Part 9.

Romance Completed 15511

" Assalamualaikum semua. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kita semua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada staff-staff Kiara Holdings dan juga rakan kongsi saya, kerana anda semua Kiara Holdings berjaya bangkit setara dengan syarikat-syarikat besar yang lain. Tanpa anda, mungkin Kiara Holdings tidak mampu berjaya setinggi ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Mama dan papa saya yang banyak menyokong saya dari awal. Abang saya dan keluarga kecilnya. Adik perempuan saya dan tunangnya. Dan juga gadis yang istimewa dalam hidup saya, Luna. Terima kasih semuanya " selesai sahaja membuat ucapan, Rizqin kembali ke tempat duduknya.

Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan itu. Luna agak terkejut dengan kata-kata akhir dari Rizqin. Masih terngiang-ngiang lagi.

" Dan juga gadis yang istimewa dalam hidup saya, Luna " .

" Hensem tak aku kat depan tu Luna? Nampak macho tak? " soal Rizqin.

Luna mencebikkan bibirnya.

" Tak. Tak hensem pun. Dah lah sibuk-sibuk sebut nama aku kat depan tu " .

" Kenapa tak boleh sebut ? " .

" Ada ke aku cakap tak boleh? " .

" Boleh lah ni? Luna sebenarnya aku... " kata-kata Rizqin terhenti di situ.

" Rizqin " .

Luna dan Rizqin memandang ke arah pemilik suara itu.

" Hana? " Rizqin kaget.

" Kenapa baru sekarang you muncul? " soal Rizqin.

Matanya tepat memandang Hana. Gadis yang pernah bertakhta di hatinya kini kembali. Tunangnya yang lari ketika majlis pernikahan mereka, muncul kembali.

" I ada alasan I sendiri Riz. You tahu kan, I cintakan you sangat-sangat. Tak mungkin I nak lari. Lagi-lagi hari bahagia kita " .

" Alasan sendiri? Kenapa? You lari ikut lelaki lain? " soal Rizqin sinis.

" No! Riz you cakap apa ni? You bukan baru kenal I. I bukan perempuan yang macam tu " .

" Then tell me. Kenapa you lari macam tu jer?! " .

" I sakit Riz. Hampir setahun I sakit. Takda siapa tahu. I tak sanggup nak beritahu you. I tak nak you sedih. I pergi UK, berubat dekat sana. Alhamdulillah Allah masih izinkan I bernafas. I dah sembuh sekarang and I nak kembali pada orang yang I cinta " tersedu-sedu Hana menangis. Basah pipinya dengan air mata.

" Hana.. Kenapa you buat semua tu? Kenapa you tak pernah beritahu I? " Rizqin menyapu perlahan air mata Hana.

" Sebab I tak nak you sedih. Maafkan I Riz. I tahu I salah. I cintakan you sangat-sangat " .

" I'ts okay Hana. I love you more. Kita mulakan hidup baru " .

Hana tersenyum memandang Rizqin. Rizqin juga begitu. Akhirnya gadis yang dicintai pulang semua ke pangkuannya.

Tanpa disedari ada mata yang memandang mereka berdua. Luna terus berlalu. Dia tidak sanggup lagi melihat. Hatinya sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience