua keturunan organisasi lain sehingga tiada pewarisnya. Kawasan tersebut akan menjadi kawasan pihak lawan yang menang."

Dia masih ingat perjanjian tersebut. Dia menyalakan api dan terus membaling ke arah tumpahan minyak gas. "Now, I'm the new leader of Idgryl Organisation." Senyum nipis Rosie.
***
Rosie membuka pintu secara perlahan dan terus naik ke tingkat atas. Dia sedikit penat menguruskan semuanya. Kawasan rumah Harl Organisation seakan tidak pernah tinggal di situ, seakan tidak wujud. Dan memang begitu, apa yang dirancangkan. Baru sahaja dia ingin masuk ke biliknya. Tangan ditarik oleh seseorang.

"Ahh..emm.." belum sempat Rosie menjerit mulutnya sudah ditekup oleh seseorang. "Rosie, ke mana?" Soal lelaki tersebut. Rosie sudah tersenyum. Amran melepaskan tekupan di mulut Rosie. "Ros ke mana, kenapa badanmu seakan berbau minyak tanah." Kata Amran. Dia risau dengan gadis ini, gadis kesayangannya.

"Tiadalah Amran, saya cuma memerlukan masa bersendirian, dan saya hanya membakar unggun api. Mungkin kerana itu, badan saya bau minyak tanah." Senyum Rosie. "Amran tidak tidur?" Soal Rosie. "Abang tidak dapat tidur kerana risaukan Rosie." Kata Amran terus memegang ubun-ubun kepala Rosie.

"Kita akan berkhawin, Rosie. Tolong jaga kesihatan dirimu.." bisik Amran. Entah kenapa menjalar satu perasaan ingin memeluk Amran ketika itu, namun dia tahu. Mungkin lelaki di hadapannya akan terkejut, seakan perlakuannya tidak sopan jika dia berbuat begitu. "Baik Amran." Kata Rosie, menundukkan wajahnya. Amran menaikkan wajah Rosie dengan memegang hujung dagu Rosie. "Ros.. panggil daku Abang, Ros. Lusa kan kita akan menjadi suami isteri." Senyum Amran. Rosie hanya tersenyum kecil. "Abang.." gemersik suara Rosie. "Ya sayangku Ros.." jawab Amran. Dia memberanikan diri untuk mengusap rambut perang milik Ros dan menyisipnya di sebalik telinga Ros.

"Tidurlah sayangku Ros. Ku harap tidurmu lena, semoga mimpi mu indah belaka agar kau bangun, kau dapat melupakan segala kesedihanmu." Bisik Amran di telinga Rosie. Hatinya Rosie berdegup kencang, madah pujangga yang memang akan membuatnya tidur lena pada malam ini. Amran memimpin tangan Rosie yang masih berlapik dengan kain bajunya. Amran membuka pintu dan menarik badan Rosie ke dalam bilik tidurnya.

"Jangan lupa baca doa." Pesan Amran terus menutup pintu bilik Rosie. Selepas sahaja Amran menutup pintu, Rosie melompat kegirangan. Akhirnya, cintanya terbalas oleh lelaki yang selalu dia tunggu, dia intai. Dia mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya dan terus tidur.

Sedang Rosie mengelap rambutnya yang basah akibat mandi tadi. Rosie tersentak mendengar deringan telefon yang berbunyi di biliknya. Dia mengangkat gagang telefon. "Hello, Rosie Sharifah Edward. Why?!" Tegas suara Rosie. Lantas terkejut mendengar butiran daripada si pemanggil tersebut. Dia meletakkan gagang itu lantas tersenyum sinis.

"Unsolved business.. again?" Soal Rosie.

Share this novel

Fukumen Hime
2022-04-14 12:32:14 

bila guna bahasa Inggeris, mohon jangan tulis seperti direct translation. where gasoline? sepatutnya ialah where is gasoline?


NovelPlus Premium

The best ads free experience