13

Family Completed 11588

“ya allah, betul ke ni? Alhamdulillah.” Ucap encik kamal berkali-kali. Perkhabaran gembira yang diberitahu oleh tengku muzafar tadi melalui panggillan telefon membuatkan dia berasa gembira.

“assalamualaikum, aisyah dah balik.” Kedengaran bunyi pintu utama ditutup. Encik kamal menuju ke ruang tamu. Kelihatan isterinya turun menyambut aisyah. Encik kamal yang mahu merapati isterinya dan anaknya terhenti apabila melihat isterinya menampak aisyah kasar. Dia terus menyorok di balik kabinet.

“kau ni pekak ke? Aku suruh kau ambilkan akuu air. Aku haus la.” Puan azreen menolak kuat tubuh aisyah. Mahu tak mahu dia berjalan lemah ke dapur. Sampai di tepi kabinnet dia terhenri sebaik ternampak kelibat ayahnya.

“kenapa kau berhenti tu?” soal puan azreen lantang. Encik kamal menggeleng tanda kehadiramnya tidak perlu diketahui.

“auntie az nak air apa?” soal aisyah memandang ke arah ibu angkatnya itu.

“auntie az? Hei aku suruh kau panggil aku puan azreen. Kau bukan anak aku. Anak perempuan murah.” Herdik puan azreen kasar.

“tak apalah. Saya amabilkan puan fresh orange ye.” Aisyah membuka peti ais dan membawa sekotak air oren lalu dituang ke dalam gelas. Gelas dibawanya kepada puan azreen yang sedang berdiri bercekak pinggang.

“ni air apa? Kau ni kan, memang sengaja nak buat aku sakit hati kan? Ambil ni” puan azreen menuangkan isi gelas tersebut ke atas kepala aisyah. Habis lencun baju aisyah dibuatnya. Puan azreen tersenyum puas.

“azreen! Apa kau buat ni?” sergah encik kamal. Puan azreen terkejut memandnag kelibat suaminya dari dapur. Setahunya masa-masa begini suaminya akan berada di pejabat. Bila pula suaminya pulang?

“ab..abang buat apa dekat dapur tu?” soal puan azreen cemas. Matamya menjelin gtajam ke arah aisyah.

“tonton smeua kekejaman kau terhadap anak aku. Kau ni memang setan nertopengkan manusia betul. Waktu aku melamar kau, kau berjanji akan jaga aisyah macam anak kau tapi apa yang aku lihat ni tak menggambarkan apa yang telah kau janji.” Ujar encik kamal. Aisyah merapati ayahnya lalu menenagkan ayahnya.

“tak apa ayah, aisyah dah biasa. Tak apa, ayah jangan risau. Sikit je ni.” Ujar aisyah. Encik kamal memandnag anaknya dengan mata yang berkaca.

“ayah tak boleh nak teruskan dah. Ayah tak tunaikan tanggungjawab ayah dengan baik selama ni terhadap aisyah. Maafkan ayah, nak.” Aisyah mengangguk. Air matanya turut gugur melihat ayahnya mengalirkan air mata.

“sayang, you pergi mana? Another round jom?” seorang lelaki turun hanya dengan memakai boxer. Terbeliak mata encik kamal dan aisyah dibuatnya.

“Daniel?” soal aisyah tidak percaya. Daniel memandang ke arah aisyah. Dia menelan air liurnya ternampak encik kamal yang menunjukkan muka bengis.

“aku dah tak boleh tahan, azreen. Siapa lelaki ni? Kau ni memang tak mengenang budi sungguh. Nur azreen binti mahmud,bersaksikan allah dan anak aku pada hari ini aku ceraikan kamu dengan talak 3.” Puan azreen menangis teresak-esak meendengar dironya telah diceraaikan.

“abang, saya minta maaf. Saya janji takkan ulangi lagi. Abang, maafkanlah saya.”rayu puan azreen di kaki encik kamal.

“kau lepaskan aku. Kau boleh keluar dari rumah ni sebab kau dan aku tiada hubungan. Aku akan pulangkan kau kepada ibu bapa kkau kembali.” Ujar encik kamal ringkas. Aisyah sudah menangis kesal. Dia tidak menyangka sungguh ibu tirinya sudah diceraikan oleh ayahnya.

“abang! Abang!” panggil puan azreen. Daniel di sebelah naik semula ke atas untuk berpakaian sebelum menghilangkan diri.

“ma, kenapa ni?” soal Mel sebaik saja dia tiba dan terlihat mamanya berada di luar.

“mama dah kena cerai dengan papa. Sebab budak tu, Mel.” Dada mel berombak meendengar kata-kata mamanya.

“tak guna punya aisyah. Kau tunggu, kau buat mama aku nanti aku balas lagi teruk dari apa yang kau dah buat.” Nekad Mel.

“mama dah tak ada tempat tinggal,Mel.” Lirih suara puan azreen. Mel membawa mamanya masuk ke dalam rumah. Encik kamal yang sednag berehat di sofa bersama aisyah terkejut melihat puan azreen kembali ke dalam rumah.

“mel! Apa yang kamu buat ni?” soal encik kamal tegas. Aisyah Cuma berdiam diri di sebelah ayahnya.

“ayah, ini mama mel. Mel pun ada hak untuk duduk dalam rumah ni. Ayahkan ayah Mel.” Balas Mel berani.

“ayah ni bukan ayah kamu mel. Kalau kamu tak percaya, kamu tanyalah mama kamu.” Mel memandang mamanya dengan rasa tidak percaya.

“apa yang ayah cakap, ma? Betul ke?” lambat lambat mamanya mengangguk.

“kamu hasil perbuatan mama dengan bos tempat kerja mama. Mama perangkap ayah untuk kahwin dengan mama. Mama minta maaf, mel. Mama minta maaf” mel rasakan dunianya musnah. Lembik lututnya dirasakan ketika itu. Mel terjelepok dia atas lantai.

“mama kenapa buat mel macam ni? Mama musnahkan hidup mel.” Jerit mel. Dia berasa sungguh jijik dengan dirinya.

“mel, mama minta maaf.” Pinta puan azreen bersama air mata yang membanjiri mukanya. Sungguh dia kesal dia atas perbuatannya.

“mel benci mama.” Ucap mel sepatah sebelum berlari ke jalan raya. Puan azreeb menangis sebak.

Pinnnn

“mama!” kesemua mereka menoleh ke arah jalan raya. Kelihatan tubuh mel sudah pun berlumuran darah. Cepat-cepat aisyah merapati adik tirinya itu.

“mel, mengucap mel.” Aisyah menahan tangisnya. Mel tersenyum melihat gadis yang dibencinya orang pertama disisinya sewaktu dia kemalangan.

“te.ter.terima ka..sih. ma.af.kan ak..u. ais..syah.” ucap mel sepatah-sepatah. Aisyyah menggeleng.

“tak, tak kau tak salah. Aku maafkan kau. Aku syang kau, mel. Mel jangan pergi.” Pinta aisyah. Air matanya mengalir laju.

“allah-!” mel menarik nafas dalam sembelum menghembus lembut dan perlahan. Mel terua kaku di atas riba aisyah.

“Mel! Jangan pergi mel! Mel!” encik kamal dan puan azreen menangis menyaksikan ketulusan kasih aisyah.

“mel, aku sayang kau walaupun kau bukan adik kandung aku. Aku syang kau walaupun kau tak pernah anggap aku sebagai kakak kau. Aku sayangkan kau sampai bila-bila. Nanti aku datang melawat ye?” ucap aisyah smbil mengusap batu nisan arwah Mel. Sudah seminggu mel meninggalkan dirinya tetapi tidak pernah sekali pun dia terlepas dari menziarahi arwah.

Aisyah membuka pintu utama rumahnya. Keadaab sekeliling diperhatikan. Terasa seperti baru semalam mel meminta dia mendandankan rambutnya. Aisyah menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Semoga kau tenang mel ucap aisyah di dalam hati.

“aisyah, ni ada tetamu nak jumpa kamu.”ujar encik kamal. Aisyah mengangguk. Dia membuntuti ayahmya menuju ke ruang untuk menyambut tetamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience