Bab 2

Romance Completed 94920

Hari ini sebelum berangkat ke tempat kerja. Khai memasak nasi dan lauk terlebih dahulu untuk ibu dan bapa saudaranya seperti selalu. Selepas siap masak barulah khai berangkat ke tempat kerja. Inilah rutin setiap kali sebelum Khai berangkat ke tempat kerja.

Jam 7. 30 Khai pun berangkat menuju ke tempat kerjanya. Khai mengambil masa dalam setengah jam barulah sampai di tapak pembinaan tempat ia bekerja. Khai selalunya melakukan tugas-tugas seperti mengikat bata dengan semen saja. Ia juga akan melakukan tugas memasang bumbung. Kali ini Khai bekerja di tapak pembinaan membuat taman perumahan. Jadi agak lama jugalah Khai boleh bekerja di sini. Mungkin lagi setahun projek perumahan ini akan siap. Khai sudah bekerja di sini hampir setahun setengah.

Bila siap saja projek perumahan ini,Khai terpaksa mencari kerja di tempat lain pula. Beginilah kehidupan Khai di dalam usianya yang masih muda ia terpaksa melakukan kerja-kerja berat untuk menampung kehidupan. Walau pun ramai mengagapnya pelik tapi Khai tak peduli dengan semua itu. Khai hanya memikirkan ibu dan bapa saudaranya. Baginya asalkan ibu dan bapa saudaranya berada di sisinya hidupnya sudah sempurna.

Khai tidak pandai bergaul seperti orang lain. Khai seorang pendiam dan tak banyak cakap. Dulu semasa masih ada arwah neneknya,Khai selalu meluahkan segala yang ia rasakan pada neneknya. Sekarang ia selalu juga meluahkan pada bapa saudaranya walau pun bapa saudaranya itu hanya tersengih-sengih bila Khai bercerita masalahnya. Bagi Khai itu sudah cukup ada juga orang yang mendengar luahan hatinya.

Petangnya jam 5.00 Khai pun pulang ke rumah seperti selalu. Hari ini Khai singgah di kedai untuk membeli bahan-bahan masakan. Kerana di rumah sudah banyak habis bahan-bahan masakan. Agak penuh juga raga motor Khai dengan barang-barang yang ia beli. Khai kelihatan seperti lelaki jika orang luar melihatnya. Hanya orang kampung yang tahu Khai sebenarnya perempuan. Khai juga berkulit agak gelap kerana bekerja di tengah panas terik.

Khai sampai di rumah dalam 6.00 petang. Khai tak ambil kisah sangat bila melihat ibu dan bapa saudaranya tidak ada di rumah. Kerana sudah terbiasa begitu. Tetapi hari ini agak berbeza kerana hari sudah semakin gelap tapi ibu dan bapa saudaranya tidak pulang seperti selalu. Khai mula gelisah bila melihat jam sudah 8.00 malam tapi kelibat ibu dan bapa saudaranya tetap tidak kelihatan.

Kerana risau dengan ibu dan bapa saudaranya Khai pun mengambil kunci motor. Lalu berjalan menuju keluar rumah menuju ke arah motornya. Khai pun menghidupkan enjin motornya untuk mencari ibu dan bapa saudaranya. Khai membawa motornya keliling kampung tempat ibu dan bapa saudaranya sering berjalan bila petang-petang.

Hati dan perasaan Khai agak gelisah kerana masih tidak bertemu dengan ibu dan bapa saudaranya. Akhirnya Khai berhentikan motornya itu untuk bertanya orang kampung jika ada yang nampak kelibat ibu dan bapa saudara. "Makcik ada nampak mak dan paksu saya jalan-jalan kat kawasan ni tak"

"Ada petang tadi, tak silap petang tadi ada kemalangan dekat depan sana. Rasanya depa bawa pergi hospital mak dan paksu kamu tu" kata makcik tersebut.

Mendengar apa yang di katakan makcik tersebut. Membuatkan Khai semakin risau. Khai pun membawa motornya itu menuju ke arah hospital. Setengah jam kemudian Khai pun sampai di hospital. Khai menuju ke tempat kecemasan dan bertanya pada petugas di sana tentang ibu dan bapa saudaranya.

Selepas bertanya baru Khai perasan bapa saudaranya sedang duduk dibangku. Khai melihat ada tompokan darah pada baju bapa saudaranya itu. Khai pun segera menuju ke arah bapa saudaranya itu dan bertanya tentang ibunya."Pak su,mak mana?"

"Mak ada dalam tu"kata paksu sambil jarinya menujuk ke arah pintu kecemasan yang tertutup.

"Paksu ada luka dekat mana-mana tak?"tanya Khai pada paksunya.

"Paksu tak dak luka. Cuma akak Imah je yang kena langgar dengan motor... Motor tu laaju saaangat."Kata bapa saudara Khai.

Hampir setengah jam Khai dan Harris menunggu di tempat kecemasan. Tak lama kemudian barulah petugas hospitlal memanggil waris Halimah. Harris dan Khai pun pergi ke arah petugas hospital yang memanggil waris Halimah."Saya anak Halimah"kata Khai.

"Ibu awak agak krital keadaannya. Kamu boleh masuk untuk tengok keadaan dia"kata petugas tersebut. Khai pun segera masuk ke dalam ruang kecemasan tersebut. Air mata Khai menitis melihat keadaan ibunya itu.

Doktor yang merawat Halimah datang menghampiri Khai."Kamu anak pesakit ni?"

"Ya saya anaknya"jawap Khai sambil memandang ke arah doktor tersebut.

"Kami akan letakkan ibu kamu ni di dalam wad P. Kamu boleh pergi ke wad tu nanti"kata doktor tersebut. Tak lama kemudian dua orang pembantu jururawat pun datang untuk menolak katil Halimah menuju ke wad.

Khai pun memanggil Harris untuk berjalan ke arah wad yang telah di beritahu tadi. Tak lama kemudian mereka berdua pun sampai di wad tersebut. Halimah juga sudah pun sampai dan telah berada di dalam wad tersebut. Khai membantu jururawat mengakat badan ibunya. Untuk di letakkan ke atas katil yang berada di dalam wad tersebut.

Agak lama juga Khai berada di tepi katil ibunya. Khai melihat kelopak mata ibunya hanya tertutup. Dan ibunya juga di letakkan alat untuk membantu ia bernafas. Harris bapa saudara Khai terpaksa menunggu di luar. Kerana hanya seorang sahaja di benarkan untuk menemani pesakit yang berada di wad.

Memikirkan keadaan bapa saudaranya seorang diri di luar. Khai mengambil keputusan untuk membawa bapa saudaranya itu pulang dahulu. Kerana pakaian Harris penuh dengan tompokan darah.

Sampai di rumah jam sudah pukul 12.00 malam. Harris segera mandi dan menukar baju. Sementara Khai agak keletihan dan tertidur. Paginya Khai dan Harris bangun dan bersiap untuk ke hospital. Sampai di wad katil Halimah terbaring ada sekumpulan jururawat dan doktor. Doktor sedang memeriksa keadaan Halimah yang semakin tenat. Khai segera menuju ke arah katil ibunya itu. "Doktor kenapa dengan ibu saya"

"Maaf ibu kamu sudah tenat, kami tak boleh buat apa-apa lagi. Berserah je pada Allah"kata doktor tersebut.

Khai terdiam mendengar apa yang di katakan oleh doktor tersebut. Air mata Khai menitis membasahi pipinya. Harris melihat Khai menangis lalu ia bertanya pada Khai." Kenapa Khai menaaangis?"

"Doktor kata mak tak ada harapan dah" kata Khai sambil matanya memadang pada bapa saudaranya itu.

Lebih kurang setengah jam kemudian ibu Khai pun menghembus nafasnya yang terakhir. Jenazah Halimah pun di bawa pulang ke rumah. Dengan bantuan orang kampung urusan pekebumian Halimah pun selesai. Sekarang tinggal lah Khai dan Harris di rumah itu.

Khai dan Harris melalui hidup seperti biasa. Harris hanya akan berada di rumah saja. Manakala Khai akan tetap bekerja seperti biasa. Hampir 2 bulan kematian Halimah tiba-tiba hari minggu ini ada sebuah kereta berhenti di depan rumah Khai. Harris dan Khai pun keluar untuk melihat siapa yang datang.

Harris dan Khai melihat dua orang lelaki separuh baya keluar dari dalam kereta tersebut. Kedua lelaki itu berjalan menuju ke arah Khai dan Harris."Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam, aada apa datang ni"tanya Harris.

"Kami datang ni nak bagi tahu,kamu berdua kena keluar dari rumah ni dalam masa seminggu.Kerana tanah ni saya dah beli dengan tuan tanah. Jadi kalau boleh saya nak kamu berdua keluar dari rumah ni dengan segera".Kata salah seorang lelaki tersebut. Khai agak terkejut mendengar apa yang di katakan oleh lelaki tersebut. Tapi Khai juga tahu tanah ini bukan haknya. Tuan tanah yang dahulu kawan baik atuknya. Jadi tuan tanah membenarkan atuknya membuat rumah di kawasan tanah ini. Tapi sekarang tuan tanah yang membenarkan mereka menumpang di tanah ini sudah hampir setahun meninggal. Tanah ini sudah jatuh di tangan anak-anak kawan atuknya itu. Khai tidak menyangka anak-anak tuan tanah akan menjual tanah ini. Nampaknya Khai dan Harris terpaksalah keluar dari rumah yang sudah sebati dengan hidup mereka.

"Nanti lagi dua tiga hari lagi kami akan keluar dari rumah ni"kata Khai sambil memadang pada ke dua lelaki tersebut.

"Kalau macam tu baguslah."kata lelaki tesebut lalu mereka pun berjalan kembali ke arah kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience