"Mana Tiara ni? Dari tadi aku ni mencari dia. Tak muncul-muncul pun dia ni. Mana dia ni pergi? Kalau aku jumpa dia ni, memang kena dengan aku. Tiba-tiba hilang macam tu je" bebel Hadi sambil matanya melilau mencari kelibat Tiara.
Terpusing pusing kepalanya mencari Tiara, tetapi masih tidak jumpa. Telefon pintar nya dilihat banyak kali jikalau Tiara menelefon nya kerana sudah berkali-kali dia menelefon Tiara. Tetapi tidak diangkat oleh Tiara.
"Janji konon tak buat dah. Lepas ni kalau aku call dia angkat. Pergi terbang je lah janji-janji dia tu. Mana lah..." Katanya terhenti apabila matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang sedang duduk di meja batu universiti.
Diamati nya lama kelibat itu untuk memastikan siapakah gerangan itu.
"Ya! Itu lah Tiara. Situ dia duduk rupanya. Dah berpusing-pusing aku satu universiti semata-mata cari dia ni. Jaga la dia ni. Call tak nak angkat" Langkah Hadi menuju ke arah gerangan itu.
Sampai sahaja dia di meja itu, betullah tekaannya. Itu memang Tiara. Dia sedang duduk sambil termenung jauh.
Matanya jelas menunjukkan yang dia sedang sedih dan kecewa. Tiara tidak perasan dengan kehadiran Hadi di situ. Tanpa menunggu untuk Tiara menegur nya, dia duduk di hadapan Tiara.
"Woi!" tegur Hadi. Tiara tersedar dan melihat Hadi dihadapan nya. Dia tidak berkata apa-apa mahupun menjawab teguran Hadi itu. Dia hanya memandang Hadi dengan pandangan yang sedih.
"Kau ni dah kenapa? Aku mencari lah kau daripada tadi rupanya kau duduk sini sorang-sorang. Phone kau tu hidup ke tak? Aku sibuk call kau daripada tadi, kau tak jawab ek. Mana janji manismu yang cakap nak angkat call aku? Kau ni kan, memang lah. Kenapa kau senyap je ni? Lepastu muka macam sedih je. Dah serupa dengan orang putus cinta" Hadi membebel sehingga dia rasa puas hati.
Tetapi, Tiara masih lagi senyap. Selalunya kalau Hadi membebel, pasti Tiara akan menyuruh Hadi diam. Tapi, kali ini berlainan sungguh.
"Dah kenapa dia ni? Senyap je walaupun aku dah membebel punya panjang lebar tadi. Dia tak sihat ke? Dah lah duduk sorang je dekat sini" bisik hati Hadi.
Dia ingin membuka mulutnya untuk bersuara sekali lagi tetapi belum sempat dia melakukan perkara itu, air mata Tiara mengalir di pipinya.
Terperanjat Hadi dibuatnya apabila melihat Tiara menangis sebegitu rupa.
"Eh, Tiara. Kenapa... Kenapa kau menangis? Sorry lah, aku tak ada lah marah kau sangat. Jangan lah terasa hati. Aku tak ada niat nak buat kau terasa. Jangan lah menangis" kata Hadi dengan gelabah. Dia cuba untuk menenangkan Tiara.
Dalam hatinya, dia menyumpah nyumpah dirinya kerana melontarkan kata-kata sebegitu. Dia mula tidak senang duduk melihat Tiara.
"Tapi, bukan Tiara dah biasa ke dengar ayat-ayat macam tu dari mulut aku. Tak kan sebab tu dia menangis? Ke sebab lain?" desis hati Hadi.
Tiara kekal mendiam kan dirinya. Air matanya masih lagi mengalir.
"Tiara, kau jangan lah senyap je. Cakap la sesuatu. Kau buat aku risau lah. Kau okey ke tak ni?"
Tanpa sepatah kata, Tiara membuka telefon pintar nya. Hadi pelik dengan kelakuan Tiara itu.
"Dia ni okey ke tak sebenarnya?" bisik hati Hadi.
Selepas 10 saat Tiara menatap skrin telefon, dia menunjukkan kepada Hadi skrin telefon nya. Hadi melihat di skrin telefon Tiara sedang menunjukkan akaun Instagram milik Rafiq Izuddin.
Dia menunjukkan satu video yang Rafiq post di akaun Instagram milik nya. Video itu adalah video yang sudah diedit oleh Rafiq yang memaparkan bermacam jenis video pendek dan gambar seorang gadis cantik bernama Rania.
Video itu Rafiq tujukan khas pada Rania. Video itu disertakan dengan caption, 'happy birthday my love, Rania Tanisha. May we stay together forever. Love you'
Berkerut dahi Hadi melihat akaun Instagram Rafiq itu. Mengapa Tiara menunjukkan akaun Rafiq padanya? Apa kena mengena Rafiq dan Tiara menangis?
"Kenapa tiba-tiba kau tunjuk dekat aku Instagram Rafiq? Kau kenal Rafiq?" tanya Hadi
Tiara hanya mengangguk perlahan kepalanya. Dia mengelap air mata nya yang mengalir. Telefon nya diletakkan di atas meja batu itu.
"Apa tujuan kau tunjuk benda tu?" tanya Hadi lagi. Sungguh, dia tidak faham apa yang berlaku sekarang itu.
"Rafiq... Dia... Dia ada girlfriend" Akhirnya Tiara bersuara juga setelah sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Lagi bertambah kerutan di dahi Hadi. Dia cuba untuk hadam semua perkara itu.
"Memang dia ada girlfriend pun. Kau tak tahu ke? Kau tak pernah check Instagram dia? Tapi kejap. Kalau dia ada girlfriend pun, kenapa? Apa kena-mengena dengan kau?" Hadi masih tidak faham.
Tangisan Tiara bertambah kuat sedikit. Hadi kaget. Dia tersalah cakap ke?
"Aku tak pernah tahu pun yang dia ada girlfriend. Aku tak pernah terfikir nak tengok Instagram dia" jawab Tiara dicampurkan dengan sedu sedan tangisnya.
"Tapi, kalau Rafiq tu ada girlfriend sekali pun, kenapa kau nak..." Hadi seolah-olah faham sesuatu perkara. Mungkin itu lah jawapan yang dicari-cari nya selama ini. Adakah Rafiq Izuddin orang yang Tiara...
"Dia lah lelaki yang aku suka tu. Sekarang, kau dah tahu dah. Kau kan nak tahu sangat" Tiara meletakkan kepala di atas tangannya yang di atas meja.
Hadi tidak tahu mahu beri reaksi apa. Rupanya selama ini lelaki yang berada dalam hati Tiara adalah Rafiq Izuddin!
Tidak dia sangka yang Tiara menyimpan perasaan pada Rafiq.
"Boleh aku tahu, macam mana kau boleh suka dia?" Hadi bertanya dengan berhati-hati. Orang tengah sedih menangis jangan dibuat main. Silap-silap haribulan dia pula yang disepak Tiara.
"Masa first day aku dekat sini, dia lah yang tunjukkan aku pejabat. Masa tu aku lost. Aku tak tahu langsung selok belok universiti ni. Mula mula tu aku ada lah tanya orang, tapi aku tak faham. Lepastu dia datang dekat aku. Dia nak tolong aku tunjukkan pejabat. Start situ aku suka dekat dia. Kira macam love at first sight lah macam tu" Tiara bercerita semuanya walaupun masih sedih.
Kepala nya masih di atas meja. Di fikirannya, dia teringat segala macam jenis memori tentang Rafiq. Itu yang membuatkan dia bertambah sedih.
Dia juga menyalahkan dirinya kerana menyukai Rafiq. Tidak patut dia menyimpan perasaan pada seseorang yang popular dan tampan itu.
Hadi tidak tahu mahu gembira atau sedih. Dia patut gembira yang sekarang Tiara sudah tiada pujaan hati dan dia tahu siapakah lelaki itu.
Tetapi, pada masa yang sama dia kasihan pada Tiara. Dia tidak suka melihat Tiara menangis seperti itu.
"Dah lah tu. Sudah-sudahlah kau menangis tu. Bukannya kalau kau menangis, diaorang tu boleh putus pun" kata Hadi cuba memujuk Tiara.
"Lagipun, bukan dia sorang je lelaki dekat dunia ni. Ramai lagi lelaki lain yang ada"
"Salah seorang nya aku. Aku yang depan kau ni. Ikhwan Hadi" sambung Hadi dalam hati.
Tiara tidak memberi respon. Dia masih lagi menangis tetapi tidak mengeluarkan bunyi esakan.
"Buat apa lah kau menangis untuk lelaki yang tak tahu perasaan kau? Buang masa je lah Tiara. Sudah lah tu. Aku tak suka lah tengok kau macam ni"
"Kau nak tahu tak kenapa dekat universiti ni aku most wanted guy nombor 1 and Rafiq nombor 2?" Hadi cuba memancing perhatian Tiara. Taktik Hadi berhasil. Tiara bersuara akhirnya.
"Kenapa?" Tiara mengangkat kepalanya dan memandang Hadi. Hadi melihat muka Tiara basah disebabkan air matanya.
"Kau lap dulu air mata kau tu. Dah banjir dah aku tengok. Kau ada tisu tak?"
"Ada" jawab Tiara kemudian dia mengeluarkan satu plastik kecil yang mengandungi tisu daripada dalam beg nya.
"Rafiq nombor 2 lepas aku sebab dia tu playboy. Dia tu suka bertukar-tukar girlfriend tahu tak? Dia tukar tukar tu, macam dia tukar kasut dia setiap hari. Senang sangat. Memang perangai dia macam tu. Mentang-mentang muka elok, tapi tak boleh lawan aku lah, dia senang-senang je buat macam tu. Satu universiti ni dah tahu perangai gila dia tu. Itu pun tak tahu lah Rania tu perempuan yang keberapa" terang Hadi.
Lagi bertambah pilu di hati Tiara apabila mengetahui yang lelaki yang dia minat rupanya lelaki yang suka memainkan perasaan wanita. Sungguh dia tidak menyangka perkara itu. Dia menangis kembali.
"Habistu, apa kena-mengena dengan dia nombor 2?" tanya Tiara sambil menyapu air mata dengan tisu.
"Dia nombor 2 sebab benda tu lah. Playboy. Ada ke perempuan suka playboy? And, aku nombor satu sebab aku tak ada sesiapa. Aku tak ada girlfriend atau sesiapa. Satu universiti ni tahu benda tu. So, semua student perempuan dekat sini lagi prefer lelaki yang perangai dingin tapi tak playboy macam Rafiq berbanding dengan lelaki yang peramah dengan semua orang tapi! Kaki perempuan. Tapi tu lah, ada je sesetengah tu yang still minat dia walaupun perangai dia macam tu. Aku cakap ni, aku tak maksudkan semua pelajar"
Tiara terpempan mendengar penjelasan Hadi. Rupanya Hadi tahu perkara-perkara seperti itu. Ingatkan dia tak ambil tahu tentang perkara remeh temeh sebegitu.
"Ye lah tu tak ada sesiapa. Yang Nia tu?" kata Tiara
"Nia? Kenapa dengan dia?" tanya Hadi hairan. Dia tidak sangka yang Tiara mengenali Nia Natasha.
"Dia kan suka dekat kau. Tak kan kau tak suka dia? And satu universiti ni tahu pasal tu. Tak kan kau tak tahu?"
Hadi terdiam. Rupanya Tiara bukan sekadar mengenali Nia, malah dia mengetahui perasaan gadis itu pada Hadi.
"Tahu. Aku tahu. Menipu lah kalau aku tak tahu. Cuma, dia yang suka aku. Aku tak suka dia pun. Tak pernah datang pun perasaan suka dekat dia. Aku just anggap dia kawan aku and dia anggap aku lebih. So, biarkan je lah dia dengan perasaan dia tu" jawab Hadi dengan selamba.
Tiara tidak percaya dengan apa yang didengar telinga nya. Hadi tidak mempunyai perasaan pada Nia?
Jadi, selama ini Nia hanya bertepuk sebelah tangan? Punyalah Nia beri amaran supaya Tiara jauhkan diri daripada Hadi tetapi dia bertepuk sebelah tangan.
"Ye ke kau ni? Tak percaya aku. Nia tu kan cantik. Tak kan tak pernah sekali pun perasaan tu datang?" Tiara bertanya lagi.
"Memang dia cantik. Tapi, kecantikan sahaja kadangkala tak dapat memenangi hati seseorang itu. Pokok pangkalnya, hati, sikap, perilaku juga yang akan mengatasi kecantikan. Aku pun bukan jenis yang pandang rupa seseorang. Memang rupa paras tu penting tapi bila kita dah mula jatuh hati dekat seseorang tu, automatik kita akan rasa yang rupa dia sudah cukup sempurna walaupun tetap ada kekurangan"
Tiara terkesima mendengar kata-kata indah Hadi itu. Entah kenapa dia merasakan yang Hadi memaksudkan dirinya. Tetapi, dia cepat-cepat menafikan perkara itu.
Dia harus berpijak di bumi yang nyata. Dia harus sedar diri yang Hadi tidak akan sesekali menyimpan perasaan padanya.
Dia dan Hadi sangat berbeza.
Hadi adalah seorang lelaki yang rupa paras nya sangat tampan. Daripada keluarga yang kaya dan ternama. Digilai oleh ramai perempuan. Dia pula, tidaklah cantik mana. Keluarga nya juga biasa sahaja. Bertambah pula dengan masalah abangnya itu. Pendek kata, sangat mustahil untuk Hadi memendam rasa padanya.
"Wah, indah sungguh kata-kata pujangga kau tu. Dah lah, aku nak balik" Tiara bangun daripada kerusi.
"Eh, kejap. Jom lah aku hantar kau" pelawa Hadi
"Okey"
//
"Thank you sebab hantarkan aku balik rumah" ucap Tiara. Kemudian dia keluar daripada kereta.
"Welcome. Kau tak payah lah sedih sedih lagi. Tak ada guna kau menangis disebabkan playboy tu" pesan Hadi.
Tiara tersenyum lemah dan mengangguk kepala. Dia pusingkan badan nya dan membuka pintu pagar.
"Bye! Kalau ada apa-apa, telefon lah aku. Aku gerak dulu, assalamualaikum" kata Hadi
Tiara hanya melambai tangannya tanpa memandang kereta. Tersengih Hadi melihat tindakan Tiara itu dan berlalu pergi.
Pada kala Hadi sedang memandu kereta, matanya menangkap plastik tisu yang ditinggalkan oleh Tiara di tempat duduk sebelahnya. Sama ada dia tertinggal ataupun sengaja ditinggalkan. Hadi mengambil plastik itu.
"Habis tisu dalam plastik ni kau guna? Teruk betul dia ni menangis. Patah sangat hati tu" Hadi meletakkan semula plastik itu di sebelahnya.
Tiara masuk ke dalam rumah dan meluru ke arah biliknya. Dia duduk di hujung katil nya dan mengungkapkan sesuatu.
"No more Rafiq Izuddin in my life! Tak ada dah Abang Rafiq! Pergi jahanamlah" marah Tiara. Cara dia marah seolah-olah yang Rafiq curang dengan dia. Sedangkan, Rafiq tidak tahu pun yang Tiara menyukainya dalam diam.
//
Hadi yang baru selesai mandi, sedang mengeringkan rambut nya menggunakan tuala. Wajah sedih Tiara menjengah di fikirannya.
"Aku tak suka lah tengok muka Tiara menangis macam tu. Masa abang dia lempang muka dia, tak ada pulak dia menangis teruk macam tu. Ada lah aku nampak air mata sikit tapi tak ada lah macam tadi. Mungkin yang tadi tu melibatkan perasaan kot. Hati dia. Lagipun, walaupun aku tak tahu mula-mula siapa mamat tu, aku boleh nampak dalam diri dia yang dia betul-betul suka dekat mamat tu. Tak terfikir pulak aku mamat tu Rafiq. Kalau aku tahu, dah lama aku cerita perangai sebenar Rafiq tu. Tak ada lah dia patah hati macam ni" kata Hadi seorang diri.
Tuala yang dipegangnya untuk keringkan rambut disangkut. Dia mengambil sikat rambut pula di atas meja solek.
"Disebabkan aku tak suka tengok Tiara menangis macam tu, aku janji! Aku tak akan sesekali buat Tiara sedih, menangis, kecewa atau apa-apa je lah. Malah, insyaallah aku akan buat dia bahagia" tekad Hadi. Itulah janji yang disemat dalam dirinya.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(
Share this novel