Selesai sarapan, Pak Mid dan Mak Mah ke kursus haji dan umrah yang berlangsung selama 5 jam dengan menaiki Perodua Viva milik Pak Mid. Jadi tinggallah aku dan Hamka berdua di rumah.
Hamka sudah lama masuk ke biliknya, mungkin tidur kerana malam tadi dia ditugaskan untuk mengintip kegiatan di sebuah kelab malam.
Perut tiba tiba terasa lapar kerana waktu sarapan tadi aku hanya makan sekeping sandwich. Memikirkan Hamka yang sedang tidur, aku keluar dari bilik dengan mengenakan legging dan singlet. Pakaian biasa untuk seorang perempuan seperti aku.
Lawak pula rasanya, Rose gadis kampung yang dulunya hanya memakai baju kurung dipadankan dengan seluar sukan lusuh kini sudah berubah wajah.
Aku tergelak kecil.
Dua biji telur diambil dari dalam peti untuk dijadikan telur separuh masak.
"Nak buat apa tu?" Tegur satu suara.
Hamka.
Hairan betul aku dengan mamat ni, kenapa dia suka sangat datang mengejut? Silap hari bulan boleh mati kena serangan jantung.
Tanpa memandangnya, aku menjawab. "Masak telur." Sebenarnya, segan juga aku. Duduk rumah orang lepastu pandai pandai je masak.
"Telur Hamka Rose tak nak?" Tanya Hamka.
Serta merta membuatkan darah menyerbu ke mukaku.
"Apa Hamka cakap? Rose tak faham." Ujarku buat buat tak faham. Hey ni Rose la, pelacur. Dah tentulah aku dah master semua jenis perkataan yang macam tu.
Kali ini, gagapku dapat dikawal.
"Telur Hamka? Rose tak nak ke?" Tanya Hamka lagi. Dia semakin maju ke hadapan dan menghampiri aku. Manakala aku, semakin berundur ke belakang sehinggalah terasa badan melanggar dinding.
Oh tidak!
Hamka semakin maju ke depan.
Aku memberanikan diri untuk bertanya, "Haritu Hamka cakap Hamka takde hak. Tapi sekarang?" Meskipun mulutku menidakkan namun nafsuku meronta ronta inginkan sentuhan Hamka.
Hamka.
Sentuhlah aku.
Belailah aku.
Dah lama aku dahagakan sentuhan itu, Hamka.
"Hamka cakap Hamka cuma takde hak bila Rose pakai menutup aurat. Tapi bila Rose pakai macam ni, depan Hamka, Rose sendiri yang bagi Hamka hak tu." Hamka semakin mendekati aku.
Sebelah tangan Hamka diletakkan di dinding, menghalang aku daripada melepaskan diri. Sebelah lagi sudah mengusap pipiku.
Aku menutup mata.
Hamka merapatkan wajahnya ke wajahku sehinggalah hidung mancungnya menyentuh hidungku. Seterusnya hidungnya dilarikan ke pipiku lalu bergerak menuju ke leher, dia melepaskan satu gigitan di situ, menyebabkan aku terjerit kecil.
Dia menurunkan wajahnya ke bawah, mendekati dua mahkotaku. Aku dapat merasa hembusan nafasnya yang hangat di situ, memberikan aku sensasi yang nyaman.
Aku semakin tidak keruan. Selama ini tidak pernah aku merasa sentuhan selembut ini. Kebiasaannya pelangganku terus menerkam aku. Tapi Hamka, mudah saja dia membuai aku dengan gayanya yang lembut itu.
Hamka meletakkan tangannya di pinggangku, lalu perlahan lahan merayap naik sehingga menyentuh mahkotaku. Tangannya yang kasar itu meramas lembut buah dadaku. Manakala bibirnya sudah menyentuh bibir mungilku. Aku membuka mulut untuk menyambut bibirnya.
Apabila bibir kami bertaut, telur yang berada di dalam genggamanku jatuh terhempas ke lantai.
Kami tersedar dari dunia khayalan ciptaan kami sendiri.
"Lain kali jangan pakai macam ni lagi, kalau tak Hamka akan buat lebih lagi." Ugut Hamka sebelum dia berlalu pergi.
Baru saja aku hendak tunduk mengutip kulit telur yang berterabur di lantai, aku terdengar satu lagi suara menyapa gegendang telingaku.
"Siap makan, solat sunat taubat dua rakaat, jangan lupa solat Dhuha sekali." Kata Hamka lalu duduk di hadapanku yang sedang melutut di lantai. "Satu lagi, jangan duduk macam tu. Hamka nampak." Sambungnya lagi sebelum mengelap lantai yang kotor kesan telur dengan sehelai kain.
Hah, nampak? Nampak apa? Aku tunduk memandang dada.
Oh, patutlah. Aku tersenyum sendiri.
***
Aku mundar mandir di dalam bilik. Aduhai, macam mana nak solat sunat Taubat dengan solat Dhuha ni? Niat pun aku tak tahu. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk bertanya Hamka memandangkan Mak Mah belum pulang lagi.
Tuk! Tuk! Tuk!
Tombol dipulas, satu susuk tubuh sasa yang tidak memakai baju muncul di sebalik pintu. Aku tertunduk.
Hamka, kenapa suka sangat buat Rose macam ni? Rose nak solat ni, Hamka.
"Ada apa Rose?" Tanya Hamka yang tidak berkelip melihatku.
Hamka, kenapa tengok Rose macam tu?
"Rose?" Panggil Hamka sambil melambai lambaikan tangannya di hadapan mukaku.
"Er Hamka. Maaf, Rose nak tanya macam mana nak solat sunat Taubat dan solat Dhuha tu. Rose tak tahu." Ujarku lalu mengangkat muka memandang wajah Hamka yang bersih itu.
Hamka masih seperti tadi, memandangku tak berkelip.
"Kita solat sama sama kat bawah nak? Jom, nanti Hamka terangkan." Kata Hamka lalu segera melarikan pandangannya ke luar melalui jendela yang terbuka.
Aku hanya mengangguk lalu membontoti Hamka yang sudah lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat yang melangkah menuruni tangga.
Usai solat, Hamka berdoa.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji pujian bagimu tuhan sekalian alam. Aku mohon Ya Allah, tunjukkanlah aku dan Rose jalan yang benar, jalan yang menuju redha-Mu, Ya Allah. Janganlah Engkau biarkan syaitan merasuki kami lagi, Ya Allah. Ya Allah, berikanlah kami hidayah kerana sesungguhnya hidayah itu milik-Mu Ya Allah. Ya Allah, berikanlah Rose kekuatan untuk menempuhi dugaan yang mendatang. Jadikan dia seorang wanita yang tabah dan cekal, Ya Allah. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami yang lalu Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengampun. Tiada daya dan upaya lain yang dapat membantu kami melainkan Engkau, Yang Maha Besar dan Yang Maha Berkuasa. Amin Ya Rabbal Alamin."
Tanpa aku sedar, air mata sudah mengalir membasahi pipi. Sungguh syahdu doa yang dibacakan Hamka.
Hamka mendokan aku. Jelas dia menyesal dengan perbuatannya terhadap aku. Tapi aku, sekumit rasa menyesal pun tidak timbul di dalam jiwaku malah rasa bahagia kerana Hamka menyentuhku.
Ah, pelacur seperti aku memang selamanya menjadi pelacur.
"Rose, jangan nangis kat sini. Nah." Hamka menghulurkan aku sapu tangan kecil yang berwarna hijau daun.
Aku mengelap air mata yang mengalir. Entah sudah kali ke berapa aku menangis di hadapan Hamka.
Dan Hamka pula, mempunyai cara yang bervariasi untuk memujukku daripada terus menangis. Kali ini, entah apa pula cara untuk dia memujukku.
"Rose, Hamka suka bila Rose pakai macam ni." Ujar Hamka lalu berlalu naik ke tingkat atas.
Aku tersenyum. Kali ini, itu caranya memujukku.
Hamka, terima kasih.
Share this novel