BAB 10

Horror & Thriller Completed 5203

Dengan menggunakan dawai dia cuba membuka kunci tombol pintu bilik itu. Setelah berjaya dia pun masuk dan melangkah perlahan-lahan kearah Alisya. Tidak dihiraunya jeritan dan rayuan Alisya saat itu.

“Aku tahu kau tahu apa yang berlaku malam itu Alisya. Bagaiman kau tahu Alisya?” suara lelaki itu membentak Alisya. Alisya menangis ketakutan, bibirnya bergetar.

“ Aku tahu itu kau Zaidi. Sudah lah Zaidi, serah diri pada polis dan bertaubatlah, jangan kau mahu jadikan aku mangsa seterusnya. Kau mahu tahu bagaimana aku tahu? Malam itu aku mengekori kau hingga ke jalan puaka itu. Aku lihat apa yang berlaku. Aku lihat kau tanam Amirah. Ya! Video itu video bukti pembunuhan Amirah. Sudahlah Zaidi, serah diri sahaja.” Alisya memberanikan diri menceritakan segalanaya.

“Dasar perempuan tak guna!!! Apa kau sangka aku mahu mati seperti Izati dan Amirah? Dan juga mungkin kau? Tidak mungkin!” Zaidi semakin berang. Dia bertindak untuk menikam Alisya. Namun belum sempat dia menikam Alisya satu das tembakan ditembak kearah tangan Zaidi. Pisau yang dipegangnya terlepas.

“Jangan bergerak, kami polis.” Kata salah seorang ahli pasukan polis tersebut. Darah berlumuran ditangan Zaidi. Dia meraung kesakitan. Pihak polis segera mendapatkan Zaidi dan dibawa pergi. Alisya menags sepuas puasnya. Dendam Amirah akhirnya terbalas. Dia bersyukur kini orang yang perlu bertanggungjawab sudah tertangkap.

Malam itu Alisya telah nekad untuk mengekori kemana Zaidi ingin membawa Alisya kerana dia telah mendengar perbualan Yasmin denganZaidi ketika Yasmin menyerahkan pita rakaman kepada Zaidi. Namun wlaaupun dia mengekori Amirah dia tidak dapat menghalang Zaidi dari membunuh Amirah kerana dia sendiri merasa takut. Hendak dihubungi polis dia seakan terpaku dan tidak tahu berbuat apa-apa. Setelah Zaidi membawa mayat Amirah untuk ditanam Alisya menceroboh kereta Zaidi untuk mendapatkan pita rakaman tersebut. Mujurlah ketika itu kereta zaidi tidak berkunci.

Setelah berjaya mendapatkan pita tersebut dia cuba menjejaki kemana Zaidi membawa mayat Amirah. Dia merakam detik-detik Amirah disemadikan oleh Zaidi. Namun berbulan lamanya dia menyimpan rahsia tersebut kerana dia trauma. Sahabat baiknya mati dihadapan matanya tidak mungkin dia mampu untuk berlagak seperti biasa.

Selepas kejadian Zaidi datang menemuinya petang itu, dia nekad untuk terus ke balai polis membuat laporan megenai kematian Amirah dan juga Izati. Kerana dia dapat merasakan bahawa nyawanya sudahpun terancam. Zaidi sudah tahu mengenai bahan vukti yang dia ada. Oleh kerana itu pihak polis mula mengekori Zaidi.

Selepas sekian lama, akhirnya mayat Amirah disemadikan semula ditanah perkuburan islam sekitar Gombak berhampiran kubur adiknya Izati. Setiap kali punya masa lapang Alisya pasti menziarah kubur Amirah.

Tidurlah, beradulah dengan tenang wahai kawanku, tenanglah engkau di sisi Allah SWT. Lupakan segala dendam, hapuskan segala derita sakitmu. Berehatlah dengan aman kerana lelaki yang menzalimimu bakal ke tali gantung manakala orang kenamaan, Dato Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun kerana bersubahat atas kematian Izzati. Kini semuanya sudah selesai. Semoga roh mu dicucuri rahmat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience