Chapter 5

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 5

"Allah!" Encik Basri menyebut nama Tuhan Agung sebagai kuasa mutlak menakluki makhluk selain manusia. Sementara ibu jari dan jari telunjuknya memicit ibu jari kaki Surya dengan lada hitam.

Mengaum Surya sambil bergelut dengan kudrat empat jejaka cukup katang untuk melawan makhluk yang ada di dalam tubuh Surya. Sekali lagi bergema suara Encik Basri.

"Waaaaargh!!!" Suara garau meronta kesakitan.

"Allah!" Surya terlepas.

Terlalu laju langkah kaki Surya. Umpama langkah sang belang pantasnya. Encik Basri yang ditendang sebelum terlepas, mengerang sakit pada dadanya. "Pergi... Kejar..."

***

"Ya Allah, Surya!" Surya mendaki tembok koridor. Fatihah dan Aishah bagai lupa akan perasaan takutnya tadi. Penuh kudrat melawan tenaga Surya. Aishah sempat memberitahu teman lelakinya yang pelajar silat dan meminta tolong.

Hampir 15 minit menunggu. Bantuan kekasih Aishah sampai dengan sidekick nya yang lain. Jadi mereka terpaksa berlawan dengan Surya dan membawanya balik kolej kediaman siswi.

***

Rizal mengejar Surya yang laju seperti pelesit. Entah saka mana yang menyampuk Surya. Tidak pernah dia menjangka akan menentang Surya malam ini. Surya yang pendiam dan cuma beberapa ketika saja dia akan berborak dengan budak kelas lain selain Adila dan Salwa.

Sedar tak sedar kaki Rizal menjejak ke hadapan pintu utama blok C. Beristighfar si Rizal. Sesekali mendengar hilaian dan ngauman Surya. Rizal yang ada kelebihan boleh melihat apa yang manusia biasa tidak nampak, merasakan bulu roma meremang.
Digagahkan kakinya melangkah naik selepas membaca sesuatu. Rakan-rakan Rizal termengah di pagar blok C. Semput mengejar rentak Rizal dan Surya.

Sampai di aras empat, Surya cuma duduk di hujung koridor. Wajahnya disiram cahaya bulan separa penuh malam itu. Rambutnya serabai. Bagai bergelut dengan benda lain juga.

'Aku mahu dia juga!'

Satu suara melintasi gegendang telinga Rizal. Pantas dia mencari arah suara itu. Tidak pula kelihatan. Dan Surya berdiri membongkok menuju ke arahnya. Mata Surya membuntang memandangnya.

'Heeee... Aku suka dia!' Suara lain pula kedengaran. Ketika itu Surya kembali merangkak seakan harimau dan mengaum.

"Pergi bantu Rizal! Pegang Surya." Encik Basri tiba sambil memgang dadanya. Masih bisa barangkali. Surya yang belum naik syeh dia pegang kemas. Seakan KO move ahli gusti oleh mereka berlima. Cuma Rizal memegang bahagia kepala. Masih bergelut.

"Aku... Mahu dia!" Surya bersuara garau dan menjerit.

Sambil Encik Basri membaca sesuatu.

"Aku mahu dia!!" Suara lain pula kedengaran daripada mulut Surya.

"Encik, saya rasa ada dua dalam badan dia ni. Lain macam. Tak pula diorang tunjuk rupa."

Encik Basri masih lagi tunduk dan memegang ibu jari kaki Surya. Surya menjerit dengan suara yang berbeza-beza. Adakala seperti sudah di autotune.

Menggelupur Surya selepas beberapa ketika. Seakan disembelih. Ketika pegangan pada bahagian kaki terlepas. Dan peluang itu diambil oleh Surya untuk melawan. Terbang rakan Rizal kebelakang. Ketika itu juga Surya bergelut dengan mereka empat yang lain.

Terlepas. Surya tergelak mengejek selepas menendang Encik Basri. Puas agaknya menumpaskan 6 orang lelaki. Surya berjalan menuju ke sebuah bilik. Sambil memandang sinis kepada mereka berenam yang masih menahan bisa, masuk kebilik.

Rizal gagahkan diri bangkit mengejar ke arah Surya. Menolak daun pintu. Tiada.

"Surya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience