Dalam kesibukan para penumpang hendak turun dari kapal, muncul Declan dekat celah orang ramai di situ. Dia cuba menyusup di celah orang di situ semata hendak dapatkan Davina yang sedang jalan sendirian sambil mengheret bagasi di tangan kanan sementara tangan kiri sedang memegang telefon. Oleh kerana dia tiada masa hendak di buangkan lagi, Declan berdiri dekat tengah orang ramai di situ.
"DAVINA SEREPHINA!!!!"panggil Declan selantang yang boleh.
Dek hiruk pikuk orang ramai di situ dan mendengar orang yang bercakap melalui telefon itu, Davina dapat mendengar laungan tersebut. Dia yang terkejut lantas berpaling ke belakang, telefon dimana Kaden di dalam panggilan di turunkan ke sisi. Sesaat selepas matanya gerak hendak mencari tuan punya suara, Davina terpandang akan kelibat Declan.
Declan bergegas ke tempat Davina tanpa berlengah. Setibanya dia di depan Davina tangan tu di capainya.
Davina tersentak. Dia agak terkejut dengan tindakan Declan yang tiba-tiba mencapai tangannya. Tanpa berkata apa-apa dia pandang wajah yang berkerut resah itu.
"Saya tak ada banyak masa nak berlengah. Jadi saya nak awak dengar je. Tak payah cakap apa-apa. Okay?"minta Declan semasa pandang tepat ke mata Davina. "Saya tahu saya banyak kekurangan dari kelebihan Banyak silap di bandingkan dengan betulnya. Tapi saya ikhlas sayangkan awak Davina dan mahu jadikan awak sebagai pasangan saya. Mungkin sekarang saya tak boleh nak pilih sama ada awak atau kerja saya yang lebih utama, tapi saya nak awak tahu saya betul-betul serius sukakan awak...sama ada awak terima saya atau tidak...saya berikan awak masa sehingga misi saya selesai. Dan setelah itu, apa saja keputusan awak, saya akan terima dengan hati yang terbuka."beritahunya.
Terpempan Davina ketika itu. Dia pandang akan tangannya yang digengam oleh Declan sebelum memandang ke muka itu.
Lepas habis berkata, Declan pandang akan Davina dengan renungan penuh berharap dan ternanti-nanti. Nak tahu apa reaksi Davina dan balasan kata dari Davina.
Senangnya Declan bercakap. Lelaki ni sentiasa berikan dia harapan yang penghujungnya mereka akan Bersama. Padahal semuanya dah jelas. Declan seorang putera mahkota. Lelaki ini penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Dia tak boleh nak harapkan Declan untuk Bersama dengan dia di sisi sepanjang masa dan penuhi semua permintaannya untuk tidak lakukan apa-apa. Sementara dia, hanya rakyat biasa yang Yatim piatu lagikan bukan sesiapa. Nak dibandingkan Declan, lelaki ini akan sentiasa sibuk, orang penting untuk ramai orang, bakal bergaul dengan orang yang lebih penting dan lebih setaraf,sentiasa dalam bahaya, sentiasa mengutamakan orang lain dari nyawa sendiri, lebih pentingkan kerja dan tugas dari apapun. Dia sayangkan Declan tapi jurang antara mereka buatkan dia tertanya-tanya betul ke keputusannya untuk bersama dengan Declan nanti?Dapat ke dia ikut rentak Declan. Dia takut kalua dia bukan orang yang layak untuk Declan...sebaliknya hanya bawa masalah untuk lelaki ni.
Davina beri senyuman nipis di bibir.
"Jaga diri"Davina hulur tangan ke Declan lalu tarik lelaki tu ke dalam pelukannya sebelum memejam mata. Dia tak tahu apa dia patut katakan pada Declan. Dan dia harap semasa lelaki ini kembali dia dapat jawab soalan ni dengan pilihan yang sebenar-benarnya. "Saya tunggu awak."beritahunya.
Pada masa itu Eden yang sedang berdiri di sebelah jip tentera Nampak akan situasi itu. Buat seketika renungan mata itu kelihatan sedih dan kecewa. Namun apakan daya, mungkin takdir dia memang bukan Bersama dengan Davina. Nak dibandingkan dirinya yang bukan sesiapa, Declan lebih layak kerana Declan seorang putera mahkota. Baik buruk lelaki itu tiada siapa yang akan pandang.
Eden tanggalkan topi beret darikepalanya dengan lemah semangat sebelum turunkan tangan ke sisi sebelum gerak hendak membuka pintu depan jip tersebut. Apapun keputusan Davina, dia hanya harapkan Davina bahagia dan gembira nanti. Setelah dia buka pintu itu, Eden panjat naik jip tersebut dengan air muka sugul sebelum hempas pintu jip tersebut dan mula memandu pergi dari kawasan pelabuhan itu.
Declan balas pelukan itu dengan erat hingga buatkan Davina terpaksa berjengket untuk menyaingi ketinggiannya ketika itu. "Terima kasih Davina sebab berikan saya peluang. Saya janji saya takkan sia-siakan peluang yang awak berikan kepada saya."beritahunya,
Davina lepaskan pelukan itu lalu pandang ke Declan. "Dan begitu juga dengan awak...saya harap semasa awak berada di sana. Awak pertimbangkan dengan serius sama ada awak benar-benar yakin boleh jayakan hubungan ni atau tidak"dia tak nak berharap paada Declan. Dia takut kalua dia berharap sangat nanti dia yang kecewa.
"Jumpa lagi Davina..."ucap Declan dengan senyuman di bibir.
Tapi tidak Davina. Dia berpaling dari situ dengan wajah sugul. Fikirannya terarah pada Eden. Kata-kata Eden sewaktu kapal hendak berlabuh bermain dalam fikirannya.
Flashback.....
"Kau masih sukakan Declan ya?"
"Kenapa kau tanya?Kau nak bantah ke hubungan aku dengan dia?"
"Well..Kalau itu buat kau happy terpulang. Aku cuma nak tahu. Kalau kau sure kau sukakan dia. Kau kena banyak bertolak ansur dan fahamkan Declan. Jangan letak semua dekat atas Declan. Declan tu bukan orang biasa macam kita. Dia ada banyak tanggungjawabnya ada banyak tugasnya dan ada ramai kenalan penting yang dia perlu Bersama...so kau ni ha...yang cepat rasa insecure dan pantang rasa di pinggirkan...fahamkan dia sikit..jangan ikut kepala kau je..suka beritahu...tak suka beritahu. Jangan biarkan gantung tak bertali.."pesan Eden kepadanya sewaktu tunduk mengangkat bagasi untuknya selepas pintu kapal untuk turun ke pelabuhan di tegakkan.
Dia yang agak terkesan dengan kata-kata itu pandang belakang Eden yang sedang gerak menuruni tangga di situ. Entah kenapa dia rasa sedih bila dengar Eden cakap macam tu. Ramai-ramai orang Eden seorang yang faham apa yang ada dalam fikiran dia. Sentiasa tahu apa yang dia rasa walaupun dia tak tunjukkannya. Sebab ini dia tak boleh la nak bencikan Eden takkira apa sekalipun yang Eden buat pada dia. Sebab dia dah terlalu bergantung pada Eden, Sejak awal lagi.
"Hei!"panggilnya semasa mengejar langkah lelaki berkaki Panjang itu.
Eden tersentak. Dia toleh ke belakang memandang dirinya. "Asal?"
Lantas dia pegang belakang badan tu lalu ditepuk perlahan. "Good luck nanti. Make sure balik dengan selamat. lepas tu bagi aku nombor phone kau yang baru...nombor lama kau tu dah tak boleh pakai."katanya sambil jalan turun sama dengan Eden.
Eden berdengus. "Kalau orang lain susah nak dapat nombor aku, kau fikir kau tu siapa nak senang-senang je dapat nombor phone aku?"
"Jangan nak berlagak boleh tak!"SLAP! Tak semena satu tamparan hinggap di belakang badan tu.
"Hei!Sakit la! Perlu ke guna violence?Declan lari padan muka kau!"
"Kalau dia lari...kau kan ada.."
"Blah!Siapa nakkan perempuan ganas macam kau ni!"
End of flashback....
Davina pandang ke depan sewaktu keluar dari pintu masuk pelabuhan tersebut lantas ternampak kelibat Kaden sedang bersandar di badan kereta dengan tangan bersilang di dada dan bercermin mata di wajah.
"Beritahu aku...apa upah aku dapat untuk jemput kau jauh-jauh ke sini dan berjemur di tengah panas 20 minit lamanya."soal Kaden sewaktu tolak diri jauh dari kereta itu dan jalan mendekati Davina.
"Saya belanja awak makan..."ujar Davina dengan senyuman nipis di bibir.
"Makan?"Kaden tunduk capai bagasi dari tangan Davina dan rangkul bahu itu semasa jalan mendekati kereta. "Alah...simple..selain tu apa?"
"Awak nak apa?"
"Spill me tea...what else."seloroh Kaden dengan sengih meleret nakalnya.
Davina tampar perlahan tepi lengan tu sambil menggeleng kepala. "Mak cik jemah betul la awak ni."
"Cerita eh..kalau tak aku campak kau tepi jalan..balik rumah sendiri nanti."ugut Kaden sambil buka pintu seat belakang untuk letakkan bagasi Davian di situ.
"Dah la cepat..banyak betul bercakap. Mulut satu...bercakap tu mengalahkan makcik-makcik!" arah Davina sewaktu buka pintu seat sebelah pemandu dan kemudian masuk ke situ.
ps/ akhirnya projek dkt d dah habis. boleh la fokus dkt cerita ni tnp tertukar watak. apapun terima kasih ya buat yg sudi menunggu dn teruskan membaca. im so gratefull.
Share this novel
nak Davina dengan Eden
nak Davina dengan Eden
nak Davina dengan Eden