MAB 29

Romance Completed 902447

Datuk Eric dan Arianna menunggu dengan gelisah di luar bilik rawatan. Dalam hati tidak henti berdoa semoga ratu keluarga itu baik-baik sahaja.

“It's okay if you destroy me, but if anything happens to my mom, I will never forgive you.” Perlahan Arianna bersuara, namun penuh penekanan. Tatapan lurus tertuju ke arah pintu bilik rawatan.

“I won’t forgive myself either…”

Arianna tunduk, buat kesekian kali air matanya menitis. Semuanya bagai bertimpa-timpa membuat dia rasa ingin lari jauh, tetapi sejauh mana dia lari, tetap dia berputar di persimpangan yang sama.

“What I want the most in my life is to make you and your mommy happy.”

“With what? Money?”

Datuk Eric tunduk, diam tidak menjawab. Ya, sehingga beberapa detik tadi, dia menganggap duit adalah punca kebahagiaan. Selagi dia boleh melimpahkan segala kemewahan dan kekayaan kepada anak dan isterinya, dia mengganggap mereka bahagia. Bukankah semua orang mendambakan kehidupan penuh kemewahan?

“I love money.” Arianna bersuara, membuat Datuk Eric tertawa perlahan. “But money isn’t everything I want. I want to be happy with a man I’m in love with.”

Datuk Eric toleh, tatap anak tunggalnya dengan wajah penasaran. “So you’re in a relationship with someone now?”

Lama Arianna mematung sebelum perlahan dia mengangguk.

Datuk Eric menengadah. Dia sudah mengagak, namun untuk marah, rasanya sudah tidak pantas. Michelle lebih penting untuk difikirkan saat ini.

“Who is he?” tanyanya. Perlahan dan datar.

“He will see you later.”

“Qaiser?”

“No.”

Datuk Eric malas bertanya lagi walaupun rasa ingin mengasak-asak di dalam dada. Dia tidak berniat mahu mengongkong Arianna. Menetapkan jodoh Arianna dengan Aaron adalah satu cara dia mahu memastikan Arianna bersama lelaki yang benar-benar mampu menjaganya. Dia mahu lelaki yang mengahwini Arianna, mampu menyayangi anaknya itu sebagaimana dia menyayanginya. Caranya mungkin agak keras, tetapi semua itu dia lakukan kerana dia terlalu menyayangi Arianna.

“We’ll talk about this later,” ujarnya.

DATIN Michelle dipindahkan ke wad selepas pemeriksaan doktor mendapati tidak ada kecederaan yang serius. Tiada tulang yang patah, tiada pendarahan dalaman, cuma tekanan darahnya agak tinggi dan perlu ditahan di hospital.

Datuk Eric menarik selimut, menutupi kaki isterinya sebelum melabuhkan punggung di birai katil.

“You pergilah balik. Biar Ari jaga I,” ujar Datin Michelle. Wajah ditoleh ke samping, enggan memandang suaminya.

“Okey.” Datuk Eric akur, malas berbalah. Memandang Arianna, dia mengangguk sedikit, meminta anaknya itu mendekati katil Datin Michelle.

“Daddy balik dulu. Jaga mommy. Kalau ada apa-apa, call daddy,” ujarnya.

Arianna mengangguk.

Kembali memandang isterinya, Datuk Eric bangkit. Satu keluhan lolos apabila isterinya memalingkan muka saat dia menatap.

Melangkah keluar, dia tidak segera pulang. Sebaliknya duduk di kerusi menunggu di luar wad, merenung semula perlakuannya terhadap Michelle dan Arianna selama ini.

Ya, dia tidak menafikan, dalam fikirannya, dia menganggap duit satu-satunya sumber kebahagiaan. Dia bekerja keras, dia mengumpul wang, semuanya untuk kesenangan isteri dan anaknya. Dia bukan lupa pengorbanan Michelle. Tidak. Dia tidak pernah lupa. Justeru kerana mengingat pengorbanan itulah, dia mahukan yang terbaik untuk Arianna. Dia mahu Arianna menjalani hidup yang sempurna, tanpa terkurang satu apa pun, tanpa dia sedar caranya itu mengongkong Arianna dan membuat anaknya itu memberontak dalam diam.

‘Tak ada cucu pun tak apa!’

Tiba-tiba kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Mata terpejam. Mengapa baru sekarang dia merasa kata-kata itu begitu kejam? Arianna anak yang baik. Sangat baik. Benar kata Michelle, selain soal perjodohan dengan Aaron, Arianna tidak pernah engkar atau membantah. Anak itu sangat penurut dan mendengar kata.

Masih dia ingat, selepas kelahiran Arianna, 30 hari berturut-turut dia dan bapanya membuat jamuan di rumah anak-anak yatim seluruh Kuala Lumpur. Satu bentuk rasa syukur selepas 10 tahun menanti kelahiran cahaya mata dalam perkahwinannya. Arianna; nama yang dia dan Michelle pilih. Bermaksud suci dalam Bahasa Yunani. Xiao dalam Bahasa Cina bermaksud fajar kerana Arianna lahir pada waktu dinihari dan Ling bermaksud kelembutan dalam Bahasa Tionghua. Nama yang dipilih berdasarkan harapan dia dan Michelle supaya anak lahir itu menjadi seperti maksud pada setiap patah namanya.

Ya, Arianna membesar menjadi seorang anak yang mereka impikan. Bijak, cantik, lembut, penurut. Kerana sikap penurut dari kecil itulah membuat dia dan bapanya tidak terima apabila sekali Arianna engkar dengan menjalin hubungan dengan lelaki yang bukan dari kalangan mereka. Ego, membuat mereka lantang menentang hubungan itu, membohongi Arianna bertahun-tahun dengan mengatakan Qaiser sudah mati, membiarkan Arianna dengan trauma dan depresi sehingga berkali-kali cuba bunuh diri. Pergelangan tangan kiri dan kanannya penuh dengan kesan parut torehan. Puas Michelle memujuk dan mendesaknya supaya berterus-terang, tetapi dia berdegil. Bukan dia tidak nampak kesakitan Arianna. Bukan dia
tidak sedih, apabila dihubungi rakan Arianna dan diberitahu anaknya itu tiba-tiba menjerit di dalam dewan kuliah. Katanya Arianna mendengar bisikan yang menuduhnya pembunuh Qaiser. Namun itu tetap tidak meluluhkan egonya. Terus menyimpan rahsia itu, dan bergantung kepada psikiatris untuk menyembuhkan Arianna.

Tuhan, dia sendiri tidak tahu mengapa dia tergamak melakukan itu kepada anaknya. Menengadah, Datuk Eric menghela nafas kasar. Tanpa sedar, apa yang dia lakukan pada Arianna membuat Michelle dan Arianna semakin jauh daripadanya. Michelle terlihat baik-baik sahaja luarannya, tetapi dia tahu isterinya itu banyak memendam. Kadangkala dia mendengar Michelle berbicara sendiri, sengaja menunjukkan protes tanpa jelas butir bicaranya, namun dia tidak pernah ambil peduli. Ya, ketegasan dan keegoan dia dan ayahnya membuat Michelle dan Arianna tidak berani bersuara atau meluahkan apa yang mendongkol dalam hati mereka.

Malam ini Michelle benar-benar melampiaskan apa yang dipendamnya bertahun-tahun,

Berkeluh, Datuk Eric memejamkan mata. Tidak berniat mahu pulang. Dia keluar kerana Michelle enggan memandangnya. Dia akan memberi ruang isterinya itu menyejukkan hati sebelum memujuknya.

.
. .

Turun bersarapan pagi itu, isi kepala Zahran penuh dengan segala ayat yang telah disusunnya untuk memberitahu tentang Arianna kepada ibu dan ayahnya. Sebelum bertemu Datuk Eric, dia mahu ibu dan ayahnya terlebih dahulu tahu tentang teman wanitanya itu. Semalaman dia berfikir dan mempertimbangkan buruk baiknya sehingga akhirnya dia nekad untuk berterus terang.

"I'm in love with a girl." Akhirnya terluah juga apa yang sudah dia pasakkan di dalam kepala sejak malam tadi.

Sontak bunyi dentingan sudu dan garpu terhenti. Makanan yang sudah lumat dikunyah, terkemam di dalam mulut tidak sempat ditelan. Berpandangan TS Zahari dan PS Wahida dengan mata terkebil-kebil.

"Say it again?" PS Wahida bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Meletakkan sudu dan garpu di tangannya, Zahran tarik nafas dan menghembusnya perlahan. "I'm in love with a girl."

"Oh my God. Are you serious?" Tersenyum PS Wahida, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.

"No, I'm kidding."

Jeling tajam, PS Wahida berdecit geram dengan loyar buruk Zahran.

"Who is she?" tanya TS Zahari.

"A daughter from a well-known family."

"Siapa?"

"She's Chinese."

"Tak kisahlah Melayu Cina India Iban Kadazan Murut. Cuba sebut namanya siapa."

"Sabar bu. Jangan gelojoh." TS Zahari usap belakang isterinya.

"Mana boleh sabar. Anak kita ni dah 35 tahun. Sama umur dengan panda gergasi tertua yang mati dekat China hari tu."

Zahran menyengir sebal. Sampai hati ibu membandingkan dia dengan Panda gergasi tua. Sudah mati pula.

"Panda tu sempat kahwin tak?"

Pertanyaan konyol Zahran itu membuat dia mendapat jelingan tajam dari ibunya.

"Bu, 35 tahun usia panda, sama dengan 105 tahun umur manusia," ujar Zahran lagi; masih tidak berpuas hati apabila ibu menyamakannya dengan panda.

"Bayangkan bang... Kalau Zahran seekor panda. Dah jadi manusia tertua di dunia. Sayang bersawang tak kahwin-kahwin."

Terkekeh TS Zahari dengan kata-kata isterinya.

Zahran pula mendesis geram. Niat mahu memberitahu tentang Arianna terbantut pula kerana gurau kasar ibunya.

"Okay...okay...now tell me, who's the lucky Feng Yi?" tanya PS Wahida.

"Who's Feng Yi?" Hampir serentak TS Zahari dan Zahran bertanya.

"The famous female panda at Zoo Negara known as princess."

Semakin sebal Zahran dengan ibunya. "Nantilah Ran bawak anak panda tu datang jumpa ibu."

“Anak siapa?” tanya TS Zahari.

Zahran berdehem sekali. Tarik nafas panjang, sebelum perlahan dia lepaskan.

“Anak Datuk Eric.”

“Anak yang mana?” TS Zahari berfikir-fikir. Seingat dan setahunya, Datuk Eric hanya mempunyai seorang anak perempuan. Itu pun sudah bertunang.

Zahran tidak menjawab. Tunduk, tidak berani menentang pandangan ayahnya dan itu sudah cukup memberi jawapan kepada TS Zahari.

“Oh God! Zahran, she’s your friend’s fiancé!” Naik seoktaf suara TS Zahari saking terkejut.

“They broke off the engagement.”

“Because of you?” PS Wahida pula bertanya.

“Not exactly. It’s one sided love, that’s why…”

“Zahran…” TS Zahari bersuara. “…dah fikir masak-masak? Ni bukan benda main-main. This is not only between us and The Chans, but involve Imperial and Yun Hua.”

“I know, but I have no choice. I didn't plan it and I didn't ask for it. It just happened.”

Hening. Baik TS Zahari atau PS Wahida, tidak tahu harus berkata apa. Ya, mereka gembira Zahran akhirnya memiliki teman wanita, tetapi latar belakang gadis itu yang membuat rasa gembira itu terbantut. Bukan perbezaan bangsa atau agama yang menjadi persoalan, tetapi kerana Arianna telah bertunang. Dengan kawan baik Zahran pula.

Mahu marah, Zahran sudah cukup dewasa untuk mengenal baik dan buruk. Jadi mereka yakin, sebelum mengambil keputusan meneruskan hubungan dengan Arianna, tentu anak mereka itu sudah berfikir sedalam-dalamnya. Sejak dulu, TS Zahari dan PS Wahida tidak pernah menghakimi keputusan yang dibuat anak-anak. Terima, tetapi pada masa yang sama berdoa supaya keputusan itu adalah yang terbaik.

“So, what’s your plan now?” tanya PS Wahida.

“I’m gonna see Datuk Eric later.”

Saling berbalas pandangan, TS Zahari dan PS Wahida melepas keluh.

“Are you sure about this? I mean…about your relationship with the girl?” TS Zahari bertanya, sekalipun dia yakin, pada usia 35 tahun, tidak mungkin Zahran hanya mahu bersuka-suka.

“Yeah…I like her and I want her to be my life partner.”

“Kalau keluarga dia tak setuju?”

Kali ini Zahram terdiam. Persoalan itu juga turut bermain dalam fikirannya.

“Kita takkan tahu selagi Ran tak jumpa keluarga dia.”

PS Wahida memanggut-manggut. “Buatlah apa yang terbaik. We will support you.”

“Thanks bu.”

.
. .

DATIN Michelle baru tertidur apabila telefon Arianna tiba-tiba berbunyi. Cepat-cepat dia menjawab panggilan Zahran itu, bimbang menggangu tidur mommynya.

“Hallo…” Arianna menjawab separuh berbisik sambil melangkah keluar dari bilik.

“Where are you?”

“Dekat wad. Mommy baru tidur.”

“How’s your mommy? Getting better?”

“Yeah. Doktor kata kalau hari ni tekanan darah dia okey, esok mungkin dah boleh balik.”

“That’s good.”

“Yeah. I don’t know what will happen to me if something happened to her.”

“She’s a strong woman. Of course she’ll be fine.”

Arianna tersenyum. “Ada apa you call I?”

“I’ve told my parent about us.”

“Then, how they reacted?” Kencang jantung berdetak, bimbang dengan penerimaan keluarga Zahran.

“They wished all the best and will support me.”

“Seriously?” Arianna tertawa tidak percaya.

“Yeah.”

“I really adore your parent.”

“Bila I boleh jumpa daddy you?” tanya Zahran. Jika boleh, dia mahu semuanya selesai dengan cepat. Tidak suka bertangguh dan terus berandai-andai akan ke mana hubungannya dengan Arianna. Segala persoalan dan teka-teki itu selagi tidak terjawab, membuat otaknya letih. Letih dengan rasa bimbang, tanpa dapat memikirkan penyelesaian.

“Bila you dah bersedia.”

“I dah bersedia.”

“Then, let’s do it.”

“Are you sure?” Zahran bertanya, meminta kepastian.

“Yeah…but…” Jeda. Sejujurnya Arianna masih ragu. Bukan ragu tentang perasaannya terhadap Zahran, tetapi ragu jika daddynya menolak Zahran mentah-mentah.

“But what?”

“I takutlah. Kalau daddy marah, tolak you mentah-mentah macam mana?”

“I sumpah you tak kahwin sampai mati, biar dia tak ada keturunan.”

“Kejamlah.”

“Either you marry me, or you don’t have to marry one.”

Tertawa Arianna apabila Zahran mengajuk kata-kata daddynya. “Yeah…Couldn’t agree more with you.”

“Okay, got to go now. Take care.”

“Okay. You nak jumpa daddy kat mana?”

“YunHua.”

“Dah call dia?”

“Not yet. I nak buat surprise.”

“Jangan sampai daddy sakit jantung. Even he always gives me hard time, but I love him so much.”

“Don’t worry. Nothing will happen to him or to me.”

“I have faith in you.”

“Thank you. Bye.”

“Bye.”

Arianna memutuskan panggilan dan kembali semula ke bilik mommynya. Dalam hati berdoa supaya pertemuan Zahran dan daddynya akan membawa khabar baik kepadanya. Jika tidak menjaga mommy, dia akan menemani Zahran, mempertahankan teman lelakinya itu jika diprovokasi oleh daddy.

Namun, mengingat karakter Zahran, dia ragu jika Zahran mahu dia menemani. Ego Zahran tidak memungkinkan lelaki itu meminta bantuannya untuk berdepan dengan daddynya. Belum lama mengenali Zahran, tetapi rasanya dia sudah cukup masak dengan perangai teman lelakinya itu.

“Dari mana, Ri?” Datin Michelle yang terganggu dengan bunyi pintu ketika Arianna melangkah masuk tadi, terbangun dari tidurnya.

“Zahran call.” Tanpa sedar. Arianna tersasul menyebut nama Zahran.

“Siapa?” Berkerut dahi Datin Michelle. Terangkat sedikit kepalanya memandang Arianna yang tiba-tiba kaku.

“Oh…Itu…Itu…”

“Jangan cari alasan, jangan tipu mommy. Tell me the truth.”

Melepas keluh, Arianna perlahan melangkah ke katil mommynya. Dilabuhkan punggungnya di biari katil lantas menggenggam kedua-dua tangan wanita yang telah melahirkannya itu.

“Zahran. He’s my boyfriend.”

Berkerut wajah, Datin Michelle cuba mengingat-ingat di mana dia pernah mendengar nama itu. Tidak terdengar asing.

“Zahran Tan Sri Zahari.,” ujar Arianna apabila melihat mommynya seperti berusaha keras cuba mengingat nama itu.

Seiring dengan nama Zahran keluar dari mulut Arianna, mata Datin Michelle membuntang sempurna.

“Imperial Group?”

Angguk.

“Dah berapa lama?”

“Baru beberapa bulan.”

“So, what’s your plan now?” tanya Datin Michelle. Berbanding suaminya, dia lebih terbuka menerima siapa sahaja lelaki pilihan Arianna.

“Zahran nak jumpa daddy hari ni.”

“I wish him luck.”

Arianna tertawa perlahan. “Yeah. Zahran is so confident daddy will give his blessings. He said, either I marry him or I don’t have to marry anyone.”

“Wow…Sounds heroic. I like that.”

“Mommy restu kalau Ari kahwin dengan dia?”

“As long as you’re happy, then I will give my blessing.”

“Thank you mommy.” Merebahkan kepala di dada Datin Michelle, Arianna memeluk mommynya itu erat.

“You’re welcome.” Tangan terhulur, mengusap lembut belakang kepala Arianna. Dalam hati berharap, Zahran diterima suaminya sebagai teman lelaki Arianna. Tidak ada alasan untuk suaminya menolak Zahran. Benar, bangsa, amalan, dan agama mereka berbeza, namun baginya itu bukan masalah. Adrian, anak abangnya juga berkahwin dengan wanita Melayu. Namun itu tidak menjadikan Adrian jauh dari keluarganya. Hubungan mereka tetap baik dan tidak ada apa-apa yang berubah. Baginya, apa yang paling penting adalah kebahagiaan Arianna.

.
. .

SELEPAS menjenguk isterinya di hospital, Datuk Eric terus ke pejabatnya. Michelle masih enggan bercakap dengannya. Dia tidak tahu sampai bila isterinya itu mahu mogok, tetapi itu tidak akan membuatnya semakin jauh. Michelle hanya perlukan sedikit ruang. Ya, dia akan memberikan ruang, tetapi tidak bermakna dia akan keluar dari ruang itu. Hanya menjarakkan sedikit diri, tetapi akan dia pastikan dia dan Michelle masih di ruang yang sama. Ruang yang telah mereka diami lebih tiga puluh tahun. Tidak akan dia keluar, dan tidak akan sekali-kali dia membiarkan Michelle keluar.

Meneliti emel yang dihantar kepadanya, tumpuannya terganggu oleh bunyi intercom.

“Yeah Rachel. What’s up?”

“Mr Zahran from Imperial wants to see you Datuk.”

Berkerut dahi Datuk Eric. Tidak biasanya Zahran datang menemuinya tanpa temu janji. Selalunya lelaki muda itu akan menghubungi terlebih dahulu. Mengapa kali ini datangnya mengejut? Ada sangkut paut dengan apa?

“Yeah. Ask him to come in.”

“Okay Datuk.”

Berselang tidak sampai satu minit, pintu biliknya diketuk sebelum ia dibuka dari luar.

“Datuk, Mr Zahran…” ujar setiausahanya, Rachel sambil menyisihkan sedikit tubuhnya, memberi ruang Zahran melangkah masuk.

“Zahran…” Datuk Eric bangun, mendekati Zahran lalu menghulurkan tangan.

“Datuk.” Huluran tangan Datuk Eric dibalas dan dijabat kejap.

“Have a seat.” Datuk Eric mendahului langkah Zahran, mempelawanya duduk di sofa di sudut biliknya yang bernuansa hitam kelabu itu.

“So, what brings you here? I don’t think you came to discuss about work.”

Zahran membetulkan duduk. Berdehem sekali, sebelum membuka bicara. “Yeah. It is more to personal.”

“Oh…” Riak wajah tertanya-tanya mendengar penuturan Zahran. “…what is it?”

“It is about…your daughter. Arianna.” Tidak lepas mata Zahran menelisik wajah Datuk Eric, melihat reaksinya.

“Arianna?”

“Yes.”

“Kenapa dengan Arianna?”

Tarik nafas, menyedut sebanyak mungkin oksigen ke dalam paru-parunya, Zahran bersedia menerima apa sahaja kemungkinan selepas ini.

“Arianna and I are in a relationship.” Akhirnya terluah juga apa yang disimpan. Rahsia itu seperti ketumbuhan. Semakin disimpan, ia semakin besar. Sekali ia dibuang, rasanya benar-benar lega luar biasa. Terasa lapang dan tenang, meskipun matanya dapat menangkap wajah Datuk Eric yang berubah tegang.

“We love each other and we want to end this relationship with marriage.” Zahran menyambung apabila melihat Datuk Eric kaku terdiam tidak terkata.

“Saya minta maaf kalau pengakuan saya ni buat Datuk kurang senang, tapi saya dan Arianna dah tak mampu nak sembunyikannya lagi.”

“Sejak bila?”

“Couple of months ago.”

“You tahu Arianna dah ada tunang masa tu?”

“Saya tak tahu pada mulanya. But by the time I found out, it was too late. I've already fallen in love with her.”

Datuk Eric terdiam. Zahran tidak tahu, tetapi Arianna tahu pasti yang dia sudah bertunang dengan Aaron pada masa itu.

“So you’re the man…”

“Yeah.”

“You’re the reason Aaron broke off the engagement with Arianna.”

“I admit it.”

“Kenapa baru beritahu sekarang?”

Tidak segera menjawab, Zahran menunduk. Cuba merangka-rangka ayat supaya tidak terdengar sumbang di telinga Datik Eric. Setakat ini respon lelaki itu agak baik.

“Actually..when I first found out that Arianna was Aaron's fiancee, I tried to forget her and stay away from her because I don't want to ruin my best friend's happiness. But I couldn’t make it. I can’t forget her and I decided to continue the relationship and just follow the flow. Arianna once said to me, if she marries Aaron, she wants me to marry another woman too. It sounds easy, tapi membayangkannya pun dah sakit, apa lagi kalau melaluinya.”

Datuk Eric masih diam, namun isi hatinya hanya dia yang tahu. Menyelami perasaan Arianna andai melihat Zahran bersama wanita lain. Akan bahagiakah Arianna bersama Aaron, jika hatinya dimiliki lelaki lain?

Arianna, anak semata wayangnya, hanya mencari kebahagiaan. Dan kebahagiaan Arianna itu ada pada Zahran. Mengapa selama ini dia terlalu berkeras dan memaksa? Mengapa perlu Michelle memberontak baru dia sedar betapa dia telah membunuh perasaan anaknya itu?

“Do you really love her?”

“Yes.”

“How much? How much do you love my daughter?”

“With everything I have.”

Hening. Menyandarkan tubuh pada sandaran sofa, Datuk Eric merapatkan kelopak matanya. Zahran bukan orang asing padanya. Dia cukup kenal lelaki muda itu dan sangat mengaguminya. Pada usia yang masih muda, mampu mengurus dan mengendalikan sebuah syarikat besar, dia akui, Zahran punya pesona sendiri yang mampu menarik perhatian gadis-gadis di luar sana untuk mendekati. Tidak terkecuali Arianna.

“Boleh you janji dengan I, that you will always make her happy? The happiest woman on earth?”

“I can’t.”
Terus terang Zahran itu membuat Datuk Eric berubah tampang.

“…I’m a human, I’m not perfect, and I maybe make mistakes, but…I will take Arianna as my priority in every decision I make.”

“My wife went through a lot of pain to get pregnant. We have everything. Money, power, people, business, but we had to go through hardships to get even one child. When Arianna was born, I told myself that I would do whatever it takes to give her the best.”

Hening. Zahran tidak menyela; membiarkan Datuk Eric meneruskan bicara.

“I didn’t allow my wife to get pregnant again after giving birth to Arianna because I couldn’t bear to see her go through the pain again. Arianna will be our only child and I’m willing to give my whole world to her. Bila awak dah ada anak nanti, awak akan tahu macam mana rasa sayang akan buat awak mengongkong tanpa sedar. Awak tak nak dia pergi jauh. Awak nak dia sentiasa berada dalam lingkungan awak. For me, Arianna is always my little girl. No matter how old she is, no mater how big she gets, she will always be my little girl. I cherish her with all my heart.”

“Love is a poison. If taken or given excessively, it will kill us slowly. With all you’ve done, Arianna adores and loves you so much. Dia sempat warning saya jangan buat Datuk terkejut sampai sakit jantung. Even you always gives her hard time, she loves you so much. That’s what she said, not me.”

Tersenyum Datik Eric dengan kata-kata Zahran. “She’s a good girl.”

“Yeah.”

“Kalau dia tak boleh lahirkan anak, berapa lama awak akan tunggu sebelum ambil keputusan kahwin dengan wanita lain?”

Berkerut dahi Zahran dengan pertanyaan Datuk Eric itu. “Ada anak atau tak ada anak, saya tak terfikir untuk berkahwin dengan wanita lain.”

“Mungkin sekarang awak takkan rasa macam tu. Tapi macam mana bila dah 10 tahun atau 15 tahun kahwin, awak masih tak ada anak, takkan tak timbul sikit pun perasaan untuk kahwin dengan perempuan lain?”

Zahran tertawa perlahan. “Datuk pernah rasa macam tu?”

“Honestly no. Saya tak pernah terdetik untuk dapatkan anak dengan perempuan lain. But my father does. He asked me to find a mistress and dapatkan seorang keturunan. You know what happened when my wife found out about that? She collapsed, depression, she can’t eat, she can’t sleep, sampai satu tahap dia tak boleh uruskan diri sendiri.”

“No matter how much I told her that I won’t find another woman, she still can’t accept it. Dia paranoid. She tried hard to get pregnant; homeopati, akupunktur, countless medicine, vitamins, letting parts of her body to be pierced with countless needles, she’ve gone through all the process. Bukan sekali. Tapi enam kali, sebelum kami dapat Arianna.”

Zahran diam. Sedikit demi sedikit dia mula faham mengapa Datuk Eric terlalu dominan dalam menunjukkan kasih sayang terhadap Arianna.

“Dalam tempoh tu, berkali-kali saya bagitahu dia, please stop. Tapi dia degil. First pregnancy after the IVF, cuma bertahan empat bulan. Doktor nasihatkan tunggu enam bulan untuk IVF kali kedua, but you know what, she took the risk, lepas tiga bulan dia buat IVF kali kedua, pun tak bertahan lama. Enam minggu saja. Empat bulan lepas tu, dia buat lagi IVF kali ketiga. We’ve got twin. Pigeon pair, tapi masa usia kandungan enam bulan, dia bleeding, kena warded dengan kaki upside down dalam labour room. I saw all her pain and tears, I cried with her and told her one more time, kalau yang ini pun gagal, please stop. And yes, kali ketiga pun nasib masih tak menyebelahi. The boy meninggal masa lahir and the girl meninggal lepas tiga hari. I told Michelle again and again, please stop doing this. I won’t find another woman. I swear to her and I swear to God but she didn’t believe me.”

“Kali keempat, then kami dapat Arianna. I told her, please don’t do that again. Cukuplah sorang and we will make her the luckiest girl on earth. We will give our very best to her. We will love her unconditionally because she deserves all the love in the world.”

“That’s quite a lot of pain,” ujar Zahran.

“Yeah…I takut kalau Arianna terpaksa lalui apa yang mommy dia lalui. That’s why I carikan dia lelaki yang I yakin tak akan berpaling daripada dia walau apa pun kekurangan dia, can be together with her to face difficult times, won’t leave her even she asks him to leave, won’t hurt her, won’t make her sad, won’t make her down, won’t abandoned her, and take her as a priority not only responsibility. ” Datuk Eric pandang Zahran di depannya. “If you are able to be that man, then…I will give you my blessings.”

Share this novel

awer
2022-08-26 20:03:39 

best la calyta citer ni..kelako..adeh...x sbar tggu u update..tp np i x dpt notification eh ble u update?

awer
2022-08-26 20:03:38 

best la calyta citer ni..kelako..adeh...x sbar tggu u update..tp np i x dpt notification eh ble u update?

awer
2022-08-26 20:03:38 

best la calyta citer ni..kelako..adeh...x sbar tggu u update..tp np i x dpt notification eh ble u update?


NovelPlus Premium

The best ads free experience